BLOG POLITIK MAHASISWA ANTI-PAS!

Selamat Datang Untuk Mendalami Pemikiran Maharaja Zhou!

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KAMPUS UM 2009

"Kemenangan PAS dalam pilihanraya ke 12 yang lalu bukanlah berpunca dari kejayaan PAS menyeru Rakyat Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, tetapi hanyalah kerana kenaikan harga barang dan harga minyak. Maka, nilai kemenangan PAS di sisi Harakah Islamiyyah tidaklah lebih dari apa yang masuk ke dalam perut dan keluar daripada perut."-Maharaja Zhou-







maharaja_zhou
August 8th
Male
Malaysia
Assalamualaikum wbt


Blog ini merupakan koleksi kepada tulisan-tulisan Maharaja Zhou yang pernah disiarkan di dalam Laman Idealis Mahasiswa.

Maharaja Zhou telah berkecimpung dengan laman Idealis-Mahasiswa sejak dari tahun 2002. Namun begitu, beliau mula mendominasi laman tersebut bersama penulis-penulis yang lain seperti Awang Sulung, Harimau Hitam, Samlin, Syed Reedza sebagai penulis tegar sejak pertengahan tahun 2004 sehinggalah kini di laman tersebut.

Nama Maharaja Zhou sebenarnya merupakan nama antagonis di dalam siri Alam Perwira yang pertama. Namun, beliau sememangnya wujud sebagai manusia bukannya semata-mata watak rekaan Tony Wong. Menjadi pemerintah terakhir dinasti Shang, beliau diingati oleh sejarawan China sebagai seorang maharaja yang zalim.

Tetapi, harus diingat bahawa sejarah ditulis oleh mereka yang menang. Maka, tidak mustahil sebenarnya nama Maharaja Zhou dicemari oleh dinasti yang berikutnya untuk menggambarkan kekejian baginda dan jasa baik baginda telah dikaburkan dan dipadam dari kitab-kitab sejarah.


Berdasarkan hakikat tersebut, perkara yang sama telah berlaku kepada penyokong-penyokong kerajaan apabila mereka tewas di tangan mahasiswa PAS sejak tahun 1996. Mereka telah diberikan reputasi yang buruk oleh penyokong-penyokong pembangkang khususnya oleh penyokong PAS yang berselindung di sebalik Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di kampus-kampus.

Oleh itu,kehadiran Maharaja Zhou diharapkan dapat memberikan impak baru kepada politik kampus dan seterusnya membersihkan nama penyokong-penyokong kerajaan di IPTA. Kiranya ini tidak dilakukan, nama penyokong kerajaan di dalam lipatan sejarah akan tercemar, samalah seperti mana tercemarnya nama Maharaja Zhou, Maharaja Dinasti Shang yang terakhir!



Hijri Date for Your Blog

<< January 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


PEMIKIRAN MAHARAJA ZHOU


Blog ini didedikasikan kepada semua pengunjung-pengunjung Idealis-Mahasiswa terutamanya peminat-peminat tulisan-tulisan Maharaja Zhou. Artikel-artikel yang dimuatkan merupakan koleksi tulisan Maharaja Zhou sejak awal kemunculannya di IM.

Amaran! Pemikiran Maharaja Zhou Tidak Sesuai Untuk Dibaca Oleh:

(1) Ahli Jamaah Yang Mengandung

(2) Ahli Jamaah Yang Mengalami Masalah Jantung

(3) Ahli Jamaah Yang Sakit Mental Setelah Pulang dari Tamrin Panjang ataupun Tamrin Jelas Fikrah

(4) Ahli Jamaah Yang Mengalami Sakit Kelamin Setelah Proses Baitul Muslim

(5) Mahasiswa ataupun Individu Yang Khayal dengan Candu ataupun Dadah berjenama PAS

Link Blog Sahabat

Bahaya Syirik!

Angin Perubahan

BLOGGER PEMBELA NEGARA ( BPN )

Panglima Perang Cyber

Odieneology

Belantan

Keris Pusaka Melayu

Idealis Mahasiswa

Cerita Kampus

Pemikir Mahasiswa Online

Dr Novandri

Anwar Ibrahim Dot Com

Gerakan Anti PKR

Pilihan Anda

Perak Bangkit

Peace Of Mind

Gegernya

Aspirasi USM

Shamsuddin Moner

Tok Limbong

Selamat Membaca dan Menghayati Pemikiran Maharaja Zhou!

unique visitors counter

Add to Technorati Favorites


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, January 23, 2009
Perlantikan YDP MPPUM Tergendala!Campakkan Saja Berita Tidak Sahih Anda dari Blog!

Penulis diberitahu bahawa Pro-Mahasiswa hendak mengumumkan perlantikan YDP dan Timbalannya.Hairan dan ajaib,Teh Hoong Keat yang menjadi jurucakap kepada Pro-M seolah-olah tidak tahu bahawa belum ada apa-apa persefahaman untuk mewujudkan kerajaan campuran di Universiti Malaya.

Mereka yakin benar bahawa merekalah yang menang dalam pilihanraya kampus yang lepas.Ini semua adalah fantasi.Yang menang adalah Penggerak Mahasiswa,bukannya Pro-M.Adakah mereka tidak tahu mengira? 20 kerusi berbanding 19 kerusi.Bebas bukan Pro-Mahasiswa.Ini fakta bukannya fantasi.

Jikalau PMI yang ramai bermantik itu tidak tahu mengira,munasabahlah.Ini UMANY.Hairan.Maka,wajarlah pengumuman mereka itu ditangguhkan.Jika hukum mudah siapa menang pilihanraya pun tidak tahu,maka memang sangatlah mereka tidak tahu prosedur penubuhan kabinet MPP.

Dahulunya,Wan Jemizan wakil APIUM yang menang tidak bertanding hendak menjadi Presiden MPMUM pun kena mendapat restu TNC dengan kuasa yang diperturunkan oleh NC dan kerajaan Malaysia.Itu NADI menang besar.Sekarang, orang yang kalah hendak mengaku menang.

Kita akan lihat sejauhmanakah Pro-M hendak temberang kepada mahasiswa selepas ini jikalau YDP itu bukan orang mereka.Mereka akan kata manipulasi,tapi kita kata bukan.Ini kerana mereka tidak faham demokrasi.Demokrasi sebenar berkata orang yang mendapat majoriti yang berkuasa.Demokrasi terpimpin berkata orang yang kalah dan tidak faham undang-undang yang ada kuasa.

Jika MPP UM dikuasai oleh mereka yang kalah,maka ini adalah pencemaran kepada demokrasi.Ini bermakna Pro-M adalah munafik yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kuasa.

Jika Pro-M faham erti zalim,maka ingatlah,mengambil benda yang bukan milik anda adalah zalim walaupun betapa hebat kelentong dan temberang yang anda gunakan.Dan kita akan melihat apakah yang akan berlaku kepada orang yang zalim!

Mungkin doa dari pejuang yang adil (di kedua-dua pihak) sempena isu kepala babi bakal menunjukkan kesannya!

Mereka merancang,Allah merancang, tetapi Allah jualah sebaik-baik perancang!


Posted at 06:19 pm by maharaja_zhou

fire suppression
June 30, 2009   12:39 PM PDT
 
harap2 pelantikan baru ni dapat merubah keadaan yang lebih baik
fire extinguisher
June 29, 2009   05:13 PM PDT
 
RENTANG BUKANNYA BARU LAGI
web design
June 29, 2009   01:17 PM PDT
 
tak hairan pun biasa je
malaysia web design
June 29, 2009   12:37 PM PDT
 
ajaib bin hairan
KEPARAT UMNONONONO
February 17, 2009   03:03 PM PST
 
BLOG NI MEMANG X BERFAEDAH..
CAKAP KOSONG..
HAPRAK
Gurkha
February 10, 2009   11:23 AM PST
 
Apa bukti aspirasi buat? Kes ni masih dalam siasatan polis...jgn kau nak fitnah..Ni la didikan PAS...kecik2 lagi dah ajar fitnah dan berbohong..dah besar jual agama dan negara..siap tolong org murtad lagi. Terima lah hakikat...hangpa buat kerajaan minoriti di UM..takkan kekal macam Perak..bongkak la lagi...kakakaka...Daulat Tuanku...
Aspirasi Memalukan
February 10, 2009   08:08 AM PST
 
Terimalah hakikat Aspirasi dah kalah kat UM. Padan muka korang. Dah la merasuah MP. Hahaha.. Belum jadi pemimpin UMNO lagi dah belajar merasuah.

Kecik kecik dah pandai buat rasuah. Didikan orang UMNO macam ni lah. Rasuah je keje. Hentikanlah. Kepada pengdokong kerajaan tu,jangan jadi bodoh sangat.. Bukak mata korang, tengok betul-betul yang mana betul yang mana salah. Kenapa la jadi bodoh piang sampai macam ni?
Aspirasi Memalukan
February 10, 2009   08:04 AM PST
 
Sudahlah cakap pasal isu babi ni. yang terkena adalah atas kepala korang sendiri.Tak payah nak tuduh budak PMI. Aku ada masa kejadian. Masa press buat liputan pun aku ada. Pasal kes babi ni senang je sebab di telinga babi ada nombor siri. Itu polis cakap. Senang je nak cari sape buat. last sekali cek memang budak Aspirasi. Hambik ko.. memang yang sial itu budak aspirasi.. Membabikan masjid APIUM. Sedar la sikit budak aspirasi.

Si Gurkha, ko tak payah lah nak cakap PMIUM yg letak kepala babi tu. Kes ini pun polis senyap. Najib pun taknak perkara ni sampai kepada pilihanraya di Tganu waktu tu. Perkara tu sudah jelas. Terang lagi bersuluh. Jangan jadi bodoh sangat.
Samuel
February 1, 2009   12:53 PM PST
 
Salam sejahtera Maharaja Zhou,
Saya merupakan salah seorang penyokong setia aspirasi. Saya meraasakan Pro M ni memang gila kuasa. Saya lihat sendiri di UPSI yang dimenangi majoriti oleh aspirasi tetapi dek kerana ingin kuasa mereka mengatakan ianya manipulasi sahaja. Saya pun hairan dengan mereka yang kononya melaungkan kebajikan mahasiswa tapi setakat mana pelaksanaan oleh mereka. Menurut Maharaja Zhou apakah Pro M ini hanya pandai berjanji tetapi dari segi pelaksanaan kurang berbanding aspirasi yang kurang berjanji tapi kerja buat...
kalau ada masa saudara bolehlah melawat blog saya
www.sila-silagerasibansa.blogspot.com
marhain
February 1, 2009   10:18 AM PST
 
setuju2...ada yg hina saudara seIslam,tuduh rasuah,fitnah,panggil bughah..macam2 lagi dan tidak malu lagi menghalalkannya atas perjuangan Islam.

Buang sahaja perkataan Islam itu dari persatuan mereka,kerana mereka membawa fitnah kepada agama kita.
Rakyat
January 31, 2009   11:24 PM PST
 
Salam kpd semua.

Saban hari sy melihat, meneliti dan menafsir. Kini, masa yg sesuai utk bertindak. Sebagai seorang melayu, dan jitunya, sebagai seorang Islam, kenapa perlu kita menabur kata-kata kesat di blog atau khalayak? Mana perginya semangat persaudaraan antara Muslimin dan Muslimat kita? Saya ada satu soalan, sebagai rakyat yg memerhati negara kini, kita acap kali mencemuh pimpinan tertinggi negara kerana beberapa isu politik negara. Kita acap kali membangkitkan kelayakan seseorang itu mnjadi apa sahaja jawatan yg disandang oleh mereka. Tetapi, pernahkah kita terfikir bagaimanakah gayanya kita bila kita pula yg mentadbir negara ataupun kampus? Adakah semua sudah lupa bahawa tugas seorang pemimpin itu berat? Tidakkah semua sudah lupa bahawa setiap pemimpin itu, bila saat dia di iktiraf sbg pemimpin, sebelah kakinya sudah ke arah syurga manakala sebelah lagi maju keneraka? Ertinya, terpulang pada pemimpin itu sendiri untuk mengorak langkahnya. Kenapakah kita tidak mentadbir UM itu dibawah satu bumbung Islam? Malukah semua untuk mengaku diri itu Islam? Dan kenapa antara umat Islam itu sendri mencemuh saudara Islamnya? Tidakkah kita ada perasaan malu utk berhadapan dgn Allah bila tiba hari pengadilan? Antara soalan yg bakal ditanya malaikat di alam barzakh nnt adalah siapakah saudara kamu. Dan adakah jawapannya ialah gerak ataupun pro-m? Umat kini masih lagi berani menyebut nama Allah dlm menghina saudara Islamnya. Tidakkah mereka gentar dgn nama Allah itu sendiri? Benarlah kata junjungan kita, akhir zaman itu terjd bila mana fitnah itu berleluasa. Pesan saya utk diri saya sendiri dan semua, pandanglah kerendahan diri sendiri sebelum menghina kerendahan org lain. Allah itu Maha Berkuasa atas tiap sesuatu.
Rakyat
January 31, 2009   11:22 PM PST
 
Salam kpd semua.

Saban hari sy melihat, meneliti dan menafsir. Kini, masa yg sesuai utk bertindak. Sebagai seorang melayu, dan jitunya, sebagai seorang Islam, kenapa perlu kita menabur kata-kata kesat di blog atau khalayak? Mana perginya semangat persaudaraan antara Muslimin dan Muslimat kita? Saya ada satu soalan, sebagai rakyat yg memerhati negara kini, kita acap kali mencemuh pimpinan tertinggi negara kerana beberapa isu politik negara. Kita acap kali membangkitkan kelayakan seseorang itu mnjadi apa sahaja jawatan yg disandang oleh mereka. Tetapi, pernahkah kita terfikir bagaimanakah gayanya kita bila kita pula yg mentadbir negara ataupun kampus? Adakah semua sudah lupa bahawa tugas seorang pemimpin itu berat? Tidakkah semua sudah lupa bahawa setiap pemimpin itu, bila saat dia di iktiraf sbg pemimpin, sebelah kakinya sudah ke arah syurga manakala sebelah lagi maju keneraka? Ertinya, terpulang pada pemimpin itu sendiri untuk mengorak langkahnya. Kenapakah kita tidak mentadbir UM itu dibawah satu bumbung Islam? Malukah semua untuk mengaku diri itu Islam? Dan kenapa antara umat Islam itu sendri mencemuh saudara Islamnya? Tidakkah kita ada perasaan malu utk berhadapan dgn Allah bila tiba hari pengadilan? Antara soalan yg bakal ditanya malaikat di alam barzakh nnt adalah siapakah saudara kamu. Dan adakah jawapannya ialah gerak ataupun pro-m? Umat kini masih lagi berani menyebut nama Allah dlm menghina saudara Islamnya. Tidakkah mereka gentar dgn nama Allah itu sendiri? Benarlah kata junjungan kita, akhir zaman itu terjd bila mana fitnah itu berleluasa. Pesan saya utk diri saya sendiri dan semua, pandanglah kerendahan diri sendiri sebelum menghina kerendahan org lain. Allah itu Maha Berkuasa atas tiap sesuatu.
babi
January 28, 2009   01:13 AM PST
 
woit!! sudah byak kali aku mencari di blog2 tp disinilah yng pling sesuai port aku.jgn lupa janji kt..JANJI!!
dinzi
January 26, 2009   09:51 PM PST
 
Itulah sebabnya pelajar seharusnya masuk Universiti untuk Belajar semata-mata. Tidak perlu berpolitik hingga pelajaran terabai.

Akhirnya Matematik pun tak pandai. Angka 19 dan 20 pun tidak reti mana yang lebih banyak.

Inilah kalau KONONnya berpolitik untuk menjaga kebajikan masyarakat sedangkan diri sendiri pun masih KURANG ILMU. Suruh mereka nie pegi balik STUDY dari sibuk nak menjaga hal-hal masalah masyarakt kampus.

Nepal Hensem
January 24, 2009   07:08 AM PST
 
PMIUM ingat diorg "bijak" sabo,fitnah orang,sebar flyers palsu.

Ingat berkat ke buat bende2 camtu?Budak2 1st year ko boleh bohong le PMI.

Ex-ex PMI yang aku sembang kat luar tu ramai yang yakin korang le yg letak kepala babi tu dlm surau API.

Tobatle..ni baru Allah tunjuk sikit...panggil sapa buat...tobat cepat2 depan ramai...
Gurkha
January 24, 2009   12:05 AM PST
 
Allah dah balas dah...pasal PMIUM letak kepala babi dalam surau...sekarang depa dah tak tau siapa nak jadi kepala depa dalam MPP...Salah satu tanda kebesaran Allah....insaflah PMIUM....bubar dan hisbahlah unit sabotaj kamu.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry