BLOG POLITIK MAHASISWA ANTI-PAS!

Selamat Datang Untuk Mendalami Pemikiran Maharaja Zhou!

"Kemenangan PAS dalam pilihanraya ke 12 yang lalu bukanlah berpunca dari kejayaan PAS menyeru Rakyat Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, tetapi hanyalah kerana kenaikan harga barang dan harga minyak. Maka, nilai kemenangan PAS di sisi Harakah Islamiyyah tidaklah lebih dari apa yang masuk ke dalam perut dan keluar daripada perut."-Maharaja Zhou-







maharaja_zhou
August 8th
Male
Malaysia
Assalamualaikum wbt


Blog ini merupakan koleksi kepada tulisan-tulisan Maharaja Zhou yang pernah disiarkan di dalam Laman Idealis Mahasiswa.

Maharaja Zhou telah berkecimpung dengan laman Idealis-Mahasiswa sejak dari tahun 2002. Namun begitu, beliau mula mendominasi laman tersebut bersama penulis-penulis yang lain seperti Awang Sulung, Harimau Hitam, Samlin, Syed Reedza sebagai penulis tegar sejak pertengahan tahun 2004 sehinggalah kini di laman tersebut.

Nama Maharaja Zhou sebenarnya merupakan nama antagonis di dalam siri Alam Perwira yang pertama. Namun, beliau sememangnya wujud sebagai manusia bukannya semata-mata watak rekaan Tony Wong. Menjadi pemerintah terakhir dinasti Shang, beliau diingati oleh sejarawan China sebagai seorang maharaja yang zalim.

Tetapi, harus diingat bahawa sejarah ditulis oleh mereka yang menang. Maka, tidak mustahil sebenarnya nama Maharaja Zhou dicemari oleh dinasti yang berikutnya untuk menggambarkan kekejian baginda dan jasa baik baginda telah dikaburkan dan dipadam dari kitab-kitab sejarah.


Berdasarkan hakikat tersebut, perkara yang sama telah berlaku kepada penyokong-penyokong kerajaan apabila mereka tewas di tangan mahasiswa PAS sejak tahun 1996. Mereka telah diberikan reputasi yang buruk oleh penyokong-penyokong pembangkang khususnya oleh penyokong PAS yang berselindung di sebalik Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di kampus-kampus.

Oleh itu,kehadiran Maharaja Zhou diharapkan dapat memberikan impak baru kepada politik kampus dan seterusnya membersihkan nama penyokong-penyokong kerajaan di IPTA. Kiranya ini tidak dilakukan, nama penyokong kerajaan di dalam lipatan sejarah akan tercemar, samalah seperti mana tercemarnya nama Maharaja Zhou, Maharaja Dinasti Shang yang terakhir!



Hijri Date for Your Blog

<< July 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


PEMIKIRAN MAHARAJA ZHOU


Blog ini didedikasikan kepada semua pengunjung-pengunjung Idealis-Mahasiswa terutamanya peminat-peminat tulisan-tulisan Maharaja Zhou. Artikel-artikel yang dimuatkan merupakan koleksi tulisan Maharaja Zhou sejak awal kemunculannya di IM.

Amaran! Pemikiran Maharaja Zhou Tidak Sesuai Untuk Dibaca Oleh:

(1) Ahli Jamaah Yang Mengandung

(2) Ahli Jamaah Yang Mengalami Masalah Jantung

(3) Ahli Jamaah Yang Sakit Mental Setelah Pulang dari Tamrin Panjang ataupun Tamrin Jelas Fikrah

(4) Ahli Jamaah Yang Mengalami Sakit Kelamin Setelah Proses Baitul Muslim

(5) Mahasiswa ataupun Individu Yang Khayal dengan Candu ataupun Dadah berjenama PAS

Link Blog Sahabat

Bahaya Syirik!

Angin Perubahan

Idealis Mahasiswa

Cerita Kampus

Pemikir Mahasiswa Online

Dr Novandri

Anwar Ibrahim Dot Com

Gerakan Anti PKR

Pilihan Anda 08

Perak Bangkit

Selamat Membaca dan Menghayati Pemikiran Maharaja Zhou!

unique visitors counter

Add to Technorati Favorites


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






Wednesday, July 09, 2008
Mubahalah Liwat Anwar-Saiful: Benarkah Nik Aziz Terlebih Pandai?

Isu liwat masih tidak sudah. Isu ini agak berpanjangan dari 28 Jun yang lepas selepas Saiful Bukhari Azlan melaporkan bahawa dirinya diliwat. Maka, ramai yang sangsi. Ada yang beranggapan ia satu konspirasi, tetapi ada juga yang kata mungkin ianya asli. Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah ini, Mufti Perlis Dr Asri berkata, harus dilakukan Mubahalah. Datuk Nik Aziz juga bersetuju begitu juga dengan sayap pemuda Jamaah di Selangor.

Namun, ada yang tidak bersetuju. Sejak Sabtu lepas, Zulkifli Noordin, pemuka PKR sudah membantah. Katanya, bersumpah sambil junjung al Quran cadangan Yang Berbahagia Dr. Mufti itu bukan dari sunnah. Mungkin pemuka PKR ini sudah keliru, bahawa bukan Dr Asri yang mencadangkan junjung-menjunjung ini, tetapi "ketua kampung" PR, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Katanya lagi, ini cara Kristian, bukan cara Islam. Dikatakan lagi sumpah menyumpah ini tiada dalam Islam dan bukan dari hadith mahupun al Quran. Takjub penulis. Kalau Mufti Perlis tak ikut hadith dan Al Quran, siapa lagi pula, yang berkempen ikut hadith dan Al Quran.

Seolah-olah, hendak dikata bahawa PAS hendak menganjurkan konsert tayang punggung kalau benar Dr Asri mengeluarkan nasihat bukan dari al Quran dan hadith. Itulah analogi dan perumpamaan yang sahih.Begitulah yang boleh disimpulkan, kadangkala sokong membawa rebah. Pemuka PKR sepatutnya berhati-hati mengeluarkan kenyataan agar tidak salah tuduh.

Dinukilkan di dalam Harakahdaily bahawa Mufti Perak, Datuk Harussani pula tidak bersetuju dengan upacara sumpah Anwar ini. Dalam kenyataan asalnya, Mufti Perak berkata mereka yang mencadangkan mubahalah ini sebagai:"cadangan dari orang yang terlebih pandai."  Mereka sepatutnya memetik kenyataan ini terus dari Dr Asri sendiri bukannya terlebih pandai mengatakan beliau dalang yang mencadangkan upacara angkat Al Quran.

Jikalau ini kualiti kewartawanan Harakah, maka sukarlah rakyat henak percaya dengan kethiqahan Harakah selepas ini dan ini boleh mendatangkan fitnah kepada orang yang tidak bersalah. Namun, persoalannya, kenapakah pandangan Datuk Nik Aziz, Pemuda PAS Selangor dan Dr Asri ini seolah-olah diperlekehkan oleh media utama PAS? Kenapakah kedegilan Anwar untuk bersumpah dan pandangan Datuk Harussani lebih diangkat dan dipuja? Milik siapakah Harakah? Anwar atau PAS? Ataupun tindak taduk Harakah dikuasai oleh aparat Anwar yang masuk PAS tetapi sanggup membelakangkan jamaah demi bos lama?

Maka, melihatkan seolah-olah media PAS sendiri tidak senada dengan suaranya, mungkinkah kenyataan terbaru MB Kelantan yang tidak mahu menjadi orang tengah itu dipengaruhi oleh sikap Harakah yang tidak menghormati pandangannya? Pelbagai spekulasi dan andaian yang boleh ditafsirkan daripada tindakan "ketua kampung" Pakatan Rakyat tersebut.

Ketakutan dan belitan Anwar untuk bersumpah dapat dilihat dengan tindakannya untuk membabitkan ulama' luar negara. Prosedur yang mudah disusahkan seperti permintaaan Puteri Gunung Ledang nampakanya. Apa susahnya bersumpah dengan nama Allah mengikut prosedur yang digariskan oleh Mufti Perlis tersebut?Tetapi, dilaporkan bahawa Saiful Bukhari sendiri telah mencabar Anwar untuk bersumpah. Maka, tidakkah Anwar terasa tercabar untuk menjaga maruah dirinya dan ahli keluarganya?

Ternyatalah jika Anwar masih berdolak-dalik dalam hal sumpah ini, maka nyatalah si cicak mengkarung bernama Saiful Bukhari Azlan telah berjaya mencalarkan Brother Anwar Bin Ibrahim ini secara saraf dalam pencak silat mempertahankan maruah diri dan keluarga. 

Posted at 09:17 am by maharaja_zhou
Comments (3)  

Sunday, July 06, 2008
Zalim dan Fasiqkah PMI/Kampusnegara Jika Tidak Menghukum Zainulfaqar?

Penulis melihat terdapat sedikit perdebatan di antara pembaca blog penulis tentang wajarkah Otai PMN dikenakan Qazaf. Ada juga yang sampai sanggup keluar dengan beruk katanya berkenaan hal ini. Pada dasarnya, adakah patut jatuh kewajipan menjalankan hukum itu ke atas si penuduh apa nama bekas TNC UM itu. Dalam hal ini, kita perlu kembali kepada As Sunnah dan juga pandangan ulama'. Oleh kerana orang PMI masih thiqah dengan Zaharuddin, maka penulis akan mengambil pandangannya dan kupasannya dalam hal ini. 

 

Hukum qazaf adalah berdasarkan ayat berikut:

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Pada pendapat Imam Qurtubi: Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran,  Al-Qurtubi). [1]

Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433) [1]

Zaharuddin juga menambah bahawa selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh. Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah. [1]

Maka, harus diingat bahawa tuduhan terhadap bekas TNC tersebut dilakukan tanpa melihat sendiri perbuatan zina tersebut dan telah disebarkan dengan meluas di internet. Harus diingat bahawa mengikut kupasan Zaharuddin, penuduh tersebut adalah fasiq dan sebarang kesaksian darinya mesti ditolak.

Barangkali ada yang mahu mengambil hukum yang paling ringan (tetapi ada risiko kerana para tabi'in dan ulama' salafus soleh banyak yang menolak kaedah ini), tetapi setakat ini penulis tidak melihat ada usaha untuk meminta maaf secara terbuka ataupun cubaan untuk menarik balik tuduhan, yang dikaluti adalah persediaan hendak mengadu domba mahasiswa dengan kerajaan dan pihak keselamatan pada hari ini di Stadium Kelana Jaya. Seolah-olah, tiada sikit pun rasa kesal di hati nampaknya.

Meskipun PMI/JIK ataupun PAS tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan hadd kerana tiada kuasa sebagai pemerintah, tetapi mereka boleh memboikot, menggantung keahlian atau melarang sebarang kerja kewartawanan dijalankan (oleh sang penuduh kerana larangan penerimaan kesaksian darinya oleh Allah) jika pihak berkenaan ikhlas memperjuangkan perlaksanaan hukum Allah di atas muka bumi ini.

Jika tidak, maka mereka telah mengingkari hukum Allah kerana Allah telah memberi amaran bahawa haram mengambil persaksian dari orang yang fasiq. Dan ingatlah bahawa orang yang tidak menjalankan hukum Allah boleh jatuh dalam tiga kategori iaitu kafir, zalim ataupun fasiq. Maka , PMI boleh memilih salah satu dari tiga perkara ini jika tidak takutkan Allah Taala. Dan mana-mana orang PMI pun tidak seharusnya cenderung kepada orang yang patut kena qazaf ini jika benar-benar takut pada Allah Taala.

Sekarang wujud persoalan bahawa perlukah bekas TNC tersebut bersumpah bahawa beliau tidak pernah berskandal? Sebenarnya, beban itu adalah pada yang tertuduh bukan pada yang dituduh. Ini adalah konsep yang diterima pakai di mana-mana tempat dan masa, fi kulli makan wa fi kulli zaman. Maka bebanan itu, tiadalah pada pundak bekas TNC tersebut sedikitpun.

Kes otai dan apa nama bekas TNC ini adalah berlainan dengan kes Anwar-Saiful Bukhari. Melainkanlah tuduhan asal skandal seks itu adalah  lubang kunyit si otai ini pernah mengandungi DNA bekas TNC tersebut, maka bolehlah dicabar kedua-dua pihak bersumpah. Inilah keindahan hukum Islam.

Malah, jika kita merujuk pelbagai hadith tentang hukum hadd ke atas zina pun, Nabi kurang mahu menjalankan hukum rejam ke atas pengaku dan menyuruh pengaku tersebut supaya pulang sahaja. Namun, selepas berulangkali si pengaku datang untuk dijalankan hukum Allah, maka barulah Rasulullah menjalankan kewajiban tersebut.

Hukum meminta la'nat ini adalah untuk terutamanya si suami yang syak bahawa anaknya itu bukan anaknya dan dia tidak ada saksi untuk pertuduhan zina isterinya tersebut walaupun berlaku perbuatan keji itu berlaku di hadapan matanya. Oleh itu, diminta kedua-dua belah untuk meminta la'nat jikalau salah satu bersalah dan mereka akan bercerai selama-lamanya. Ini adalah hukum yang difahami umum.

Maka, DNA hanyalah sebagai qarinah sahaja tetapi bukan sumber hukum yang muktamad. Barangkali pembuktian melalui DNA ini hanyalah penguat syak ataupun pemati syak sebelum upacara li'an dijalankan. Oleh itu, dikiaskan hukum li'an ini untuk kes Anwar-Saiful Bukhari kerana Saiful tiada saksi yang membolehkan kesahihan liwat ini berlaku serta Anwar dikiaskan berada di pihak isteri yang dikatakan berzina maka Anwar perlu membalas balik pertuduhan tersebut melalui sumpah la'nat. Diharapkan kebenaran selepas itu akan muncul sebagai petanda kebenaran.

Hakikatnya, menuduh lelaki ataupun perempuan yang sebagai penzina ataupun peliwat ini adalah salah besar dari hukum agama. Namun, sekarang kita akan melihat keikhlasan sebuah jamaah Islam di Kampus melaksanakan hukum Allah apabila terkena pada salah satu orang kuatnya.

Adakah kampusnegara, mahasiswakini ataupun Harakah akan terus membenarkan orang yang patut kena qazaf ini terus mengadu domba mahasiswa dan rakyat? Adakah PAS dan alatnya akan terus mengambil berita, meneruskan polisi pengendalian maklumat ataupun laporan dari makhluk ini?

Jikalau mereka teruskan, tanyalah mereka samada mereka patuh kepada hukum Allah Taala menurut ayat 4 Surah An Nur ataupun golongan inilah yang Allah Taala maksudkan dalam ayat 3 surah As Saff (surah favourite budak-budak PMI dalam tamrin dan solat jamaah).

[1] Liwat: boleh percaya atau tidak.Dipetik dari www.zaharuddin.net (6 Julai 2008)

Posted at 03:08 pm by maharaja_zhou
Comment (1)  

Friday, July 04, 2008
Qazaf: Adakah Hanya Untuk Penuduh Anwar Sahaja?Orang PMI Macam Mana?

Kes tuduhan liwat Anwar Ibrahim yang terbaru sedikit sebanyak menenggelamkan kemeriahan politik kampus. Sedikit sebanyak, pemerhati politik kampus terlalai dan tercuai seketika. Dan dalam pada masa ini, makar/perancangan PMI/JIK sebagai alat PAS di kampus sedang digerakkan di atas nama Operasi Gerak Gempur(OGG). Ya, selepas ini ahli-ahli jamaah akan menggempur kolej-kolej seperti Orc dalam filem Lord Of The Rings. Oleh itu, layaklah operasi ini digelar sebagai OGG.

Maka ramailah junior-junior terutamanya tahun 2 jamaah ini yang diperalatkan saluran najis PAS sehingga menipu orang tua asbab percutian semester mereka dipendekkan. Inilah penyelewengan dan machivalisme yang dilaksanakan hatta kepada ibu bapa. Hak ibu bapa untuk bersama anak-anak mereka di Universiti yang sepatutnya pulang, dirampas dan diperkosa oleh gerakan saluran belakang PAS ini.

Syahdan, berbunyilah amir dua jamaah. Kata mereka, rakyat harus bertenang dengan tuduhan Anwar liwat lagi ini. Penulis bersetuju. Biarlah Polis dan Kehakiman Negara yang menguruskan semua. Serta janganlah memfitnah seseorang itu sebagai menggiani lubang kunyit. Penulis sangat bersetuju. Tidak ada bantahan.

Tetapi, harus diingat juga. Tidakkah sepatutnya ada pembelaan ke atas Saiful Bukhari Azlan? Sepatutnya sebagai bekas rakan mahasiswa yang lebih dekat dengan mereka di alam mahasiswa, kedua-dua amir jamaah ini seharusnya meminta penyokong PKR khususnya dan PR umumnya tidak mengganggu dan menghukum Saiful sebagai pemfitnah dan alat konspirasi.

Kedua-dua daripada pemimpin mahasiswa ini sepatutnya juga meminta sebarang serangan saraf tidak membabitkan ahli keluarga kedua-dua belah pihak, DSAI ataupun Saiful Bukhari. Jangan dicerca ahli keluarga kedua-duanya dengan tuduhan si suami atau si tunangnya membontoti dan dibontoti atau sebagainya.

Namun, apa yang penulis dan masyarakat lihat adalah mereka telah bagaikan menjatuhkan hukum bahawa Saiful Bukhari yang bersalah dan Anwar difitnah. Tidakkah ini juga adalah fitnah? Bagi penulis, Anwar perlu telus serta jelas keterangannya bahawa dia bukan sefeel dengan kaum Nabi Luth dan Saiful juga perlu berbuat sesuatu untuk mengatakan bahawa hanya salah seorang yang bersalah.

Penulis tertarik dengan kenyataan Mufti Perlis tentang mubahalah. Masyarakat dapat melihat bahawa beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam hal ini. Inilah yang sepatutnya diikuti oleh kedua-dua pemimpin pelajar ini. Janganlah membiarkan akal dan pengadilan diliwat oleh emosi dan perasaan. Suka juga penulis mengambil qawa'id fiqqiyyah yakni:

al-Aslu fi baraa'ati az-zimmah' [maksudnya: asal seseorang itu kekal bersih atau bebas dari kesalahan sehinggalah satu-satu pertuduhan itu sah dibuktikan].[1]

Oleh itu, Saiful juga tidak bersalah di pandangan masyarakat kerana itu haknya mempertahankan dirinya yang dirasakan dizalimi dan Anwar juga tidak bersalah dari tuduhan liwat ini selagi mana tiada bukti yang sahih. Ini pandangan yang sahih dan sepatutnya diambil oleh semua pihak.

Namun, ada juga yang tidak cermat dengn mengaitkan Presiden MPP sebuah Universiti yang kebetulan segambar dengan Saiful Bukhari. Ini mengaitkan seolah-olah, Presiden MPP itu ada jawapan terhadap peribadi Saiful dan kejadian siyasah kebelakangan ini. Tidakkah tuduhan yang mengandungi unsur mala fide ini menunjukkan seolah-olah penuduhnya tidak habis usrah dan kurang tarbiyyah?

Padahal dikatakan seseorang pejuang yang cukup tarbiyyahnya haruslah tidak dibelenggu maradhu asy-syawat (maksud: penyakit nafsu/emosi) seperti

(1)al-fisqu (kefasikan)

(2)al-kibru (kesombongan atau merendah-rendahkan sesuatu pihak)

(3)al-dzolmu (kezaliman atau tidak meletakkan sesuatu/tindakan tepat pada tempatnya)

(4)al-Kizbu (pendustaan atau menyembunyikan hak); dan

(5)kathratu al-ma'aashi (lazim dalam kemaksiatan).[1]

Maka sesuailah dengan firman Allah:

Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.[As Saff:3]

Janganlah kerana kita terlalu membenci sesuatu pihak maka kita membuat fitnah dan menzalimi peribadi yang kita benci. Akibat terlalu benci maka ada pihak yang mungkin boleh dikenakan qazaf akibat kesemberonoan yang kononnya dilakukan atas nama perjuangan.

Terdapat pihak yang mengadu bahawa bekas TNC sebuah Universiti telah terlibat dalam satu skandal seks, tanpa melihat kejadian itu dengan mata kepalanya sendiri (seperti keris masuk ke dalam sarung mengikut kias ala guru pondok dalam hal ini) serta tiada juga beserta 4 orang saksi yang adil.

Namun, perkara ini telah diadukan kepada Tribunal Universiti Malaya. Maka, sepatutnya sang pengadu harus bersyukur bahawa kes ini seolah-olah tiada tindakan kerana jika diambil serius, si pengadu wajib dikenakan qazaf dalam sebuah negara yang mengamalkan hukum Islam seratus-peratus kerana dirinya sendiri tidak melihat kejadian itu serta rabun matanya dan mempunyai dendam silam dan berkesinambungan ke atas si yang dituduh(yakni tidak adil).

Oleh itu, kita ingin melihat, adakah jamaah akan mengutuk perbuatan si penuduh yang patut diqazafkan ini? Jikalau jamaah ini benar-benar ingin mendaulatkan hukum Islam, maka kita akan lihat apakah hukuman yang bakal dikenakan oleh jamaah terhadapnya ahlinya walaupun kroninya itu berpengaruh besar ke atas jemaah.

Penulis mencabar Jamaah Islam Kampus supaya melaksanakan hukum Allah ke atas penuduh ini atas kadaran yang mampu. Jikalau tidak, jangan bicara soal keadilan dan kedaulatan hukum Allah yang diperjuangkan, kerana pemimpin JIK sama sahaja zalim dan fasiq dalam tindak-tanduknya ke atas orang yang dalam kekuasaannya atas dasar kronisme, nepotisme serta penuh dengan ampusana wa ampusini.

Oleh itu, penulis yang tiada kuasa ini dan juga orang di sekelilingnya (termasuklah yang dituduh) hanya menanti pembalasan untuk si penuduh ini  dikreditkan di akhirat kelak dengan azab yang maha pedih. 

