BLOG POLITIK MAHASISWA ANTI-PAS!

Selamat Datang Untuk Mendalami Pemikiran Maharaja Zhou!

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KAMPUS UM 2009

"Kemenangan PAS dalam pilihanraya ke 12 yang lalu bukanlah berpunca dari kejayaan PAS menyeru Rakyat Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, tetapi hanyalah kerana kenaikan harga barang dan harga minyak. Maka, nilai kemenangan PAS di sisi Harakah Islamiyyah tidaklah lebih dari apa yang masuk ke dalam perut dan keluar daripada perut."-Maharaja Zhou-







maharaja_zhou
August 8th
Male
Malaysia
Assalamualaikum wbt


Blog ini merupakan koleksi kepada tulisan-tulisan Maharaja Zhou yang pernah disiarkan di dalam Laman Idealis Mahasiswa.

Maharaja Zhou telah berkecimpung dengan laman Idealis-Mahasiswa sejak dari tahun 2002. Namun begitu, beliau mula mendominasi laman tersebut bersama penulis-penulis yang lain seperti Awang Sulung, Harimau Hitam, Samlin, Syed Reedza sebagai penulis tegar sejak pertengahan tahun 2004 sehinggalah kini di laman tersebut.

Nama Maharaja Zhou sebenarnya merupakan nama antagonis di dalam siri Alam Perwira yang pertama. Namun, beliau sememangnya wujud sebagai manusia bukannya semata-mata watak rekaan Tony Wong. Menjadi pemerintah terakhir dinasti Shang, beliau diingati oleh sejarawan China sebagai seorang maharaja yang zalim.

Tetapi, harus diingat bahawa sejarah ditulis oleh mereka yang menang. Maka, tidak mustahil sebenarnya nama Maharaja Zhou dicemari oleh dinasti yang berikutnya untuk menggambarkan kekejian baginda dan jasa baik baginda telah dikaburkan dan dipadam dari kitab-kitab sejarah.


Berdasarkan hakikat tersebut, perkara yang sama telah berlaku kepada penyokong-penyokong kerajaan apabila mereka tewas di tangan mahasiswa PAS sejak tahun 1996. Mereka telah diberikan reputasi yang buruk oleh penyokong-penyokong pembangkang khususnya oleh penyokong PAS yang berselindung di sebalik Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di kampus-kampus.

Oleh itu,kehadiran Maharaja Zhou diharapkan dapat memberikan impak baru kepada politik kampus dan seterusnya membersihkan nama penyokong-penyokong kerajaan di IPTA. Kiranya ini tidak dilakukan, nama penyokong kerajaan di dalam lipatan sejarah akan tercemar, samalah seperti mana tercemarnya nama Maharaja Zhou, Maharaja Dinasti Shang yang terakhir!



Hijri Date for Your Blog

<< November 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30


PEMIKIRAN MAHARAJA ZHOU


Blog ini didedikasikan kepada semua pengunjung-pengunjung Idealis-Mahasiswa terutamanya peminat-peminat tulisan-tulisan Maharaja Zhou. Artikel-artikel yang dimuatkan merupakan koleksi tulisan Maharaja Zhou sejak awal kemunculannya di IM.

Amaran! Pemikiran Maharaja Zhou Tidak Sesuai Untuk Dibaca Oleh:

(1) Ahli Jamaah Yang Mengandung

(2) Ahli Jamaah Yang Mengalami Masalah Jantung

(3) Ahli Jamaah Yang Sakit Mental Setelah Pulang dari Tamrin Panjang ataupun Tamrin Jelas Fikrah

(4) Ahli Jamaah Yang Mengalami Sakit Kelamin Setelah Proses Baitul Muslim

(5) Mahasiswa ataupun Individu Yang Khayal dengan Candu ataupun Dadah berjenama PAS

Link Blog Sahabat

Bahaya Syirik!

Angin Perubahan

BLOGGER PEMBELA NEGARA ( BPN )

Panglima Perang Cyber

Odieneology

Belantan

Keris Pusaka Melayu

Idealis Mahasiswa

Cerita Kampus

Pemikir Mahasiswa Online

Dr Novandri

Anwar Ibrahim Dot Com

Gerakan Anti PKR

Pilihan Anda

Perak Bangkit

Peace Of Mind

Gegernya

Aspirasi USM

Shamsuddin Moner

Tok Limbong

Selamat Membaca dan Menghayati Pemikiran Maharaja Zhou!

unique visitors counter

Add to Technorati Favorites


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Saturday, November 15, 2008
Antara Andalusia,Mudajjal dan PKR

1492 merupakan tahun di mana kerajaan Islam terakhir di Semenanjung Iberia ditumbangkan. Kerajaan Nasiriyyah Granada yang berajakan Abu 'abd-Allah Muhammad telah dikepung oleh Kerajaan Aragon dan Castille.400,000 nyawa umat Islam berada dalam ancaman. Setelah perundingan dijalankan dan Perjanjian Granada dimeterai pada November 1491, 2 bulan kemudian, Abu 'abd-Allah Muhammad telah menyerahkan kunci Kota Granada kepada Isabella dan Ferdinand.

Perjanjian Granada bunyinya sungguh indah.Orang Islam dibenarkan melaungkan azan seperti biasa. Orang Kristian tidak dibenarkan mengintai-intai rumah orang Islam lebih-lebih lagi Masjid.Malahan, jikalau ada orang Kristian Sepanyol yang mengejek-ejek orang Islam,mereka akan dihukum mengikut Perjanjian Granada.

Cantiknya Perjanjian Granada. Tidak hairan,Abu 'abd-Allah boleh mengalah. Penambah perisanya, dalam sejarah Granada,kota tersebut dipendekkan umurnya oleh sekumpulan orang Islam yang di dalam tarikhnya disebut sebagai Mudejar.Mudejar adalah orang Islam yang tinggal di bawah pemerintahan Kristian Sepanyol.Mereka juga bersama-sama dengan Kerajaan Kristian Sepanyol meruntuhkan kerajaan Islam terakhir di bumi Iberia itu.

Mudejar dikatakan berasal dari perkataan mudajjan,yakni orang yang dijinakkan (untuk berada di bawah naungan kerajaan Kristian Sepanyol)tetapi ada yang mengatakan bahawa ia dari perkataan mudajjal.Maknanya, faham-faham sendirilah.Tidak kurang juga di antara mereka putera-putera raja Muslim Sepanyol yang mengira-ngira untuk mendapat laba dari tuan Kristian Sepanyol mereka samada menjadi menteri ataupun upah khianat mereka.Mereka ini juga menjadi dajjal di sebalik runtuhnya Kota Granada.

Tetapi, janji hanya tinggal janji.Tahun 1499, perjanjian itu diingkari,Cardinal Francisco Jiménez de Cisneros telah memulakan pengKristianan paksa orang Islam di Granada. Dikatakan,rumah-rumah keturunan Muslim dipaksa menggantung babi,tanda mereka bukan lagi Islam.Inkuisi Sepanyol dimulakan,sesiapa sahaja yang tidak Kristian Katolik disalib dan mata mereka dicungkil. Ribuan muslimin dipaksa murtad. Walaupun pemerintahan Abu Abdullah tidak sempurna (dan dikatakan beliau telah merebut kuasa dari bapanya sendiri), tetapi dia masih Islam dan iman umat Islam masih terjaga di bawah pemerintahannya yang dikritik sebagai lemah dan lembab.

Maka,jika dilihat kepada senario hari ini, kita melihat hikmah mempunyai dan dinaungi oleh sebuah kerajaan Islam diambil mudah.Orang menganggap ia mudah datang dan mustahil untuk pergi. Alasan untuk menumbangkan kuasa sesuatu kerajaan Islam cukup mudah,atas nama memerangi korupsi,kezaliman dan kronisme adalah panji-panji murah yang dikibarkan oleh sesetengah pihak.

Adakah tidak terguris hati sebahagian umat apabila baru sahaja didedahkan 301,000 isi rumah orang Melayu Islam masih di bawah RM1000, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang,P Ramasamy ingin membuka jawatan-jawatan kerajaan negeri kepada semua orang. Dan mendukacitakan lagi,dia tidak segan silu memfitnah orang Melayu/Islam yang berjawatan di peringkat kerajaan negeri mengoyak borang permohonan orang bukan Melayu yang memohon.

Tiada pula tindakbalas daripada orang Melayu Parti Keadilan Rakyat di dalam kerajaan negeri. Seolah-olah mereka sudah dijinakkan seperti mudejar Kerajaan Kristian Sepanyol. Apakah mereka tidak berfikir antara jawatan dalam kerajaan negeri tersebut termasuklah jawatan di pejabat ugama?Adakah nanti atas nama samarata, Pulau Pinang akan mempunyai Kadi beragama Hindu,Kristian ataupun Buddha?Nampaknya lucu, tetapi usikan ke arah itu sudah mula berlaku.

Menghairankan lagi mudejar-mudejar ini terus melakukan apa sahaja untuk menyedapkan hati sekutu mereka.Mereka memuji Adun Canning sebagai pandai membaca Al Quran tetapi musuh mereka yang Islam pula sebagai orang yang dibenci Tuhan. Mereka berbangga apabila Lim Guan Eng hendak menjadi Umar Abd Aziz tanpa menyedari bahawa Allah tidak akan memandang kepada bagaimana berazamnya seseorang yang kafir itu mencontohi kebaikan seorang mukmin melainkan ia dimulakan dengan si empunya badan itu melafazkan dua kalimah syahadah.

Apakah tidak sedih Umar Abd Aziz, apabila seseorang yang tidak berkhitan itu yang dipuja dan dipuji dan disamakan dengan beliau oleh orang yang mengaku muslim dan mukmin? Jadi,tidakkah sama nilai mereka ini dengan mudajjal?

Oleh itu,janganlah kerana digula-gulakan dengan orang lain pandai menyebut nama seorang dua khalifah Islam dan tahu barang satu dua ayat al Quran dan Hadith, kita hendak menggadaikan kuasa yang ada pada kita.

Ingatlah, orang Islam Granada dijanjikan perkara yang jauh lebih baik dari itu untuk memujuk mereka agar menyerahkan kuasa politik mereka. Tetapi, harga yang perlu mereka bayar akhirnya adalah untuk berada di tiang-tiang salib dengan mata yang dikorek dan kaki tangan mereka dikudungkan.


Posted at 08:25 pm by maharaja_zhou

web design
June 25, 2009   02:02 PM PDT
 
cerita ni banyak tragedi kan
web design
June 25, 2009   01:18 PM PDT
 
improve kan gambar pun dah ok
malaysia seo
June 23, 2009   12:13 PM PDT
 
boleh improve lagi blog ni
malaysia web design
June 22, 2009   05:23 PM PDT
 
dan memang teliti
web design
June 22, 2009   10:56 AM PDT
 
BLOG NI KREAATIF LA
hydrant system
June 2, 2009   04:55 PM PDT
 
ARTIKEL YANG MENARIK
fire alarm syetem
May 20, 2009   05:49 PM PDT
 
AKU SUKA SEJARAH NI
malaysia my second home
March 31, 2009   05:57 PM PDT
 
ya memang cantik
science exhibits
March 27, 2009   06:18 PM PDT
 
aku pun suka juga
web design
March 27, 2009   06:17 PM PDT
 
aku suka blog ni
dick
February 27, 2009   01:46 AM PST
 
go fuck youself
mak hang
November 26, 2008   01:56 AM PST
 
apa yang hang merepek ni..?
bercakap macam orang terencat akai
Prof
November 26, 2008   12:01 AM PST
 
Maharaja Zhou - Penulis adalah hipokrit pada diri sendiri....

hamba Allah
November 25, 2008   02:55 PM PST
 
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

Baca dan fikirkan Sejarah Melayu
hamba Allah
November 25, 2008   12:11 PM PST
 
Malaysia sebuah negara yang Kuat..Malah digeruni..ada yang tidak percaya tapi negara yang pernah mempunyai Empire Ayuthia-Melaka-Srivijaya-Majapahit adalah kerajaan yang kuat satu ketika dulu... hanya penyatuan Bangsa sahaja boleh menyelamatkan Bangsa Melayu.. baca lah sejarah. sebelum wujudnya Malaysia, British dah menghidu kebangkitan Melayu dengan pengabungan Patani-Semenanjung-Sumatera-Jawa-Mindano banyangkan betapa besarnya Malayu...tetapi semua perancangan ini di patahkan oleh british dengan memberi kemerdekaan pada Tanah Melayu Dengan Nama Malaysia. Pas semenanjung dan Pas Sumatera Paslah yang cuba menyatukan Melayu bukan Umno..yang hanya memecahkan melayu...dan Melemahkan Melayu.. Jika Melayu bersatu Maka Melayu juga di geruni.. Oleh Banyak Kuasa besar! Kita disogok dengan kelemahan diri kita tapi tidak pernah mencari siapa kah pelemah diri org melayu...semua org melayu bercinta cinta bersatu dengan malaysia tetapi Umno lah makluk yang memecah cita-cita mereka.. beri peluang pada Pas insyallah Umat Islam di Nusantara akan bersatu dan Melayu akan kuat kembali...Salammualaikom
hamba Allah
November 25, 2008   12:00 PM PST
 
kenapa tak mahu bersatu dengan pas kalau tak suka dengan DAP atau MCA atau MIC.. kamu sendiri tidak percaya kepada apa yg bakal di bawa oleh pas.. kerana kamu takut..akan undang undang syariah... beri peluang apa org lain membuat perubahan bukan dengan mengkritik sedangkan PAS belum pernah memerintah Malaysia dan PAS tidak pernah memungut cukai dari Rakyat Malaysia.. sampai berbillion...
budak jahat
November 19, 2008   01:05 PM PST
 
ini buktinya seandai pemimpim mengharapkan laba dunia... tiada ada dalamnya jiwa islam yang sebenar.. fikir-fikirkan lah
admin
November 19, 2008   01:02 PM PST
 
Wa alaikumussalam Tuan Canang

Terima kasih krn mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini.

wassalam
Tukang Canang
November 18, 2008   03:43 PM PST
 
Salam bro... artikel yang cukup cantik.. moga umat Melayu di negara ini membuka mata...
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry