 |
maharaja_zhouAugust 8th Male Malaysia
Assalamualaikum wbt
Blog ini merupakan koleksi kepada tulisan-tulisan Maharaja Zhou yang pernah disiarkan di dalam Laman Idealis Mahasiswa.
Maharaja Zhou telah berkecimpung dengan laman Idealis-Mahasiswa sejak dari tahun 2002. Namun begitu, beliau mula mendominasi laman tersebut bersama penulis-penulis yang lain seperti Awang Sulung, Harimau Hitam, Samlin, Syed Reedza sebagai penulis tegar sejak pertengahan tahun 2004 sehinggalah kini di laman tersebut.
Nama Maharaja Zhou sebenarnya merupakan nama antagonis di dalam siri Alam Perwira yang pertama. Namun, beliau sememangnya wujud sebagai manusia bukannya semata-mata watak rekaan Tony Wong. Menjadi pemerintah terakhir dinasti Shang, beliau diingati oleh sejarawan China sebagai seorang maharaja yang zalim.
Tetapi, harus diingat bahawa sejarah ditulis oleh mereka yang menang. Maka, tidak mustahil sebenarnya nama Maharaja Zhou dicemari oleh dinasti yang berikutnya untuk menggambarkan kekejian baginda dan jasa baik baginda telah dikaburkan dan dipadam dari kitab-kitab sejarah.
Berdasarkan hakikat tersebut, perkara yang sama telah berlaku kepada penyokong-penyokong kerajaan apabila mereka tewas di tangan mahasiswa PAS sejak tahun 1996. Mereka telah diberikan reputasi yang buruk oleh penyokong-penyokong pembangkang khususnya oleh penyokong PAS yang berselindung di sebalik Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di kampus-kampus.
Oleh itu,kehadiran Maharaja Zhou diharapkan dapat memberikan impak baru kepada politik kampus dan seterusnya membersihkan nama penyokong-penyokong kerajaan di IPTA. Kiranya ini tidak dilakukan, nama penyokong kerajaan di dalam lipatan sejarah akan tercemar, samalah seperti mana tercemarnya nama Maharaja Zhou, Maharaja Dinasti Shang yang terakhir!
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |
 |
Saturday, January 17, 2009
Analisis Inspektor Gajet Tentang Kepala Babi di Surau API
Penulis membaca satu ulasan menarik dari blog Angin Perubahan oleh satu komentar,fikir-fikirkan komennya:
1) Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu ditemui oleh salah seorang pelajar pro-Mahasiswa - Mohd Azlan Zainal - yang pergi ke surau tersebut, untuk menunaikan solat Subuh.
aku musykiil bagaimana hanya Azlan yang baru jumpa kepala babi tersebut. Megnapa orang lain tidak jumpa dulu? Masa kes conteng di dinding surau dulu Hilman Nordin yang jumpa dulu...kenapa orang lain tak jumpa dulu? pelik kan.
2) Semua orang kena pukau ke?
Takkanlah tak sedar langsung kehadiran orang asing. Letih pun kita masih lagi tidur tidur ayam. mengapa tidak ada seorang pun yang perasan kehadiran orang luar. kalau nak tanggung guni kepala babi tu mesti bawak kereta bukan boleh bawak naik motor. mesti unit keselamatan perasan.
3) Sila tengok betul betul susunan kepala babi dan bendera itu. Ianya diatur elok elok bukannya dilempar secara tergesa gesa. Ini menunjukkan orang yang buat kerja ini punyai masa yang banyak untuk letak kepala babi tersebut. Kalau orang yg tidak biasa dengan surau tu tentu dia akan lempar sahaja dan cabut lari.
4) macam mana pelempar kepala babi itu boleh timing masa yang tepat dan tahu semua orang sudah tidur nyenyak...hanya orang dalam surau itu sahaja yang tahu semua orang sudah tidur.
5) Mohamad berkata, kepala babi itu diletak di bahagian pintu surau yang jarang digunakan, dan terlindung di belakang sebatang tiang surau.
Mana ada orang luar dan pihak Aspirasi tahu pintu belakang surau itu. Hanya orang yang biasa sahaja yang tahu selok belok surau dan pintu yang jarang digunakan. kalau orang luar masuk takkan dia sanggup galas guni babi dan masuk secara semberono sahaja. Tak kan lah dia tak takut disergah sebelum sempat letak babi dalam tempat tersebut.
6) Bodoh sangatlah kalau orang itu semata-mata tanggung risiko masuk dalam surau hanya untuk letak kepala babi. Dia kalau setakat nak bangkitkan kemarahan boleh sahaja letak kepala babi itu di kereta atau motor atau pintu pagar akademi. Itu pun sudah cukup untuk jadikan isu. Nampak sangatlah ada yang tidak kena dalam isu ini.
7) bagaimana Azlan dan Hilman boleh hidu dan tidak letih? Bukankah mereka ini juga gantung poster...macam mana mereka boleh tahu terlebih dahulu...
8) Azlan jumpa jam 5 pagi. maknanya, kepala babi itu hanya bertahan selama beberapa minit sahaja, kemudian terus dijumpai oleh watak sang hero
9) Apakah ini strategi terdesak PMI untuk menang di UM setelah kalah di USM dan UKM? Jika kalah di UM, PKR akan hilang satu kumpulan jentera di Lembah Pantai
10) Dari mana babi tersebut diperolehi..siapa yang dekat dengan sumber babi...
*Nota:Ini adalah pandangan peribadi Inspektor Gajet.Apa yang disiarkan tidak ada kena mengena dengan penulis.
Posted at 03:32 pm by maharaja_zhou
Permalink
Isu Kepala Babi dan Rasuah Gagal Dipolitikkan!
"Mereka merancang dan Allah Merancang,Tetapi Allah Jualah Sebaik-Sebaik Perancang!"
Telahan penulis tepat sekali lagi.Isu tuduhan rasuah TNC HEPA,Ayahanda PM Datuk Azarae dipandang enteng oleh mahasiswa kerana beranggapan adalah tidak munasabah seorang mahasiswa boleh dibeli dengan harga RM100.Sudah ditanam dalam pemikiran mahasiswa pembangkang apa sahaja yang ada kaitan dengan kerajaan walaupun pemegang jawatan kerajaan dianggap sebagai kaki rasuah.Toh,perangkap sudah makan tuan.
Isu ini yang dilupakan,berganti dengan isu kepala babi.Pihak-pihak tertentu menyangka mahasiswa akan marah kepada Universiti dan pihak-pihak bertentangan seperti yang dinyatakan oleh Razali Zaidin dalam blog aparat parti tertentu tersebut:
"Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang,"ujar beliau.
Namun,Pihak Pentadbiran dan Penggerak Mahasiswa dengan tenang menyambutnya dengan solat hajat dan salam perdamaian.Laporan polis dibuat sebagai tanda serius pihak pentadbir Universiti terhadap perkara ini.
Di pihak Penggerak Mahasiswa mereka tidak menuduh musuh politiknya melakukan sabotaj terhadap diri mereka,sebaliknya menganggap ia adalah kerja pihak ketiga.Isu ini gagal dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu.
Oleh itu,tidak hairanlah,blog mahasiswa pembangkang ini tidak mengulas lebih lanjut isu ini lagi kerana tahu isu ini gagal dipolitikkan untuk kepentingan sempit mereka.Malahan,jika diulas ia akan mendedahkan pelbagai lompang di pihak mereka.
Lompang tersebut termasuklah adanya aparat mereka di dalam surau itu,penemuan kepala babi oleh Presiden PMN yang sedang berkawal, dan juga cara susunan babi.
Ini semua menimbulkan backfire terhadap mahasiswa pembangkang jikalau diulas dengan lebih lanjut.
Oleh itu tidak hairanlah,Teh Hoong Keat,Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya,berkata:
"satu cubaan sabotaj dan memburuk-burukkan nama baik PMIUM dan Pro-Mahasiswa.
"Namun begitu, kami tidak ingin menuduh mana-mana pihak dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan yang berkenaan supaya menyiasatnya dengan lebih terperinci," katanya.
Kenapa Presiden Umany memberi indikasi berkenaan?Maka,fikir-firkirkanlah sendiri maksud Presiden Umany tersebut.
Wa makaru,wamakarollah,Wallahukhoirul Makiriin.
Posted at 09:35 am by maharaja_zhou
Permalink
Friday, January 16, 2009
Analisis Isu Kepala Babi:Budak PMIUM Berada di Tempat Kejadian Berlaku
*Updated*
Katakanlah,di Tel Aviv tiba-tiba pada waktu selepas ibadah Yahudi berlangsung di tengah-tengah ramai orang,sebuah synagogue meletup.Kawasan itu kawasan Yahudi bukan kawasan Arab Israel.Paling dekat rumah seorang Arab (katakanlah)pun 20 km dengan dijaga ketat oleh askar dan polis Yahudi 24 jam.
Kalau tiba-tiba Ehud Olmert berkata pengeboman ini dilakukan oleh Hamas,bolehkah kita percaya?Lagi pula,bom yang digunakan ada kesan "white phosphorus".Bukan taktik biasa Hamas,pengebom berani mati dan seumpamanya.Kalau ini,terjadi,bolehkah kita percaya yang orang Islam amnya ataupun Hamas dan Al Qaeda khususnya yang melakukannya?Begitu juga kes kepala babi di surau API.
Mereka yang sefrekuensi dengan penulis adalah Teh Hoong Keat,Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya.Teh tidak menuduh lawan PMI sepertimana yang hendak diindikasi oleh Razali Zaidin tetapi sebaliknya menganggap kes ini boleh mencemar nama baik PMIUM dan Pro-M:
"satu cubaan sabotaj dan memburuk-burukkan nama baik PMIUM dan Pro-Mahasiswa.
"Namun begitu, kami tidak ingin menuduh mana-mana pihak dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan yang berkenaan supaya menyiasatnya dengan lebih terperinci," katanya.
Tentu ada sebab Teh mengeluarkan kenyataan ini yang nyata tampaknya jujur ataupun mungkin Teh terlalu gelabah ketika disoal Malaysiakini sehingga itu ayat yang terpercul dari mulutnya?Adakah Teh tahu kekuatan dan keupayaan sebenar gerombolan manusia yang meletakkan kepala babi tersebut?
Di samping itu,penulis memuji tindakan Penggerak Mahasiswa yang tidak menuduh sesiapa,tidak seperti Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional yang terus mengeluarkan kenyataan ini:
Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang,"ujar beliau.
Dan lihatlah bagaimana mengikut laporan Malaysiakini bahawa semasa kejadian ini berlaku beberapa orang sedang berada di dalam surau API,dikatakan sedang "tidur".Kononnya semua tidur mati dari pukul 9.00 malam sampai tidak sedar apa-apa.Adakah ini munasabah?
Di masa yang sama Azlan Zainal,Presiden Parti Mahasiswa Negara dan kawannya Ahmad Shahir Md Shah mengaku sedang hirasah menjaga kawasan persekitaran Surau API.Menurut sumber yang pro kepada mereka ini, mereka hanya masuk ke surau pada pukul 5.10 pagi dalam laporan polis.
Tetapi, harus diingat,mereka sedang hirasah keselamatan poster serta barang kempen mereka dan bukannya terus menuju ke surau API.Oleh itu, kita hairan kenapa maklumat ini tidak dimuatkan dalam blog Pro-M?
Dalam siasatan polis,sepatutnya Azlan Zainal dan Ahmad Shahir perlu dijadikan suspek utama.Azlan Zainal perlu menyatakan siapa manusia-manusia dari kalangan jentera PMI yang tidur itu.Suspek ketiga adalah Dr Ruzman,pensyarah API.Jikalau penulis menjadi polis,beliau tetap akan disoalsiasat walaupun penulis yakin beliau mempunyai alibi yang cukup untuk menjawab di mana beliau berada.
Dilihat pada berita yang dilaporkan (lihat foto pertama dari link),wajah aparat-aparat PMI tidak nampak sedih sebaliknya bersemangat dan gembira gambar mereka diambil sambil posing dengan foto kepala babi tersebut.

Perhatikan wajah mereka satu-persatu,dan gantikan gambar kepala babi dengan gambar pemain bolasepak Liga Inggeris.Tampak "begitu sedih" wajah mereka apabila Rumah Allah dihina sedemikian rupa!
Jika dilihat pada susunan kepala babi tersebut, ternyata orang yang melakukan perkara ini mempunyai masa yang cukup seolah-olah dia meletakkan kepala tersebut di atas bukit dan semak-samun di belakang API. Bendera PAS dibentangkan sempurna tanpa lipatan.
Kepala babi pula diletakkan seolah-olah sengaja untuk tidak mengenai permaidani surau (namun,terkena juga).Tidak nampak seperti orang takut,jika tidak afdhal saja dibungkus kepala babi tersebut dengan bendera PAS gaya along dan diletakkan di perkarangan surau.
Tidak seperti terburu-buru.Dari gambar-gambar yang diperolehi ternyata mustahil kesemua tidur mati dengan kata lainnya Azlan Zainal yang sedang hirasah pun tidak menyedari ada orang yang sedang memasuki surau API?Pintu harus dibuka.Takkan jentera PMI yang tidur membuka pintu surau sehingga menjemput punca chikungunya dan denggi menjamu selera?
Jikalau dimasuk dari pintu kiri surau dari gambar-gambar yang penulis perolehi,ternyata ia bukanlah tersorok seperti yang didakwa oleh Haafizuddin.Benar,ia kawasan yang jarang disolati oleh jamaah tetapi ia bukan jauh dan tersorok sehingga tidak disedari oleh orang yang berada di dalam surau.
Jika benar ia tersorok,tentulah ia juga sukar untuk dalang lari setelah melakukan kerja terkutuk ini,kerana proses untuk masuk,membentangkan bendera PAS dengan sempurna,dan meletakkan kepala babi dan proses untuk keluar tentu mengambil masa yang munasabah untuk disedari aktiviti sulit ini.
Bunyi motorsikal,bunyi tapak kaki dan bunyi plastik tentu sudah cukup menggerakkan jentera yang tengah tidur.Dari foto juga,penulis mengandaikan si dalang membuka kasut lagi kerana tiada kesan tapak kasut kelihatan di dalam gambar.Sopan sungguh di peletak kepala babi ini.

Tiada kesan kotoran tapak kasut,menunjukkan si pelaku sempat membuka kasut.Lokasi kepala babi ini sebenarnya tidak tersorok tidak seperti dakwaan Presiden PMI.
Biasanya kalau ada orang hendak mengugut musuhnya di kampung pun,bangkai ayam digantung cepat walaupun tiada orang meronda di sekeliling rumah seperti Azlan Zainal dan kawannya.Tidak pula dilapik dengan kain batik ataupun pelikat.
Jika ia dibuat oleh seorang Muslim,tentulah ia mengambil masa yang lama kerana proses mengeluarkan kepala babi yang terbelah dari plastik tanpa mengotori diri pun mengambil masa.Oleh itu,ada yang berpendapat,mungkin Non-Muslim yang melakukannya!
Tetapi harus diingat,jikalau begitu adakah yang mencuri duit masjid dan selipar itu kerja Non-Muslim semasa solat Jumaat?Kita sendiri tahu jawapannya.Yang berani mencemar dan melakukan kekotoran terhadap rumah Allah ini biasanya orang Islam sendiri apatah lagi jikalau ada "hukum-hakam" yang dibolehkan untuk mencapai tujuan tertentu.
Oleh itu,wujud keraguan munasabah.Penulis berharap pihak Forensik agar cepat menyiasat kes ini untukmendedahkan dalang sebenar kes yang menghina Allah dan rumahnya.
Nota:Ada yang mengatakan mustahil manusia-manusia ini melakukan perkara tersebut kerana baru diserbu oleh polis.Kita harus ingat manusia-manusia ini bukan hanya penghuni-penghuni rumah itu tetapi merata-rata Universiti Malaya.Rumah bertaraf Markaz bukannya satu tetapi banyak.
Harus diingat,manusia-manusia ini mempunyai "standing-army" sekurang-kurangnya 500 mahasiswa.Tidak termasuk tentera rezab dari tahun 1.Maka,menggunakan alasan baru diserbu adalah tidak logik kerana ramai lagi yang mampu bertindak seperti itu.
Posted at 07:39 pm by maharaja_zhou
Permalink
Surau APIUM Diletak Kepala Babi,Taktik Pro-M Yang Sama Setiap Tahun
Maka,disebutkan oleh laman PAS Kampus Cawangan UM,kepala babi ditemui dalam Surau API ditulis dengan "PMI,Pro-M,PAS".Dikatakan kepala khinzir beserta bendera PAS itu diletakkan sebelum pukul 5.00 pagi.
Pengerusi Pro-M yakni Razali Zaidin buat-buat hairan apabila mengatakan mengapa Surau API dan cubaan mengaitkan PMI dan PAS menjadi tumpuan?
Sebenarnya,inilah taktik terdesak PAS Kampus Universiti Malaya. Hairan,bukankah masa sebelum subuh adalah masa bagi jentera Pro-M melakukan rondaan ataupun hirasah dan kubu mereka berjaga adalah Surau API?
Siapakah yang melakukan perkara ini?Seperti yang penulis dedahkan dahulu,terdapat kumpulan sabotaj yang ditubuhkan oleh PMI untuk menjalankan kerja-kerja kotor.Bagi kumpulan ini,apa sahaja halal.Tidak hairan kerana mereka ada Ustaz yang boleh menghalalkan apa sahaja kerana bagi mereka Pilihanraya Kampus adalah Peperangan.Peperangan adalah tipu helah walaupun terpaksa mengorbankan Rumah Allah.
Tahun lepas, Rumah Allah di Kolej Kediaman Kedua dicontengdengan perkataan 'AUM' yang merupakan seruan agama Hindu.Walaupun dinding diconteng,tetapi Al Quran masih terselamat.Jika difikirkan yang melakukannya adalah orang bukan Islam,maka tentulah kitab suci kita juga dijadikan sasaran.Yang hairannya pemegang kunci surau itu adalah orang PMI yang baru dibuang kolej sewaktu berlakuknya insiden itu.Sila baca rencana ini.
Tahun 2007,pejabat PMIUM diconteng dengan perkataan 'FUCK' dan 'PMIUM BABI'.Hairannya, harus diingat,bahawa takkanlah pejabat PMIUM yang aktif dan sentiasa berjaga itu mudah diconteng.
Melihat kepada corak serangan yang berlaku maka pembaca boleh membuat kesimpulan,siapakah yang berani membuat serangan kotor ini.
Penggerak Mahasiswa tidak mampu berbuat perkara ini kerana,API adalah kubu kuat PMI. Penggerak Mahasiswa jijik melihat bendera PAS samalah seperti melihat kepala babisendiri. Penggerak Mahasiswa tidak bergerak melakukan rondaan dan hirasah pada pukul 5.00 pagi.
Jadi siapakah yang melakukan serangan kotor ini?
Baca Pemikir Mahasiswa Online dan anda boleh mengagak siapa dalang tersebut!
Sila sebarkan kepada pengundi-pengundi kisah-kisah ini!
Posted at 08:39 am by maharaja_zhou
Permalink
Polis Serbu Rumah Jamaah!Adakah TAMPAN Akan Terbongkar Jua!
Diberitakan kali ini Aspirasi UKM telah menerima ugutan daripada pihak yang tidak dikenali.Tetapi seperti yang penulis kira,pihak Aspirasi tidak lancang dan biadap terhadap seteru politiknya walaupun dimaki sebagai anjing UMNO dan ugutan keselamatan terhadap diri dan ahli keluarga.
4 orang diugut dengan panggilan telefon manakala yang lain menerima SMS tersebut. Begitulah keadaannya.Cuma di sini penulis ingin memuji pihak Aspirasi dan mereka yang menerima ugutan kerana bersabar dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.
Penulis juga memuji tindakan Ayahanda TNC HEPA UM,Prof.Madya Datuk Azarae Haji Idris kerana bingkas mengambil tindakan.Isu Rasuah bukan perkara mainan.Maka, jikalau nama kita dituduh dan terdapat keraguan munasabah bahawa terdapat "foul play" maka perlulah nama kita dibersihkan.
Diberitakan bahawa surat tersebut menggunakan kepala surat lama,nombor rujukan yang ada bukan dari siri nombor rujukan pejabat HEPA UM dan nama beliau tidak lengkap dengan gelaran yang ada.Perkara ini merupakan perkara asas bagi sesuatu surat rasmi.Selain itu,penulis serahkan kepada pihak Polis untuk menyiasat.
Sekonyong-konyong,diberitakan Rumah Jemaah diserbu polis. Tetapi,seperti biasa,mereka lebih senang bersifat biadap apabila menuduh PDRM sebagai "Double Standard" apabila mengadakan soal siasat tersebut.Pihak Penggerak Mahasiswa boleh melaporkan kebiadapan tersebut kepada polis apabila Pro-M dilaporkan berkata:
"Laporan yang dibuat oleh orang ‘besar’ atau orang atasan terus sahaja dilakukan siasatan.Laporan oleh mahasiswi kita, saudari Ayuni semalam hanya tinggal laporan.Langsung tiada siasatan.Ini polis jenis apa?”
Kata-kata ini jelas digunakan untuk merendah-rendahkan pihak Polis.
Dikatakan dua LapTop turut dirampas.Penulis berharap pihak Polis dengan bantuan Pihak Keselamatan UM dapat membongkar bukan sahaja tuduhan terhadap Ayahanda TNC HEPA UM tetapi juga tamrin-tamrin paksa yang dilakukan oleh PAS Kampus atas nama Tamrin Panjang.
Selagi mana wujud Tamrin Panjang ini,ia adalah violasi kepada hak mahasiswa.Kita berharap rampasan komputer riba ini bakal mendedahkan hubungan PAS dan PMIUM sebelum pilihanraya Kampus menjelang 19 Januari ini.
Posted at 01:04 am by maharaja_zhou
Permalink
Thursday, January 15, 2009
Apabila 3 Calon Proksi PAS UM Tarik Diri
Pilihanraya kampus Universiti Malaya kali ini merupakan pilihanraya kampus yang amat getir bagi kedua-dua pihak.Proksi PAS di UM yang tidak malunya menamakan diri mereka sebagai Pro-Mahasiswa bertungkus lumus memastikan PRK kali ini dimenangi oleh kawar-kawar mereka.
Berita dari Universiti Malaya melaporkan bahawa 3 calon Proksi PAS UM telah mengundurkan diri dari bertanding iaitu di Fakulti Kejuruteraan (seorang) dan Pusat Sukan.Penarikan diri 3 orang calon ini memberi impak kepada moral Proksi PAS.
Agak menghairankan,di portal ataupun laman mereka,tidak langsung menceritakan kekalahan awal ini,menunjukkan bahawa mereka tidak telus, ingin menjaga moral penyokong mereka dari runtuh dan lebih gemarkan propaganda picisan.
Terbaru diberitakan kononnya Jurucakap dan Ketua Jentera,Wan Hasif Wan Muhamat Ali menangis kerana gentarkan tuduhan rasuah terhadap TNC HEPA,Dato' Prof.Madya Muhamad Azarae Haji Idris semasa penamaan calon. Berita yang tiada nilai walaupun dalam Berita Perdana ini menjadi sebahagian artikel dalam laman mereka.
Hairan pula,berita penarikan 3 calon mereka tidak mendapat perhatian.Dengan tiada bukti bergambar,inilah taktik kotor PMI dan aparat mereka yang sudah biasa penulis lihat.Cerita-cerita fitnah ini akan digembar-gemburkan untuk menarik sokongan umum.Padahal semuanya adalah bohong belaka.
Perlu diingatkan kepada Penggerak Mahasiswa, bahawa jentera PMIUM ini terdapat skuad rahsia yang tidak termaktub dengan Jentera PRK mereka sendiri yang terus berada di bawah kawalan MT PMIUM. Skuad Sabotaj ini menjaga keselamatan risalah dan bahan-bahan propaganda.Selain itu, merekalah terlibat dalam taktik-taktik kotor yang menyebabkan Jentera mereka bersemangat kerana sangkaan mereka ia dilakukan oleh pihak lawan.
Mereka boleh bertindak berlawanan dengan hukum syarak,menyebarkan nombor telefon musuh sebagai tukang urut,menyebarkan cerita karut kononnya calon siswi itu terlibat dengan adegan lucah,dan tidak hairan jikalau kereta yang disimbah cat itu dilakukan oleh kumpulan ini. Maka,Penggerak Mahasiswa perlu berhati-hati dengan kumpulan ini yang dahulunya dikenali sebagai Taliban UM di akhir 1990-an dan awal 2000-an.
Penulis menyerahkan laporan Shah Rizul Ayuni Zulkiply kepada pihak Polis untuk siasatan lanjut.Namun, sebagai orang Timur penulis merasakan bahawa tindakan tersebut boleh menjatuhkan kredibiliti proksi PAS di UM kerana pada tanggapan mahasiswa biasa dilakukan dengan tujuan berkonfrontasi dan menjatuhkan imej TNC HEPA yang lebih tua.
Budaya orang Islam dan Timur tidak memalukan orang lama.Dan ia dilakukan pula selari dengan berlangsungnya PRK.Bagi penulis,sepatutnya perkara ini jikalau benar, perlu dilakukan apabila suasana telah tenang dan bukannya ketika tengah hangat seperti sekarang.Senjata baka memakan tuan selepas ini.
Apapun penulis melihat banyak tindakan Proksi PAS dengan nama tidak malunya Pro-Mahasiswa ini bakal menjerat diri mereka sementara menanti 19 Januari nanti.
Posted at 09:00 am by maharaja_zhou
Permalink
Wednesday, January 14, 2009
Jika Pro-Mahasiswa Yang Menang Bertanding
Adat bertanding ada menang dan ada kalah.Tetapi,di dalam pilihanraya,ada juga istilah menang tanpa bertanding.Kadang-kadang teknikal,kadang-kadang juga sebab lawan tidak hadir menyerahkan borang.
Di UKM,salah satu kerusi yang diisytiharkan Aspirasi kalah tidak bertanding disebabkan oleh teknikal di Fakulti Pengajian Islam.Jikalau PAS Kampus UKM kalah di fakulti yang kuat Aspirasinya,mestilah dikatakan sabotaj oleh pentadbir.Tetapi,Aspirasi baik,walaupun benar-benar yang salah itu salah teknikal Aspirasi,tetapi mereka tidak menggunakan isu itu untuk memburukkan pentadbiran Universiti.
Tidak seperti pihak yang satu lagi.Mereka mencemuh dan mengutuk apa sahaja yang Hal Ehwal Pelajar lakukan di Universiti.E-Voting dan sebagainya dianggap sebagai helah HEP.Begitulah akal PAS Kampus atau nama salahnya Pro-Mahasiswa.
PAS Kampus tiada kekuatan tanpa jamaah PASnya.Mereka boleh menuduh apa sahaja kerana mereka hidup dalam kelompok mereka sendiri.Dan mereka merasakan dunia kecil mereka itulah dunia yang sebenar.Mereka sering rasakan merekalah terhebat kerana mengenali seorang dua pimpinan PAS dalam Tamrin dan berjumpa dengan mereka ataupun wakil DPP sebelum Pilihanraya Kampus.
Tahun ini serangan hebat dari PAS Kampus ini bakal meyaksikan tentangan sengit dari Aspirasi/Penggerak Mahasiswa.Angkuh si Razali Zaidin mengatakan bahawa mereka akan kuasai 6 kerusi umum dan 25 kerusi fakulti.
Mereka akan berkumpul dan berarak kononnya dengan slogan untuk berubah.Apa yang hendak diubah pun tidak diketahui.Tetapi,yang tentunya akan berubah adalah akan banyak kenyataan Presiden MPP akan keluar dalam Harakah dan Malaysiakini.Itu sudah pasti.
Tetapi Mahasiswa UM tetap sama.Perlukah perubahan ini untuk kehancuran?
Ataupun perubahan ini untuk menguasai Ekskum dan menguasai untung bagi PMI dan kroni mereka?Adakah perubahan ini memudahkan mereka menjalankan Tamrin Panjang seperti yang pernah disirikan oleh penulis?
Maka,inilah persoalan yang perlu mahasiswa fikirkan!
Posted at 12:56 am by maharaja_zhou
Permalink
Monday, January 12, 2009
PAS Gagal Tangkis Isu 'Erdogan' di KT
Ada yang mengatakan penulis cuba melaga-lagakan pimpinan PAS dengan isu Erdogan PAS dan Muqabalah.Masalahnya,ini bukan soal melaga-lagakan,tetapi memang mereka sudah berlaga.Bangkai gajah masakan boleh ditutup dengan nyiru.
Maka,disebutkan oleh Malaysiakini bahawa PAS sedang cuba menangkis isu geng Erdogan PAS memboikot pilihanraya kecil di Kuala Terengganu.Sekali lagi sumber yang dirujuk adalah sumber Erdogan iaitu Dr Dzulkifli Ahmad ataupun nama popularnya dalam IRC iaitu Abu Iman (Pengarah Penyelidikan PAS Pusat).Tentulah Abu Iman akan menafikan perselisihan Erdogan-Muqabalah.
Namun,perbuatan bercakap lebih terang dan jelas dari kata-kata. Setakat ini diakui oleh Malaysiakini bahawa Husam Musa hanya menjengolkan muka pada hari penamaan calon sahaja tidak seperti ketika di Permatang Pauh. Selain itu, Dr Lo'Lo' Ghazali juga berada di luar negara dengan urusannya sendiri,dengan itu,,tidak dapat hadir bagi berkempen untuk Wahid Endut.
Leluconnya,Dr Syed Azman "gigih" berkempen di belakang rumah Wahid Endut sahaja iaitu di Wakaf Mempelam yakni di Kampung Kuala Bekah.Dilaporkan juga oleh Malaysiakini,kempen Syed Azman tersebut dilakukan secara tidak bersungguh-sungguh.Dikatakan oleh sumber yang sama, Syed Azman masih merajuk walaupun sudah masuk 10 hari selepas pengumuman calon PAS di Stadium Negeri oleh Dato' Seri Abdul Hadi Awang.
Penulis melihat Syed Azman jikalau ikhlas tentulah dia akan berkempen di DUNnya sendiri secara bersungguh-sungguh di Batu Burok.Tidak pun dia akan menjadi nadi kempen PAS di kawasan "kelabu" sebagai tanda akurnya dia terhadap keputusan pimpinan.Tetapi, Syed Azman mengambil pilihan berkempen di tempat selamat iaitu di Wakaf Mempelam yang jikalau uban Mustafa Ali diletakkan sebagai penceramah pun tidak ada masalah.
Oleh itu,tidak hairanlah isi kandungan ceramahnya juga tidak bernas dan seperti melepaskan batuk di tangga.Ia sekadar berkisar kepada kematangan rakyat,rakyat perlukan perubahan dan kemiskinan rakyat Terengganu yang disebut secara umum dan pukul rata. Mana-mana ahli biasa PAS pun boleh menyampaikan ceramah seperti itu.
Oleh itu,kekecewaan Syed Azman terutamanya penyokongnya digambarkan oleh Malaysiakini sebagai amat berat apabila Datuk Mustafa Ali sebagai Pesuruhjaya Tinggi PAS negeri terpaksa memanggil Syed Azman untuk menenangkan penyokongnya.Ada yang sampai menghantar SMS berupa ugutan kepada Dato' Seri Abdul Hadi agar memilih Syed Azman ataupun berhadapan dengan Unit Peti Undi PAS yang ditutup.
Perpecahan yang dinyalakan oleh Erdogan PAS ini adalah genting.Janji Abu Iman kepada PAS adalah kumpulan ini bakal menggempur Kuala Terengganu bermula hari ini.Tetapi,penulis meramalkan jikalau mereka turun pun mungkin boleh diibaratkan sebagai datang tidak menambah,pergi pun tidak mengurang kerana tindakan golongan Muqabalah memancung nama Syed Azman adalah gawat.
Kuala Terengganu benar-benar menggigit PAS dan menyebabkan parti itu tertekan apabila Lim Guan Eng sendiri bertindak biadap menolak hudud di dalam rumah PAS sendiri di Markaz PAS Kuala Ibai di hadapan Presiden PAS.Karpal Singh pula masih berkeras bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat hanya boleh berterusan sekiranya Pas dan PKR tidak meneruskan usaha untuk melaksanakan undang-undang hudud.
Oleh itu, PAS bukan sahaja pening kepala berhadapan dengan Erdogan tetapi juga dengan ragam DAP yang lebih beriltizam dan istiqamah dalam menolak Hudud jika dibandingkan PAS yang semakin berlembut dan lebih mengharapkan redha golongan kuffar berbanding daripada Allah 'Azza Wa Jalla.
Posted at 10:28 am by maharaja_zhou
Permalink
Sunday, January 11, 2009
Rempit Inspirasi Mahasiswa PAS dalam Pilihanraya Kampus
Pilihanraya Kampus di UTM menyaksikan kekalahan pertama Mahasiswa PAS atau nama lawaknya Pro Mahasiswa di sana. Menurut laporan dari Angin Perubahan, 21 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan di UTM telah dimenangi oleh Aspirasi. Daripada 10 kerusi umum yang dipertandingkan,hanya 7 buah kerusi sahaja yang berselera ditandingi oleh mahasiswa PAS.
Menurut sumber yang lebih awal, Aspirasi telah berjaya memenangi 6 buah kerusi tanpa bertanding di 2 buah fakulti di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Alam Bina. Ini menunjukkan walaupun golongan mahasiswa PAS UTM telah melancarkan propaganda mereka lebih awal dengan bantuan laman mahasiswa pembangkang,ternyata mereka ini tidak lebih dari si mati pucuk yang teringin berkahwin baru.
Agen propaganda mereka terus menerus menggempur kampus UTM dan di antaranya adalah di Arked Meranti.Kononnya isu yang mereka akan bawa adalah Akademik, Kebajikan, Kepimpinan dan Perpaduan.
Jikalau mana-mana golongan Evolusi Mahasiswa ingin mematahkan kempen yang cakap tidak serupa bikin itu,tanyakan sahaja mahasiswa PAS ini tentang tarbiyyah mereka yang merosakkan akademik,kebajikan,perpaduan dan akhir sekali kepimpinan mahasiswa yang terbukti dengan kes Wan Norhayati Alias awal dekad ini.Hipokrasi golongan ini harus dibongkar dan didedahkan kepada umum agar tidak seorang pun akan ditipu dan diperdaya mengikuti Tamrin Jelas Fikrah mereka.
Namun,buat masakini kekalahan awal puak-puak Mahasiswa PAS di UTM menggambarkan mahasiswa UTM masih ingat akan kezaliman dan penipuan mahasiswa PAS di kampus tersebut.
Suatu ciri mahasiswa PAS adalah kegemaran mereka merempit.Ini terbukti dengan siri rempit mereka di UTM.50 buah motosikal mat rempit PAS ini kononnya untuk menunjukkan gahnya "perjuangan" mereka.Tetapi,Allah Maha Kaya,apabila mereka dikejutkan awal untuk hilang 6 kerusi berharga tanpa sebarang usaha pun dan Aspirasi mendahului 21-0 berikutnya.
Kemudian,di Kampus Perdana,trend rempit ini diteruskan oleh PAS cawangan Kampus UM ini dengan 33 buah motorsikal,1 buah van dan 5 buah kereta. Rempitan mereka adalah kolej-kolej kediaman di Universiti Malaya.
Imej yang dibawa oleh mahasiswa PAS UM ini adalah jelas tidak intelek dan meniru-niru gejala rempit yang menjadi masalah sosial di luar sana.Kesimpulannya, adakah mereka ini sebahagian dari kaum rempit itu,kerana sesungguhnya mereka yang menyerupai sesuatu kaum itu sebenarnya adalah sebahagian dari kaum tersebut?
Maka,ingatlah mahasiswa semua,jangan kita gadaikan kampus kita dengan menyerahkan kuasa yang ada pada Aspirasi kepada golongan rempit Kampus ini.Jangan biarkan mereka yang pernah menipu masyarakat (dengan penubuhan parti lawak Parti Mahasiswa Negara) ini kembali mengetuk pintu bilik anda di Kolej!
Pastikan mereka tumpas di setiap kerusi yang mereka tandingi!
Posted at 12:48 pm by maharaja_zhou
Permalink
Friday, January 09, 2009
Antara Kopi Janda,Minyak Maharaja dan Harakah
Penulis masih teringat lagi sewaktu penulis di alam kampus.Seseorang ahli jamaah Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dinilai melalui kethiqahannya.Thiqah maknanya percaya.Kepercayaan ini datang tipikalnya pada pandangan ahli jamaah melalui pakaian,cara bercakap dan amal ibadahnya.
Jika seorang siswa itu berpakaian ala ustaz yakni berketayap ataupun berserban,berbaju melayu dan seluar slack,taraf thiqah ataupun kepercayaan pandangan ahli jemaah yang lain adalah tinggi.
Begitu juga siswinya,jika bertudung ala Wardina di zaman di mana penulis masih mahasiswa,tentulah ia siswi jamaah yang paling 'rock' sekali di kalangan siswi Jamaah.Tudung labuh,berjubah dan berstokin adalah pakaian thiqah.
Penulis sebenarnya hendak mengaitkan baju-baju thiqah ini dengan fenomena yang berlaku dalam jamaah hari ini.Zaman Thiqah mungkin sudah berlalu bagi pengamal media Jamaah PAS.Thiqah pembaca kepada media Jamaah ini mungkin sudah berganti dengan wang ringgit dan habuan duniawi.
Iklan Kopi Janda dengan kempen berbaur seksnya dengan wanita separuh usia yang bertabarruj menghiasi setiap rencana yang ada dalam Harakahdaily.
Jemput minum Kopi Janda bang
Bukan nak menggoda
Cuma nak berniaga
Begitulah kata-kata yang menyakitkan mata setiap kali penulis masuk ke Harakahdaily.Ditambah pula dengan sisi kanannya,Minyak Maharaja dengan ungkapan,"lambang Lelaki Sejati".Tidak mustahil pasti ramai muslimah yang berbulu melihat iklan tersebut.
Mungkin di zaman ini,kethiqahan tidak lagi dipentingkan.Duit lebih diutamakan,mungkin kononnya atas perjuangan yang lebih besar.Ini menjadikan Harakah seperti media picisan jika dibandingkan dengan Malaysiakini yang lebih profesional yang tidak menggadaikan kethiqahan media tersebut untuk wang ringgit yang murah.
Apa yang berlaku kepada Harakahdaily,sebenarnya tidak dihairankan.Ini menggambarkan sebenarnya mentaliti pimpinan PAS apabila isu Hudud boleh dinanti sehingga 30 tahun lagi,isu babi dan juga isu pemberian hak milik kekal kepada Kampung Baru.
Jika Harakahdaily boleh dijual kepada Kopi Janda dan Minyak Maharaja,apakah yang boleh diharapkan oleh orang Melayu dan Rakyat Malaysia terhadap hak mereka jika PAS memerintah kelak?
Posted at 12:21 pm by maharaja_zhou
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|