1.Isu Liwat DSAI Mungkin Afandy Tanjong Ada Jawapan . Dipetik Dari http://zainulfaqar.wordpress.com/2008/07/01/isu-liwat-dsai-mungkin-afandy-tanjong-ada-jawapan/[3 Julai 2008]

Posted at 03:49 pm by maharaja_zhou
Comments (5)  

Wednesday, July 02, 2008
Benarkah Saiful Bukhari Bukan Pembantu Khas Anwar?

Kenapakah Anwar Ibrahim sekarang mengadakan pendakwaan ke atas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail? Rakyat hairan dan takjub bahawa kenapakah kes ini yang dibawakan bukan pembelaan diri terhadap kes tuduhan liwat yang dikenakan terhadap dirinya.

Diberitakan dalam Berita Harian bahawa beliau mempunyai saksi dan alibi. kenyataan ini telah DSAI keluarkan pada 1 hb Julai 2008:

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai alibi dan saksi untuk menyokong keterangannya bahawa tidak berlaku kes liwat Khamis lalu, seperti yang didakwa dalam laporan polis terhadapnya.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau juga mempunyai rekod diari dan maklumat sokongan bagi menyokong keterangannya itu tetapi peguamnya menasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan berhubung perkara berkenaan.

"Saya boleh menyatakan ini konspirasi... ini (liwat) tidak berlaku... pada 1998, mereka (polis) merampas diari saya dan tidak mengembalikannya semula menyebabkan kami sukar untuk mengingati kembali apa yang berlaku.

"Sekarang masih segar dan ada maklumat sokongan, tentunya sekarang ada rekod dan diari," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Damansara, dekat sini semalam, sehari selepas beliau meninggalkan Kedutaan Turki, kelmarin.

Kita hairan, kenapakah Anwar tidak berani mengatakan konspirasi liwat, tetapi hanya terhenti kepada kenyataan konspirasi "ini". Anwar perlu berterus terang dalam hal ini. Dan kenyataan ini diadakan sebelum Perhimpunan Sokongan PKR terhadap Anwar pada malam 1hb Julai.

Penulis sekali lagi ingin Anwar menjelaskan kepada umum, kenapakah semasa perhimpunan tersebut, tidak dijelaskan kepada ramai tentang rekod dan diarinya yang diwarwarkan? Tidakkah Anwar sebagai tertuduh dan pelanggan berhak meminta peguamnya untuk membenarkan dirinya mendedahkan di mana tempatnya berada dan alibinya.

Sekarang ini, maruahnya tercemar dan tindakan segera perlu dilakukan olehnya untuk membersihkan namanya. Adakah kerana Anwar mendapat general degree dalam Pengajian Melayu dari Fakulti Sastera, maka dia tidak mampu menulis surat atau kenyataan tentang keberadaannya dan alibinya di saat peristiwa tuduhan liwat berlaku?

Sebaliknya dalam perhimpunan tersebut yang dilaporkan oleh Suara Keadilan,kutukan dan tuduhan konspirasi sahaja yang mampu dilemparkan. Serangan terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sahaja yang terhambur semata-mata.

Tetapi, tidak ada penafian dan pembelaan dirinya tentang alibi dan sebagainya yang diharapkan oleh 10,000 ataupun 20,000 orang rakyat yang sanggup bersusah payah keluar pada malam itu.

Namun, secara misterinya, dikatakan bahawa Saful Bukhari Azlan bukanlah pembantu khas Anwar dalam wwww.suarakeadilan.com:

SHAH ALAM, 2 Julai (SK) - Stadium Melawati Shah Alam malam tadi begema laungan Reformasi dan jeritan Lawan Tetap Lawan oleh 20,000 penyokong Pakatan Rayat yang menunjukan sokongan penuh terhadap Ketua Umum, Anwar Ibrahim.

Dalam ucapan Anwar Ibrahim, beliau mengatakan mempunyai bukti kukuh bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan ada kaitanya bersana Najib Tun Razak dan isteri beliau.

Selain itu, Anwar sekali lagi menyatakan bahawa Saiful bukanlah Pembantu Khas kepada beliau seperti didakwa sebaliknya hanyalah seorang penolong kepada Pembantu dan Staff di pejabatnya.

Tetapi ini bercanggah dengan kenyataan awal yang lebih berautoriti dalam Laman Rasmi Parti Keadilan Rakyat bahawa adalah benar Saiful Bukhari merupakan pembantu khas Anwar Ibrahim:

Pembantu Khas DSAI ditahan dan dipaksa membuat pengakuan

29 June 2008

Polis telah menahan pembantu khas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bahari, petang tadi dan memaksa beliau membuat pengakuan diliwat.

Pimpinan parti sedang berbincang langkah seterusnya dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sidang Media yang dijadualkan esok (29 Jun), pada jam 1 petang di Hotel Quality, Shah Alam oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap diadakan.

 

Biro Penerangan
Parti KeADILan Rakyat

 

Oleh itu, siapakah yang sekarang berbohong? Kita mahu Anwar dan PKR  bercakap benar!

Posted at 09:52 pm by maharaja_zhou
Make a comment  

Monday, June 30, 2008
PKR Dibantu Agensi Perisikan Asing?

Anwar Ibrahim pada masa ini dijangkakan keluar daripada Kedutaan Turki setelah tempohnya sebagai "tetamu" tamat. Kedutaan Turki juga seboleh-bolehnya mahukan DSAI keluar dari kedutaan tersebut secepat mungkin. Mungkin sudah menjadi adat bagi bangsa Turki untuk menjaga tetamunya dan inilah kesempatan yang diambil oleh DSAI untuk menjaga "keselamatan dirinya".

Hairan, seorang "pejuang" yang menyeru rakyat berhadapan dengan FRU dan pasukan keselamatan ini sangat takut dan terbirit-birit sehinggakan merayu-rayu pula jaminan keselamatan dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,Perdana Menteri kita. Dengan ber"human shield"kan isterinya, Datin Seri Wan Azizah, sepucuk surat diutuskan kepada Pejabat Perdana Menteri untuk mendapatkan "perlindungan dan keselamatan".

Namun, pelbagai tuduhan dan fitnah telah dilemparkan oleh penyokong-penyokong PKR dan PR terhadap pasukan keselematan khususnya dan kerajaan Malaysia amnya yang boleh kita saksikan di laman-laman web pembangkang. Mereka megatakan bahawa terdapat konspirasi untuk membunuh Dato' Seri Anwar.

Kita lebih terperanjat bahawa telah didedahkan oleh seorang ahli Parlimen PKR, En.Zulkifli Noordin dari Kulim-Bandar Baharu akan DSAI akan dibunuh. Yang menjadikan kita takut apabila tuduhan ini adalah bersumberkan dari unit perisikan asing. Adakah ini membawa makna bahawa PKR selama ini dibantu oleh unit perisikan asing? Begitu rapatnya PKR dengan unit perisikan asing ini! Apakah sebenarnya hubungan PKR dengan agensi perisikan asing ini?

Kenyataan ahli parlimen ini ditarik balik dari sebuah laman penyokong PAS setelah menyedari bahawa tembelang mereka ini akan terdedah dan akan menimbulkan backfire kepada mereka dalam perang saraf PAS.

Maka, fikir-fikirkanlah apa disebalik kejadian ini?

Berikut adalah sumber asal kenyataan tersebut:

Cubaan Bunuh DSAI 

Assalamua'laikum to all,

Kami menerima maklumat daripada beberapa sumber termasuk dari Unit Perisikan sebuah negara jiran yang memaklumkan kepada kami ada cubaan untuk membunuh DSAI di mana beberapa orang pembunuh upahan (hired killer) telah dibawa masuk baru-baru ini.

Perlu saya ingatkan bahawa cubaan untuk membunuh DSAI telah berlaku sejak awal 1990an lagi:

  1. Helikopter Nuri yang membawa DSAI semasa beliau TPM jatuh terhempas selepas menghantar beliau ke Pulau Pinang penghujong tahun 1990an. Tidak lama selepas itu berlaku peristiwa pemecatan DSAI. Helikopter tersebut disyaki telah disabotaj;
  2. Sistem brake kenderaan rasmi DSAI telah disabotaj menyebabkan ia hampir meragut nyawa DSAI apabila kenderaan tersebut menuruni bukit di Langkawi semasa lawatan rasmi DSAI sebagai TPM. Kecekapan pemandu kenderaan tersebut menyelamatkan DSAI. Perkara yang hampir sama berlaku kepada peguam utama DSAI Allahyarham Aris Chris Fernando bila sistem brake kereta Jaguarnya disabotaj hingga beliau hampir kemalangan serius di lebuhraya KL-Seremban semasa kes DSAI sedang berjalan;
  3. Helikopter yang sepatutnya membawa DSAI telah disabotaj menyebabkan rakan beliau Tan Sri Yahya Ahmad terkorban apabila helikopter tersebut jatuh terhempas. Asalnya DSAI dijadualkan menaiki heli tersebut keesokan paginya tetapi TS Yahya menggunakannya malam itu untuk menziarahi ibunya yang sakit;
  4. Cubaan membunuh DSAI semasa penangkapannya tahun 1998 bilamana unit UTK Polis menyerbu masuk rumah DSAI dengan senjata lengkap pada 20 Sept 1998. Namun usaha itu gagal kerana UTK mendapati terlalu ramai orang awam dirumah DSAI semasa itu;
  5. Cubaan membunuh DSAI semasa dalam tahanan di Penjara Sg. Buloh melalui racun arsenik. Cubaan ini disahkan oleh Polis Australia yang menyiasat racun tersebut di Makmal Polis Melbourne;
Jadi berdasarkan rentetan cubaan membunuh ini, kami berpendapat maklumat yang kami terima berkenaan cubaan terbaru ini tidak bolej dipandang ringan. Atas sebab itulah kami membuat keputusan menasihatkan DSAI menerima tawaran Kedutaan Turki untuk melindungi DSAI. Kami berharap rakyat bertenang namun sentiasa mengikuti perkembangan mutakhir dan mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang sahih. Adios

Zulkifli Noordin
Dipetik dari:
http://zul4kulim.blogspot.com/2008/06/cubaan-bunuh-dsai.html

Posted at 08:02 pm by maharaja_zhou
 

Sunday, June 29, 2008
Anwar Liwat Lagi?

Penulis ingin memetik laporan akhbar hari ini di Utusan Malaysia tentang laporan seorang pemuda yang dikatakan bernama Saiful Bukhari Azlan, pada pukul 5.45 petang hari Sabtu, 28 Jun 2008 Dia dikatakan telah dilantik menjadi pembantu khas DS Anwar Ibrahim dan merupakan bekas MPP UNITEN:

Liwat: Laporan polis terhadap pemimpin politik

"KUALA LUMPUR 28 Jun - Seorang pemimpin sebuah parti politik didakwa meliwat seorang pekerjanya di sebuah tempat di ibu negara. Khamis lalu.Satu laporan polis mengenai dakwaan tersebut dibuat oleh lelaki berusia 23 tahun itu di Balai Polis Travers pada pukul 5.45 petang ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, laporan berhubung kejadian itu sudah dimaklumkan kepada beliau dan siasatan terperinci akan dilakukan.

Jelasnya, berdasarkan laporan yang diterima oleh polis, lelaki berkenaan mendakwa diliwat oleh pemimpin itu pada 26 Jun lalu di sebuah tempat di ibu negara.

"Lelaki berkenaan akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur esok atau Isnin ini untuk pemeriksaan kesihatan termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

"Siasatan terperinci akan dilakukan selepas menerima laporan DNA tersebut," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini. "

Mingguan Malaysia-29 Jun 2008 MS 3.

Sehubungan dengan itu, Anwar Ibrahim telah mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi dalam laman rasmi Parti Keadilan Rakyat:

KENYATAAN MEDIA ANWAR IBRAHIM, 29 JUN 2008

29 Jun 2008
Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.

ANWAR IBRAHIM

*Dipetik dari laman Parti Keadilan Rakyat: http://www.keadilanrakyat.org/index.php/content/view/628/1/

Suka penulis ingatkan kepada semua bahawa hukuman kepada orang yang menuduh liwat dan zina tanpa saksi yang empat serta adil adalah 80 kali sebatan sesuai dengan hukuman Qazaf.

Namun, penulis dengan kerasnya mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menafikan bahawa dia tidak melakukan liwat dengan Saiful Bukhari dan bukannya sekadar mengeluarkan kenyataan bahawa "ia rekaan semata-mata".

DSAI tidak menafikan bahawa dia telah meliwat Saiful Bukhari dan DSAI lebih gemar bersilat dan bermain kata-kata bahawa wujud konspirasi terhadapnya. Banyak persoalan-persoalan yang perlu Anwar jawab dan terangkan. Persoalan kini bukanlah serangan peribadi. Persoalan kini bukanlah untuk menyeru rakyat bangun menentang sesiapa.

Persoalan kini bukanlah juga keputusan PRU 12 yang menyebelahi Anwar. Persoalan kini adalah cabaran kepada DSAI untuk menafikan perbuatan liwatnya dengan nyata dan jelas kepada rakyat Malaysia terutamanya penyokong PKR dan PR.

Selainnya, kita serah kepada Allah SWT dan proses kehakiman negara.

Posted at 05:27 pm by maharaja_zhou
Comments (11)  

Saturday, June 28, 2008
Harakah Islam:Benarkah Wujud Wajah Hitam Agama?

Saya amat tertarik dengan tulisan Fathi Aris Omar berkenaan dengan "Kegagalan Mentor Agama". Persoalan yang cuba dikupas adalah ideal tetapi tidak mustahil untuk dihadam dan dilaksana dalam kehidupan sehari-hari apatah lagi untuk seorang ahli gerakan Islam.Kritikan beliau pedas dan berbunyi "sekular" bagi ahli Harakah Islam,tetapi yang penting ialah isi, bukannya presentasi.

Beberapa penulis bebas yang dahulunya lineant dan berlemah lembut terhadap PAS,mula bersikap skeptik terhadap partai yang menggunakan nama agama itu. Antaranya ialah Fathi Aris Omar. Setengah pihak mengaitkannya dengan Jamaah Islah Malaysia, tetapi nyata beliau condong kepada Keadilan.

Beliau lebih lembut kepada Hishamuddin Rais yang berlabelkan sosialis,mungkin tampak Isham lebih demokratis dari pemimpin PAS yang kesombongannya mengalahkan buih pepsi-Cola apabila menjadi tuan di Terengganu dan Kelantan.

Lemas dan rimas dengan perkembangan tersebut,menyebabkan beliau dan beberapa penulis bebas yang lain mengacukan meriam dan istinggar bukan sahaja kepada parti pemerintah tetapi juga kepada pembangkang yang memerintah iaitu PAS. Malaysiakini yang totok semangat cina dan anti Islam dan Melayu menjadi medan puak-puak penulis ini untuk menyebarkan idea demokratik dan anti sifat "holier than thou" (Kawe lebih suci dari demo).

Perubahan sikap beliau dan rakan-rakan amat berkait dengan tajuk yang agak kontroversial bunyinya tersebut. Apakah Islam mempunyai wajah hodohnya? Persoalan kontroversial oleh pemikir politik yang idealis yang pernah melihat wajah buruk pemimpin PAS,JIM dan ABIM,tidak kurang juga perangai suka mengambil kesempatan oleh pemimpin tarekat dan ajaran sesat.

Secara prinsip, penulis-penulis itu tidak akan mengaku bahawa Islam mempunyai wajah buruk, dan tentu Fathi antara Imamnya dan boleh jadi Farish adalah bilalnya. Namun, klarifikasi atas kecelaruan ini perlu dijejak akarnya. Akar yang penulis cadangkan adalah kurangnya ilmu dan juga kurangnya sifat belas ihsan dan common sense.

Idea Fathi mengingatkan saya detik-detik ketika Nabi Isa A.S. baru sahaja diangkat sebagai Rasul. Puak Pharisee dan Sanhendrin tidak ubah seperti PAS dan puak-puak yang penulis sebutkan di atas. Kulit sahaja yang ada, tetapi tidak ada roh. "Sufi"nya tidak ada.Jiwanya kotor, intipatinya kosong. Syariat Musa A.S.diambil hanya pada permukaannya.

Maka,wujudlah golongan penghukum dan bukannya pendakwah. Maka,kata-kata 'kafir','taghut' dan sesat menjadi zikir dan mudah sekali terlucut dari mulut. Ilmu yang sedikit memudahkan lagi kata-kata itu dihamburkan. Sedikit sekali yang mengajak "golongan yang sesat" untuk berdiskusi dan mengeluarkan hujah-hujah dan nas yang kuat untuk mematahkan hujah kaum "muktazilah moden" dan "anak didik orientalis".

Maka,dengan itu,wujudlah wajah "hitam",bobrok dan hodoh,bukan kerana agama tetapi kerana golongan "agamawan" yang sedikit ilmu. Kenapa saya gunakan perkataan ilmu, kerana ilmu bersertakan amalan. Kebanyakan "tuan guru" banyak informasi tetapi amalan Islamnya hanyalah permukaan sahaja,masih baik untuk orang biasa tetapi masalah jiwa yang kronik membolehkan syaitan menerobos dan mengelirukan umat yang terpinga-pinga melalui Pharisee dan Sanhendrin versi moden ini.

Islam adalah rahmat kepada seluruh alam.Jika kita mengakui kita adalah pejuang Islam,maka lihat juga adakah kita membawa rahmat kepada mereka yang berada di sekeliling kita. Adakah masyarakat lebih bahagia ataupun lebih porak peranda dan terkeliru. Ataupun sebenarnya ilmu Islam kita belum cukup dalam membolehkan kita menafsir sesuatu. Jika salah langkah, nama Islam yang akan tercemar bukannya nama individu.

Gerakan Islam dalam menyusun strategi kadangkala gagal dalam perkara-perkara asas kemanusiaan apabila berkait dengan politik. Sedangkan ia adalah basic kepada petunjuk kebenaran. Atas nama politik, sabotaj dan machivallisme dihalalkan. Malang sekali, ia dibenarkan si "agamawan" dengan menggunakan contoh dan petunjuk dari agama. Tetapi, tidak disangka oleh "agamawan" bahawa interpretasinya salah kerana mengambil hukum yang jauh sekali sesuai dengan situasi yang dialami.

Bolehkah hanya kerana musuh itu UMNO ataupun bukan seharakah, sabotaj dilakukan? Sehingga menderita ataupun perjalanan hidupnya? Adakah benar tafsiran "agamawan" tersebut.Bagi yang menghadapinya, apatah lagi yang cetekilmu dan tohor imannya,maka ia adalah perishtiharan perang oleh si "agamawan". Tidak mustahil akhirnya,yang disalahkan mangsa bukannya "agamawan" tetapi Islam itu sendiri bahana dari perbuatan tidak bertanggungjawab "agamawan" segera tersebut.

"Harakah Islamiyyah" ditubuhkan untuk satu matlamat kebanyakannya. Kuasa. Arqam,PAS, JIM dan ABIM menghendaki kuasa. Sedangkan Nabi diturunkan bukan untuk mendapatkan kuasa,jika kuasa yang menjadi matlamat,sudah tentu Nabi akan menerima tawaran Quraisy untuk menjadi Raja.Untung-untung Islam diterima secara tipu helah,tetapi cara itu bukan cara Nabi, kerana cara Nabi,cara gentleman. Dakwah diteruskan walaupun tanpa kuasa.

Gila kuasa adalah punca wajah hitam selain dari ilmu yang sedikit tetapi diamplikasi dan dihebohkan "kealiman"(lebih tepat kebodohan) pemiliknya beribu kali ganda. Maka, selagi mana,berhala yang disembah gerakan-gerakan ini adalah kuasa, maka selagi itulah akan wujud wajah bobrok tersebut.Harus diingat bahawa wajah keji itu tentu sekali bukanlah Islam tetapi kuasa hitam yang memacu nafsu gerakan berkenaan.

Nota: Tulisan asal penulis di Idealis Mahasiswa. Diambil semula dari portal UMNO Beaufort http://www.umno-beaufort.net.my/modules.php?name=News&file=article&sid=87

 

Posted at 09:57 am by maharaja_zhou
Make a comment  

Thursday, June 26, 2008
GAMIS Hendak Jadi NGO! Tidak Rela Diliwat Lagi?

Sebelum Taliban berkuasa di Afghanistan, negara itu difaraidkan kepada pelbagai puak dari kalangan bekas-bekas mujahidin. Kepala-kepala yang menguasai wilayah-wilayah yang difaraidkan ini dalam bahasa Inggeris,dinamakan "warlord".

Terdapat warlord yang mempunyai nafsu aneh, iaitu kegemarannya menyimpan budak-budak laki untuk memuaskan nafsu serakah mereka selain menyimpan gundik dan perempuan simpanan. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa hubungan PAS dengan PMI sama sahaja seperti Warlord Afghanistan sebelum Taliban, suka menyimpan budak lelaki untuk tujuan nafsu songsang mereka.

PAS sebenarnya hanya ada satu sahaja cabang yang benar-benar berjaya dieksploitasi iaitu gerakan mahasiswa. Perkara ini adalah fakta, bukannya auta. Gerakan sekerja yang merupakan estet masyarakat yang sekian lama berjaya menentukan jatuh bangun kerajaan, gagal dikuasai oleh PAS.

Begitu juga dengan persatuan pengguna, persatuan perniagaan dan persatuan anak negeri. semuanya gagal. Mungkin persatuan ulama' sahaja yang nampak pro kepada PAS, tetapi selepas Pak Lah menjadi Perdana Menteri, persatuan ulama' lebih gemar mendiamkan diri tidak seperti di zaman Tun Dr Mahathir.

Sekonyong-konyong diberitakan bahawa Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) telah menghantar permohonan sebagai sebuah Non-Governmental Organization (NGO) melalui satu perakuan Surat Ikatan Amanah yang telah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah, Tuan Mohd Radzi Yasin di firmanya berhampiran bangunan PWTC 23 Jun lalu. Setiausaha Gamis, Syaari Abdul Rahman mengatakan bahawa objektif penubuhan Gamis sebagai NGO akan memberikan ruang bergerak secara sah sebagaimana NGO lain di Malaysia [1].

Maka, mahasitua-mahasitua GAMIS pun ditemuramah. Mahasitua Zaharuddin Abdul Rahman nampaknya kurang bersetuju kerana dikatakan perjuangan GAMIS akan "berbeza" dari GAMIS dahulu. Manakala mahasitua Ramadhan Fitri bunyinya lebih optimis dan menganggap "idealisme" GAMIS tidak akan berubah.

Boleh disimpulkan bahawa GAMIS, mengigau-ngigau dan teringin sama untuk duduk sebaris dengan PKPIM dan KARISMA. GAMIS tidak mahu lagi menjadi pelacur maknyah kepada PAS lagi. GAMIS mahu membuat pembedahan jantina. GAMIS ingin menjadi pelacur yang tulen kebetinaannya. GAMIS ingin melacurkan idealismenya melalui lubang depan sama seperti PKPIM dan KARISMA di arena persundalan gerakan mahasiswa.

Namun sebenarnya bagi mahasitua Zaharuddin, dia mengetahui sangat selera PAS yang lebih suka akan keenakan dan kenikmatan kemutan lubang najis GAMIS dari kemutan lubang depannya. Inilah yang sangat Zaharuddin faham  tentang naluri serakah PAS semasa kepimpinannya dahulu. Zaharuddin bukannya bodoh.

Hakikatnya, GAMIS tidak ubah seperti pelacur maknyah yang asyik bertukar-tukar pakaian semata-mata tetapi batang tubuhnya sama. Jika ia bertudung labuh namanya GAMIS, jika ia berbaju kurung, namanya PMI, jikalau bercheong sam namanya SMM ataupun nama glamour barunya, PMN. Maka, tidak guna hanya GAMIS saja yang ingin berlubang di depan tetapi batang tubuh yang ICnya bernama JIK masih mempunyai naluri suka dijima' dan diliwat dari lubang belakang.

Oleh itu, kesemua ini hanyalah taktik dan perang saraf untuk mempopularkan dan mempromosikan GAMIS, terutamanya menjelang kemasukan pelajar baru di kampus. Maka, harapan PAS akan lebih ramailah anak muda yang bakal tertipu dan menyerahkan jiwa dan raga mereka seperti mana budak-budak serakah Warlord Afghanistan.

1.Perjuangan dan idealisme Gamis dikhuatiri hilang bila jadi NGO. Dipetik dari http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15366&Itemid=50 [26 Jun 2008]

Posted at 10:49 am by maharaja_zhou
Comments (6)  

Wednesday, June 25, 2008
Wajarkah Sang Bughah (PMRAM) Diberi Wang Zakat?

Diterima pada: 16 Julai 2005
Name: Maharaja Zhou
http://www.idealis-mahasiswa.net/editor/suratpelayar695.html

Keras tajuk penulis kali ini. Lagaknya seperti Muhazam Mustapha dalam Forum Politik Nasional. Jika ditanya Muhazam ataupun gurunya,Ustaz Rasul Dahri,maka tiadalah wajar sang bughah diberi zakat.

Zakat diberi kepada asnaf. Asnaf pula ada lapan golongan. Salah satunya adalah orang yang berjuang fi sabilillah. Fi sabilillah adalah berjuang di jalan Allah,dan menuntut ilmu adalah sebahagian dari tuntutan perjuangan tersebut.Maka dari situ, orang yang menuntut ilmu dikira sebagai salah satu golongan yang harus menerima zakat.

Isu zakat adalah isu hangat. Di kalangan pelajar IPTA, jarang-jarang kedengaran yang heboh dengan isu zakat. Cuma apabila ada pelajar yang tersepit, maka sumber alternatifnya adalah wang zakat. Maka, di situlah,ada yang menerima zakat dari kerajaan negeri masing-masing.

Selalunya yang mengharapkan wang zakat adalah pelajar Timur Tengah. Sumber tradisi kewangan mereka adalah dari Baitul Mal. Tidak salah untuk meminta wang zakat,namun,jangan dianggap wang zakat eksklusif untuk jurusan agama sahaja. Jurusan teknikal dan ilmu lain juga afdhal menerima wang zakat, tatkala orang Barat mencipta senjata pemusnah besar-besaran, orang Islam masih lagi berkelahi tentang kepimpinan ulamak. Lantas,Barat semakin maju, dan negara Islam hanya mampu menjadi negara pengguna.

Tersebut suatu kisah,di dalam Harakah, betapa kasihannya 9 orang pelajar "dihalau" dari asrama. Kesimpulan mereka adalah, zalimnya kerajaan terutamanya kerajaan Khir Toyo. Orang yang berjuang fi sabilillah pun dihalau dan merempat di tepi jalan,padahal wang zakat berkoyan-koyang dikutip bertahun-tahun.

Isu ini boleh diulas dari pelbagai aspek. Aspek ugama, yang memungkinkan lebih menyakitkan hati sehingga membabitkan syurga neraka, atau aspek duniawi yang melibatkan konsep man jadda wa jadda. Siapa yang berusaha,maka dialah yang dapat. Jika sentimen kepartaian tidak diambil kira, tiadalah siapalah yang peduli. Untung juga ada kes ini, sekurang-kurangnya adalah sebab musabab Ustaz Ahmad Awang boleh melawat Mesir.

Kita lihat dari sudut duniawi. Soalnya mudah. Siapa yang tidak bayar sewa,maka wajarlah dia keluar dari tempat persewaan itu. Mudah. Dalam dunia ini,tatkala penulis sedang menulis, sudah berapa ratus manusia dihalau dari rumah masing-masing kerana tidak membayar sewa. Tiada siapa pun yang bersimpati, sendiri salah,sendiri yang tanggung. Jika diberi perlepasan sebulan dua,itu adalah belas ihsan si tuan rumah. Tidak kejam si tuan rumah,sebaliknya berbahagialah di akhirat kerana atas budi baik tuan rumah.

Itu baru sebulan dua. Bagaimana pula jika dua tahun? Tidak ada tuan rumah yang sebangang itu yang membenarkan sang penyewa bermaharaja lela bergentayangan di dalam rumahnya dalam dunia sebenar. Hanya kerajaan Selangor pimpinan Khir Toyo sahaja yang mempunyai belas ihsan sedemikian rupa yang membenarkan hatta penentang mereka duduk secara percuma.

Kerajaan negeri Selangor tidak meminta satu sen pun bayaran balik hutang akibat tinggal secara percuma selama dua tahun dari bekas penyewa tersebut. Adakah wujud tuan rumah yang lebih baik dari itu?

Kemudian,diungkit tentang duit zakat yang kononnya wajar diterima oleh mereka. Seolah-olah dari kenyataan mereka itu seperti wang zakat itu adalah mak bapak mereka yang punya dan wajib mereka dapat. Sebagai lelaki Muslim yang merdeka, mereka sepatutnya malu dengan perbuatan mereka yang menadah-nadah tangan meminta wang zakat,padahal mereka masih mempunyai tulang empat kerat. Apatah lagi, dari konsep wang zakat sendiri,tidak semestinya pelajar-pelajar tersebut menerimanya.

Itu dari segi duniawi,tetapi bagaimana pula membiayai orang yang menentang kerajaan dengan wang zakat? Maka,kononnya PAS akan membantu dengan wang pula. Itulah tanda bahawa mereka ini adalah agen-agen PAS selama ini. Menentang kerajaan Islam yang sah adalah haram hukumnya dan menggunakan wang fi sabilillah untuk kerja yang haram adalah haram juga hukumnya.

Ada pula yang mungkin berhujah,kami menolong mereka yang ingin memperjuangkan Islam.Tetapi,harus diingat juga, Khawarij juga ingin menegakkan Islam yang "dicemar" oleh Saidina Ali, tidakkah perbuatan Khawarij di pandangan "pendokong Islam" mutakhir ini juga adalah perjuangan Islam?

Maka, sepatutnya mereka berasa malu untuk meminta wang dari jalan Allah untuk perbuatan derhaka kepada Allah. Adalah wajar bagi kita untuk bersama dengan pemimpin yang ada selagi mana dia masih lagi seorang Muslim.

Jika menegakkan hukum Allah sepenuhnya menjadi prasyarat, maka semenjak dari zaman Saidina Ali lagi telah terbatal hujah tersebut.Jangan dikira lagi Turki Uthmaniyyah yang mengangkat parlimen sebagai penggubal undang-undang dan juga membuang serban yang sunnah dengan digantikan tarbus yang bid'ah. Malahan,berapa ramai pemimpin PAS sendiri yang mengambil riba dan juga mengumpat dan memfitnah.Tidakkah ini juga sebahagian dari hukum Allah?

Oleh itu,harus difikirkan,wajarkah Kerajaan Khir Toyo terus membantu sang bughah? Dan tidak malukah sang bughah ini menggunakan wang fi sabilillah untuk melawan Allah?

Posted at 08:58 am by maharaja_zhou
Make a comment  

Monday, June 23, 2008
PAS Juga Parti 'Asabiyyah?

Label-melabel merupakan kerja biasa bagi pendokong dan mahasiswa PAS. Pelbagai label telah digunakan untuk menjatuhkan pihak lain dan mereka sering merasakan bahawa mereka sahaja mempunyai lesen untuk melabelkan orang lain. Biasanya, perkara ini yang menjadikan "perjuangan" mereka cukup rempah dan garam. Kalau setakat metodologi da'wah biasa yang Rasulullah sampaikan, tentulah mereka tidak dapat tahan walaupun seminit.

Perkara ini boleh dibuktikan. Mudah sahaja. JIkalau kita melawat laman web mahasiswa pembangkang, kita dapat melihat artikel-artikel pimpinan mereka yang berkaitan dengan idea dan cadangan ataupun teguran mendapat "rating" yang rendah. Tetapi, apabila tiba cerita berunsurkan kelamin yang dipaparkan seperti "Gadis Prepaid" ataupun "Gadis RM 5", maka bacannya mencecah 1000 dan ke atas. Inilah pembacaan di kalangan "pejuang Islam". Itulah sebabnya di kalangan golongan yang tidak mahu berfikir, tulisan penulis adalah umpama meletakkan batu jemala di atas bahunya.

Seringkali PAS melabelkan UMNO sebagai parti 'asabiyyah. Kerana namanya adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. PAS bukan 'asabiyyah kerana namanya Islam. Maka, ia bukan parti 'asabiyyah. Persamaan dan formula mudah ini digunakan di mana-mana sahaja. Usrah, kuliah ilmu, malahan khutbah jumaat memuatkan perkara ini. Tetapi, soalnya melihat perkembangan-perkembangan yang berlaku mutakhir ini, adakah PAS bukan partai 'asabiyyah?

Mari kita lihat beberapa hadith dan syarah tentang 'asabiyyah:

Sesiapa yang berperang dibawah royah 'immiyah '(bendera buta) dan menyeru kepada `asabiyyah atau marah kerana 'asabiyyah maka kematianya adalah jahiliyyah.

(Riwayat Muslim, Ibn Majah, an-Nasai)

Kata al-Sindi (meninggal 1138H) dalam mensyarahkan hadith-hadith Sunan Ibn Majah: "Lafaz bendera kebutaan ialah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil" .

Dalam riwayat Abu Daud:

Daripada Jubair bin Mut'im: Bahawa RasululLah s.a.w bersabda: "Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada 'asabiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas 'asabiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas 'asabiyyah.

Dalam menjelaskan maksud 'asabiyyah, Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh Wathilah bin al-Asqa':

(maksudnya): Wahai RasululLah! Apakah al-'asabiyyat? Sabda baginda: "Kamu menolong kaummu atas kezaliman"

Oleh itu, adakah tepat untuk mengatakan bahawa 'asabiyyah itu semata-mata bantuan ke atas kaum? Diriwayatkan daripada suatu hadith:

"Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Oleh itu, dibenarkan oleh Rasulullah dan menjadi kecintaan pula bagi Rasulullah untuk sesuatu kaum membantu ahli di dalam kaumnya yang menghadapi kesusahan. Maka, jikalau orang Melayu dalam keadaan susah, maka tidakkah menjadi tanggungjawab kepada UMNO (dan juga pertubuhan orang Islam dan Melayu) untuk membantu mereka yang susah?

Kita berbalik kepada isu 'asabiyyah. Dikatakan bahawa 'asabiyyah itu bendera buta dan juga 'asabiyyah juga membawa maksud membantu puak ataupun kaum itu atas dasar kezaliman. Maka, kita melihat dari konteks perjuangan PAS sendiri kadangkala ahlinya sendiri telah menjerumuskan diri mereka kepada 'asabiyyah.

Contoh 'asabiyyah adalah apabila terjadinya murtad Siti Fatimah Tan yang mana peguambelanya adalah seorang penceramah bebas PAS. Maka, sang peguam ini tidak menerima bantahan ataupun memorandum dari pihak PAS. Mereka hanya bising pada mulanya sahaja, kerana menyangka yang membantu itu sefikrah dengan peguam Lina Joy, tetapi apabila mendapati peguamnya sama parti, perkara ini didiamkan sahaja.

Begitu juga pemecatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dalam tempoh 24 jam, dianggap wajar oleh penyokong PAS. Padahal, sepatutnya penyokong PAS perlulah menghantar surat ataupun bantahan meminta ehsan supaya diberi notis sebulan ataupun 3 bulan kepada Dato' Jamry untuk mengosongkan pejabatnya atas dasar sesama Islam.Termasuk juga dalam kes ladang babi bernilai RM 100 juta. Penyokong PAS menjadi syaitan bisu dan syaitan bising menyokong kewujudan ladang tersebut.

Maka, tidakkah PAS juga menjadi 'asabiyyah? Di mana penyokongnya menyokong sesuatu atas bendera buta di atas tiket "kaum dan bangsa" PAS. Ingatlah, bahawa fahaman politik sesuatu pihak boleh menyebabkan sesuatu bangsa atau kaum menjadi kaum yang lain dan berbeza. Contoh yang paling jelas, Syiah pada asalnya wujud sebagai sokongan politik kepada keluarga Saidina Ali untuk mendapatkan kekhalifahan. Namun, hari ini, orang Syiah tidak dikenali sebagai penyokong politik lagi, tetapi sebagai kaum yang berbeza di mana-mana sahaja mereka berada samada di Iraq, Pakistan, India dan Lubnan.

Dari situ, penyokong PAS perlu insaf dan faham, bahawa menyokong parti siyasah tersebut tidak bermakna mendapat lesen percuma untuk selamat dari mati jahiliyyah dan boleh melabelkan orang lain sebagai 'asabiyyah. Kerana yang nyata tindakan-tindakan PAS dan peyokongnya kebelakangan ini boleh juga ditafsirkan sebagai "perkauman" ataupun bahasa yang orang PAS faham-'asabiyyah.

Posted at 10:11 am by maharaja_zhou
Comments (2)  

Next Page