BLOG POLITIK MAHASISWA ANTI-PAS!

Selamat Datang Untuk Mendalami Pemikiran Maharaja Zhou!

"Kemenangan PAS dalam pilihanraya ke 12 yang lalu bukanlah berpunca dari kejayaan PAS menyeru Rakyat Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, tetapi hanyalah kerana kenaikan harga barang dan harga minyak. Maka, nilai kemenangan PAS di sisi Harakah Islamiyyah tidaklah lebih dari apa yang masuk ke dalam perut dan keluar daripada perut."-Maharaja Zhou-







maharaja_zhou
August 8th
Male
Malaysia
Assalamualaikum wbt


Blog ini merupakan koleksi kepada tulisan-tulisan Maharaja Zhou yang pernah disiarkan di dalam Laman Idealis Mahasiswa.

Maharaja Zhou telah berkecimpung dengan laman Idealis-Mahasiswa sejak dari tahun 2002. Namun begitu, beliau mula mendominasi laman tersebut bersama penulis-penulis yang lain seperti Awang Sulung, Harimau Hitam, Samlin, Syed Reedza sebagai penulis tegar sejak pertengahan tahun 2004 sehinggalah kini di laman tersebut.

Nama Maharaja Zhou sebenarnya merupakan nama antagonis di dalam siri Alam Perwira yang pertama. Namun, beliau sememangnya wujud sebagai manusia bukannya semata-mata watak rekaan Tony Wong. Menjadi pemerintah terakhir dinasti Shang, beliau diingati oleh sejarawan China sebagai seorang maharaja yang zalim.

Tetapi, harus diingat bahawa sejarah ditulis oleh mereka yang menang. Maka, tidak mustahil sebenarnya nama Maharaja Zhou dicemari oleh dinasti yang berikutnya untuk menggambarkan kekejian baginda dan jasa baik baginda telah dikaburkan dan dipadam dari kitab-kitab sejarah.


Berdasarkan hakikat tersebut, perkara yang sama telah berlaku kepada penyokong-penyokong kerajaan apabila mereka tewas di tangan mahasiswa PAS sejak tahun 1996. Mereka telah diberikan reputasi yang buruk oleh penyokong-penyokong pembangkang khususnya oleh penyokong PAS yang berselindung di sebalik Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di kampus-kampus.

Oleh itu,kehadiran Maharaja Zhou diharapkan dapat memberikan impak baru kepada politik kampus dan seterusnya membersihkan nama penyokong-penyokong kerajaan di IPTA. Kiranya ini tidak dilakukan, nama penyokong kerajaan di dalam lipatan sejarah akan tercemar, samalah seperti mana tercemarnya nama Maharaja Zhou, Maharaja Dinasti Shang yang terakhir!



Hijri Date for Your Blog

<< June 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


PEMIKIRAN MAHARAJA ZHOU


Blog ini didedikasikan kepada semua pengunjung-pengunjung Idealis-Mahasiswa terutamanya peminat-peminat tulisan-tulisan Maharaja Zhou. Artikel-artikel yang dimuatkan merupakan koleksi tulisan Maharaja Zhou sejak awal kemunculannya di IM.

Amaran! Pemikiran Maharaja Zhou Tidak Sesuai Untuk Dibaca Oleh:

(1) Ahli Jamaah Yang Mengandung

(2) Ahli Jamaah Yang Mengalami Masalah Jantung

(3) Ahli Jamaah Yang Sakit Mental Setelah Pulang dari Tamrin Panjang ataupun Tamrin Jelas Fikrah

(4) Ahli Jamaah Yang Mengalami Sakit Kelamin Setelah Proses Baitul Muslim

(5) Mahasiswa ataupun Individu Yang Khayal dengan Candu ataupun Dadah berjenama PAS

Link Blog Sahabat

Bahaya Syirik!

Angin Perubahan

Idealis Mahasiswa

Cerita Kampus

Pemikir Mahasiswa Online

Dr Novandri

Anwar Ibrahim Dot Com

Gerakan Anti PKR

Pilihan Anda 08

Perak Bangkit

Selamat Membaca dan Menghayati Pemikiran Maharaja Zhou!

unique visitors counter

Add to Technorati Favorites


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






Saturday, June 28, 2008
Harakah Islam:Benarkah Wujud Wajah Hitam Agama?

Saya amat tertarik dengan tulisan Fathi Aris Omar berkenaan dengan "Kegagalan Mentor Agama". Persoalan yang cuba dikupas adalah ideal tetapi tidak mustahil untuk dihadam dan dilaksana dalam kehidupan sehari-hari apatah lagi untuk seorang ahli gerakan Islam.Kritikan beliau pedas dan berbunyi "sekular" bagi ahli Harakah Islam,tetapi yang penting ialah isi, bukannya presentasi.

Beberapa penulis bebas yang dahulunya lineant dan berlemah lembut terhadap PAS,mula bersikap skeptik terhadap partai yang menggunakan nama agama itu. Antaranya ialah Fathi Aris Omar. Setengah pihak mengaitkannya dengan Jamaah Islah Malaysia, tetapi nyata beliau condong kepada Keadilan.

Beliau lebih lembut kepada Hishamuddin Rais yang berlabelkan sosialis,mungkin tampak Isham lebih demokratis dari pemimpin PAS yang kesombongannya mengalahkan buih pepsi-Cola apabila menjadi tuan di Terengganu dan Kelantan.

Lemas dan rimas dengan perkembangan tersebut,menyebabkan beliau dan beberapa penulis bebas yang lain mengacukan meriam dan istinggar bukan sahaja kepada parti pemerintah tetapi juga kepada pembangkang yang memerintah iaitu PAS. Malaysiakini yang totok semangat cina dan anti Islam dan Melayu menjadi medan puak-puak penulis ini untuk menyebarkan idea demokratik dan anti sifat "holier than thou" (Kawe lebih suci dari demo).

Perubahan sikap beliau dan rakan-rakan amat berkait dengan tajuk yang agak kontroversial bunyinya tersebut. Apakah Islam mempunyai wajah hodohnya? Persoalan kontroversial oleh pemikir politik yang idealis yang pernah melihat wajah buruk pemimpin PAS,JIM dan ABIM,tidak kurang juga perangai suka mengambil kesempatan oleh pemimpin tarekat dan ajaran sesat.

Secara prinsip, penulis-penulis itu tidak akan mengaku bahawa Islam mempunyai wajah buruk, dan tentu Fathi antara Imamnya dan boleh jadi Farish adalah bilalnya. Namun, klarifikasi atas kecelaruan ini perlu dijejak akarnya. Akar yang penulis cadangkan adalah kurangnya ilmu dan juga kurangnya sifat belas ihsan dan common sense.

Idea Fathi mengingatkan saya detik-detik ketika Nabi Isa A.S. baru sahaja diangkat sebagai Rasul. Puak Pharisee dan Sanhendrin tidak ubah seperti PAS dan puak-puak yang penulis sebutkan di atas. Kulit sahaja yang ada, tetapi tidak ada roh. "Sufi"nya tidak ada.Jiwanya kotor, intipatinya kosong. Syariat Musa A.S.diambil hanya pada permukaannya.

Maka,wujudlah golongan penghukum dan bukannya pendakwah. Maka,kata-kata 'kafir','taghut' dan sesat menjadi zikir dan mudah sekali terlucut dari mulut. Ilmu yang sedikit memudahkan lagi kata-kata itu dihamburkan. Sedikit sekali yang mengajak "golongan yang sesat" untuk berdiskusi dan mengeluarkan hujah-hujah dan nas yang kuat untuk mematahkan hujah kaum "muktazilah moden" dan "anak didik orientalis".

Maka,dengan itu,wujudlah wajah "hitam",bobrok dan hodoh,bukan kerana agama tetapi kerana golongan "agamawan" yang sedikit ilmu. Kenapa saya gunakan perkataan ilmu, kerana ilmu bersertakan amalan. Kebanyakan "tuan guru" banyak informasi tetapi amalan Islamnya hanyalah permukaan sahaja,masih baik untuk orang biasa tetapi masalah jiwa yang kronik membolehkan syaitan menerobos dan mengelirukan umat yang terpinga-pinga melalui Pharisee dan Sanhendrin versi moden ini.

Islam adalah rahmat kepada seluruh alam.Jika kita mengakui kita adalah pejuang Islam,maka lihat juga adakah kita membawa rahmat kepada mereka yang berada di sekeliling kita. Adakah masyarakat lebih bahagia ataupun lebih porak peranda dan terkeliru. Ataupun sebenarnya ilmu Islam kita belum cukup dalam membolehkan kita menafsir sesuatu. Jika salah langkah, nama Islam yang akan tercemar bukannya nama individu.

Gerakan Islam dalam menyusun strategi kadangkala gagal dalam perkara-perkara asas kemanusiaan apabila berkait dengan politik. Sedangkan ia adalah basic kepada petunjuk kebenaran. Atas nama politik, sabotaj dan machivallisme dihalalkan. Malang sekali, ia dibenarkan si "agamawan" dengan menggunakan contoh dan petunjuk dari agama. Tetapi, tidak disangka oleh "agamawan" bahawa interpretasinya salah kerana mengambil hukum yang jauh sekali sesuai dengan situasi yang dialami.

Bolehkah hanya kerana musuh itu UMNO ataupun bukan seharakah, sabotaj dilakukan? Sehingga menderita ataupun perjalanan hidupnya? Adakah benar tafsiran "agamawan" tersebut.Bagi yang menghadapinya, apatah lagi yang cetekilmu dan tohor imannya,maka ia adalah perishtiharan perang oleh si "agamawan". Tidak mustahil akhirnya,yang disalahkan mangsa bukannya "agamawan" tetapi Islam itu sendiri bahana dari perbuatan tidak bertanggungjawab "agamawan" segera tersebut.

"Harakah Islamiyyah" ditubuhkan untuk satu matlamat kebanyakannya. Kuasa. Arqam,PAS, JIM dan ABIM menghendaki kuasa. Sedangkan Nabi diturunkan bukan untuk mendapatkan kuasa,jika kuasa yang menjadi matlamat,sudah tentu Nabi akan menerima tawaran Quraisy untuk menjadi Raja.Untung-untung Islam diterima secara tipu helah,tetapi cara itu bukan cara Nabi, kerana cara Nabi,cara gentleman. Dakwah diteruskan walaupun tanpa kuasa.

Gila kuasa adalah punca wajah hitam selain dari ilmu yang sedikit tetapi diamplikasi dan dihebohkan "kealiman"(lebih tepat kebodohan) pemiliknya beribu kali ganda. Maka, selagi mana,berhala yang disembah gerakan-gerakan ini adalah kuasa, maka selagi itulah akan wujud wajah bobrok tersebut.Harus diingat bahawa wajah keji itu tentu sekali bukanlah Islam tetapi kuasa hitam yang memacu nafsu gerakan berkenaan.

Nota: Tulisan asal penulis di Idealis Mahasiswa. Diambil semula dari portal UMNO Beaufort http://www.umno-beaufort.net.my/modules.php?name=News&file=article&sid=87

 

Posted at 09:57 am by maharaja_zhou

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry