BLOG POLITIK MAHASISWA ANTI-PAS!

Selamat Datang Untuk Mendalami Pemikiran Maharaja Zhou!

"Kemenangan PAS dalam pilihanraya ke 12 yang lalu bukanlah berpunca dari kejayaan PAS menyeru Rakyat Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, tetapi hanyalah kerana kenaikan harga barang dan harga minyak. Maka, nilai kemenangan PAS di sisi Harakah Islamiyyah tidaklah lebih dari apa yang masuk ke dalam perut dan keluar daripada perut."-Maharaja Zhou-







maharaja_zhou
August 8th
Male
Malaysia
Assalamualaikum wbt


Blog ini merupakan koleksi kepada tulisan-tulisan Maharaja Zhou yang pernah disiarkan di dalam Laman Idealis Mahasiswa.

Maharaja Zhou telah berkecimpung dengan laman Idealis-Mahasiswa sejak dari tahun 2002. Namun begitu, beliau mula mendominasi laman tersebut bersama penulis-penulis yang lain seperti Awang Sulung, Harimau Hitam, Samlin, Syed Reedza sebagai penulis tegar sejak pertengahan tahun 2004 sehinggalah kini di laman tersebut.

Nama Maharaja Zhou sebenarnya merupakan nama antagonis di dalam siri Alam Perwira yang pertama. Namun, beliau sememangnya wujud sebagai manusia bukannya semata-mata watak rekaan Tony Wong. Menjadi pemerintah terakhir dinasti Shang, beliau diingati oleh sejarawan China sebagai seorang maharaja yang zalim.

Tetapi, harus diingat bahawa sejarah ditulis oleh mereka yang menang. Maka, tidak mustahil sebenarnya nama Maharaja Zhou dicemari oleh dinasti yang berikutnya untuk menggambarkan kekejian baginda dan jasa baik baginda telah dikaburkan dan dipadam dari kitab-kitab sejarah.


Berdasarkan hakikat tersebut, perkara yang sama telah berlaku kepada penyokong-penyokong kerajaan apabila mereka tewas di tangan mahasiswa PAS sejak tahun 1996. Mereka telah diberikan reputasi yang buruk oleh penyokong-penyokong pembangkang khususnya oleh penyokong PAS yang berselindung di sebalik Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di kampus-kampus.

Oleh itu,kehadiran Maharaja Zhou diharapkan dapat memberikan impak baru kepada politik kampus dan seterusnya membersihkan nama penyokong-penyokong kerajaan di IPTA. Kiranya ini tidak dilakukan, nama penyokong kerajaan di dalam lipatan sejarah akan tercemar, samalah seperti mana tercemarnya nama Maharaja Zhou, Maharaja Dinasti Shang yang terakhir!



Hijri Date for Your Blog

<< June 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


PEMIKIRAN MAHARAJA ZHOU


Blog ini didedikasikan kepada semua pengunjung-pengunjung Idealis-Mahasiswa terutamanya peminat-peminat tulisan-tulisan Maharaja Zhou. Artikel-artikel yang dimuatkan merupakan koleksi tulisan Maharaja Zhou sejak awal kemunculannya di IM.

Amaran! Pemikiran Maharaja Zhou Tidak Sesuai Untuk Dibaca Oleh:

(1) Ahli Jamaah Yang Mengandung

(2) Ahli Jamaah Yang Mengalami Masalah Jantung

(3) Ahli Jamaah Yang Sakit Mental Setelah Pulang dari Tamrin Panjang ataupun Tamrin Jelas Fikrah

(4) Ahli Jamaah Yang Mengalami Sakit Kelamin Setelah Proses Baitul Muslim

(5) Mahasiswa ataupun Individu Yang Khayal dengan Candu ataupun Dadah berjenama PAS

Link Blog Sahabat

Bahaya Syirik!

Angin Perubahan

Idealis Mahasiswa

Cerita Kampus

Pemikir Mahasiswa Online

Dr Novandri

Anwar Ibrahim Dot Com

Gerakan Anti PKR

Pilihan Anda 08

Perak Bangkit

Selamat Membaca dan Menghayati Pemikiran Maharaja Zhou!

unique visitors counter

Add to Technorati Favorites


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, June 25, 2008
Wajarkah Sang Bughah (PMRAM) Diberi Wang Zakat?

Diterima pada: 16 Julai 2005
Name: Maharaja Zhou
http://www.idealis-mahasiswa.net/editor/suratpelayar695.html

Keras tajuk penulis kali ini. Lagaknya seperti Muhazam Mustapha dalam Forum Politik Nasional. Jika ditanya Muhazam ataupun gurunya,Ustaz Rasul Dahri,maka tiadalah wajar sang bughah diberi zakat.

Zakat diberi kepada asnaf. Asnaf pula ada lapan golongan. Salah satunya adalah orang yang berjuang fi sabilillah. Fi sabilillah adalah berjuang di jalan Allah,dan menuntut ilmu adalah sebahagian dari tuntutan perjuangan tersebut.Maka dari situ, orang yang menuntut ilmu dikira sebagai salah satu golongan yang harus menerima zakat.

Isu zakat adalah isu hangat. Di kalangan pelajar IPTA, jarang-jarang kedengaran yang heboh dengan isu zakat. Cuma apabila ada pelajar yang tersepit, maka sumber alternatifnya adalah wang zakat. Maka, di situlah,ada yang menerima zakat dari kerajaan negeri masing-masing.

Selalunya yang mengharapkan wang zakat adalah pelajar Timur Tengah. Sumber tradisi kewangan mereka adalah dari Baitul Mal. Tidak salah untuk meminta wang zakat,namun,jangan dianggap wang zakat eksklusif untuk jurusan agama sahaja. Jurusan teknikal dan ilmu lain juga afdhal menerima wang zakat, tatkala orang Barat mencipta senjata pemusnah besar-besaran, orang Islam masih lagi berkelahi tentang kepimpinan ulamak. Lantas,Barat semakin maju, dan negara Islam hanya mampu menjadi negara pengguna.

Tersebut suatu kisah,di dalam Harakah, betapa kasihannya 9 orang pelajar "dihalau" dari asrama. Kesimpulan mereka adalah, zalimnya kerajaan terutamanya kerajaan Khir Toyo. Orang yang berjuang fi sabilillah pun dihalau dan merempat di tepi jalan,padahal wang zakat berkoyan-koyang dikutip bertahun-tahun.

Isu ini boleh diulas dari pelbagai aspek. Aspek ugama, yang memungkinkan lebih menyakitkan hati sehingga membabitkan syurga neraka, atau aspek duniawi yang melibatkan konsep man jadda wa jadda. Siapa yang berusaha,maka dialah yang dapat. Jika sentimen kepartaian tidak diambil kira, tiadalah siapalah yang peduli. Untung juga ada kes ini, sekurang-kurangnya adalah sebab musabab Ustaz Ahmad Awang boleh melawat Mesir.

Kita lihat dari sudut duniawi. Soalnya mudah. Siapa yang tidak bayar sewa,maka wajarlah dia keluar dari tempat persewaan itu. Mudah. Dalam dunia ini,tatkala penulis sedang menulis, sudah berapa ratus manusia dihalau dari rumah masing-masing kerana tidak membayar sewa. Tiada siapa pun yang bersimpati, sendiri salah,sendiri yang tanggung. Jika diberi perlepasan sebulan dua,itu adalah belas ihsan si tuan rumah. Tidak kejam si tuan rumah,sebaliknya berbahagialah di akhirat kerana atas budi baik tuan rumah.

Itu baru sebulan dua. Bagaimana pula jika dua tahun? Tidak ada tuan rumah yang sebangang itu yang membenarkan sang penyewa bermaharaja lela bergentayangan di dalam rumahnya dalam dunia sebenar. Hanya kerajaan Selangor pimpinan Khir Toyo sahaja yang mempunyai belas ihsan sedemikian rupa yang membenarkan hatta penentang mereka duduk secara percuma.

Kerajaan negeri Selangor tidak meminta satu sen pun bayaran balik hutang akibat tinggal secara percuma selama dua tahun dari bekas penyewa tersebut. Adakah wujud tuan rumah yang lebih baik dari itu?

Kemudian,diungkit tentang duit zakat yang kononnya wajar diterima oleh mereka. Seolah-olah dari kenyataan mereka itu seperti wang zakat itu adalah mak bapak mereka yang punya dan wajib mereka dapat. Sebagai lelaki Muslim yang merdeka, mereka sepatutnya malu dengan perbuatan mereka yang menadah-nadah tangan meminta wang zakat,padahal mereka masih mempunyai tulang empat kerat. Apatah lagi, dari konsep wang zakat sendiri,tidak semestinya pelajar-pelajar tersebut menerimanya.

Itu dari segi duniawi,tetapi bagaimana pula membiayai orang yang menentang kerajaan dengan wang zakat? Maka,kononnya PAS akan membantu dengan wang pula. Itulah tanda bahawa mereka ini adalah agen-agen PAS selama ini. Menentang kerajaan Islam yang sah adalah haram hukumnya dan menggunakan wang fi sabilillah untuk kerja yang haram adalah haram juga hukumnya.

Ada pula yang mungkin berhujah,kami menolong mereka yang ingin memperjuangkan Islam.Tetapi,harus diingat juga, Khawarij juga ingin menegakkan Islam yang "dicemar" oleh Saidina Ali, tidakkah perbuatan Khawarij di pandangan "pendokong Islam" mutakhir ini juga adalah perjuangan Islam?

Maka, sepatutnya mereka berasa malu untuk meminta wang dari jalan Allah untuk perbuatan derhaka kepada Allah. Adalah wajar bagi kita untuk bersama dengan pemimpin yang ada selagi mana dia masih lagi seorang Muslim.

Jika menegakkan hukum Allah sepenuhnya menjadi prasyarat, maka semenjak dari zaman Saidina Ali lagi telah terbatal hujah tersebut.Jangan dikira lagi Turki Uthmaniyyah yang mengangkat parlimen sebagai penggubal undang-undang dan juga membuang serban yang sunnah dengan digantikan tarbus yang bid'ah. Malahan,berapa ramai pemimpin PAS sendiri yang mengambil riba dan juga mengumpat dan memfitnah.Tidakkah ini juga sebahagian dari hukum Allah?

Oleh itu,harus difikirkan,wajarkah Kerajaan Khir Toyo terus membantu sang bughah? Dan tidak malukah sang bughah ini menggunakan wang fi sabilillah untuk melawan Allah?

Posted at 08:58 am by maharaja_zhou
Make a comment  

Monday, June 23, 2008
PAS Juga Parti 'Asabiyyah?

Label-melabel merupakan kerja biasa bagi pendokong dan mahasiswa PAS. Pelbagai label telah digunakan untuk menjatuhkan pihak lain dan mereka sering merasakan bahawa mereka sahaja mempunyai lesen untuk melabelkan orang lain. Biasanya, perkara ini yang menjadikan "perjuangan" mereka cukup rempah dan garam. Kalau setakat metodologi da'wah biasa yang Rasulullah sampaikan, tentulah mereka tidak dapat tahan walaupun seminit.

Perkara ini boleh dibuktikan. Mudah sahaja. JIkalau kita melawat laman web mahasiswa pembangkang, kita dapat melihat artikel-artikel pimpinan mereka yang berkaitan dengan idea dan cadangan ataupun teguran mendapat "rating" yang rendah. Tetapi, apabila tiba cerita berunsurkan kelamin yang dipaparkan seperti "Gadis Prepaid" ataupun "Gadis RM 5", maka bacannya mencecah 1000 dan ke atas. Inilah pembacaan di kalangan "pejuang Islam". Itulah sebabnya di kalangan golongan yang tidak mahu berfikir, tulisan penulis adalah umpama meletakkan batu jemala di atas bahunya.

Seringkali PAS melabelkan UMNO sebagai parti 'asabiyyah. Kerana namanya adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. PAS bukan 'asabiyyah kerana namanya Islam. Maka, ia bukan parti 'asabiyyah. Persamaan dan formula mudah ini digunakan di mana-mana sahaja. Usrah, kuliah ilmu, malahan khutbah jumaat memuatkan perkara ini. Tetapi, soalnya melihat perkembangan-perkembangan yang berlaku mutakhir ini, adakah PAS bukan partai 'asabiyyah?

Mari kita lihat beberapa hadith dan syarah tentang 'asabiyyah:

Sesiapa yang berperang dibawah royah 'immiyah '(bendera buta) dan menyeru kepada `asabiyyah atau marah kerana 'asabiyyah maka kematianya adalah jahiliyyah.

(Riwayat Muslim, Ibn Majah, an-Nasai)

Kata al-Sindi (meninggal 1138H) dalam mensyarahkan hadith-hadith Sunan Ibn Majah: "Lafaz bendera kebutaan ialah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil" .

Dalam riwayat Abu Daud:

Daripada Jubair bin Mut'im: Bahawa RasululLah s.a.w bersabda: "Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada 'asabiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas 'asabiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas 'asabiyyah.

Dalam menjelaskan maksud 'asabiyyah, Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh Wathilah bin al-Asqa':

(maksudnya): Wahai RasululLah! Apakah al-'asabiyyat? Sabda baginda: "Kamu menolong kaummu atas kezaliman"

Oleh itu, adakah tepat untuk mengatakan bahawa 'asabiyyah itu semata-mata bantuan ke atas kaum? Diriwayatkan daripada suatu hadith:

"Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Oleh itu, dibenarkan oleh Rasulullah dan menjadi kecintaan pula bagi Rasulullah untuk sesuatu kaum membantu ahli di dalam kaumnya yang menghadapi kesusahan. Maka, jikalau orang Melayu dalam keadaan susah, maka tidakkah menjadi tanggungjawab kepada UMNO (dan juga pertubuhan orang Islam dan Melayu) untuk membantu mereka yang susah?

Kita berbalik kepada isu 'asabiyyah. Dikatakan bahawa 'asabiyyah itu bendera buta dan juga 'asabiyyah juga membawa maksud membantu puak ataupun kaum itu atas dasar kezaliman. Maka, kita melihat dari konteks perjuangan PAS sendiri kadangkala ahlinya sendiri telah menjerumuskan diri mereka kepada 'asabiyyah.

Contoh 'asabiyyah adalah apabila terjadinya murtad Siti Fatimah Tan yang mana peguambelanya adalah seorang penceramah bebas PAS. Maka, sang peguam ini tidak menerima bantahan ataupun memorandum dari pihak PAS. Mereka hanya bising pada mulanya sahaja, kerana menyangka yang membantu itu sefikrah dengan peguam Lina Joy, tetapi apabila mendapati peguamnya sama parti, perkara ini didiamkan sahaja.

Begitu juga pemecatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dalam tempoh 24 jam, dianggap wajar oleh penyokong PAS. Padahal, sepatutnya penyokong PAS perlulah menghantar surat ataupun bantahan meminta ehsan supaya diberi notis sebulan ataupun 3 bulan kepada Dato' Jamry untuk mengosongkan pejabatnya atas dasar sesama Islam.Termasuk juga dalam kes ladang babi bernilai RM 100 juta. Penyokong PAS menjadi syaitan bisu dan syaitan bising menyokong kewujudan ladang tersebut.

Maka, tidakkah PAS juga menjadi 'asabiyyah? Di mana penyokongnya menyokong sesuatu atas bendera buta di atas tiket "kaum dan bangsa" PAS. Ingatlah, bahawa fahaman politik sesuatu pihak boleh menyebabkan sesuatu bangsa atau kaum menjadi kaum yang lain dan berbeza. Contoh yang paling jelas, Syiah pada asalnya wujud sebagai sokongan politik kepada keluarga Saidina Ali untuk mendapatkan kekhalifahan. Namun, hari ini, orang Syiah tidak dikenali sebagai penyokong politik lagi, tetapi sebagai kaum yang berbeza di mana-mana sahaja mereka berada samada di Iraq, Pakistan, India dan Lubnan.

Dari situ, penyokong PAS perlu insaf dan faham, bahawa menyokong parti siyasah tersebut tidak bermakna mendapat lesen percuma untuk selamat dari mati jahiliyyah dan boleh melabelkan orang lain sebagai 'asabiyyah. Kerana yang nyata tindakan-tindakan PAS dan peyokongnya kebelakangan ini boleh juga ditafsirkan sebagai "perkauman" ataupun bahasa yang orang PAS faham-'asabiyyah.

Posted at 10:11 am by maharaja_zhou
Comments (2)  

Friday, June 20, 2008
GAMIS Tidak Mampu Mendepani Isu?

Apabila penulis menegur tindakan sesetengah pihak menyunting artikel penulis untuk kesesuaian dan keselesaan pihak berkepentingan, penulis sebenarnya berharap suatu tindakan segera dapat diambil oleh mereka yang kononnya bersifat hadhari dan faham sangat dengan konsep syahadatain. Oleh itu, suka juga penulis mengingatkan mereka bahawa janganlah ayat-ayat Al Quran itu hanya tinggal di tenggorok sahaja. Apabila kita bertemu dengan kepentingan hawa nafsu kita, iman kita terpelanting samalah seperti anak panah terbit dari busurnya.

Mereka ini kononnya mengaku diri mereka sebagai pejuang Islam. Namun, mereka gagal sebenarnya mengambil yang terbaik dari pejuang dan perjuangan Islam itu sendiri. Jauh sangat akhlak dan kelakuan mereka daripada Salahuddin Al Ayubi yang hadhari. Ingatlah, bahawa Salahuddin tercatit namanya di dalam sejarah sebagai pemimpin tentera Islam yang terulung bukan kerana machiavelisnya tetapi kerana adabnya di dalam peperangan.

Lihatlah betapa mulianya hati Salahuddin yang menawarkan tabib kepada Raja Baldwin yang kusta.Dan juga dengan risikonya diriwayatkan, Salahuddin menyamar sebagai seorang tabib, masuk ke kem Richard the Lion Heart untuk merawat Raja Inggeris yang gering ketika itu (ada yang mengatakan bahawa Salahuddin sekadar menghantar doktor peribadinya, hanya Allah sahaja yang mengetahui). Itulah contoh pejuang dan pemimpin Islam. Walaupun dalam peperangan, beliau membawa rahmat hatta kepada musuh-musuhnya.

Tetapi, mereka yang mengaku diri mereka sebagai pejuang Islam dan faham sangat dengan syahadatain ini lebih serupa dan sama seperti Reynald of Chatillon dan Guy of Lusignan yang gasar dan tidak hadhari menyerang dan menjarah penziarah dan pedagang Muslim yang tidak bersenjata. Tidak hairanlah mereka ini suka menggunakan kekerasan walaupun ke atas sesama Islam apabila mereka bertindak memukul seorang pegawai HEP beberapa tahun yang lalu.Dengan sifat seperti ini, yakin dan percayalah bahawa kemenangan puak-puak ini akan terhijab dan mereka akan dihinakan ALlah seperti dua crusader yang disebutkan tadi.

Terhijabnya kemenangan puak-puak ini dapat dilihat apabila mereka ini tidak menjadikan al wala' wa al bara' sebagai asas dalam menentukan perjuangan mereka. Mereka ini hanya menjadikan kesukaan dan kebencian PAS sebagai penentu dasar dan bukannya Allah. Apabila ini menjadi intipati perjuangan mereka, maka PASlah yang menjadi patung berhala mereka. Jika PAS marah kepada konsert, maka bergentayanganlah mereka memegang sepanduk di luar stadium mengharapkan rahmat dan barakah dari jamaah.

Dan begitu juga dengan pengikut jamaah lain,  al wal' dan al bara' mereka hanyalah pada yang disukai dan dibenci oleh jamaah berkenaan. Perjuangan jamaah lain yang betul, pun dianggap tidak perlu disokong atau lebih buruk lagi ditentang, hanyalah kerana patung berhalanya bukan jamaah berkenaan. Tukang nujum dan tukang tilik moden dalam jamaah ini adalah amir ataupun murabbi  yang menafsirkan terbangan burung dari markaz jamaah untuk diambil keputusannya.

Apabila terjadi perkara ini, maka yang tercapai adalah keagungan Jamaah bukannya kebesaran dan keagungan ALlah. Tidak hairanlah apabila isu hendak dibesarkan tempat-tempat mensyirikkan ALlah, tiada terkesan hatinya kerana yang menjadi sebahagian pembuat dasar inilah adalah tukang tilik-tukang tilik jamaah yang berkepentingan.

Pengikut-pengikut patung-patung semberono ini terbungkam apabila diketahui peguam yang membantu kes murtad Fatimah Tan yakni Ahmad Jailani Abdul Ghani itu penceramah PAS. Oleh itu, di manakah al Wala' dan al Bara' mereka? Allah ataupun PAS? Tidak kurang juga kes babi di Selangor, hanya sang amir sahaja terhegeh-hegeh menyatakan rasa tidak selesa di dalam blognya, tetapi ahlinya tidak rasa benci. Maka, tiada hairanlah mereka ini tiada pemikiran yang tersendiri dan hanya mampu berkokok senada dan seirama dengan patung berhala mereka sahaja. Jikalau tidak, nukilan mereka hanyalah sekadar membandingkan kelembutan dan kekasaran gadis di antara negeri sahaja.

Oleh itu, selagi mana, al Wala' dan al Bara' yakni menyukai dan membenci sesuatu hanya kerana Allah tidak dihayati, maka jangan berharaplah GAMIS ataupun wajah-wajah JIK yang lain akan memimpin umat. GAMIS, BBMN, PMN dan PMIUM akan terus mandom dan tidak mampu mendepani isu untuk maslahah umum.

Posted at 01:20 pm by maharaja_zhou
Make a comment  

Wednesday, June 18, 2008
Teguran Kepada Pengirim Artikel "BBMN Lebih Machiavelis di Bawah Hilman Nordin" ke Laman Kampusnegara

Terdapat perubahan yang dilakukan oleh individu yang menghantar artikel di atas kepada Kampusnegara pada perenggan ke-4 baris ke-3:

"Mungkin keyakinannya untuk memegang biawak hidup jamaah didasarkan bahawa bekas Amir Hizbi UK yang berjawatan Profesor Madya di situ disangka akan kerap memberi nasihat dan sokongan."

ditulis di dalam versi kampusnegara sebagai:

"Mungkin keyakinannya untuk puppet leader hidup jamaah didasarkan bahawa bekas Amir Hizbi UK yang berjawatan Profesor Madya di situ disangka akan kerap memberi nasihat dan sokongan."

Manakala pada perenggan ke-3 baris keempat, sepatutnya berbunyi:

"Zulkifli Yusof(bukan Zulkifli Yaakob seperti dinyatakan oleh  sesetengah  pimpinan PMI yang keliru) yang sekarang menjadi Profesor di Jabatan Al Quran dan Al Hadith, API telah bertanggungjawab menubuhkannya. "

Dalam kampusnegara, dipadamkan kenyataan di dalam kurungan sebagai:

"Zulkifli Yusof yang sekarang menjadi Profesor di Jabatan Al Quran dan Al Hadith, API telah bertanggungjawab menubuhkannya. "

Dan terakhir, dalam versi sebenar, perenggan ke-4, baris ke-5 mengandungi:

"Mungkin ke tahap penyelia thesis barangkali."

Tetapi, perkara ini tidak dinyatakan dalam versi kampusnegara.

Pihak admin berharap agar pihak Kampusnegara supaya lebih berhati-hati menerima petikan daripada mana-mana pihak. Pihak yang memetik pula lebih profesional dalam mengambil mana-mana artikel dan tidak menyunting mana-mana bahagian tanpa meminta izin dari penulis walaupun mana-mana tulisan ataupun artikel boleh diambil dan disiarkan tanpa mendapat keizinan penulis.

Oleh itu, diharapkan pihak Kampusnegara dapat menyunting semula versi yang diperolehi tersebut seperti yang terdapat di dalam laman penulis untuk menjaga kethiqahan laman tersebut kepada pembaca-pembaca.Teguran ini bukan sahaja dalam pengambilan artikel tetapi juga dalam tugasan akademik yang lain supaya ia menjadi amalan dalam kehidupan seharian. 

Walaupun berlainan fahaman ataupun ideologi tetapi etika yang baik seharusnya diteruskan dan diamalkan. Semoga pihak Kampusnegara dapat mengambil tindakan sebagai jasa baik kalian dalam menghormati hak intelek orang lan.

 Sekian, Terima kasih.

Barakallahu fiih

Posted at 06:52 pm by maharaja_zhou
Comment (1)  

Tuesday, June 17, 2008
BBMN Lebih Machiavelis di Bawah Hilman Nordin?

Muhyiddin Abdul Aziz, Presiden PMIUM tahun 1993/94 dan 1994/95 pernah risau akan siapa penggantinya. Mana tidaknya, di bawah kepimpinannya, MPMUM di bawah penguasaan BMB yang pro kerajaan. Menjadi umat PMIUM seperti menjadi umat yang hampir-hampir pupus pada zaman itu. Ketika itu, Dato' Seri Anwar yang menjadi pujaan ramai ahli jamaah masa kini adalah faktor kepupusan spesis jamaah. Namun akhirnya, ada juga orang yang dirasa sesuai untuk menggantikannya yakni Abu Zaki Ismail.

Agak sukar sebenarnya untuk membayangkan bahawa seorang bukan Akademi Pengajian Islam untuk menjawat salah satu jawatan tertinggi dalam wajah-wajah ciptaan PMI/JIK. Biasanya, jawatan Bendahari secara tradisinya diberikan kepada watak-watak bukan AI dalam PMI. Mungkin juga faktor kenapa Hilman Bin Nordin terpilih menjadi Pengerusi Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN)adalah sama dengan faktor kenapa Ustaz Muhyiddin Abdul Aziz menjadi gundah gulana di saat hampir dia melepaskan jawatannya sebagai pimpinan.

BBMN sering dipuja-puja kerana ia adalah salah satu wajah jamaah yang bersifat seperti United Nation mahasiswa pembangkang. Sebenarnya, dari segi nama pun telah menunjukkan bahawa pengasasnya sendiri barangkali kagum dengan Barisan Nasional. Zulkifli Yusof(bukan Zulkifli Yaakob seperti dinyatakan oleh  sesetengah  pimpinan PMI yang keliru) yang sekarang menjadi Profesor di Jabatan Al Quran dan Al Hadith, API telah bertanggungjawab menubuhkannya. Walaupun tampak senyap melainkan dalam majlis-majlis dalaman, bekas pimpinan ini telah berjaya merekrut 2 bekas presiden PMI untuk berada di dalam jabatan tersebut yakni Profesor Madya Dr Ishak Sulaiman (Presiden PMIUM 1990/91) dan Encik Anwar Ridwan Zakaria (Presiden PMIUM 1996/97) sebagai tutor.

Terdapat beberapa faktor yang mengasbabkan Hilman bakal pelajar Tahun Empat Kejuruteraan Pembuatan ini terpilih sebagai Pengerusi BBMN yang baru. Mungkin keyakinannya untuk memegang biawak hidup jamaah didasarkan bahawa bekas Amir Hizbi UK yang berjawatan Profesor Madya di situ disangka akan kerap memberi nasihat dan sokongan. Mungkin ke tahap penyelia thesis barangkali. Tetapi sukar batang yang reput menanggung langit. Mungkin itulah yang akan terjadi kepada prestasi akademik Hilman, lambat laun kerana taksub dan fanatiknya kepada jamaah.

Sebab pertamanya dia diangkat sebagai Pengerusi BBMN adalah kerana kedudukannya sebagai Ahli MPMUM. Walaupun sebenarnya, jawatan ini biasanya diberikan kepada Presiden MPMUM dari kalangan ahlul jamaah, tetapi kali ini, Presiden MPMUM masih lagi dipegang oleh non jamaah. Ditambah pula kali ini, kampus lain mungkin nampak kurang bersedia ataupun lebih gemar tertumpu ke arah menguatkan jamaah secara lokal daripada keluar seperti apa yang berlaku di Universiti Malaya.

Tetapi, pandangan penulis mungkin lebih menjurus kepada tenggelamnya BBMN sebagai wadah jamaah yang berkesan. Ini disebabkan oleh keserlahan GAMIS dan juga wajah PMI yang baru yakni PMN. Maka, BBMN hampir dilupakan. Oleh kerana banyak tenaga penggerak telah dikerah di front baru jamaah, maka tinggallah saki baki pimpinan jamaah. Oleh itu, pimpinan kelas kedua tetapi ada nama (kerana menimbulkan kontroversi) dipilih. Jikalau tidak, BBMN sebagai front yang pernah dipuja dan disanjung jamaah akan luput ditelan zaman.

Oleh itu, Hilman Nordin adalah calon yang sesuai. tetapi apakah corak gerakannya nanti? Untuk cepat glamour mestilah vokal dan pandai mencari publisiti walaupun seperti masuk bakul angkat sendiri. Penulis masih lagi teringat-ingat kes conteng surau Kolej Kediaman Kedua pada 29 Januari 2007. Hilman merupakan Pengerusi Balai islam sebelum September 2007 dan merupakan Mas'ul Kolej Kediaman Kedua. Tuduhan pihak PMI tentulah kepada golongan Hindu di Kolej Tuanku Bahiyyah itu. Perkara ini digembar-gemburkan PMI untuk mengurangkan kredit Pengetuanya, Prof. Rajendran kerana rumah ibadat orang Islam diconteng di kolej yang pengetuanya bukan Islam. Misteri masih wujud kerana Hilman orang pertama menemui surau tersebut dalam keadaan begitu.

Jika credential Hilman yang senang sekali melanggar peraturan kolej iaitu tinggal sebagai squatters, penglibatannya dalam pengeluaran risalah haram pada 5 September 2007 dan secara misterinya dikaitkan dengan contengan surau, maka sekarang kita dapat melihat bahawa barangkali seorang Machiavelis telah dilantik untuk mengetuai BBMN.

Adakah Persatuan Mahasiswa lain seperti SRC UIA akan berdiam diri? Ataupun wala' lebih afdhal dalam hal ini? Jika benar begitu, maka kita akan melihat bahawa pilihanraya kali ini akan menjadi pilihanraya paling kotor yang pernah dimainkan di seluruh kampus.

Posted at 11:11 pm by maharaja_zhou
Comments (3)  

Monday, June 16, 2008
Hasbi Muda Perlu Letak Jawatan Bendahari PMI Kerana Mengatakan UMNO Syirik!

Menyatakan sesuatu perkumpulan ataupun individu sebagai murtad ataupun syirik merupakan kenyataan yang perlu diambil tanggungjawab sepenuhnya. Selain dari itu, sebarang kenyataan tersebut perlu mendapat fatwa ataupun pengesahan dari pihak Majlis Fatwa Kebangsaan. Jika tidak mendapat pengesahan tersebut, maka perkara tersebut perlu diambil tanggungjawab oleh individu terbabit ataupun organisasi yang dikatakan diwakili oleh individu yang mengeluarkan kenyataan terbabit.

Hasbi Muda iaitu Bendahari PMIUM yang berasal dari Terengganu telah mengeluarkan satu kenyataannya di laman ahli pembangkang Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya iaitu laman Mahasiswakini di "Peti Aduan"nya pada pukul 14:39 bertarikh 12 Jun 2008. Pada kenyataa tersebut, saudara Hasbi Muda telah mengatakan bahawa dia tidak bersetuju dengan dasar UMNO yang syirik dan sesat. Oleh itu, apakah maksud syirik tersebut?

Bukti bahawa Saudara Hasbi telah mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO mempunyai dasar yang sesat dan syirik. Hasbi perlu meminta maaf kepada UMNO dan PMIUM mesti bertegas dengan Hasbi kerana mengeluarkan kenyaatn tersebut dalam suara rasmi "pro mahasiswa" iaitu Mahasiswakini.com

Kenyataannya adalah kenyataan yang berautoriti kerana dikeluarkan oleh seorang yang berjawatan tinggi dalam MPMUM dan PMIUM.Kenyataan beliau bahawa UMNO sesat dan syirik ini membawa maksud bahawa UMNO adalah parti yang menduakan Allah.Ini bermakna UMNO adalah parti yang kafir serta pemimpin dan ahli UMNO adalah sesat dan kafir. Oleh itu, adakah saudara Hasbi Muda telah menghukumkan bahawa pengikut UMNO adalah kafir dan perkahwinan kaum muslimin dengan ahli UMNO adalah tidak sah, sembelihan orang UMNO adalah tidak sah, dan orang UMNO tidak berhak menjadi waris atau mewariskan harta mereka kepada mana-mana individu Muslim?

Sebarang kenyataan yang bersifat hukum yang merujuk kepada mana-mana situasi dan individu ataupun mana-mana perkumpulan perlulah diambil serius oleh PMIUM.Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya perlu bertegas dalam soal ini kerana PMIUM seringkali mendakwa ia persatuan yang membawa imej Islam dan menjadi sumber rujukan mahasiswa Islam di Universiti Malaya. Dan ini bermakna, kenyataan daripada seorang ahli Majlis Tertinggi PMIUM adalah merupakan kenyataan yang mencerminkan pendirian PMIUM.

Sebagai ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa ditambah pula jawatannya sebagai Bendahari PMIUM, maka kenyataan Hasbi Muda tersebut adalah merupakan pandangan rasmi PMIUM selagi mana tidak dinafikan oleh mana-mana pihak yang lebih berautoriti dari saudara Hasi Muda.

Oleh itu, saudara Hasbi Muda perlu bertanggungjawab di atas kenyataan tersebut. PMIUM perlu meminta maaf secara rasmi kepada UMNO dan dengan ini sekeras-kerasnya menuntut saudara Hasbi Muda supaya melepaskan jawatannya sebagai Bendahari PMIUM serta ahli MPMUM dan juga tidak lagi mengendalikan laman Mahasiswakini.com serta merta di atas kenyataannya yang cuai dan tidak bertanggungjawab.

Posted at 12:21 am by maharaja_zhou
Comments (6)  

Saturday, June 14, 2008
Idea Presiden PMIUM Terpinggir di Laman Mahasiswa Pembangkang UM!

Di kalangan ahli jamaah, pembongkaran dan juga pendedahan kebejatan JIK sebagai alat PAS amatlah menakutkan mereka. Sesungguhnya barangkali kewujudan penulis di alam cyber ini mengambil iktibar daripada kewujudan Hajjaj Ibn Yusuf At Thaqafi kepada umat di zaman kemunculannya. Diriwayatkan oleh Hassan Al Basri (rahmatullahi alaih) bahawa Hajjaj tersebut adalah hukuman dari Allah. Maka, kewujudan penulis adalah sebagai hukuman dan juga ancaman kepada kezaliman dan penindasan yang pernah, sedang dan akan dilakukan oleh PMI di kampus.

Idealis Mahasiswa telah hilang fungsinya. Maka, berseronok dan berpestalah hamba-hamba sahaya PAS di kampus-kampus. IM sebagai khalifah yang menjaga kedaulatan mahasiswa aspirasi telah tumbang. Namun, kegembiraan aparat PAS tidak lama. Muncul kerajaan-kerajaan baru seperti blog penulis yang akan mempertahankan aspirasi daripada serangan mahasiswa saluran belakang PAS yang sombong. Keangkuhan mereka terserlah setelah mereka mendesak Presiden MPMUM meletakkan jawatan kononnya dengan undi tidak percaya. Kesombongan ini tidak pernah wujud dalam sejarah politik kampus.

Oleh itu, tidak usah diperangi penulis mahupun idea penulis. Maka, sebelum mereka melancarkan perang terhadap blog penulis, penulis sudah lama menghunuskan pena sewaktu mereka masih lagi merangkak-rangkak membezakan bingkai cermin mata yang pelbagai.Tulisan penulis adalah seumpama bedilan-bedilan meriam yang menghumban kubu-kubu reput alat Pemuda PAS di kampus-kampus.

Sebenarnya, menjadi pemimpin mahasiswa merupakan tanggungjawab yang besar. Wacananya perlulah tinggi tarafnya. Ideanya patut menjadi rujukan ataupun sekurang-kurangnya boleh menarik perhatian ramai. Tulisannya sekurang-kurangnya boleh menimbulkan rasa kesedaran walaupun sekelumit di hati.

Namun, kualiti pimpinan mahasiswa hari ini boleh dipertikaikan. Walaupun barangkali mahir dengan teknologi pemblogan tetapi ideanya rapuh dan dangkal. Bingkai cermin mata, saiz perut dan kadar kelegaman kulit seseorang menjadi hujah dan asbab untuk ujub serta bangga diri. Malang sekali, yang dikatakan sanggahan kepada seseorang menjadi rencana utama bagi sebuah laman yang sepatutnya menjadi rujukan gerakan mahasiswa.

Malahan, jikalau dibaca ia cumalah rengekan dan rasa geram tidak bernilai yang sepatutnya hanya menjadi bualan dan bicara di rumah jamaah. Bayangkan apakah kualiti lidah sesuatu organisasi yang tradisinya mulia dan terpuji dicemari dengan suatu tulisan yang rendah kualiti dan picisan sifatnya. Tetapi, itulah yang menjadi rencana utama bagi golongan yang kononnya pro mahasiswa dan sarat dengan idea.

Seharusnya, rencana yang ditulis merupakan analisa yang bernas. Mahasiswa ingin melihat bagaimana seseorang yang kononnya pimpinan itu dapat mencernakan ilmu dan kemahiran yang dimiliknya. Asas atau fundamental acuannya digunakan untuk mencanai maklumat siyasi yang ada. Bukan sekadar memuntahkan apa yang hanya dibaca di Harakah ataupun dalam teks-teks usrah semata-mata.

Contohnya, seorang mahasiswa ekonomi sepatutnya wajar mengaitkan waqi' ekonomi sekarang melalui kaedah agihan kekayaan yang dipelajari dan membandingkannya dengan fikrah yang ada untuk menyelesaikan masalah umat. Analisa graf dan survey yang simplistik dan tidak menunjukkan kaedah dalam mendapatkan data sepatutnya serta tafsiran yang dangkal membuatkan orang tertanya, sekadar inikah pimpinan harapan jamaah? Jika ini tidak terjadi, (yakni dalam mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang sepatutnya ada pada graduan kursus tertentu) kesesatan dibawanya samalah seperti berubat atau membawa orang berubat dengan seorang wartawan bukannya dengan seorang doktor perubatan.

Itu dari segi bagaimana untuk membina diri sebagai seorang mahasiswa yang seharusnya cekap dengan acuan yang membentuknya. Malang sekali lagi, jikalau dinilai dari fikrahnya. Walaupun muda, tetapi ingatlah bahawa dalam berjemaah, pimpinan wajar diletakkan di hadapan dan  sebagai ahli jamaah, kepimpinan janganlah dilangkaui. Tetapi, nyatalah, bahawa idea pimpinan seolah-olah diboikot dan dipandang sebagai kelas kedua.

Ini boleh membawa makna bahawa adakah wujud lagi jurang antara golongan siasah dan golongan tarbiah di dalam PMI? Ataupun kata-kata amir yang layak, terbatas kepada perutusan semata-mata? Mungkinkah idea Amir ataupun Presiden tidak laku dan tidak layak dipamerkan untuk bacaan umum?

Padahal sang Presiden telah menunjukkan rasa tanggungjawabnya berkenaan contohnya dalam hal babi yang sepatutnya dikupas juga oleh yang lain. Adakah fikrah amir itu sendiri tidak selari dengan jamaah? Ataupun sebenarnya sang muda ada agenda lain dengan golongan yang sealirannya yang sekarang mendominasi media jamaah?

Persoalan itu wajar ditanya segenap ahli jamaah apabila menjelang kuliah ilmu. Akhirnya, Presiden PMI tidak dikenali ramai! Kelak, janganlah kerana ada pimpinan yang gila glamour, maka disebut pula Presiden PMIUM telah menjadi Presiden GERAK oleh mahasiswa biasa di Universiti Malaya!

Posted at 05:12 am by maharaja_zhou
Comments (2)  

Thursday, June 12, 2008
Strategi PMI Menawan Kembali UM

Dipetik dari http://idealis-mahasiswa.net/editor/suratpelayar676.html.

Walaupun kisah yang dimuatkan merupakan kisah lama, tetapi perihal yang dibincangkan oleh penulis masih relevan sehingga ke hari ini.

Diterima pada: 6 Julai 2005

Keadaan PMIUM buat masakini tidak ubah seperti PMI 10 tahun yang lalu. PMIUM ketika itu dipimpin oleh Sdr. Muhyiddin Abdul Aziz. Dua tahun kiranya beliau memegang jawatan Presiden PMI ketika itu sebelum digantikan oleh Abu Zaki Ismail.

Sekarang, PMI sedang menyusun strategi untuk menawan semula kampus. Pelbagai taktik sedang dilaksanakan untuk mencapai agenda mereka. Adakala, strategi mereka dianggap yang paling canggih dan terhebat dan sesuai diaplikasikan sebagai yang terhebat di pasaran.

Bagaimanapun wajar kita lihat samada perancangan mereka akan membuahkan hasil:

Bimbingan Senior Yang Baru Tamat

Kebanyakan senior PMI terutamanya dari Akademi Pengajian Islam, belum lagi beroleh pekerjaan. Masing-masing berharap bantuan kerajaan Barisan Nasional dalam bentuk KPLI ataupun mengharapkan tiba-tiba wujud "bank islam" baru untuk menampung mereka yang masih tidak lagi bekerja.

Oleh itu, aktiviti "past time" mereka bolehlah dihabiskan untuk melatih saki baki anak usrah mereka di kampus dengan program bawah tanah mereka. Mereka ini terlibat merangka kertas kerja dan menyusun strategi buat anak-anak usrah mereka yang makin hilang tulang belakang tersebut.

Dengan bantuan senior mereka ini, mereka berharap, seni tempur piliharaya kampus dapat mereka kuasai dengan memperlekehkan kemampuan aspirasi yang baru setahun jagung memegang kuasa.

Bantuan dari Dewan Pemuda PAS

Keyakinan mereka bertambah dengan bercambah lagi senior-senior mereka memegang jawatan di dalam Dewan Pemuda. Perlantikan Nazri Chik sebagai AJK Dewan Pemuda serta kerapatan Ridwan Mohd Noor yakni Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dengan bekas-bekas pemimpin PMIUM memberikan satu impak baru kepada gerakan bawah tanah pembangkang tersebut di kampus.

Begitu juga dengan perlantikan Hafeez Abdul Samad bekas Presiden PMU dokongan PMI sebagai pegawai khas PAS di Taman Melewar, bakal mewarnai senario politik kampus UM.

Anak-anak usrah PMI tentu sekali mengharapkan campurtangan dari senior-senior atau lebih tepat lagi bekas naqib mereka terutamanya dari segi bimbingan, motivasi dan tentu sekali kewangan. "Derma Jihad" sudah pasti akan dikumpul dari senior-senior mereka, dan ia sudah pasti mencecah ribuan terutamanya bantuan dari YB-YB PAS Kelantan.

YB Husam tentu sekali akan membantu PMI dalam mendominasi kampus-kampus tersebut setelah hampir 8 tahun memerintah. Wang mencurah-curah sudah pasti tiba gerangan mahu menunjukkan bahawa anak muda mula terpengaruh dengan "kehebatan" barisan kepimpinan PAS yang baru. Apatah lagi, kampus UM, bumi keramat gerakan mahasiswa mesti dijadikan sebagai perintis kepada kejayaan kepimpinan baru PAS.

Perangkaan Aktiviti Bawah Tanah Yang Tersusun

Program bawah tanah akan terus disusun. Strategi mengelabui pihak berkuasa aktif dilakukan. Bersembunyi di sebalik purdah Islam Hadhari akan menjadi agenda utama. Namun, pihak Islam Hadhari kampus sudah pasti akan berjaga-jaga.

Markas-markas PAS luar bandar di sekitar Selangor, bakal menyaksikan tentang berbondong-bondong saki baki pengikut PAS kampus merangka agenda. Malang sekali, pihak keselamatan dan HEP masih buta dan bodoh akan hal ini. Padahal, perkara ini berlaku lebih dari 23 tahun.

Menggunakan Balai Islam sebagai Umpan

Balai Islam akan digunakan sebagai markas. Walaupun surau-surau "dikawal rapi", tetapi hakikatnya ia hanyalah umpama menara tidak berkawal.

Penyelia yang bertugas menjaga Balai Islam terus tidur,tidak mempedulikan aktiviti di surau. Akhirnya, golongan bawah tanah ini akan mengadakan program menarik perintis baru selepas minggu suai kenal melalui ceramah-ceramah oleh "senior-senior" surau dari golongan PMI.

Acara "keluar" ala tabligh yang mobil akan diaplikasikan untuk menarik sasaran setelah usrah diharamkan di kolej-kolej. Tetapi, disebabkan "pertahanan" kolej yang sangat utuh, PMI boleh menarik mahasiswa baru dari kunjungan-kunjungan ini.

Di fakulti terutamanya API, PMAPIUM, akan mula menyucuk jarum. HEP juga perlu memantau persatuan-persatuan di fakulti lain seperti ASMUM (Sains), AKIUM (Kejuruteraan), PSIPUM(Perubatan) dan lain-lain agar tidak bersetongkol dengan elemen PAS di kampus. Mereka akan masuk bukan sahaja melalui pelajar tetapi juga melalui pensyarah bekas PMI.

Pelbagai strategi dan tipu helah PMI telah dirangka. Cumanya, samada pihak aspirasi boleh menghidu atau tidak dan mampu bertindak.

Malang sekali, jika perancangan PAS secara langsung dibiarkan HEP. Jika HEP menganggap sekadar ceramah pro-kerajaan (BTN dan sebagainya) sehari dua mampu menyelesaikan masalah brainwash pelajar oleh PAS, maka ini kerja mereka yang pemalas dan sia-sia. Tugas utama keselamatan dan HEP adalah untuk menghapuskan anasir subversif dalam bentuk aktiviti bawah tanah.

Selagi mana HEP terus dengan syok sendiri dengan ceramah-ceramah tersebut, ia bakal memakan diri sendiri.

Posted at 07:06 pm by maharaja_zhou
Comments (9)  

Wednesday, June 11, 2008
Cerpen Santai hari Ini: Riwayat Hidup Bekas Pemimpin Jamaah!

Dipetik dari Akhbar Mahasiswa

Nukilan-Subky Rais

Ceritanya bermula sewaktu sang Amir masih berada di kampus. Sangat gemilang, cemerlang, terbilang namanya. Sohor sungguh dirinya. Zakaria namanya. Perlantikannya kontroversi sekali. Sehingga ramai yang boikot akan dirinya di kalangan orang yang sebaya dengannya. Tetapi, itulah nasibnya. Kontroversi, sensasi dan jomheboh sifatnya.

Lalu, naiklah si Zakaria. Memerintah jamaah Islah dan Usrah di kampus.  Nasib baik di bawahnya budak-budak junior yang masih tongong dan bangang, tidak seperti yang satu lapis dengannya. Peluang untuk lebih glamor bagai ulam dicita,maka jadilah revolusi. Zakaria tak berani guna nama sebenar di pentas Parti Cap Bintang Malam. Di pentas Parti Sabit Bengkok Dua pun dia tak berani. Dia guna nama Zaharul. Konon pejuang Islam, tapi takut SB lebih dari takut Mungkar Nakir.

Cita-citanya hendak ditahan ISABELA sama macam Azhar Ismail pasal Azhar Ismail di zaman mahasiswa samseng, dialah kepala taik paling besar. Mana tahu, nanti ada buku mahasiswa yang tulis namanya, Zakaria Pemimpin Mahasiswa Menjelang Abad Baru. Hasratnya, lepas keluar ISABELA pasal sokong revolusi, boleh masuk politik.Revolusi, air liur basi, nasi basi...meleleh keluar dari mulut Zakaria.
 
Malangnya, hasrat Zakaria tak kesampaian untuk jadi gelamor lebih dari Azhar Ismail. Untuk sambung agendanya supaya gelamor dalam politik, terpaksalah ceramah di sana dan sini. Akhirnya, dapatlah jadi machai politik bekas tukang jual air liur yang kaya raya. Bolehlah beli kereta baru buat usung bini yang cun, tak macam kawan-kawan yang masih bermotosikal cabuk.

Tapi, tukang jual air liur pun lama-lama papa kedana. Dulu ya, sebab Tukang jual air liur kroni pencetus revolusi. Sekarang cuma tinggal air liur basi. Shit. Aku kena cari peluang lain. Jadi, mulalah Zakaria mengorak langkah. Ya, nak jadi orang hebat macam Tukang air liur mestilah sekurang-kurangnya jadi Tuan Sarjana. Sambunglah si Zakaria mengaji di Universiti Timur Tengah.

Cop Universiti di Timur Tengah mesti kena ambil. Apa kelas jadi Ustad lulusan Universiti Tanah Melayu. Shahadah mau kena gelek juga dengan cop tangan Tok Arab. Nanti, masuk politik, pemimpin Parti Cap Bintang Malam mesti tabik punya, kalau takat ustad lokal, buang masa sahaja.
 
Ya la, lulusan Universiti Tanah Melayu dan suku sakatnya baca Arab pun merangkak, cakap bahasa Nabi macam bangla baru masuk kerja restoran mamak cakap Melayu sahaja. Presiden Parti yang bertahun-tahun belajar di Mesir dan Madinah pun bila kena interview stesen Tok Arab pun nyaris terkencing dalam jubah. Ini yang Zakaria tak mahu. Zakaria bukannya bodoh.

Zakaria nak maintain gelamornya. Biar jasad di Tanah Arab, tapi mindanya masih bergema di tanah air. Ilmu kelentongnya digunakan sehabis mungkin, rajinlah dia menghantar fatwa dan pendapat. Sukalah orang Parti Cap Bintang Malam bila baca fatwa Zakaria di internet. Gelamor nak mampus. Kembang hidungnya, rasa macam Yusuf Qardawi pun ada. Kadangkala, macam Yusuf Kera Dawi dan Yusuf Labi labi pun ada. Kembang kempis hidungnya.

Datanglah Presiden Parti Cap Bintang Malam ke Kawasan Timur Tengah. Zakaria jadi kepala budak-budak parti tu pun bertambah kembang. Hidung dan mulut bertambah kembang sehingga meleleh air liur dan air hidung. Ada can jadi exco balik nanti, kata hati nurani Zakaria. Budak penjaga ketuanan Melayu yang jadi musuh azali Cap Bintang Malam ini sedikit sahaja di negara Timur Tengah. Apa macam kita lanyak budak-budak penjaga ketuanan Melayu ini macam Israel bantai Palestin untuk tunjuk machonya kita?

Untuk tunjuk jagoannya, lebam-lebam mata budak-budak Ketuanan Melayu kena belasah. Masuk akhbar, masuk internet. Polis Timur Tengah dan Tanah Melayu mula mencari dan menyiasat, tapi Ariel Sharonnya masih terlepas. Lega hati Zakaria. Tapi, namanya naik sebagai penghasut, selamat sahaja si Zakaria kerana tiada bukti bertulis. Kalau tidak, naya!

Pulanglah Zakaria ke tanah air selepas bergelar Tuan Sarjana. Kerja sana, kerja sini. Tapi, kena low profail. Pasal orang masih ingat kes bantai itu tadi. Jadi penceramah di masjid sana, jadi penceramah di masjid sini. Kena kurang sikit garangnya, tak macam zaman revolusi, air liur basi, nasi basi. Sekarang orang sokong parti Ketuanan Melayu, bukan macam zaman Azhar Ismail kena pecat. Orang dah tak sokong lagi revolusi, nasi basi, roti basi.
 
Buatlah Al Fadhil Ustad Zakaria program sana dan sini cari makan. Alhamdulillah, dapatlah Ustad Zakaria sikit fulus. Lagi nasib baik, kabel ustad kat TiVi17 panggil. Bodoh juga orang kat Tivi 17, boleh ambil kroni usrah Cap Bintang Malam kerja. Ini peluang Ustad Zakaria. Kembang lagi hidungnya, mana ada amir usrah masuk Tivi 17, masuk warta perdana pulak tu. Gelamor habis.

Zakaria tak puas hati. Duit adalah, tapi tak banyak. Orang politik mesti ada banyak wang. Orang kata masuk parti Ketuanan Melayu boleh jadi kaya. Tapi, Ustad Zakaria tak mau kena kutuk dengan budak-budak usrah.Maklumlah orang masih sebut nama Ustad Zakaria, pemimpin usrah Universiti Tanah Melayu yang paling gelamor. Meleleh juga air liur terkenangkan senior-senior yang dah masuk Parti Ketuanan Melayu. Ada yang sudah jadi Datu Patinggi. Meleleh air liur sampai mengigau malam-malam.

Tiba-tiba, Karlsburger cap arak terkenal dunia mahu lancarkan minuman halal baru. Tak mabuk, minuman berasaskan malta. Karlsbuger ada kilang buat arak kat Tanah Melayu. Orang Timur Tengah kata khamar. Karlsburger tahu orang Melayu takkan beli minuman tu, pasal Karlsburger dah lama jual arak. Tauke Karlsburger fikir kita mesti tubuh panel syariah. Kalau ada ustad dan panel syariah dalam kompeni, mesti orang Islam kat Tanah Melayu beli punya. Baru laku.

Ada salah seorang pengarah urusan dalam Karlsburger rajin dengar Ustad Zakaria kat masjid. Ditulisnya surat jemput Ustad Zakaria jadi panel syariah Karlsburger. Lagi pun katanya Musa Deng, ustad terkenal yang boleh halau hantu dan polong Tanah Melayu pun kata minum malta halal.Apa salah kerja dengan Karlsburger kat seksyen halal?

Dengan kembang sebab tengok gaji yang diberi Karlsburger, Ustad Zakaria jadi Panel Syariah Karlsburger seksyen Malta, minuman Islam. Semuanya halal. Sengih Ustad Zakaria. Lalu berkempenlah Ustad Zakaria di internet,suratkhabar dan lain-lain,macam-macam ada, untuk menghalalkan produk minuman Islamnya.Sampai keluar forum, Minuman Malta: Halal Dan Haram.

Keluar pula di radio. Kroni Ustad Zakaria ramai di radio Islam, jadi kabelnya pun diguna untuk gelamorkan minuman halal buatan Karlsburger. Berangan Ustad, naiklah gaji aku nanti bila orang pakat-pakat ambil Malta dengan pakej-pakejnya sekali. Dalam sesi tu, sempat kempen lagi, sambil komen orang yang tak mahu minum Malta Karlsburger," Ana pun minum jugaakkk!!!".Sambil meneguknya di depan deejay radio Islam. Glurrpp, glurrpp, glurrpp! Bangga sambil sendawa tinggi. Burrp!

Sekarang, tibalah masanya untuk sesi soal jawab melalui telefon.

"Ustaz, saya nak tanya. Apa hukumnya bekerja di satu institusi perbankan yang ada riba tetapi saya bekerja di kaunter yang tiada riba? Halalkah rezeki saya?"

Ustad Zakaria menjawab lagi cepat dari Power Rangers tukar baju," Hukumnya HARAM, mana boleh kita jamin rezeki yang kita dapat itu seratus peratus berasal dari kaunter syariah! Hukumnya HARAM, enta mesti berhenti kerja, nanti enta punya daging di akhirat kena sambar sama api neraka pasal makan hasil yang haram!"

Sambil tergelak-gelak, penelefon berkata," Yang Ustad kerja di syarikat jual arak tu apa macam? Tak haram ke kerje kat situ?" Terdengarlah bunyi tuutt..tuutt...tuutt..tanda telefon kena letak..
"Nate mu! ", batin Zakaria menjerit tetapi tiada suara.

Terduduklah Ustad Zakaria...bengong lima enam saat...termanggu-manggu...

Si juruhebah tersenyum sinis melihat muka Zakaria yang pucat lesi.Kena jual Ustad Zakaria hari ini, bisik hatinya.

Posted at 12:01 pm by maharaja_zhou
Comments (2)  

Tuesday, June 10, 2008
Antara Kad Diskaun dan Hasutan Protes 13 Julai? Manakah Pilihan Kita?

Baru-baru ini Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan untuk melancarkan Kad diskaun untuk mahasiswa. Begitulah kiranya faedah yang sepatutnya telah lama dimiliki oleh mahasiswa. Segala puji bagi Allah SWT, lebih baik lewat dari tiada. Maka, sepatutnya mahasiswa menggunakan peluang ini untuk berjimat dan membeli-belah apa yang patut.

Konsep ini telah lama dipraktikkan di luar negara. Malahan, ia dibuat di bawah gabungan persatuan-persatuan mahasiswa dan diiktiraf oleh jaringan pekedai-pekedai seantero negara. Idea seperti ini barangkali boleh diaplikasi oleh mana-mana persatuan mahasiswa yang benar-benar mahu memperjuangkan hak mahasiswa.

Tetapi, seperti biasa, kebanyakan golongan yang kononnya peduli kepada mahasiswa tidak peduli kepada keperluan mahasiswa. Yang mereka peduli adalah  untuk mengurut janggut-janggut dan menjadi intan payung tuan mereka sahaja. Itulah yang menyebabkan gerakan mahasiswa lesu dan beku.

Hairan, kenapa tidak digunakan sahaja jaringan ini untuk kepentingan mahasiswa? Mereka menggunakan jaringan ini untuk demonstrasi dan kerja-kerja merosakkan nama baik universiti dan mahasiswa. Bayangkanlah jikalau gerakan mahasiswa ini menggunakan kelebihan jaringan mereka untuk faedah mahasiswa, alangkah indahnya.

Imaginasikanlah jikalau mereka dapat membuat kad mereka dan kad mereka laku untuk diskaun baju, buku, kopi jantan, kopi larat dan ubat herba. Walaupun sedikit, tetapi dapat menjimatkan wang mereka terutamanya untuk pengangkutan. Begitu juga, penulis dapati bukan murah makan di Amjal. Manatahu kalau wujud kad diskaun sebegini oleh gerakan mahasiswa saluran belakang PAS ini, warung yang mahal ini boleh memberi sedikit diskaun terutamanya selepas solat Jumaat.

Tetapi, nyatalah, kerja merosak dan kerja membahayakan mahasiswa ini sahaja yang mampu menjadi gagasan mereka. Penulis juga difahamkan bahawa ex- ahli  JIK ini akan menjadi ahli Usrah Kebajikan Professional (UKP). Takjub juga penulis, yang UKP ini sejak zaman Muhammad Hussein, hanya tahu kutip duit sahaja. Bila nak keluarkan duit pun penulis tak pasti. Ini lagi-lagi diperlukan terutamanya dalam meringankan bebanan yang memerlukan lebih-lebih lagi yang hendak bernikah (inilah asnad yang paling ramai di kalangan graduan ahli jemaah, kerja susah dapat, kahwinnya mahu sahaja).

Penulis apabila bersolat di Masjid India kagum dengan masyarakat India Muslim yang masjid mereka hidup dan dapat berdiri dengan kewangan mereka sendiri tanpa terlalu berharap dengan bantuan orang lain. Namun, penulis melihat orang terpelajar dari kalangan mahasiswa PAS saluran belakang ini, walaupun ada lulusan ekonomi ataupun tercungap-cungap hendak menghabiskan ijazah ekonomi ini tetapi ideanya masih lagi bergantung dengan derma dan belas ihsan orang lain.

Pimpinan hanya tahu, apa yang ahli dan mad'u (anak-anak usrah) boleh berikan pada jamaah, tetapi jamaah tidak pula tahu apa yang hendak diberikan kepada ahli (barangkali zaujah, itupun selektif sahaja) dan juga masyarakat kampus. Hanya tahu mengganggu mahasiswa untuk pergi berdemonstrasi. Itu sahaja. Namun, tepatlah kata-kata penulis, bahawa mahasiswa PAS saluran belakang ini hanya akan bertindak apabila disuruh sahaja. Apa kejadahnya apabila terhegeh-hegeh tatkala diarahkan untuk menyertai demonstrasi Protes 13 Julai ini. Tiada kreativiti langsung seperti otaknya berada di hujung saluran najis sahaja.

Cuma apa yang penulis ingin simpulkan adalah bahawa kerajaan cuba melakukan yang terbaik untuk mahasiswa dan pengenalan kad diskaun merupakan salah satu daripadanya. Kerajaan tidak pernah mengharapkan mahasiswa membahayakan diri dan menyusahkan batang tubuh kita.

Kerajaan yang ada ini tidak pernah meminta banyak dari kita semua. Jadi renung-renungkanlah, tanyalah apa yang telah kerajaan buat untuk anda, dan pernahkah mereka (yakni kerajaan) bertanya apa yang perlu anda buat untuk kerajaan.

Apa yang kerajaan pinta dan rayu adalah belajar rajin-rajin dan binalah diri kita sebagai modal insan bakal pewaris negara. Susah sangatkah permintaan ini?

 

Posted at 01:45 pm by maharaja_zhou
Comments (2)  

Next Page