 |
maharaja_zhouAugust 8th Male Malaysia
Assalamualaikum wbt
Blog ini merupakan koleksi kepada tulisan-tulisan Maharaja Zhou yang pernah disiarkan di dalam Laman Idealis Mahasiswa.
Maharaja Zhou telah berkecimpung dengan laman Idealis-Mahasiswa sejak dari tahun 2002. Namun begitu, beliau mula mendominasi laman tersebut bersama penulis-penulis yang lain seperti Awang Sulung, Harimau Hitam, Samlin, Syed Reedza sebagai penulis tegar sejak pertengahan tahun 2004 sehinggalah kini di laman tersebut.
Nama Maharaja Zhou sebenarnya merupakan nama antagonis di dalam siri Alam Perwira yang pertama. Namun, beliau sememangnya wujud sebagai manusia bukannya semata-mata watak rekaan Tony Wong. Menjadi pemerintah terakhir dinasti Shang, beliau diingati oleh sejarawan China sebagai seorang maharaja yang zalim.
Tetapi, harus diingat bahawa sejarah ditulis oleh mereka yang menang. Maka, tidak mustahil sebenarnya nama Maharaja Zhou dicemari oleh dinasti yang berikutnya untuk menggambarkan kekejian baginda dan jasa baik baginda telah dikaburkan dan dipadam dari kitab-kitab sejarah.
Berdasarkan hakikat tersebut, perkara yang sama telah berlaku kepada penyokong-penyokong kerajaan apabila mereka tewas di tangan mahasiswa PAS sejak tahun 1996. Mereka telah diberikan reputasi yang buruk oleh penyokong-penyokong pembangkang khususnya oleh penyokong PAS yang berselindung di sebalik Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di kampus-kampus.
Oleh itu,kehadiran Maharaja Zhou diharapkan dapat memberikan impak baru kepada politik kampus dan seterusnya membersihkan nama penyokong-penyokong kerajaan di IPTA. Kiranya ini tidak dilakukan, nama penyokong kerajaan di dalam lipatan sejarah akan tercemar, samalah seperti mana tercemarnya nama Maharaja Zhou, Maharaja Dinasti Shang yang terakhir!
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |
 |
Thursday, January 22, 2009
Lojikanya Hafiz Ilyas Yang Dipertua MPPPUM!
Penulis agak kesibukan dengan tugas pejabat, oleh itu,tidak dapat mengemaskini blog ini awal pagi untuk maklumat terkini terutamanya berkenaan politik mahasiswa yang tengah panas ini.Sekarang mata tertumpu pula kepada Universiti Islam Antarabangsa.
Pengundian di Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu ditangguhkan sehingga 29 Januari di UIA.Katakanlah jikalau bantahan mereka tidak diterima,maka ada pula yang menuduh pentadbir Universiti sedang main silap mata.
Pemerhati politik kampus mengandaikan tiada perubahan berlaku.Tetapi,kadangkala, kejutan boleh berlaku.Jika bola itu bulat,politik mahasiswa juga begitu.Tidak hairanlah,jikalau ada yang sanggup meletakkan kepala babi di rumah ALlah yang suci.Seolah-olah tidak percaya,jalan yang lurus itulah yang Allah senangi, bukan cara yang Allah marah dan sesat.
Ada yang terus menerus lupa tentang sejarah bahawa tidak semestinya calon umum menjadi Presiden MPP.Sekarang ini, hukum asal tercipta cuba dinafi.Penulis dulu masih ingat sewaktu Wan Jemizan Wan Deraman (Presiden MPMUM 1997/98) diwarwarkan bakal memegang Presiden ketika itu,ada bunyi-bunyi di belakang yang tidak setuju.Terutamanya yang bukan AU (ahli PMI yang berbai'ah) kerana mereka itu bukan kayu.
Alasan mereka sama dengan alasan Pro-M mutakhir.Mana bisa calon yang dipilih oleh sekumpulan manusia di Fakulti boleh menjawat jawatan Presiden satu Universiti! Undang-undang ini tidak adil! Bentak mereka!Marah.
Tapi,dek kerana dijual PMI,akhirnya manusia-manusia itu setuju.Pertama,PMI adalah Sadiq Segaraga kepada MPP,mereka adalah majoriti.Mereka adalah tuan kepada ini rumah.Fakulti yang bukan dikuasai PMI adalah Kejuruteraan,Sains,Undang-undang dan beberapa lagi yang menjadi kubu tradisi Cina.
Apa auta PMI masa itu kepada pengundi mereka yang kritis?Temberang mereka ialah Wan Jemizan adalah bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM.Ketua ustaz-ustaz.Tidak timbul soal Cina atau India bertanya,kerana NADI ketika itu masih berperang dengan orang bukan Melayu/Islam yang semuanya bernaung di bawah Barisan Mahasiswa Bersatu.
Oleh itu,disebabkan malu alah,kritikan didiamkan.Maka, buat pertama kalinya dalam sejarah Universiti Malaya,mahasiswa UM dipimpin oleh calon dari fakulti dan calon itu tidak pula bertanding.Sudahlah calon dari fakulti,menang tanpa bertanding pula itu.
Tetapi,tidak pula timbul soal fakulti ataupun umum.Tidak ada soal yang dilantik Presiden itu cara diktatorkah,demokrasi terpimpinkah atau apa lagi temberang PMI ketika itu.Kerana Presiden MPP,ana yang punya, bilang PMI.
Namun,sekarang terbalik pula.Isu hanya orang yang majoriti umum sahaja yang boleh memegang Presiden MPP ditimbulkan.Mahukah kita tarik sahaja sijil Wan Jemizan,kenyataan-kenyataan akhbar Wan Jemizan dan surat-surat yang ditandatangani Wan Jemizan?Jika Pro-M masih berkeras dengan dalil mereka,maka wajarlah kes Wan Jemizan dirujuk.
Jikalau ditanya kedua-dua wakil bebas dari Undang-undang itu,nescaya mereka akan marah dengan nafsu serakah PMI yang cuba memadamkan sejarah dengan tangan-tangan jahat mereka itu.Tanyalah mereka,seperti Common Law Inggeris,jikalau ia pernah diamalkan dan ditulis,maka sebarang perkara kemudian yang menyerupai kes berkenaan wajar mengikut undang-undang ataupun hukuman awal yang dipersetujui umum.
Bagi penulis,jikalau PMI masih berkeras hendakkan orang mereka (yang penulis nampak seperti Mohamad Riduan Mohammad) kerana menggunakan isu calon umum,maka hanya Mohd Hafiz Ilyas yang layak kerana majoriti mahasiswa mahukan Hafiz.Lebih 525 orang mengundi Hafiz berbanding Riduan.
Riduan adalah calon lelaki terendah dalam kesemua pemenang lelaki Melayu yang ada.Maka, Riduan langsung tidak layak dan tidak wajar dipilih sebagai calon Pro-M untuk kerusi YDP.Jika mereka berkeras juga,maka ia lebih kepada agenda pihak tertentu untuk memperkudakan MPP UM bagi agenda jahat mereka.
Oleh itu,YB-YB sekalian yang majoritinya bukan ahli Unit PMIUM (walaupun dari Pro-M),adakah anda hendak membenarkan PMI menghina undi mahasiswa UM?
Posted at 10:14 pm by maharaja_zhou
 |  |  | hamba allah May 25, 2009 11:42 AM PDT
bagus2.aku suka blog ni..teruskan perjuangan anda wahai penulis...celikkan mata mahasiswa hari ini yang telah hanyut dibelai jiwa sbg seorang pembangkang..x kira betul ke x, asyiknk bangkang je..ni terjadi di alam yang nyata..smpai ydp kt universiti aku sndiri yang ade sikap mcm ni...tnpa periksa asal usul ssuatu perkara, tp terus nk tnjukkan protes..sikap ni akn menghancurkan hidup mahasiswa sndiri..bukan berdiri di bumi yang nyata iaitu tugas mpp sbagai penyampai suara mahasiswa...HIDUP MAHASISWA yang MENYOKONG KERAJAAN!! |  |
  |  |  | Gurkha January 23, 2009 09:39 PM PST
Bodoh punya Uncle F*cker...baca la artikel tu baik2..kita analisis ikut pemikiran bangang PMIUM..macam sumpah2. Ada tahun pakai satu cara...tahun lain tukar cara...mana untung ambik..Pasal tu masa kampus berdegar2 anti riba...lepas grad jadi jurucakap riba nombor satu negara macam Si Zaharuddin (Z) dan Nazri Chik...Pooorah!!!! |  |
  |  |  | Uncle January 23, 2009 06:44 PM PST
Bodoh punya Penulis ni...Buta sejarah ke penulis...Ke x reti membaca @ melihat...fandy tanjung xdpt undi paling tggi pun prk lepas..knp yg bongok sgt...kumpulan mana menang ikut le dia nk letak sape YDP...yg kalah tetap kalah..jgn dok buat ayat yg memutarbelitkan fakta...POrrahhhh |  |
  |  |  | ishaksiluman January 23, 2009 01:25 PM PST
hahaha...
si wan jemizan tu bukan saja wakil fakulti,menang tanpa bertanding lak tu..
pendi tanjung tu psl mmg aspirasi majoriti..bukan mcm Pro-M skang yg mintak sedekah sana-sini mcm lobi yahudi jerr..gila jawatan YDP..
klu nk jgk YDP..bg org yg majoriti paling tinggilaa..apa kejadahnye bg riduan...undi ciput...
bg hafiz..sapa pun xmarah..
Pro-M tak caya kat hafiz ke?hafiz nak join Rizal..kekekekekekekekkkk |  |
  |  |  | anti_kalamazad January 23, 2009 11:11 AM PST
huhu, cik kalam suka membelit dgn kata2 sendiri...pemilihan 2006/2007 dan 2007/2008, sejak bila fandy tanjung dpt undi tertinggi...tahun lepas kenapa x lantik fatni jd YDP...bukan ke undi melayu die paling tinggi...kamu mmg dangkal |  |
  |  |  | nIce... January 23, 2009 07:51 AM PST
rAseNYe tAHuN lEPas sAma JeK...
AfeNdY TanJUNg UnDinyA ReNDaH jEk... TaPI jaDI YdP.... ManuSiA teTaP mAnusiA... |  |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|