BLOG POLITIK MAHASISWA ANTI-PAS!

Selamat Datang Untuk Mendalami Pemikiran Maharaja Zhou!

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KAMPUS UM 2009

"Kemenangan PAS dalam pilihanraya ke 12 yang lalu bukanlah berpunca dari kejayaan PAS menyeru Rakyat Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, tetapi hanyalah kerana kenaikan harga barang dan harga minyak. Maka, nilai kemenangan PAS di sisi Harakah Islamiyyah tidaklah lebih dari apa yang masuk ke dalam perut dan keluar daripada perut."-Maharaja Zhou-







maharaja_zhou
August 8th
Male
Malaysia
Assalamualaikum wbt


Blog ini merupakan koleksi kepada tulisan-tulisan Maharaja Zhou yang pernah disiarkan di dalam Laman Idealis Mahasiswa.

Maharaja Zhou telah berkecimpung dengan laman Idealis-Mahasiswa sejak dari tahun 2002. Namun begitu, beliau mula mendominasi laman tersebut bersama penulis-penulis yang lain seperti Awang Sulung, Harimau Hitam, Samlin, Syed Reedza sebagai penulis tegar sejak pertengahan tahun 2004 sehinggalah kini di laman tersebut.

Nama Maharaja Zhou sebenarnya merupakan nama antagonis di dalam siri Alam Perwira yang pertama. Namun, beliau sememangnya wujud sebagai manusia bukannya semata-mata watak rekaan Tony Wong. Menjadi pemerintah terakhir dinasti Shang, beliau diingati oleh sejarawan China sebagai seorang maharaja yang zalim.

Tetapi, harus diingat bahawa sejarah ditulis oleh mereka yang menang. Maka, tidak mustahil sebenarnya nama Maharaja Zhou dicemari oleh dinasti yang berikutnya untuk menggambarkan kekejian baginda dan jasa baik baginda telah dikaburkan dan dipadam dari kitab-kitab sejarah.


Berdasarkan hakikat tersebut, perkara yang sama telah berlaku kepada penyokong-penyokong kerajaan apabila mereka tewas di tangan mahasiswa PAS sejak tahun 1996. Mereka telah diberikan reputasi yang buruk oleh penyokong-penyokong pembangkang khususnya oleh penyokong PAS yang berselindung di sebalik Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di kampus-kampus.

Oleh itu,kehadiran Maharaja Zhou diharapkan dapat memberikan impak baru kepada politik kampus dan seterusnya membersihkan nama penyokong-penyokong kerajaan di IPTA. Kiranya ini tidak dilakukan, nama penyokong kerajaan di dalam lipatan sejarah akan tercemar, samalah seperti mana tercemarnya nama Maharaja Zhou, Maharaja Dinasti Shang yang terakhir!



Hijri Date for Your Blog

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


PEMIKIRAN MAHARAJA ZHOU


Blog ini didedikasikan kepada semua pengunjung-pengunjung Idealis-Mahasiswa terutamanya peminat-peminat tulisan-tulisan Maharaja Zhou. Artikel-artikel yang dimuatkan merupakan koleksi tulisan Maharaja Zhou sejak awal kemunculannya di IM.

Amaran! Pemikiran Maharaja Zhou Tidak Sesuai Untuk Dibaca Oleh:

(1) Ahli Jamaah Yang Mengandung

(2) Ahli Jamaah Yang Mengalami Masalah Jantung

(3) Ahli Jamaah Yang Sakit Mental Setelah Pulang dari Tamrin Panjang ataupun Tamrin Jelas Fikrah

(4) Ahli Jamaah Yang Mengalami Sakit Kelamin Setelah Proses Baitul Muslim

(5) Mahasiswa ataupun Individu Yang Khayal dengan Candu ataupun Dadah berjenama PAS

Link Blog Sahabat

Bahaya Syirik!

Angin Perubahan

BLOGGER PEMBELA NEGARA ( BPN )

Panglima Perang Cyber

Odieneology

Belantan

Keris Pusaka Melayu

Idealis Mahasiswa

Cerita Kampus

Pemikir Mahasiswa Online

Dr Novandri

Anwar Ibrahim Dot Com

Gerakan Anti PKR

Pilihan Anda

Perak Bangkit

Peace Of Mind

Gegernya

Aspirasi USM

Shamsuddin Moner

Tok Limbong

Selamat Membaca dan Menghayati Pemikiran Maharaja Zhou!

unique visitors counter

Add to Technorati Favorites


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, February 04, 2009
Berpindah ke Alamat Baru

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca dan peminat Maharaja Zhou,

Penulis ingin mengumumkan bahawa "kediaman rasmi" Maharaja Zhou sekarang telah berpindah ke http://maharajazhou.wordpress.com.

Diharapkan pembaca dan peminat dapat menziarahi "istana" Maharaja Zhou di sana.

Insha Allah.


Posted at 03:14 am by maharaja_zhou
Comments (3)  

Friday, January 23, 2009
Perlantikan YDP MPPUM Tergendala!Campakkan Saja Berita Tidak Sahih Anda dari Blog!

Penulis diberitahu bahawa Pro-Mahasiswa hendak mengumumkan perlantikan YDP dan Timbalannya.Hairan dan ajaib,Teh Hoong Keat yang menjadi jurucakap kepada Pro-M seolah-olah tidak tahu bahawa belum ada apa-apa persefahaman untuk mewujudkan kerajaan campuran di Universiti Malaya.

Mereka yakin benar bahawa merekalah yang menang dalam pilihanraya kampus yang lepas.Ini semua adalah fantasi.Yang menang adalah Penggerak Mahasiswa,bukannya Pro-M.Adakah mereka tidak tahu mengira? 20 kerusi berbanding 19 kerusi.Bebas bukan Pro-Mahasiswa.Ini fakta bukannya fantasi.

Jikalau PMI yang ramai bermantik itu tidak tahu mengira,munasabahlah.Ini UMANY.Hairan.Maka,wajarlah pengumuman mereka itu ditangguhkan.Jika hukum mudah siapa menang pilihanraya pun tidak tahu,maka memang sangatlah mereka tidak tahu prosedur penubuhan kabinet MPP.

Dahulunya,Wan Jemizan wakil APIUM yang menang tidak bertanding hendak menjadi Presiden MPMUM pun kena mendapat restu TNC dengan kuasa yang diperturunkan oleh NC dan kerajaan Malaysia.Itu NADI menang besar.Sekarang, orang yang kalah hendak mengaku menang.

Kita akan lihat sejauhmanakah Pro-M hendak temberang kepada mahasiswa selepas ini jikalau YDP itu bukan orang mereka.Mereka akan kata manipulasi,tapi kita kata bukan.Ini kerana mereka tidak faham demokrasi.Demokrasi sebenar berkata orang yang mendapat majoriti yang berkuasa.Demokrasi terpimpin berkata orang yang kalah dan tidak faham undang-undang yang ada kuasa.

Jika MPP UM dikuasai oleh mereka yang kalah,maka ini adalah pencemaran kepada demokrasi.Ini bermakna Pro-M adalah munafik yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kuasa.

Jika Pro-M faham erti zalim,maka ingatlah,mengambil benda yang bukan milik anda adalah zalim walaupun betapa hebat kelentong dan temberang yang anda gunakan.Dan kita akan melihat apakah yang akan berlaku kepada orang yang zalim!

Mungkin doa dari pejuang yang adil (di kedua-dua pihak) sempena isu kepala babi bakal menunjukkan kesannya!

Mereka merancang,Allah merancang, tetapi Allah jualah sebaik-baik perancang!


Posted at 06:19 pm by maharaja_zhou
Comments (16)  

Thursday, January 22, 2009
Lojikanya Hafiz Ilyas Yang Dipertua MPPPUM!

Penulis agak kesibukan dengan tugas pejabat, oleh itu,tidak dapat mengemaskini blog ini awal pagi untuk maklumat terkini terutamanya berkenaan politik mahasiswa yang tengah panas ini.Sekarang mata tertumpu pula kepada Universiti Islam Antarabangsa.

Pengundian di Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu ditangguhkan sehingga 29 Januari di UIA.Katakanlah jikalau bantahan mereka tidak diterima,maka ada pula yang menuduh pentadbir Universiti sedang main silap mata.

Pemerhati politik kampus mengandaikan tiada perubahan berlaku.Tetapi,kadangkala, kejutan boleh berlaku.Jika bola itu bulat,politik mahasiswa juga begitu.Tidak hairanlah,jikalau ada yang sanggup meletakkan kepala babi di rumah ALlah yang suci.Seolah-olah tidak percaya,jalan yang lurus itulah yang Allah senangi, bukan cara yang Allah marah dan sesat.

Ada yang terus menerus lupa tentang sejarah bahawa tidak semestinya calon umum menjadi Presiden MPP.Sekarang ini, hukum asal tercipta cuba dinafi.Penulis dulu masih ingat sewaktu Wan Jemizan Wan Deraman (Presiden MPMUM 1997/98) diwarwarkan bakal memegang Presiden ketika itu,ada bunyi-bunyi di belakang yang tidak setuju.Terutamanya yang bukan AU (ahli PMI yang berbai'ah) kerana mereka itu bukan kayu.

Alasan mereka sama dengan alasan Pro-M mutakhir.Mana bisa calon yang dipilih oleh sekumpulan manusia di Fakulti boleh menjawat jawatan Presiden satu Universiti! Undang-undang ini tidak adil! Bentak mereka!Marah.

Tapi,dek kerana dijual PMI,akhirnya manusia-manusia itu setuju.Pertama,PMI adalah Sadiq Segaraga kepada MPP,mereka adalah majoriti.Mereka adalah tuan kepada ini rumah.Fakulti yang bukan dikuasai PMI adalah Kejuruteraan,Sains,Undang-undang dan beberapa lagi yang menjadi kubu tradisi Cina.

Apa auta PMI masa itu kepada pengundi mereka yang kritis?Temberang mereka ialah Wan Jemizan adalah bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM.Ketua ustaz-ustaz.Tidak timbul soal Cina atau India bertanya,kerana NADI ketika itu masih berperang dengan orang bukan Melayu/Islam yang semuanya bernaung di bawah Barisan Mahasiswa Bersatu.

Oleh itu,disebabkan malu alah,kritikan didiamkan.Maka, buat pertama kalinya dalam sejarah Universiti Malaya,mahasiswa UM dipimpin oleh calon dari fakulti dan calon itu tidak pula bertanding.Sudahlah calon dari fakulti,menang tanpa bertanding pula itu.

Tetapi,tidak pula timbul soal fakulti ataupun umum.Tidak ada soal yang dilantik Presiden itu cara diktatorkah,demokrasi terpimpinkah atau apa lagi temberang PMI ketika itu.Kerana Presiden MPP,ana yang punya, bilang PMI.

Namun,sekarang terbalik pula.Isu hanya orang yang majoriti umum sahaja yang boleh memegang Presiden MPP ditimbulkan.Mahukah kita tarik sahaja sijil Wan Jemizan,kenyataan-kenyataan akhbar Wan Jemizan dan surat-surat yang ditandatangani Wan Jemizan?Jika Pro-M masih berkeras dengan dalil mereka,maka wajarlah kes Wan Jemizan dirujuk.

Jikalau ditanya kedua-dua wakil bebas dari Undang-undang itu,nescaya mereka akan marah dengan nafsu serakah PMI yang cuba memadamkan sejarah dengan tangan-tangan jahat mereka itu.Tanyalah mereka,seperti Common Law Inggeris,jikalau ia pernah diamalkan dan ditulis,maka sebarang perkara kemudian yang menyerupai kes berkenaan wajar mengikut undang-undang ataupun hukuman awal yang dipersetujui umum.

Bagi penulis,jikalau PMI masih berkeras hendakkan orang mereka (yang penulis nampak seperti Mohamad Riduan Mohammad) kerana menggunakan isu calon umum,maka hanya Mohd Hafiz Ilyas yang layak kerana majoriti mahasiswa mahukan Hafiz.Lebih 525 orang mengundi Hafiz berbanding Riduan.

Riduan adalah calon lelaki terendah dalam kesemua pemenang lelaki Melayu yang ada.Maka, Riduan langsung tidak layak dan tidak wajar dipilih sebagai calon Pro-M untuk kerusi YDP.Jika mereka berkeras juga,maka ia lebih kepada agenda pihak tertentu untuk memperkudakan MPP UM bagi agenda jahat mereka.

Oleh itu,YB-YB sekalian yang majoritinya bukan ahli Unit PMIUM (walaupun dari Pro-M),adakah anda hendak membenarkan PMI menghina undi mahasiswa UM?

Posted at 10:14 pm by maharaja_zhou
Comments (6)  

Wednesday, January 21, 2009
Kewartawanan dan Fakta Yang Diselewengkan

Penulis telah melihat bagaimana manipulasi maklumat begitu bijak dilakukan oleh aparat PAS di Kampus dengan bantuan alumnusnya.Seolah-olah,segala apa yang dirungut dan dihamun oleh mereka ini terhadap media arus perdana seperti ludah basi yang dijilat semula.

Ini merujuk kepada isu laporan Harakah tentang "Pro-Mahasiswa Menang Besar" dan "Pro Mahasiswa Menang Tipis".Setelah kesalahan ini disedari,tiba-tiba sahaja berita yang menang tipis dibuang jauh.

Berbeda dengan Malaysiakini.Laporan pertamanya senada dengan Harakah, tetapi kemudiannya apabila maklumat sebenar diperolehi,headlinenya diubah.Headline "Pro-Mahasiswa Menang di UM' ditukar kepada "Pro-Aspirasi Tewas di UM".

Dari segi kebenaran,Malaysiakini tampak lebih telus dari Harakah.Perbincangan dengan team penulis mendedahkan bahawa reaksi Harakah adalah lebih berupa kepada saraf proksi mereka di UIA.Aparat PAS dengan nama WUFI di sana memerlukan 'viagra' ataupun sekurang-kurangnya Kopi Janda dari Harakah untuk terus bernadi.

Namun, dari segi kejujuran Malaysiakini itu pun sebenarnya boleh dinilai semula.Demokrasi Pilihanraya di Malaysia menjustifikasikan headline tersebut.Tetapi, ini tidak benar di India, Turki mahupun Indonesia malahan yang lebih hampir adalah pemegangan saham di konglomerat-konglomerat.

Parti yang memerintah ataupun pemegang saham terbesar biasanya tidak pun melebihi 50%.Kadangkala,hanya 35% malahan lebih kecil.Tapi kerana kepercayaan beberapa parti lain ataupun pemegang saham lain maka yang mempunyai saham ataupun undi yang besar sedikit menjadi pemerintah.

Jika aparat-aparat PAS masih belum lupa ini dibuktikan juga dengan pembentukan kerajaan negeri Perak.Jikalau dilihat dari segi kerusi,BN yang paling besar dengan 28 buah kerusi.Tetapi, bagaimana PR dapat membentuk kerajaan?Tentulah kerana 18 kerusi DAP,6 kerusi PAS dan selebihnya dari PKR itu yang sepakat membentuk kerajaan.Andaikata, ketika itu DAP dan PAS bersilat Hudud,nescaya Menteri besarnya masih Tajol Rosli.

Maka,penguasaan 20 buah kerusi oleh Penggerak Mahasiswa perlu diiktiraf sebagai suatu kemenangan suka mahupun tidak seperti mana lapang dadanya UMNO dan BN menerima Wahid Endut sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu tanpa tapi-tapi lagi.Dan kerusi YDP perlu diberikan kepada mereka yang menang.

Hakikatnya, Pilihanraya Kampus di UM memperlihatkan wajah-wajah tidak demokrasi aparat PAS.Menyedari bahawa pengikut mereka fanatik dengan satu sumber media, maka kelentongan dibuat dan direka dari fakta yang benar.Diwarnakan Pro-M sudah menguasai MPP.Tidak ubah seperti media Israel menggambarkan Gaza dikuasai mereka seperti bersiar-siar di pantai dan HAMAS sedang bersarang dan berkelah di sekolah-sekolah PBB.

Merka ingin percaya bahawa mereka telah membentuk kerajaan dan dengan tidak malu mendakwa calon-calon bebas sebagai sebahagian dari mereka.

Dengan ini ia telah memaksa calon-calon berkenaan membuat kenyataan akhbar segera kepada Malaysiakini akibat manipulasi maklumat oleh Pro-M.




Posted at 10:17 am by maharaja_zhou
Comments (2)  

Tuesday, January 20, 2009
Penggerak Mahasiswa Pemenang Sebenar Pilihanraya Kampus UM!Bebas Bukan Akui Bukan Pro-M

Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini,kepastian kini sudah pasti.MPPUM milik Penggerak Mahasiswa.Dengan 20 buah kerusi,yang nyata majoriti mudah diperolehi oleh Penggerak Mahasiswa untuk membentuk kabinet.

Ini disahkan oleh Malaysiakini apabila pemenang kerusi Fakulti Undang-Undang menafikan bahawa mereka berjanji kepada Pro Mahasiswa bahawa mereka akan menyokong pihak berkenaan jikalau menang dalam Pilihanraya Kampus.

Menurut jurucakap calon-calon Bebas berkenaan,Gary Ong Kah Lon:

"Sesungguhnya, sejajar dengan pendirian bebas calon-calon Fakulti Undang-Undang, maka mereka masih mengekalkan posisi mereka sebagai calon bebas tanpa berpihak kepada mana-mana pihak," katanya.

Oleh itu, tindakan Pro-Mahasiswa mengumumkan bahawa dua calon bebas sebenarnya menyokong mereka adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Malaysiakini:

"Pagi tadi, kumpulan pro-Mahasiswa mendakwa mereka mempunyai majoriti kerana mendapat sokongan dua calon bebas tersebut.

Bagaimanapun, petang ini, dua calon bebas tersebut mengeluar kenyataan menafikan mereka memihak sama ada kepada pro-Mahasiswa ataupun pro-Aspirasi."

Oleh itu,Pro-Mahasiswa cuba mengabui khalayak ramai sehingga memaksa kedua-dua calon bebas ini mengeluarkan kenyataan akhbar.

Secara tradisinya,kerusi-kerusi di Fakulti Undang-Undang dikuasai oleh gerakan Anti PAS zaman-berzaman dari zaman Barisan Mahasiswa Bersatu lagi.Walaupun setelah tahalluf siyasi tahun 1998,kerusi-kerusi itu dipegang oleh mahasiswa bukan PAS dan tidak pernah ditembusi oleh PAS Kampus secara terus.

 


Posted at 06:16 pm by maharaja_zhou
Comments (6)  

Keputusan Pilihanraya Kampus UM di Harakahdaily Buktikan Pro-Mahasiswa Tidak Menang!

Laporan ini adalah untuk penyokong-penyokong Pro-M yang terlalu yakin bahawa mereka telah menguasai MPP UM.Hatta, sumber dari Pusat mereka pun tidak yakin akan kemenangan mereka.

Yang pasti adalah Penggerak Mahasiswa telah menguasai 20 daripada 41 buah kerusi yang dipertandingkan dan Pro-Mahasiswa hanya 19 kerusi.

Bagaimana hendak mentadbirkan MPP jika kerusi tidak cukup?

Berikut adalah artikel dari Harakahdaily:

Pro-Mahasiswa Universiti Malaya menang tipis

Harakahdaily
Tue | Jan 20, 09 | 7:33:09 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Hrkh) - Kumpulan Pro-Mahasiswa menang dengan majoriti mudah satu kerusi menewaskan kumpulan Aspirasi dalam pilihan raya kampus Universiti Malaya, yang diumumkan jam empat pagi tadi, apabila menguasai 21 kerusi daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Daripada sembilan kerusi umum yang ditawarkan, kumpulan Pro-Mahasiswa menang lapan kerusi. Di peringkat fakulti mereka menang 13 kerusi, iaitu Akademi Pengajian Islam (2 kerusi), Akademi Pengajian Melayu (2), Undang-Undang (2), dan masing-masing satu di fakulti-fakulti Perubatan, Pendidikan, Sains, Linguistik, Perniagaan dan Pergigian

Pertandingan sengit itu menyaksikan pelbagai insiden menarik sepanjang kempen termasuk beberapa isu kontroversi yang menggemparkan.

Laporan lanjut menyusul.

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18945&Itemid=1

Perhatikan jumlah kerusi-kerusi di Fakulti yang didakwa dimenangi oleh Pro-M tajaan PAS:

Akademi Pengajian Islam (2 kerusi)

Akademi Pengajian Melayu (2)

Undang-Undang (2)

Perubatan (1)

Pendidikan (1)

Sains(1)

Linguistik (1)

Perniagaan (1)

Pergigian (1)

Total Fakulti=12

Jumlah keseluruhan Umum+Fakulti dimenangi Pro-M=20

Oleh itu, Pro-Mahasiswa mengikut Harakah hanya menang 20 buah kerusi bukannya 21 buah.Harakah sendiri tidak pasti jumlah sebenar,maka bagaimana hendak mendakwa Pro-M menang tipis?

Maka,majoriti yang sahih dan pasti masih dipegang Penggerak Mahasiswa.

Yang lebih menjengkelkan terdapat percanggahan dalam laman yang sama,satu lagi artikel mendakwa "Pro Mahasiswa menang besar".

Pro-Mahasiswa menang besar di Universiti Malaya
Intan Abdullah
Tue | Jan 20, 09 | 11:42:14 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Hrkh) - Pro-Mahasiswa menang besar dalam pilihan raya kampus Universiti Malaya(UM) selepas berjaya memenangi 21 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Pro-Mahasiswa yang menguasai lapan kerusi umum dari sembilan kerusi yang dipertandingkan sekaligus melayakkan mereka menguasai kepimpinan majlis tertinggi MPMUM bagi sesi kali ini.

Suasana Dewan Tengku Canselor bergema dengan laungan "Student Power" dan "Takbir" oleh penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa sebaik keputusan penuh selesai diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaya Prof Madya Dato' Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi tadi.

Pengerusi kumpulan Pro Mahasiswa, Norazali Zainudin berkata kemenangan tersebut adalah di luar jangkaan kerana pada kali terakhir kumpulan pro Mahasiswa menang adalah pada tahun 2004.

Manakala di Universiti Putra Malaysia pula, Pro-Mahasiswa berjaya membaiki prestasi mereka apabila memenangi 13 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan.

Ia adalah rekod baru mengatasi keputusan lalu iaitu tujuh dengan bilangan calon yang dihantar seramai 18 orang pada kali ini.

Pilihan raya kampus kedua-dua kampus tersebut dijalankan serentak semalam dengan menyaksikan peningkatan sokongan di kalangan mahasiswa kepada kumpulan yang dilihat membawa imej perjuangan kebajikan dan akademik kepada warga kampus.

Kini hanya tinggal sebuah lagi kampus iaitu Universiti Islam Antarabangsa yang akan menghadapi proses pembuangan undi pada 22 Januari selepas melalui proses penamaan calon semalam./wann _

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18951&Itemid=1

Bagaimana dalam satu akhbar mempunyai dua laporan yang bercanggah?satu mendakwa menang besar,satu lagi menang tipis.Takrifan menang besar tentulah seperti kemenangan Aspirasi di UPM iaitu 39 berbalas 9 ataupun UPNM 13 berbalas 0.

Jika benar laporan Harakah tersebut,(itu pun belum pasti) adakah kelebihan 2 kerusi (jika pun benar) itu boleh dianggap sebagai kemenangan besar?

Oleh itu, bersesuaianlah ayat 6 dalam Surah Al Hujurat dengan perkhabaran dari Harakah yang bercanggah ini yang berbunyi :

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Maka, seharusnya mahasiswa berhati-hati dengan berita yang disampaikan oleh Harakah yang ternyata mempunyai percanggahan di antara satu dengan yang lain.


Posted at 11:28 am by maharaja_zhou
Comments (7)  

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kampus Universiti Malaya (UM):Penggerak Mahasiswa Menang Majoriti Mudah!

Berikut adalah keputusan rasmi Pilihanraya Kampus Universiti Malaya (UM):

Penggerak Mahasiswa menang majoriti mudah iaitu 20 buah kerusi daripada 41 buah kerusi yang dipertandingkan:

Aspirasi-20 buah kerusi

Terdiri daripada 19 buah kerusi Fakulti

dan 1 buah kerusi Umum

Aparat PAS Kampus dan sekutunya-19 buah kerusi

Terdiri daripada 11 buah kerusi Fakulti

dan 8 buah kerusi Umum

Berikut undi yang mereka perolehi:

bullet buttonMohamad Hafiz Ilyas. (5,999 undi)

bullet button Ahmad Syazwan Mohd Hassan. (5,886 undi)

bullet button Mohamad Ridzuan Mohammad.(5,474 undi)

bullet button Nurul Fitrah Mohd Ariffin Marican. (5,425 undi)

bullet button Chong Yah Huei. (5,041 undi)

bullet button Shah Rizul Ayuni Zulkiply.(5,000 undi)

bullet button Low Yu Jie. (4,847 undi)

bullet button Yap Zhehn Jun. (4,683 undi)

Calon Bebas-2 buah kerusi yang kedua-duanya merupakan kerusi di Fakulti

Oleh itu, Penggerak Mahasiswa telah menang mudah dengan kelebihan kerusi di Fakulti berbanding dengan Pro-Mahasiswa(yang merupakan gabungan aparat PAS di kampus dan sekutunya).Sebanyak 41 buah kerusi dipertandingkan dalam pilihanraya kampus kali ini.

Siapakah Bakal YDP MPP?

Penyokong-penyokong Pro-M (yang merupakan gabungan aparat PAS di kampus dan sekutunya) terus mengisytiharkan kemenangan mereka di dalam shoutbox di merata-rata blog samada milik mereka mahupun lawan kerana menganggap kemenangan 8 buah Kerusi Umum daripada 9 kerusi tersebut merupakan faktor mutlak penguasaan mereka terhadap kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar.

Pada hakikatnya, tanggapan itu salah.Perlantikan kerusi-kerusi tertinggi Majlis perwakilan Peljaraadalah berdasarkan parti gabungan yang menang (ataupun di kalangan mereka yang dipilih) bukannya berdasarkan kepada kerusi Umum.Oleh kerana, Penggerak Mahasiswa yang memperolehi mudah, maka mereka boleh melantik mana-mana pemenang kerusi samada kerusi fakulti ataupun pemenang tunggal kerusi Umum sebagai ahli-ahli Majlis Tertinggi.

Kes ini boleh dirujuk kepada perlantikan Wan Jemizan Wan Deraman sebagai Presiden MPMUM sesi 1997/98 di mana Wan jemizan adalah calon tajaan PAS Kampus (dengan nama NADI waktu itu) di Akademi Pengajian Islam yang telah menang tanpa bertanding.Oleh itu, tidak timbul soal calon dari fakulti memegang tampuk kerusi kepresidenan MPP.Tidak wujud bantahan daripada pemenang kerusi yang lain walaupun bukan semuanya dari gologan PMIUM.

Oleh itu, perkara ini pernah dipraktikkan oleh pihak PAS Kampus dan tidak ada alasan mereka membantah perlantikan Presiden dan Majlis Tertingginya dari calon-calon gabungan parti yang menang walaupun dari kerusi Fakulti. Contoh mutakhir adalah seperti di UPSI.Namun, sebarang komen dari PAS Kampus boleh dibalas dengan rujukan dan fakta dari sejarah serta perkara ini (yakni Wan Jemizan sebagai presiden MPP sesi 1997/98) diterima pakai dengan baik oleh pihak Hal Ehwal pelajar.

Oleh kerana itu, PAS Kampus melalui lidah mereka di Mahasiswakini tidak menyiarkan kemenangan mereka sebaliknya menyedari bahawa menang 8 dari 9 buah kerusi umum itu tidak membawa sebarang makna kepada mereka.Mereka tidak menyiarkan jumlah kerusi sebenar yang dimenangi oleh pihak mereka sehingga menimbulkan tandatanya kepada aparat PAS di Kampus lain walhal ia sepatutnya menjadi keputusan yang qat'ie pada pertengahan pagi tadi.

Malang sekali, hanya penyokong-penyokong mereka yang tidak tahu akan undang-undang dan hakikat sebenar yang terus lalai dan leka dengan apa yang disifatkan mereka sebagai "kemenangan".

Manakala, di kampus yang lain, Aspirasi sekali lagi menang besar di UPM dengan 39 buah kerusi berbanding 9.Di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),kesemua 13 buah kerusi  dimenangi oleh Aspirasi.


Posted at 07:16 am by maharaja_zhou
Comment (1)  

Monday, January 19, 2009
Snippets:Isu Ayuni Mangsa Keadaan,Flyers Rizal di 10th & Flyers Pro-M=Zionis

Penulis ingin mengucapkan selamat mengundi kepada mahasiswa Universiti Malaya pada hari ini. Diharapkan mahasiswa UM dapat memberikan undi kepada Penggerak Mahasiswa atas dasar menolak politik kotor PMIUM dan aparatnya.

Penulis ingin memberikan analogi terhadap kes isu rasuah TNC HEPA seperti hukum di hutan safari.Seekor cheetah tengah mengejar seekor kijang.Namun,kijang sangat pantas berlari sehingga cheetah gagal menangkap kijang tersebut dan terselamatlah kijang tersebut.A

khirnya,terkedulah si cheetah melihat terselamatnya mangsanya.Maka, diadukanlah akan laparnya si cheetah tersebut nanti kerana gagal mendapat mangsanya di seluruh hutan belantara.

Begitulah keadaan si Shah Rizul Ayuni.Yang hendak diterkamnya adalah TNC HEPA.TNC HEPA bukannya cicak mengkarung tetapi kijang yang mampu berlari pantas dan akan menendang balik jika diterkam atau diancam.Adakah adil jikalau cuma si cheetah saja yang berhak untuk makan tetapi si kijang tidak berhak untuk lari?

Maka, jikalau gagal untuk menangkap si mangsa,itu adalah nasib pemangsa untuk lapar. Itu hukum alam dan biarkanlah polis menyiasat perkara tersebut serta siapa dalang yang mencipta surat itu untuk memburukkan keadaan dan memperolehi mileage politik yang bersifat murahan (tetapi alhamdulillah gagal dengan cemerlang).

Janganlah diteruskan rayuan dan rengekan.Jikalau diteruskan, maka itu tandanya Shah Rizul Ayuni tidak ada kredibiliti dan karisma untuk berhadapan dengan masalah ini.Dan harus ditolak sahaja calon ini kerana tidak mampu berhadapan dengan situasi ini dengan profesional.

Selain itu, dikatakan diedarkan flyers kononnya  Mohd Rizal Azizan adalah calon PMIUM.Sekonyong-konyong,timbul penafian dari Pro-M bahawa Rizal calon mereka dan menuduh bahawa ini adalah tindakan terdesak daripada "orang yang ingin mempertahankan kemenangan". Penulis melihat bahawa ini adalah respon daripada penjelasan artikel penulis sebelum ini.

Tetapi, harus diingat, siapakah yang boleh membuat penceritaan sebaik itu kalau bukan Pro-M?Pengedaran flyers dengan rekabentuk itu sama dengan flyers tradisi Pro-M.Jadi siapakah yang boleh melakukan perkara itu?

Ini ditambah pula dengan penggunaan nick Pro kebenaran yang digunakan oleh Team penulis.Nick yang sama digunakan untuk "mendedahkan" siapa Mohd Rizal di Mahasiswakini, menunjukkan bahawa pihak yang tidak senang dengan pendedahan Team penulis dan juga Rizal Azizan yang kenal dengan kelakukan PMIUM berada di belakang pengedaran flyers dan fitnah di blog serta website.

Begitu juga dengan pengedaran flyers APIUM dituduh Zionis.Sekali lagi kebodohan aparat PMIUM terserlah.Sepatutnya selepas insiden simbah kereta dan kepala babi,mereka sepatutnya bertaubat dan menghindarkan diri dari fitnah.

Satu lagi kesilapan strategi dilakukan di mana pengedaran flyers tersebut adalah stail flyers PMIUM dari zaman berzaman.Adakah Penggerak Mahasiswa terlalu bodoh ingin membangkitkan kemarahan mahasiswa?Ini menunjukkan bahawa PMIUM terlalu terdesak untuk kemenangan setelah isu rasuah ayahanda TNC HEPA dan isu kepala babi gagal mempengaruhi mahasiswa.

Kita mencabar Hilman Nordin,Azlan Zainal, Faisal Mustaffa dan Haafizuddin Abierah untuk bersumpah bahawa mereka tidak terlibat dan tidak kenal siapa di sebalik kes pemalsuan surat TNC, isu kepala babi dan cetakan flyers fitnah APIUM=Zionis serta sabotaj terhadap imej Rizal Azizan.

Kita meminta agar mereka membubarkan skuad sabotaj PMIUM yang menggunakan taktik kotor mencemarkan perjalanan pilihanraya kali ini dan menghentikan tradisi ini dengan nama Allah Tuhan Sekelian Alam.

Oleh itu, kita dapat melihat bahawa pilihanraya kampus kali ini adalah terkotor yang pernah dimainkan oleh PMIUM.

Semoga Allah Taala memberi azab yang berat kepada mereka menggunakan taktik kotor ini untuk sedikit habuan dunia yang sedikit.

 


Posted at 07:54 am by maharaja_zhou
Comments (7)  

Sunday, January 18, 2009
Kenapa Rizal Azizan Ditakuti PMI?

Abdullah Ibn Salam,adalah salah seorang pendita besar Yahudi Madinah yang disayangi oleh masyarakat Yahudi sebelum Hijrah Nabi Muhammad SAW.Setelah tiba Rasulullah SAW,beliau telah memeluk agama Islam setelah yakin ciri yang ada pada Nabi sama seperti yang dinyatakan di dalam Taurat.Namun,dari seorang yang disayangi dan dipuja Yahudi,beliau dihina dan dimaki sebagai pendusta.

Begitu juga dengan politik kampus mutakhir.PMI sangat takut dengan mereka yang jujur keluar dari persatuan itu dengan hati yang ikhlas ataupun mereka yang sepatutnya bersama dengan PMI tetapi memilih sebaliknya.Pilihanraya Kampus tahun 2000/01 membuktikan sejarah berulang lagi dari zaman berzaman.

Tahun tersebut,PMIUM dikejutkan apabila salah seorang dari mereka dengan nama Che Abdullah telah bertindak menjadi calon umum Barisan Kepimpinan Mahasiswa(BKM) yang merupakan Aspirasi di zaman itu.Che Abdullah menurut riwayat beberapa sumber penulis,merupakan seorang yang pernah berbai'ah dengan PAS semasa di Nilam Puri dan merupakan orang kuat dalam struktur dalaman Lajnah Tarbiyyah Jemaah Islam Kampus.

Oleh itu,tidak hairanlah,watak Che Lah ini diserang bertubi-tubi.Jika dia adalah agen PMI untuk meresap masuk ke dalam organisasi BKM,tentulah dia tidak diserang sebegitu rupa.Malahan,deraan terhadap Che Lah ini tidak berakhir setakat pilihanraya tetapi sehinggalah beliau bergraduasi dari Akademi Pengajian Islam.Begitulah cabaran bagi mereka yang menerima kebenaran dan keluar dari kegelapan.

Kisah yang sama tetapi tidak serupa berulang kembali.Kali ini berlaku kepada calon umum Penggerak Mahasiswa,saudara Rizal Azizan yang merupakan bekas YDP Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya Nilam Puri. Dituduh oleh PMI melalui web saraf mereka yang kononnya atas nama reformasi aspirasi,Mohd Rizal Azizan adalah Amir JIK Nilam Puri.

Team Maharaja Zhou yang menggunakan nama Pro Kebenaran menghubungi penulis bahawa posting-postingnya selama ini telah dipadamkan dan ada pula yang diedit.Contohnya,komennya tentang editor blog pembangkang kini yang menggunakan wordpress adalah Hasbie Muda, dan dengan kurang maruahnya telah menemuramah dirinya sendiri serta memuatkan temuramah ini dalamblog tersebut.Namun, komen ini telah dipadamkan.

Tetapi,tiba-tiba seorang penyamar telah menggunakan nick ini (Pro Kebenaran) dan menghantar posting tentang Rizal Azizan kononnya Rizal adalah Amir JIK (Jemaah Islam Kampus)Nilam Puri dan seterusnya spy PMI dalam Pengerak Mahasiswa.Hairan sekali,tiba-tiba "musuh"ketat blog tersebut menghantar maklumat "berharga" itu untuk tatapan pembaca blog itu.

Pembaca-pembaca blog itu terutamanya penyokong kuat PMI mesti tertanya-tanya kenapa pula posting-posting lain (yang turut sama berharga )nilainya) yang menyuruh Hilman Nordin,Azlan Zainal dan Faisal Mustaffa seterusnya skuad sabotaj PMIUM bersumpah mereka tidak terlibat meletakkan kepala babi telah dipadamkan editor?

Difahamkan kepada penulis, sms berbaur ugutan dan flyers yang menonjolkan dirinya sebagai syaitan diedarkan oleh bekas-bekas sahabatnya hatta dari Nilam Puri?Ditambah pula pencemaran ke atas namanya oleh blog saraf PMIUM atas nama reformasi Aspirasi,menunjukkan bahawa PAS Kampus sanggup berbuat apa sahaja hanya untuk memenangi Pilihanraya Kampus yang bersifat sementara ini dengan menggadaikan akhlak dan syariah.

Sesungguhnya Pilihanraya Kampus kali ini adalah terkotor yang pernah dimainkan oleh pihak pelampau dari kes rasuah TNC HEPA,isu babi di surau API sehinggalah psy war terlampau ke atas Rizal Azizan.Tetapi, puji-pujian kepada Allah Rabbul Jalil,perancangan mereka sentiasa gagal dengan cemerlang.

Insha Allah,pihak yang zalim ini bukan sahaja akan diajar pengundi hari esok tetapi juga oleh Allah samada secara cash ataupun di akhirat jua!Harap dikabulkan segera doa warga UM kepada mereka yang menghina Rumah Allah ini!


Posted at 05:11 pm by maharaja_zhou
Make a comment  

UMANY Patut Keluar dari Pro-M!

Penulis berasa takjub dan hairan dengan blog mahasiswa pembangkang yang tidak menyiarkan laporan Malaysiakini tentang penemuan kepala babi di surau.Tindakan mereka ini adalah supaya pembaca mereka yang terdiri dari penyokong-penyokong mereka tidak tahu apa yang berlaku mengikut laporan bebas.

Namun,berita tentang bilik yang disewa oleh Persatuan Untuk Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) yang pro-Mahasiswa di Rumah Universiti, digeledah polis oleh Malaysiakini terus disiarkan oleh blog PAS Kampus tersebut.

Seperti biasa,kita boleh membaca penghinaan terhadap pihak Polis oleh penyokong-penyokong mereka dalam komentar blog mereka (tidak mustahil akan dipadamkan kelak untuk memadamkan bukti):

Kebenaran Sejati
January 18th, 2009 at 10:10 am

Polis zaman sekarang haprak!! ikut arahan org atas jer..pastu makan rasuah

langsat
January 18th, 2009 at 8:31 am

huii..dahsyat ye polis zama sekarang ni..boleh plak geledah2 rumah orang walaupun tanpa waran ye???…

Apa yang terjadi terhadap "markaz" UMANY,tidak menghairankan penulis kerana didasarkan andaian bahawa tidak mungkin orang Islam yang berani meletakkan kepala khinzir di dalam rumah ibadah sendiri.Maka, atas lojika berkenaan,barangkali polis menyerbu bilik sewa UMANY tersebut untuk maklumat.UMANY bukan di belakang insiden itu, tetapi sebagai penyiasat,kemungkinan ada fragmen-fragmen bukti untuk menyabitkan mana-mana pihak berada di bilik sewa tersebut.

Namun,tidakkah Presiden UMANY, Teh Hoong Keat  sepatutnya berasa geram dengan kejadian tersebut?Orang lain yang makan nangka,UMANY yang terkena getahnya?

Ini dapat dilihat daripada kenyataan Teh yang berbunyi:

"satu cubaan sabotaj dan memburuk-burukkan nama baik PMIUM dan Pro-Mahasiswa."

Oleh itu,Teh patut bertanya kepada PMIUM dan meminta penjelasan rasmi berkenaan:

1)Kenapakah terdapat ahli atau jentera PMIUM di Surau API dan mereka tidak sedar tentang kejadian tersebut "tidur mati"tidak seperti yang diketahui Teh sepanjang perkenalannya dengan jentera perang PMI setiap kali pilihanraya kampus ?

2)Kenapakah semasa rondaan/hirasah si Azlan Zainal dan rakan gagal mengesan motorsikal atau kereta yang membawa kepala babi dan mereka menjadi orang pertama menjumpai kepala itu?

3)Menuntut pengakuan bersumpah bahawa aparat-aparat PMIUM terutamanya Hilman Nordin (yang pernah dikaitkan dengan kes conteng surau Kolej Kedua) tidak terlibat dengan kejadian berkenaan.

Teh harus sedar bahawa UMANY sedang berkerjasama dengan golongan yang jikalau gagal menjawab tiga perkara ini cukup berbahaya untuk dibawa kerjasama dan mentadbir MPP secara bersama.Jika ini pilihan Teh,maka UMANY berada dalam keadaan bahaya dan ahli UMANY wajar mempersoalkan kebijaksanaan Teh sebagai pemimpin mereka.

UMANY sekarang dalam keadaan tertekan akibat kes kepala babi ini.Mungkinkah kepala babi ini akan terus membawa sial jikalau UMANY masih kekal dalam Pro-Mahasiswa?

Sama-sama kita lihat adakah Teh ini cerdik ataupun boleh terus diperbodohkan oleh PMI?


Posted at 01:14 pm by maharaja_zhou
Comments (9)  

Next Page