BLOG POLITIK MAHASISWA ANTI-PAS!

Selamat Datang Untuk Mendalami Pemikiran Maharaja Zhou!

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KAMPUS UM 2009

"Kemenangan PAS dalam pilihanraya ke 12 yang lalu bukanlah berpunca dari kejayaan PAS menyeru Rakyat Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, tetapi hanyalah kerana kenaikan harga barang dan harga minyak. Maka, nilai kemenangan PAS di sisi Harakah Islamiyyah tidaklah lebih dari apa yang masuk ke dalam perut dan keluar daripada perut."-Maharaja Zhou-







maharaja_zhou
August 8th
Male
Malaysia
Assalamualaikum wbt


Blog ini merupakan koleksi kepada tulisan-tulisan Maharaja Zhou yang pernah disiarkan di dalam Laman Idealis Mahasiswa.

Maharaja Zhou telah berkecimpung dengan laman Idealis-Mahasiswa sejak dari tahun 2002. Namun begitu, beliau mula mendominasi laman tersebut bersama penulis-penulis yang lain seperti Awang Sulung, Harimau Hitam, Samlin, Syed Reedza sebagai penulis tegar sejak pertengahan tahun 2004 sehinggalah kini di laman tersebut.

Nama Maharaja Zhou sebenarnya merupakan nama antagonis di dalam siri Alam Perwira yang pertama. Namun, beliau sememangnya wujud sebagai manusia bukannya semata-mata watak rekaan Tony Wong. Menjadi pemerintah terakhir dinasti Shang, beliau diingati oleh sejarawan China sebagai seorang maharaja yang zalim.

Tetapi, harus diingat bahawa sejarah ditulis oleh mereka yang menang. Maka, tidak mustahil sebenarnya nama Maharaja Zhou dicemari oleh dinasti yang berikutnya untuk menggambarkan kekejian baginda dan jasa baik baginda telah dikaburkan dan dipadam dari kitab-kitab sejarah.


Berdasarkan hakikat tersebut, perkara yang sama telah berlaku kepada penyokong-penyokong kerajaan apabila mereka tewas di tangan mahasiswa PAS sejak tahun 1996. Mereka telah diberikan reputasi yang buruk oleh penyokong-penyokong pembangkang khususnya oleh penyokong PAS yang berselindung di sebalik Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di kampus-kampus.

Oleh itu,kehadiran Maharaja Zhou diharapkan dapat memberikan impak baru kepada politik kampus dan seterusnya membersihkan nama penyokong-penyokong kerajaan di IPTA. Kiranya ini tidak dilakukan, nama penyokong kerajaan di dalam lipatan sejarah akan tercemar, samalah seperti mana tercemarnya nama Maharaja Zhou, Maharaja Dinasti Shang yang terakhir!



Hijri Date for Your Blog

<< November 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30


PEMIKIRAN MAHARAJA ZHOU


Blog ini didedikasikan kepada semua pengunjung-pengunjung Idealis-Mahasiswa terutamanya peminat-peminat tulisan-tulisan Maharaja Zhou. Artikel-artikel yang dimuatkan merupakan koleksi tulisan Maharaja Zhou sejak awal kemunculannya di IM.

Amaran! Pemikiran Maharaja Zhou Tidak Sesuai Untuk Dibaca Oleh:

(1) Ahli Jamaah Yang Mengandung

(2) Ahli Jamaah Yang Mengalami Masalah Jantung

(3) Ahli Jamaah Yang Sakit Mental Setelah Pulang dari Tamrin Panjang ataupun Tamrin Jelas Fikrah

(4) Ahli Jamaah Yang Mengalami Sakit Kelamin Setelah Proses Baitul Muslim

(5) Mahasiswa ataupun Individu Yang Khayal dengan Candu ataupun Dadah berjenama PAS

Link Blog Sahabat

Bahaya Syirik!

Angin Perubahan

BLOGGER PEMBELA NEGARA ( BPN )

Panglima Perang Cyber

Odieneology

Belantan

Keris Pusaka Melayu

Idealis Mahasiswa

Cerita Kampus

Pemikir Mahasiswa Online

Dr Novandri

Anwar Ibrahim Dot Com

Gerakan Anti PKR

Pilihan Anda

Perak Bangkit

Peace Of Mind

Gegernya

Aspirasi USM

Shamsuddin Moner

Tok Limbong

Selamat Membaca dan Menghayati Pemikiran Maharaja Zhou!

unique visitors counter

Add to Technorati Favorites


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, November 04, 2008
Betulkah JIK/PMI Hendak Boikot Pilihan Raya Kampus Akan Datang ?

Menelusuri pemikiran dan strategi aparat-aparat PAS di kampus-kampus sebenarnya bukan suatu perkara yang sukar. Jikalau seseorang itu telah bergelumang dengan politik kampus untuk 3 tahun berturut-turut, pola dan rentak tari pemain-pemain JIK/PMI boleh diduga dengan pantas sekali.

Setiap gerakan mahasiswa ataupun jamaah sebenarnya seperti seni mempertahankan diri. Dalam cerita silat ataupun kungfu,jikalau lawan memahami dan dapat menduga gerakan lawan,maka ia adalah penghujung nyawa bagi yang dilawan.Maka, bagi sesiapa yang ingin menguasai rentak tari politik kampus apatah lagi yang didasari atas dasar ideologi dan/ataupun jamaah,pembacaan bunga dan seni tari lawan amatlah penting dalam memenangi pertarungan di alam tersebut.

JIK/PMI mempunyai rentak dan bunganya yang tersendiri. Jurusnya paling tinggi adalah hikmat pengikis sarafnya dalam politik kampus. Tetapi, roh yang digunakan untuk menguatkan segala pukulan dan mengasbabkan kekebalannya adalah pemujaannya terhadap PAS dan pimpinannya. Dan untuk mendapatkan bantuan berterusan ini,mahasiswa dikorbankan melalui upacara bai'ah. Syahdan mahasiswa terus dijadikan tenaga kerahan semasa pilihanraya kecil mahupun umum untuk santapan roh agung tersebut.

Maka,diserulah segala hamba jamaah PMI/JIK seantero kampus untuk memboikot pilihanraya kampus. Tentulah ironi sekali. Adakah ini lawak sitcom terbaru waris-waris Raja Lawak Parti Mahasiswa Negara (PMN) [yang mana hilang langsung selepas pilihanraya umum yang lepas?]. Sanggupkah mahasiswa yang berbai'ah dengan PAS ini memboikot pilihanraya kampus?

Penulis tidak yakin mereka berani memboikot pilihanraya kampus dan penulis mencabar mereka untuk melakukannya.Oleh itu, penulis mengingatkan kepada mereka agar jangan berkata sesuatu perkara yang mereka tidak (akan?) lakukan.Dan  ini termasuklah memboikot pilihanraya kampus.

Aparat-aparat PAS ini membuat seribu satu alasan untuk memboikot pilihanraya kampus tetapi itu hanyalah sekadar omongan sahaja. Ini adalah untuk memastikan bahawa pihak lawan tidak bersedia, padahal mereka sejak dari Minggu Haluansiswa lagi sudah mula berkempen dan menyiapkan Operasi Gerak Gempur mereka untuk propaganda mereka.

Matlamat mereka dalam menggembar-gemburkan pemboikotan itu(yang tidak akan mereka lakukan) untuk menarik perhatian mahasiswa supaya bersimpati dengan mereka. Mereka cuba menanamkan perasaan benci kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan juga pihak Universiti supaya sokongan mahasiswa beralih kepada mereka.

JIK/PMI mahu agar mahasiswa yang terpengaruh,akan turun mengundi dengan marah serta akan mengundi calon-calon mereka yang termakan dengan taktik dan tipu-muslihat mereka. Mereka menjangka mahasiswa akan marah dengan hasutan bahawa mahasiswa sedang ditindas dan penindasan itu adalah dirancang secara teliti oleh pihak KPT.

Hairan sekali,KPT yang mempunyai banyak perkara untuk difikirkan seperti perancangan belanjawan Universiti-universiti, perlantikan pensyarah-pensyarah berwibawa, peruntukan geran-geran penyelidikan bertaraf dunia,peningkatan penarafan IPT tempatan serta pengkomersialan produk-produk boleh mempunyai masa untuk merancang menindas mahasiswa.Mahasiswa pembangkang tentu suka berkhayal ataupun takut dengan bayang-bayang yang tidak wujud. Tidak hairanlah jika Mastika terus diminati ramai termasuklah mahasiswa pembangkang.

Mahasiswa PAS menjangka keputusan pilihanraya umum bakal mempengaruhi pilihanraya kampus.Mereka hendak membuat  taktik"reverse psychology"kepada mahasiswa. Ini samalah taktik yang digunakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang, Lim Guan Eng (yang sering dikaitkan oleh mahasiswa PAS dengan Umar Abd Aziz,jikalau beliau mengetahui perkara ini,tentulah beliau sendiri akan menangis).

Lim pernah mengingatkan pengundi PRU yang lepas supaya kalau hendak mengundi BN pun,janganlah bagi BN menyapu semua kerusi. Natijahnya, Pulau Pinang berketua menterikan DAP dan PAS dengan tidak malunya meminta sedekah (yang ditolak buta-buta) sebagai Menteri Nikah Kahwin negeri.

Semua taktik ini adalah biasa bagi JIK/PMI. Meraih simpati adalah norma bagi PMI/JIK. Maka, penulis mencabar PMI/JIK agar benar-benar memboikot pilihanraya kampus akan datang di kampus-kampus yang belum diadakan lagi.Kita akan melihat samada mereka akan tergolong menjadi puak-puak yang bercakap apa yang mereka buat ataupun sebaliknya.

Rujukan:Boikot pilihan raya kampus akan datang, Ahmad Albab At Tabani,Harakahdaily, 4 November 2008


Posted at 08:36 pm by maharaja_zhou
Make a comment  

Thursday, October 30, 2008
Pasca TAMPAN:Pembahagian Islah dan Bina',Diskriminasi Siswi AI Ke Atas Bukan AI?

Dan berkatalah (sebahagian) golongan sufaha' tersebut, biarkan sahaja perkaderan JIK/PMI diteruskan kerana ia laksana telur ayam oleh sang ibu ayam. Jangan kerana sebiji telur yang busuk,maka dihukumkan semua ayam dan seluruh telur-telurnya berbahaya untuk dimakan. Maka disambung oleh (sebahagian) golongan sufaha', kenapa harus dikisahkan TAMPAN itu, kenapa tiada susah penulis menukilkan hukum-hakam ke atas gegar U, sureheboh dan seumpama dengannya. Lantas, dikatakan oleh sang manusia yang safih itu eloklah dibiarkan sahaja mahasiswa-mahasiswi PMI/JIK berpalitan najis dan mencapai klimaks secara luar tabi'i itu di alam mahasiswa dengan bantuan TAMPAN tersebut.

Tiadalah yang paling dirisaukan oleh para ulama' salafussoleh kepada umat melainkan apabila perkara bid'ah dan dosa dianggap sebagai sunnah dan ajaran ugama. Hukum konsert serta percampuran lelaki wanita ajnabi (lebih syadid lagi kalau dikupas di Kedai Sajian Bonda PMIUM) adalah jelas haram, dan mereka yang terlibat tahu ianya haram dan tidak disukai oleh agama. Tetapi, jikalau perkara yang haram tetapi disalut dengan nama ugama dan perhiasan-perhiasan untuk menampakkan bahawa ianya sunnah, maka sekali  terpalit, susahlah orang yang melakukannya untuk mengatakan ianya dosa. Contohnya, sukar sungguh untuk bekas lulusan Timur Tengah 70-an membanteras mandi safar yang bid'ah kerana dianggap amalan itu sebagai suruhan agama.

Ada yang mengatakan biarkan sahaja perkaderan PAS ini, kerana hasilannya yang "mantap". Maka, jikalau diistinbatkan analogi itu,biarkan sahaja orang-orang pedalaman itu masuk Kristian, kerana kalau masuk Kristian, maka bertamadunlah orang-orang pedalaman itu. Adalah mereka memakai baju, pandai menulis dan tiadalah mereka di hutan belantara lagi. Ia adalah telur yang baik, hemat golongan sufaha' ini. Ataupun, biarkan sahaja ada umat Melayu yang berasulkan Kahar kerana apa salahnya, jikalau pengikut Rasul Melayu itu lagi kuat sembahyang malamnya, berpuasa Nabi Daud, tiada tinggal subuh berjemaah, apatah lagi tiadalah ia berkata perkataan-perkataan yang lagha.

Maka, tidak apa, asalkan telurnya itu molek, sedap putih dan kuningnya. Itulah kepercayaan golongan sufaha' dalam hal memahami hukum-hakam gerakan Islam dalam konteks kepimpinan dalam Khilafah Islamiyyah yang didasari oleh Hadith-hadith Sahih dalam bab Pentadbiran dan Kerajaan.Bagi mereka, perbincangan hukum-hakam bid'ah atau sunnah perkaderan PMI ini hanyalah makam tinggi untuk golongan atas kayangan semata-mata, maka biarlah mahasiswa yang bodoh lagi jahil ini bermain-main dan berklimaks-klimaks dalam gerakan yang menidakkan nilai agama dan kemanusiaan.

Untuk memahami dan menelusuri pemikiran  golongan sufaha' ini tidak susah.Mereka meletakkan jikalau golongan AU (ahli jamaah PMI dipanggil ahli unit) masih beriltizam dengan PAS, maka dia adalah "telur yang bagus".Jikalau, mereka tidak beriltizam dengan PAS maka mereka adalah telur yang busuk. Iltizam dengan jamaah adalah sama dengan ketaatan mereka kepada Allah mengikut formula mudah golongan yang safih ini. Jikalau mereka tidak ke masjid tetapi rajin berusrah (sudah tentunya PAS bukan ABIM-Perlis ataupun Jamaah Islah Malaysia), mereka ini hanya jatuh telur gred B sahaja, tapi jikalau mereka ini keluar dari jamaah tetapi hatinya teguh dengan rumah Allah (walaupun Nabi menjamin keimanannya pun),maka ia adalah telur tembelang yang busuk lagi menjijikkan.

Begitulah mudah mereka ini menjatuhkan hukum bukan berdasarkan neraca Al Quran dan sunnah tetapi berdasarkan "apa orang kata" dan rasa hati semata-mata. Apakah boleh dikatakan seseorang itu pejuang mahasiswa ataupun pejuang "di alam realiti" kalau sekali disergah di alam maya, terus bergegar iman dan jiwa raga? Jikalau hendak menjadi popular dan disanjung, maka teruskanlah mengintimakkan diri dengan golongan Yahudi kampus tersebut.

Allah Taala di dalam Al Quran ada menyebutkan bahawa orang yang takut kepada mereka itu adalah ulama'. Namun, pra syarat untuk menjadi ulama' ini bukan berdasarkan shahadah ataupun kelulusan mereka tetapi adalah taqwa. Tetapi, golongan PMI/JIK ini seperti rabbi Yahudi menganggap mereka ada kuasa untuk menjadi lebih tinggi dari orang lain. Siswi Akademi Islam ini tidak mahu bersama siswi bukan Akademi Islam selepas berbai'ah lalu mewujudkan Unit Bina'. Yang bukan AI, dicampakkan di Unit  Islah. Seolah-olah, mulianya mereka dibandingkan dengan bukan AI.

Jikalau begitulah penggredan telur-telur sesama PMI ini, maka apakah pula gred "telur bukan PMI"? Kewujudan kasta yang dibuat PMI ini menjadikan orang bukan dari Akademi Pengajian Islam ini sebagai pariah. Adakah ini yang diajar oleh Rasulullah? Maka, berlumba-lumbalah siswa dari kalangan AU ini mengejar siswi Bina' ini , kononnya merekalah wanita solehah yang ditunjukkan oleh agama. Padahal, ia bukanlah kriteria yang dikehendaki  agama, belajar agama tidak sama dengan mempunyai agama. Ayah  Pin juga mempunyai isteri  lulusan agama tetapi ia sudah hilang agamanya.

Syahdan, pendedahan ini tidak disukai oleh golongan PMI/JIK ini walaupun ia adalah kebenaran. Malahan, mereka amat membenci golongan yang menentang mereka ini seperti mana Yahudi yang hanya inginkan Nabi tersebut dari golongan mereka sahaja. Golongan sufaha' ini tidak pula mempertikaikan mereka yang menjual kisah mahasiswa untuk kepentingan dan habuan mata dunia yang sedikit seperti Ali Bukhari Amir dan Zainulfaqar Yaacob walaupun mereka ini bukan lagi berbaju mahasiswa lagi. Sufaha' tersebut juga tidak pernah peduli campurtangan Nasir Zakaria, Anwar Ridwan Zakaria, PM Dr Ishak Sulaiman, Prof. Dr. Zulkifli Yusof malahan Muhammad Hussein sendiri dalam dunia mahasiswa yang kononnya sepatutnya dibiarkan kepada mahasiswa untuk mahasiswa seperti yang digembar-gemburkan.

Namun, mereka bertepuk tangan gembira apabila syaitan-syaitan jantan dan betina ini menghasut dan menghembuskan dakyah kesesatan dan mungkar hatta ke salur darah pembuluh mahasiswa. Tetapi, mereka cukup marah apabila orang lain bersama dengan Aspirasi walaupun sekadar tidak ubah seperti para malaikat mendoakan para mujahidin. Maka, adakah patut kita membiarkan sahaja terus perkaderan PMI/JIK ini berlaku? Masakan gagak boleh menghasilkan telur ayam, walaupun rupanya enak dan lazat? Begitulah keadaan perkaderan PMI/JIK ini. Bagaimana elok pun orang berkata sistem perkaderan itu, tetapi jikalau ia dihasilkan dari permulaan yang busuk yakni  menipu di atas nama Nabi dan machivallisme,maka sampai bila-bila pun tidak akan dapat menghasilkan output yang baik.

Namun, jikalau mereka sudah menyumbat hati dan pendengaran mereka maka seribu kali diberitahu pun mereka tidak akan peduli. Golongan sufaha' ini tidak ubah seperti pekak, bisu dan buta serta  telinga mereka ditutup dari seruan penulis dengan jari-jari mereka kerana takutkan kebenaran yang terbentang di hadapan mata mereka.



Posted at 01:37 pm by maharaja_zhou
Comments (14)  

Wednesday, October 29, 2008
DEB dan Mahasiswa Islam

Politik sekular tidak dapat lari daripada material ataupun lebih diwarwarkan oleh PAS sebagai fikrah madiyyah(faham kebendaan). Namun, perkara inilah yang ditumpukan oleh Barat kerana mereka berpendapat bahawa kebahagian di dunia ini boleh ditentukan dengan pembahagian kekayaan yang memuas hatikan semua orang. Tanpa material yang mencukupi, rakyat akan marah dan negara tidak menjadi aman. Terbentuknya rakyat yang aman dan bersatu padu akibat dari cukupnya material boleh memastikan negara bangsa mereka menjadi kuat.

Perkara tersebut bermula dalam abad ke-18 dan diimplementasikan sepanjang abad ke-19 sehinggalah proses kematangannya pada abad yang lepas yang seterusnya menyaksikan kehancuran blok komunis. Namun, di dunia Islam ketika itu,politiknya masih berkisar kepada keturunan siapa  ataupun puak mana yang sepatutnya menjadi khalifah. Walaupun Islam itu lengkap, tetapi umatnya alpa dalam menyelesaikan masalah-masalah dalam fiqhul waqi', menjadikan perkara-perkara ta'zir diambil mudah. Sedangkan Barat semakin maju dalam sains, pembahagian kekayaan, penyusunan undang-undang ta'zir dan persenjataan meninggalkan negara-negara Islam.

Sehubungan dengan itu, DEB sebenarnya adalah salah satu cara untuk menangani masalah pembahagian harta kekayaan tersebut. Sebelum ini, kekayaan negara termasuklah peluang kerja samada di sektor awam apatah lagi sektor swasta dipegang oleh orang yang bukan bumiputera. Natijahnya, keadaan yang menelurkan DEB adalah sama dengan revolusi-revolusi materialisme yang lain, mereka yang berasa tertindas merusuh dan terjadinya pertelingkahan antara kelas ataupun kasta yang rendah dengan yang lebih tinggi. Oleh itu, DEB digubal untuk memastikan semua pihak memperolehi harta secara adil, walaupun nampaknya tidak saksama.

Sasaran kerajaan semasa itu sehinggalah sekarang untuk melihat ekuiti kekayaan tersebut sebanyak 30% menjadi milik bumiputera. Ia sebenarnya tidak saksama kerana bumiputera keseluruhannya meliputi 60%, manakala 50.4% adalahdari kalangan umat Melayu sendiri. Tetapi, adalah mustahil untuk mencapai matlamat 60% tersebut kerana kebanyakan kekayaan ini adalah milik bukan bumiputera dan milikan asing. Maka, kekayaan asing ini diambil tetapi milikan bukan bumiputera dikekalkan supaya sasaran 30% ini dicapai.

Untuk membolehkan mobilisasi sosial berlaku di kalangan kaum bumiputera, sektor awam memulakan langkah merekrut tenaga kerja dari kalangan bumiputera. Dahulu, kaum bumiputera mungkin tertumpu kepada pekerjaan seperti polis dan tentera tetapi perekrutan ini melibatkan juga post berjawatan tinggi (termasuklah guru) di pejabat-pejabat yang dahulunya juga dikuasai oleh bukan Melayu.

Pendidikan diberi keutamaan, lebih banyak sekolah terutamanya sekolah berasrama penuh dibuka untuk memastikan jawatan-jawatan yang memerlukan pendidikan tertiari ini dipenuhi bumiputera. Biasiswa diberikan kepada anak-anak bumiputra untuk melanjutkan ke luar  negara  kerana  hanya satu sahaja  Universiti yang ada iaitu Universiti  Malaya di samping diskriminasi  yang dihadapi  oleh siswa-siswi  Melayu ketika itu di Universiti Perdana tersebut.

Maka, dalam masa yang singkat, mobilisasi  sosial telah berlaku dan telah wujud golongan kelas pertengahan yang lebih ramai di kalangan bumiputera. Dengan itu, pembahagian harta kekayaan di kalangan rakyat Malaysia telah berlaku dengan cara yang adil. Walaupun ada suara yang menggunakan slogan meritokrasi diketengahkan tetapi falsafah pembahagian kekayaan yang menjadi agenda kestabilan politik dan dunia Barat terus diutamakan dan suara-suara negatif itu dinafikan.

Tanpa DEB, falsafah pembahagian kekayaan tersebut akan pincang. Walaupun sekarang, ada diperkatakan yang kaya semakin kaya,dan yang miskin semakin miskin, tetapi pembahagian kekayaan tersebut masih lagi berjalan di mana peluang untuk memobilisasikan diri masih terbuka luas dalam bidang perniagaan dan pendidikan. Pelupusan DEB secara total, memungkinkan akan wujud ketidakseimbangan sosial yang lebih meluas dan ketara.

Meritokrasi menuntut bahawa sesiapa yang lemah akan ketinggalan. Di Universiti misalnya, kursus yang menerima banyak permohonan akan dikekalkan manakala yang gagal mendapat pelajar akan dimansuhkan. Buat masa sekarang, kita tidak dapat nafikan bahawa kursus-kursus agama dan kemanusiaan masih lagi popular kerana jurusan tersebut mendapat permohonan yang tinggi. Ditambah pula majoriti pemohonnya adalah bumiputera dan jumlah yang besar pula dari kalangan luar bandar.

Namun, jikalau meritokrasi menjadi asas, ini akan menyaksikan kemerosotan yang signifikan dalam permohonan kursus-kursus ini. Kehidupan berkadar langsung dengan pekerjaan dan ini merupakan salah satu dari kiraan cara hidup dan falsafah materialisme. Untuk mewujudkan guna tenaga yang efisien, sektor awam dan sektor swasta perlu mengurangkan kos dan meningkatkan guna tenaga yang ada. Meritokrasi mungkin memaksa jabatan ugama untuk tidak lagi mengambil pegawai dari kalangan lulusan agama, tetapi lulusan pentadbiran dan akaun untuk memastikan perkara ini berjalan.

Lulusan agama sudah cukup barangkali seorang di Pusat samada di ibu negeri ataupun di ibu negara untuk menjaga hukum-hakam manakala yang lainnya dipegang oleh graduan lulusan yang lain. Malahan, untuk memastikan keefisienan ini, orang bukan Islam akan turut diberi jawatan kerana lebih layak daripada yang berugama Islam berdasarkan CGPA ataupun kriteria-keriteria lain sesuai dengan tuntutan meritokrasi. Ini adalah natijah daripada pembahagian kek kekayaan berdasarkan meritokrasi dan bukannya falsafah pembahagian kekayaan secara adil.

Dengan itu, semakin kurang peluang pekerjaan kepada lulusan agama dan ini menyumbang kepada penutupan kursus-kursus berdasarkan agama di Universiti-universiti tempatan. Mereka yang masih dengan cara lama (tidak mengikut putaran meritokrasi) yakni melanjutkan pelajaran agama ke Mesir dan negara Timur Tengah yang lain akan ketinggalan. Mereka terpaksa bersaing di pasaran kerja sebagai buruh tidak mahir ataupun peniaga kecil-kecilan yang tidak bergantung kepada kelulusan kerana tiada bantuan dari pihak kerajaan lagi selepas terhapusnya falsafah pembahagian kekayaan yang adil ini.

Manakala, peluang pekerjaan yang ada di sekolah pondok dan sebagainya mungkin masih lagi boleh menampung sebahagian dari mereka ini tetapi ia tentulah berdasarkan juga kepada yuran dan gajinya tentulah lebih kecil daripada sekolah bantuan kerajaan ataupun sekolah antarabangsa kendalian swasta. Ini secara langsung menyebabkan perasaan tidak puas hati lebih menebal di kalangan bumi putera.

Jika putaran ini diteruskan, maka kita boleh melihat kejatuhan yang besar dalam bilangan mahasiswa Islam terutamanya di Universiti yang sudah ternama seperti Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Malahan, jabatan-jabatan ugama di universiti tersebut mungkin dikecilkan dan lambat-laun diserapkan di bawah fakulti sastera. Tiada lagi ambilan untuk jawatan pensyarah untuk bidang agama melainkan barangkali untuk tujuan "memahami terrorisme " ataupun perkaitan Islam dengan penganut agama lain melalui geran tajaan Amerika dan kuncu-kuncunya.

Dengan itu, mahasiswa Islam perlu memahami falsafah DEB dan kesan-kesan DEB jika ia dimansuhkan. Laungan politik semata-mata tanpa memahami kesannya akan menyebabkan kita seumpama si penternak yang membunuh angsa emasnya kerana menyangka di dalam angsa tersebut tentunya banyak emas yang menanti.

Kedudukan sesetengah mahasiswa pada tempat mereka pada hari ini bukanlah kerana mereka benar-benar layak untuk berada di situ. Namun, sebenarnya kerana berdasarkan "layaknya" mereka untuk menerima pembahagian kekayaan secara adil tetapi tidak saksama ini.


Posted at 12:11 pm by maharaja_zhou
Comments (2)  

Sunday, October 26, 2008
Apabila Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional Tidak Tahu Membezakan UNIMAS Dgn UMS

Diberitakan bahawa terdapat satu laman mahasiswa pembangkang yang mengaku kononnya mereka bebas. Lalu diajaklah sekelian mahasiswa untuk menghantar tulisan mereka kepada laman tersebut. Tetapi, pada hemat mereka,mahasiswa semuanya bodoh.Mahasiswa semuanya sedar bahawa pendedahan tentang cara aparatus PAS mengkaderkan mahasiswa untuk menyokong mereka dengan penyiaran tulisan penulis di dalam laman mereka merupakan faktor utama berlakunya penyingkiran besar-besaran artikel lama di laman tersebut.

Tiba-tiba sahaja mahasiswa pembangkang melakukan rombakan besar-besaran terhadap portal itu sehinggakan ada di kalangan mereka yang tidak senang dengan antaramuka barunya. Sebelum-sebelum ini, hanya "shoutbox" yang asyik bertukar-tukar tetapi kali ini, lebih banyak yang ditukar dan dibuang.

Mereka di laman itu menjerit-jerit kononnya mahukan demokrasi. Tetapi, sebenarnya mereka hanya mahukan demokrasi terpimpin sahaja. Tiada unsur hasutan,fitnah ataupun mala fide di dalam artikel ataupun "shoutbox" yang boleh menyebabkan pengendalinya ditahan Akta Hasutan, ISA malahan AUKU.

Namun, disebabkan ia memberi gambaran sebenar terhadap wajah sebenar JIK/PMI, ia dibuang dan dibersihkan. Mereka tidak berani menyiarkan penamat kepada kisah TAMPAN (Tamrin Panjang: Wujudkah PMI Tanpa TAMPAN?) kerana ia adalah jurus terakhir yang bakal menggoncangkan kepercayaan dan kethiqahan mereka yang telah berbai'ah bathil kepada JIK/PMI. Ini adalah kerana kepala-kepala najis mula memetik punat memarahi aparat-aparat PAS di alam maya. Ini bagaikan nasib si batu dalam kisah Ahmad Albab,akhirnya dibuang ke dalam penjara oleh tuan Sarjana.Begitulah nasib pengendali laman tersebut kerana menyiarkan pendedahan berkenaan Tamrin Panjang.

Dengan itu,keluarlah artikel-artikel yang kadang-kala tidak berkualiti. Adakalanya semata-mata melepaskan batuk di tangga. Sehinggakan ada artikel yang ditulis menunjukkan kedangkalan orang yang menulisnya. Tetapi, inilah nasib bagi orang-orang yang asabiyyah yakni menyokong antara satu sama lain atas dasar kezaliman dan kepuakan yang sempit.

Artikel tersebut disiarkan semalam,kononnya seorang pelajar Universiti yang diangkat oleh aparat-aparat PAS sebagai kepala lutut yang mendakwa kemenangan PAS Kampus di dua buah Universiti, adalah amaran kepada Aspirasi. Namun,yang menyerlahkan "kebijaksanaan" kepala tersebut adalah kemampuannya membezakan antara Unimas dan UMS. Harus diingat oleh sang kepala dan kawar-kawarnya bahawa Unimas adalah Universiti Malaysia Sarawak manakala UMS adalah Universiti Malaysia Sabah.

Dikatakan di UMS, pihak anti Kerajaan telah menafikan 3 buah kerusi di sana,walhal kejadian itu hakikatnya berlaku di Unimas. Kepala mahasiswa pembangkang itu seolah-olah tidak yakin apabila hanya merujuk Universiti tersebut sebagai berada di Borneo sahaja, menunjukkan ketidakcaknaannya dalam menghadam maklumat. Jikalau beginilah kualiti kepalanya,apa lagi yang boleh diharapkan dari juak-juaknya.

Aparat-aparat PAS sering memandang rendah terhadap musuh-musuh mereka.Mereka menganggap hanya mereka sahaja ahli dalam politik kampus umumnya dan politik gerakan mahasiswa Islam khususnya. Tetapi, sebenarnya mereka tidak lebih dari berbangga diri dengan angan-angan kosong mereka.

Oleh itu,sempena 25 tahun PAS masuk ke dalam kampus,sudah tiba masanya untuk mahasiswa muziumkan sahaja PAS dan penyokong-penyokongnya buat selama-lamanya.


Posted at 08:15 pm by maharaja_zhou
Comments (6)  

Friday, October 24, 2008
Aparat PAS Kalah Di UPSI Kerana Overkill Harakah?

Diberitakan PAS Kampus amat kuat menggempur Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Pilihanraya kali ini memperlihatkan UPSI diberikan tumpuan yang sangat dalam oleh Harakah. Tidak pernah dalam sejarah PAS dalam dan luar giat sebegini rupa ke atas Universiti Perguruan ini.

Puncanya,amat mudah sekali.Aparat PAS di UPSI yakin bahawa gelombang yang menumbangkan kerajaan Melayu-UMNO di Perak akan berulang juga di universiti tersebut. Malang sekali,mereka gagal membaca percaturan di bumi Maharaja Lela itu. Yang banyak tumbang sebenarnya adalah apabila orang bukan Melayu memberikan undi kepada Pakatan Rakyat terutamanya DAP di kerusi bukan Melayu.

Kerusi Melayu masih banyak dipegang oleh UMNO. Itulah sebabnya Mufti Perak,Dato' Harussani lebih suka PAS bergabung dengan UMNO untuk mendaulatkan Islam. Tetapi,PAS lebih mendahulukan kepala lutut daripada iman. Oleh itu, terjadilah MB kepala lututnya PAS tetapi badannya DAP.

Hendaklah diingatkan bahawa UPSI majoritinya umat Islam yang bangsanya Melayu. PAS Kampus UPSI tidak membaca ini sejak dari mula. Tidak hairanlah bahawa PAS Kampus gagal menawan kampus UPSI. Kerana bakal guru-guru ini melihat dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana maruah agama dan agama terhakis akibat hasad dengki yang kononnya didasarkan oleh perjuangan Islam.

PAS Kampus sejak dari awal lagi menggunakan petanda bahawa mereka tidak lebih dari alat PAS. Mereka menggunakan nama Kebajikan, kononnya parti mereka sahaja yang mengutamakan kebajikan dan orang lain tidak. Tetapi,sebenarnya kebajikan yang mereka jaga adalah kebajikan kroni mereka sahaja.

Tetapi,itulah yang tidak difahami oleh mereka yang tertipu dengan dakyah parti pembangkang. Nama Kebajikan diambil sempena Refah Partisi ataupun Parti Refah pimpinan Nechmettin Erbakan. PAS selalu berasa Refah itu adalah PAS di Turki sewaktu parti tersebut berjaya untuk berkuasapada tahun 1996.

Maka,Kebajikan memenangi 8 kerusi berbanding 17 oleh parti Kualiti. PAS Kampus kecewa kerana mereka mahu menang semua. Mereka mahu menanam hidup-hidup Aspirasi di bumi UPSI tetapi mereka gagal. Malah,mereka kecewa kononnya ada calon popular mereka tewas.Apakah mereka cuba mengatakan pentadbir UPSI bermain undi?

Apabila mereka menang banyak kerusi,mereka berkata pilihanraya itu adil,apabila mereka gagal,mereka cuba memberi gambaran ada sesuatu tidak kena dengan pilihanraya. Inilah cara PAS menaikkan darah rakyat walhal tiada kebenaran dan hanya syak wasangka semata-mata daripada hati yang kotor.

PAS Kampus di mana-mana jua sebenarnya seperti samseng yang berbadan besar seperti Samseng Kampung Dusun. Dia menganggap,hanya dia sahaja yang samseng. Tetapi,apabila terkena tumbukan,maka dia hanyalah boleh memaki hamun,mencarut dan bercakap besar bahawa hanya dia samseng yang handal. Padahal pukulan tersebut,tidak dibalas dengan tumbukan seperti anak jantan.Jikalau diri tidak handal bertumbuk,jangan dibilang lantai tidak rata.

Maka,tidak hairanlah apabila rahsia dan strategi PAS Kampus terdedah (dengan pertolongan Harakah sendiri),mereka tidak mampu melawan semula. Itulah kesudahan bagi mereka yang tidak menggunakan akal.


Posted at 09:15 pm by maharaja_zhou
Comments (2)  

Tuesday, October 21, 2008
Jikalau Tun Berhutang Kepada ISA7, Buat Apa Presiden Gamis 2006 Bergambar Dengan Tun?

Tun Dr Mahathir merupakan tokoh yang kontroversi dan kekontroversiannya tidak dapat kita nafikan menyebabkan banyak pihak tidak dapat mengagak tindakannya. Tun Mahathir adalah seorang yang tidak dapat dijangka pergerakannya dan ini merupakan salah satu sifatnya yang digeruni ramai.

Berlainan dengan Jamaah Islam Kampus(JIK) atau nama luarannya,Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), pergerakannya boleh dijangka dan jikalau diamati,memang sama sahaja pattern dan pola gerakannya. Oleh itu,jikalau seorang itu amat mengkaji gerak geri dan silat tarinya,nescaya takwim PMI/JIK terlalu mudah dibaca dan mudah dimatikan gerak langkahnya.

PMI hanya mampu melahirkan orang-orang yang taksub kepada pemimpinnya dengan cara menjemput Ustaz yang sama di dalam program jamaah. Itu sahaja cara mereka membina rasa kagum mereka kepada para Ustaz mereka, bukannya melalui strategi akal dan minda.Maka,mereka ini tiada hampir pun 30 batu dengan seorang tokoh yang berusia 83 tahun ini dari sudut pemikiran menghadapi lawan dan tentangan.

Sekonyong-konyong diberitakan bahawa ada sebahagian makhluk yang mengaku sebagai pemimpin mahasiswa ini memprotes kedatangan Tun untuk berucap dalam Forum Perpaduan eHala tuju Perpaduan Malaysia Ke Arah Tahun 2020. Forum yang berlangsung hari ini disambut dengan protes kononnya Tun tidak patut masuk campur dalam hal pemerintahan negara dan dituduh sebagai mastermind dalam Mesyuarat Agung UMNO kelak.

Hairan sekali,jikalau Persatuan Hindu yang haram serta tidak redha dengan Islam ini merempuh masuk jamuan Aidilfitri yang diadakan oleh Ulil Amri dikatakan inilah demokrasi. Tiada pula yang kononnya mendakwa mereka adalah gerakan mahasiswa yang pergi ke ROC yakni Pejabat Pendaftar untuk menyatakan sokongan kepada Kerajaan dan Ulil Amri kerana biadapnya Hindraf. Tetapi,jikalau ada seorang tua ingin berblog dan merasa beliau perlu bercakap apa yang dia rasa dia perlu bercakap, ini dianggap sebagai tidak demokrasi. Inilah mungkin namanya demokrasi terpimpin ajaran PAS kepada anak didik mereka di kampus-kampus.

Lebih lelucon lagi apabila dikatakan Tun mempunyai hutang kepada mahasiswa. Dikaitkan Tun dengan ISA7 yang dirasuk oleh bai'ah dan wala' kepada PAS dan Jamaah Kampus itu. Tetapi, takjub juga penulis kerana bukankah bekas Presiden, Hanif Baderun galak bergambar dengan Tun di Taman Melawati sekitar pertengahan tahun 2006?TidakkahTun yang sama juga "berhutang"dengan gerakan mahasiswa? Jadi, samada Hazman Abdullah GMUKM yang bangang ataupun Hanif Baderun yang khianat?

Perkara ini mudah dibaca,apabila roda Tun seolah-olah tidak bersama kerajaan,maka bergentayanganlah puak-puak JIK ini untuk menggambarkan Tun sebagai sebahagian dari mereka.Apabila Tun dianggap sebagai sebahagian dengan kerajaan,maka mereka mula memerangi Tun walaupun bukti itu tidak ditahqiq ataupun disahihkan lagi.

Maka,tidak hairanlah semua gerak geri dan joget lambak PMI/JIK ini hanya berkiblatkan kepada satu yakni benci dan hasad kepada UMNO.Mungkin PMI tidak seharusnya meletakkan Islam sebagai sebahagian dari namanya tetapi sepatutnya memohon kepada HEPA untuk menukarkan namanya kepada Persatuan Mahasiswa Bencikan UMNO dan Kerajaan.

Sebab itulah, kita lihat syirik dan kufur boleh ditoleransi oleh puak-puak JIK ini melebihi UMNO dan Kerajaan berlawanan dengan pesanan Luqman Al Hakim,bahawa syirik kepada Allah itulah zalim yang sangat dahsyat. Itulah kesimpulannya bagi orang-orang yang berfikir.


Posted at 08:57 pm by maharaja_zhou
Comments (5)  

Monday, October 20, 2008
Aspirasi Menang, PAS Kampus Menggigit Jari

PAS Kampus sememangnya tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka di kampus-kampus baru di seluruh Malaysia. Setakat ini, kepimpinan yang relatifnya kampus-kampus baru di UUM, UTeM, UMP, UMK, UMT, UniMAP dan UDM dikuasai oleh Aspirasi. Perkara ini sebenarnya mengecewakan aparat-aparat PAS kerana sebahagian kampus ini berada di bawah jajahan PKR-DAP-PAS seperti Kedah dan Kelantan yang sepatutnya bantuan "persenjataan" dan "logistik"  mudah diperolehi.

Terbuktilah, mood mahasiswa didorong oleh kemudaratan yang mereka saksikan apabila masyarakat luar tersalah memilih pemimpin.Mereka semakin percaya bahawa Imam Besar PKR-DAP-PAS, Brother Anwar Bin Ibrahim ini bukanlah Al Masih yang akan menyelamatkan Malaysia atas beberapa pembohongan yang dilakukan terutamanya berkenaan tarikh 16 September. Mahasiswa kembali kerapa akalbudi mereka dan tidak lagi terpengaruh dengan pemikiran cacamerba PKR-DAP-PAS di kampus masing-masing.

Namun, aparatus PAS masih lagi khayal. Mereka menuding jari kepada pihak pentadbir Universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi  cuba  bermain sandiwara  dengan  melambat-lambatkan  Pilihanraya  Kampus (PRK) ke Januari dengan tanggapan yang  tiada asas.  Ada yang berkhayal dengan berpandukan model yang mereka asaskan kepada diri mereka sendiri, kenapa Januari yang dipilih oleh pihak Universiti untuk dijalankan PRK?

Pihak berkenaan menganggap Aspirasi seperti mereka yang mengemis dana daripada cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian parti tertentu.  Ini benar daripada Jamaah Islam Kampus yang membuat derma kilat daripada ahli dengan jumlah yang melebihi 3 hari makan. Mereka juga meminta wang ihsan daripada Ahli-ahli Parlimen mereka, Pemuda PAS dan juga cawangan-cawangan PAS. Tetapi, ini tidak sama dengan Aspirasi. Aspirasi bukan seperti Jamaah Islam Kampus/PMI yang mendakwa  kononnya mereka adalah Pro-Mahasiswa.

Cumanya, PMI/JIK ini semakin terkedu kerana mahasiswa semakin tidak ada mood untuk bersama dengan mereka. Mahasiswa semakin bosan dengan tipu helah dan hipokrasi mereka. Mahasiswa yang mereka bela hanyalah kalangan mereka sahaja. Apabila musim pilihanraya tamat, mereka pun hilang.Senyuman dan kemesraan terhadap mereka yang bukan ahli jamaah tamat terutamanya di kalangan siswi. Apabila habis manis, sepah dibuang.

Yang kesian adalah mahasiswa bukan ahli Jamaah yang terpedaya untuk menjadi calon "Pro-Mahasiswa". Selepas PRK, maka tanggunglah sendiri semua beban tersebut tanpa bantuan PMI/JIK. Adakah Ahli Jamaah ini akan menjemput sahabat-sahabat Cina dan India mereka ini dalam mesyuarat Ahli Jamaah untuk menentukan dasar MPP/MPM? Sudah tentu sekali tidak! Golongan ini hanya menjadi "covergirl" sahaja untuk poster MPP/MPM mereka.

Esok (21 Oktober 2008) adalah tarikh PRK untuk UPSI. Maka, berhempas pulaslah aparat-aparat PAS untuk merebut kampus UPSI ini daripada Aspirasi.Tidak hairan jikalau mereka berkemunginan mendapat bantuan daripada bekas-bekas PMIUM yang banyak bergentayangan sehinggalah di Canseleri pun ada.

Namun, mereka merancang, ALlah juga merancang, dan ALlah jualah sebaik-baik perancang.Perjuangan untuk menegakkan yang hak dan menghapuskan kebatilan perlu diteruskan bukan sahaja dengan kemenangan PRK tetapi sebenarnya berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Posted at 12:09 pm by maharaja_zhou
Comments (2)  

Friday, October 17, 2008
Tamrin Panjang: Wujudkah PMI Tanpa TAMPAN?

Umumnya, dari ketiga-tiga dokumentasi yang lepas, pembaca mungkin dapat menyimpulkan beberapa perkara samada daripada aspek sejarah, perlaksanaan, hukum dan kesan TAMPAN (Tamrin Panjang) terhadap anak usrah( setelah berbai'ah kepada pimpinan JIK/PMI/PAS) yang mengalaminya. TAMPAN merupakan sebahagian daripada proses perkaderan, namun, tanpa TAMPAN maka tiadalah ahli-ahli JIK/PMI yang diikat dan mampu ditarik dan disorong sebagaimana yang dikehendaki oleh PMI, khususnya dan PAS secara umumnya.

TAMPAN untuk mencapai tujuan politik PMI di kampus dan PAS secara kebangsaan adalah seumpama hukum yang biasa digunakan oleh aparat-aparat PAS di kampus, "Tidak sempurna yang wajib itu melainkan kewujudannya maka, perkara itu adalah wajib". PMI tidak akan wujud tanpa TAMPAN, maka dengan itu bagi PMI, TAMPAN wajiblah dijalankan untuk terus wujud dan signifikan.

Ternyatalah bahawa PMI yang wujud pada hari ini semenjak dari tahun 1983, bukanlah PMI yang dikehendaki dan diaspirasikan oleh mereka yang bertanggungjawab menubuhkannya pada tahun 1956 terutamanya Prof. Naquib AL Attas. Roh yang menghuni tubuh PMI pada hari ini bukanlah roh PMI yang sama yang melahirkan Masjid Ar Rahman pada tahun 1963.

Kader-kader PMI ini tidak lain dan tidak bukan cuma dilatih untuk menjadi bidak-bidak PAS di kampus dan buruh mereka secara paksa atas nama bai'ah dan wala'.Contohnya, semasa TAMPAN salah satu daripada "pendidikan" yang diajar adalah cara-cara untuk berdemonstrasi.

Teknik-teknik seperti rebat (berpegang tangan semasa berdemonstrasi), mempertahankan kepala demo dan ketahanan sewaktu diserbu FRU diajar semasa sesi rehlah TAMPAN sebagai manifestasi jihad PMI di kampus. Oleh itu, tidak hairanlah PMI mengagung-agungkan demonstrasi kerana mereka memang telah dilatih untuk mencintai dan memuja demonstrasi semasa sesi TAMPAN lagi.

Dengan itu, wajarlah pencinta-pencinta Islam dan mahasiswa bersatu-padu dan berada di dalam satu saff untuk membanteras da'yah PMI/JIK yang ternyata bersalahan dengan aqidah, hukum dan nilai kemanusiaan sesuai  dengan tuntutan AL Quran iaitu:

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."   As Saff:4

[Nota: Surah As Saff merupakan surah yang wajib dihafal oleh peserta-peserta TAMPAN dan biasanya ia digunakan sebagai indikator bahawa dia juga telah diTAMPANkan dan dibacakan sebagai surah lazim jika seseorang AU menjadi Imam di surau-surau Kolej. Jika Imam yang singgah di surau kolej tersebut membaca surah As Saff sebagai surah bacaannya. maka AU yang mendengarnya hampir pasti bahwa si Imam tersebut adalah seorang AU juga. PMI amat menekankan surah ini berbanding dengan surah-surah lain. Sesungguhnya kecintaan PMI terhadap surah ini menyebabkan ramai ahlinya yang bukan dari kalangan Akademi Pengajian Islam berlumba-lumba menghafal surah ini dan bukannya surah-surah hafalan yang diutamakan Rasulullah seperti surah Al Mulk, Al Waqi'ah, surah AL Kahfi dan sebagainya kerana sentimen TAMPAN bukannya atas kecintaan terhadap Islam ataupun suruhan Rasulullah SAW]

Dokumentasi TAMPAN ini diharapkan dapat menyedarkan anak-anak usrah yang belum mengikut TAMPAN, mereka yang sudah diTAMPANkan dan juga pemegang taruh Universiti tentang bahaya TAMPAN dan pengaruhnya. Bagi mereka yang belum diTAMPANkan, mereka sudah mendapat pendedahan tentang apa yang mereka akan dihadapi di akhir pentarbiyyahan mereka kelak.

Apabila maklumat ini mereka perolehi, terpulang kepada mereka, samada ingin terus menjadi buruh paksa PAS ataupun seorang yang merdeka dan menyokong mana-mana parti siasah atas dasar kefahaman bukan atas dasar ketakutan. Namun, jikalau mereka sudah terjebak, kunci untuk membuka rantaian bai'ah masih ada yakni segala perjanjian untuk melakukan perkara yang haram adalah tidak sah dan haram. Cuma, terpulang kepada mereka saada untuk terus meratah dan melapah yang najis padahal yang halal banyak di depan mata.

Bagi yang sudah berbai'ah, penulis tidak berharap mereka akan terus meninggalkan jamaah. Iman mereka bukanlah iman sahabat Nabi yang bisa menuangkan dan memecahkan tong-tong arak sebaik saja turun ayat mengharamkan arak. Cuma berdoa sahajalah, agar maut tidak menjemput sebelum taubat dilafazkan. Sindrom "apa orang lain kata" akan bermain di kepala. Mereka yang keluar dari jamaah atas takut akan Allah ini akan dipulaukan dan dinista dan ditohmah sebagai orang yang mendapat rasuah dan kepentingan duniawi yang sedikit. Bukan mudah untuk menghadapai cabaran ini sebagai seorang mahasiswa yang akan berhadapan dengan kawan-kawan yang kebanyakannya pun ahli jamaah (AU).

Tetapi, tidak hairan pula sebahagian yang lain akan menjadi seperti Yahudi yang berusaha menidakkan keRasulan Muhammad SAW yang akan cuba memadamkan dan menafikan wujudnya TAMPAN dengan jari-jari mereka. Namun, ingatlah tindakan mereka seumpama golongan kuffar terhadap Islam:

"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya,sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). " As Saff:8

Golongan ini tidak akan meninggalkan JIK/PMI laksana Abu Jahal dan Abu Lahab yang tidak akan meninggalkan berhala AL Latta dan 'Uzza walaupun mereka tahu kebatilannya. Mereka tidak akan meninggalkannya kerana mereka akan hilang jawatan, pangkat dan pujian dunia yang sedikit ini. Bagi mereka, kebesaran dan puji-pujian yang mereka perolehi ini adalah berpunca dari jamaah dan bodohlah mereka, jikalau mereka meninggalkannya.

Ada pula yang tidak mahu meninggalkan jamaah kerana berpendapat jamaahlah yang memberikan wanita, cinta yang selama ini dicari dan dipuja melalui Unit Baitul Muslim. Maka, adakah patut golongan ini mengkhianati jamaah yang menyediakan idaman kalbu mereka ini? Maka,sebenarnya,  berbahagailah mereka yang tidak bertuhankan hawa nafsu dan kepalsuan yang sementara ini dan memilih jalan kebenaran iaitu meninggalkan yang bid'ah dan mengambil yang sunnah.

Akhir sekali, penulis menghalalkan sesiapa sahaja yang ingin membukukan dan mencetak dokumentasi ini tidak kiralah ia samada di pihak Kerajaan seperti BTN, Biro Penerangan, Hal Ehwal Pelajar Universiti ataupun pihak kolej-kolej kediaman dan fakulti. Sebarkanlah ia kepada kesemua yang diketahui telah menjadi anak usrah, bakal menjadi anak usrah dan juga sesiapa sahaja yang cintakan Islam dan sayangkan mahasiswa. TAMPAN dan bai'ah perlu diketahui dan difahami oleh semua masyarakat samada ibu-bapa, politikus di pihak kerajaan ataupun pembangkang, mahasiswa dan pencinta gerakan mahasiswa.

Maka, setelah TAMPAN dan Bai'ah batil tidak wujud lagi, maka ketika itu barulah kita yakin bahawa jika mahasiswa tiba-tiba senada dengan pembangkang, ia benar-benar dari naluri mereka, kerana mereka tentu sekali akan menyokong kerajaan (jika kerajaan pula benar) tanpa rasa takut ataupun salah kerana tiada bai'ah batil yang membelenggu leher mereka.              








Posted at 02:24 pm by maharaja_zhou
Comment (1)  

Wednesday, October 15, 2008
Tamrin Panjang:Satu Dokumentasi di Luar Jamaah 111

Membicarakan Tamrin Panjang (TAMPAN) tidak akan lengkap tanpa membicarakannya dari sudut hukum-hakam dan nas tentang apa yang dipercayai oleh Ahli-ahli Unit (AU). Penulis menyimpulkan jikalau TAMPAN dianggap sebagai perkakasan (hardware) maka bai'ah (janji setia atau angkat sumpah) dan hukum-hakam yang terkandung di dalamnya adalah umpama perisian (software) [penulis ingin memanjangkan lagi bahawa semasa upacara ta'aruf yakni brainwash di dalam TAMPAN adalah seumpama proses "delete and format"].

Tetapi, penulis merasakan adalah perlu bagi pembaca terlebih dahulu (dalam dokumentasi 1 dan 11) memahami proses TAMPAN secara mekanikal dan juga kesannya terhadap mahasiswa dan persekitarannya kerana ia lebih tampak dan mudah difahami. Aspek "perisiannya" secara umumnya seolah-olah tidak lagi rahsia apatah lagi wujud blog-blog, laman malahan di dalam Harakah versi bercetak yang menceritakan tentang wala', bai'ah dan tarbiyyah. Namun, jikalau dirangkumkan kesemua aspek yang disebutkan tadi, barulah boleh difahami betapa dalamnya kesan(dibaca: bahaya) TAMPAN dan bai'ah kepada mahasiswa (samada telah berbai'ah mahupun tidak) dan masyarakat di luar terhadap JIK/PMI/PAS.

Kita perlu memahami bahawa PAS hanya menjadi "jamaah" apabila kepimpinan Dato' Asri sebagai Presiden ditumbangkan. Ia adalah entiti politik yang tulen samalah seperti UMNO, DAP, PKR, Semangat 46 dan lain-lain. Sejak 24 November 1951 yakni 30 tahun, PAS tidak mempunyai manhaj gerakan Islam dan tidak mengenali usrah, tamrin dan perkaderan. Namun, semenjak pulangnya golongan muda yang mendapat tarbiyyah Ikhwan seperti Datuk Seri Abdul Hadi, ditambah pula dengan kemasukan Anwar ke dalam UMNO, transformasi PAS sebagai parti siasah kepada sebuah jamaah haraki berjalan dengan pantas.

Namun, PAS masih lagi parti politik dan masih tetap mendahulukan siasah dari dakwah dan juga tarbiyyah. Maka, adaptasi tarbiyyah Ikhwan mempunyai matlamat pengakhirannya iaitu ke arah untuk mendapatkan kuasa politik bagi PAS. Oleh itu, setiap agenda tarbiyyah PAS perlu disaluti dengan unsur-unsur agama dan dalil yang menghalalkan perlaksanaan tarbiyyah tersebut di atas nama agama, Nabi dan Allah Taala.

TAMPAN tidak terkecuali dari perkara yang disebutkan tadi. TAMPAN pada hakikatnya adalah suatu "tarbiyyah" yang jikalau difikirkan adalah tidak masuk akal. Machiavellisme dimulakan pada hari diisytiharkan layak anak usrah itu memasuki TAMPAN. Tipu daya dan pujuk rayu dihalalkan walaupun di sepanjang TAMPAN pesertanya diingatkan tentang matlamat tidak menghalalkan cara dan machiavellisme (merujuk kepada tindakan Anwar Ibrahim menyertai UMNO yang dikiaskan sebagai membersihkan tong najis dari dalam).

Oleh itu, apakah dalil kepada perlaksanaan TAMPAN ini? Dari manakah sumber hukum yang digunakan oleh pewaris-pewaris Muhammad Hussin (sekarang Ahli Parlimen Pasir Putih, Presiden PMIUM yang mengasaskan TAMPAN pada 1983)? Penulis difahamkan bahawa program TAMPAN diasaskan kononnya berdasarkan hukuman Rasulullah terhadap tiga orang sahabatnya iaitu Ka'ab Bin Malik, Murarah bin Rabi'ah Al-Amiri dan Hilal bin Umayah Al-Waqifi yang tidak menyertai Rasulullah semasa Perang Tabuk tanpa sebarang keuzuran. Tiga sahabat ini telah diboikot oleh umat Islam ketika itu sehingga 50 hari dan isteri-isteri mereka juga turut diarahkan memboikot mereka (kecuali isteri  Hilal bin Umayah Al-Waqifi kerana, beliau sudah tua). Pemboikotan ini tamat apabila turunnya ayat 118 surah At Taubah yang menyatakan penerimaan taubat mereka oleh ALlah.

Ini adalah kes di mana terdapat unsur hukuman Rasulullah terhadap para sahabat tetapi aparat JIK/PMI ingin mengqiaskan hukum ini terhadap peserta TAMPAN. Peserta TAMPAN terutamanya dari kalangan API dicabar oleh urusetia-urusetia TAMPAN untuk menyatakan ketidak syari'ean TAMPAN (sudah tentu tidak munasabah kerana mereka sekarang berada di TAMPAN seperti hamba tawanan). Dan mereka menggunakan kisah Perang Tabuk tadi sebagai alasan untuk mendera mental dan fizikal TAMPAN seolah-olah mereka melakukan kesalahan terhadap JIK/PMI. Namun, mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, dan mereka hanyalah peserta yang tidak tahu apa-apa.

Usaha mengqiaskan TAMPAN dengan kisah Perang Tabuk adalah mungkar. Ini kerana Perang Tabuk menukilkan kesalahan tiga orang sahabat yang tidak menyertai kempen Rasulullah ke Tabuk. Penulis boleh menerima jikalau hukuman ini dikenakan kepada ahli JIK/PMI yang tidak menyertai demonstrasi, piket ataupun penyerahan memorandum tetapi jikalau hendak diqiaskan hukum kepada TAMPAN dan pesertanya adalah tidak tepat dan membawa fitnah kepada Islam dan Rasulullah. Ini sesuai dengan hadith Nabi yang berbunyi:

Dari Abi Hurairah, ia berkata. Telah bersabda Rasulullah SAW "Barang siapa yang berdusta atasku (yakni atas namaku) dengan sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya (yakni tempat tinggalnya) di neraka". Hadits shahih dikeluarkan oleh Imam Bukhari (1/36) dan Muslim (1/8)

Kita boleh melihat bahawa Rasulullah tidak pernah menggunakan paksaan terhadap orang lain untuk memeluk Islam. Malahan, TAMPAN sepatutnya melihat bagaimana perlakuan dan tindakan Rasulullah terhadap golongan Ansar yang datang ke Makkah sewaktu peristiwa Bai'ah Aqabah Pertama dan Kedua. Rasulullah tidak menAMPANkan sahabat-sahabat tersebut walaupun tentu sahaja ramai sahabat yang mampu menjadi Urusetia Disiplin seperti Saidina Umar RA dan Saidina Hamzah RA ataupun Urusetia Kebajikan seperti Saidina Uthman RA. Oleh itu, perbuatan mengqiaskan TAMPAN dengan mana-mana peristiwa dalam sirah Rasulullah adalah perbuatan bid'ah, mungkar dan tidak bertanggungjawab.

Jikalau TAMPAN adalah metodologi dakwah, siasah ataupun strategi terbaik membina sahabat, sudah tentu Rasulullah telah menggunakan aplikasi TAMPAN terhadap sahabat-sahabatnya, tetapi Rasulullah dalam banyak hal amat lembut terhadap mad'u (sasaran dakwah) dan juga sahabat-sahabatnya, tidak seperti yang didakwa ( dan dilakukan terhadap mad'u) oleh aparat PAS melalui TAMPAN.

Namun, perkara ini didiamkan kerana TAMPAN dianggap sebagai upacara keramat dan suci yang disahihkan oleh orang-orang yang dianggap sah tidak akan mati jahiliyyah jika dibandingkan dengan mufti-mufti, ulama'-ulama' dan orang-orang 'alim yang tidak pernah berbai'ah yang berkemungkinan akan mati jahiliyyah kerana tidak berbai'ah kepada pimpinan Islam terutamanya pimpinan JIK/PMI/PAS. Oleh itu, TAMPAN dan upacaranya tidak terusik walaupun jika ada hujah dari orang luar yang lebih faqih dalam ugama berkenaan isu bai'ah.

Bai'ah di dalam TAMPAN hanyalah ditujukan kepada pimpinan JIK/PMI/PAS. Namun, tumpuan wala' lebih bersifat setempat yakni kepada pimpinan PMI Universiti. Dengan alasan PAS adalah "jamaah Islam yang pertama di Malaysia" maka, tempat ketaatan dan wala' AU hanyalah kepada Amir JIK, Murabbi Kampus dan pimpinan PAS serta wakil-wakil mereka.

Bai'ah penting dalam menentukan arah politik dan juga hidup sesuatu ahli jamaah (AU). Maka, kepentingan bai'ah dititikberatkan dalam pengisian-pengisian TAMPAN. Hadith-hadith yang digunakan untuk mengabsahkan bai'ah AU terhadap JIK/PMI/PAS adalah:

"Tiga golongan jangan engkau bertanya tentang mereka (kerana mereka termasuk dalam orang-orang yang bakal musnah) iaitu :


1. Orang yang berpisah dengan jamaah dan menderhakai imamnya serta mati dalam maksiat,


2. Hamba perempuan atau lelaki yang lari dari tuannya lalu menemui kematian,


3. Seorang perempuan yang suaminya keluar bermusafir dan telah dicukupinya biaya keduniaannya lalu ia bertabarruj sesudahnya (untuk menarik perhatian lelaki lain).


(Riwayat Imam at-Thabrani, al-Hakim dan al-Baihaqi dari Fadhalah bin 'Abid r.a.)

 

"Sesiapa yang merungkai ketaatannya (dari pemimpin yang adil), ia akan bertemu Allah di hari kiamat dengan tanpa hujjah baginya. Sesiapa yang mati dalam keadaan tiada bai'ah di tengkuknya, ia mati sebagai mati jahiliah".


Riwayat Imam Muslim dari Ibnu 'Umar r.a.

 

Maka, dengan menggunakan hadith-hadith ini, bai'ah adalah faktor yang kedua terpenting selepas dua kalimah shahadah untuk AU bagi mendapatkan keredhaan ALlah. Namun, penulis sengaja menggariskan "dari pemimpin yang adil" kerana ia bukanlah sebahagian daripada hadith tersebut tetapi tambahan dari golongan Ikhwanul Muslimin dan anti pemerintah sepanjang zaman semata-mata.

 

Dengan berdalilkan dua hadith ini (yang tentunya dengan penambahan syarah tersebut di dalam hadith), maka PAS dinobatkan sebagai satu-satunya jamaah yang wajib menerima bai'ah daripada rakyat Malaysia yang beragama Islam. Adalah haram ujar aparat-aparat JIK/PMI/PAS ini untuk berbai'ah selain daripada pimpinan PAS dan wakil-wakilnya kerana mereka adalah "golongan yang memperjuangkan Islam dan hukum-hakamnya" dan selainnya adalah pemanggil-pemanggil kepada seruan jahiliyyah.

 

Maka, apabila dilihat daripada brainwash daripada program TAMPAN, seolah-olah kesemuanya benar-benar berpandukan kepada syarak dan usaha melawan dan merungkainya adalah perbuatan dosa, mungkar dan fasiq. Oleh itu,apabila bai'ah sudah dilafazkan kepada PAS maka ia adalah janji yang tidak boleh dirungkai atau dilupus. Sebarang pelupusan balasannya adalah neraka jahanam dan kekal mereka di dalamnya.

 

Tetapi, harus diingat bahawa apakah benar jamaah yang disangkakan benar itu adalah PAS? Harus diingat bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

 

1) Dari Hudzaifah bin Yaman bahwa Rasulullah saw bersabda:

"Akan ada sepeninggalku para pemimpin yang tidak mengambil petunjuk dari petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul ditengah-tengah kalian pemimpin yang berhati syaitan dalam wujud manusia" Aku (Hudzaifah) bertanya: "Apa yang aku harus perbuat jika aku mendapatinya?" Hendaklah kalian mendengar dan taat kepada pemimpinmu meskipun ia memukul punggungmu dan merampas hartamu." (HR. Muslim no. 1847 (52)).

2) Dari Anas bin Malik, bahwa ia berkata: "Para pembesar melarang kami untuk menyelisihi Ulil Amri, mereka berkata: bahwa Rasulullah saw bersabda:

"Janganlah kalian mencela pemimpin-pemimpin kalian, janganlah kalian dengki kepada mereka dan janganlah membenci mereka, (tetapi) bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya perkara ini sudah dekat." (HR. Ibnu Abi 'Asyim, Hadits shahih)

Dan Imam Tahawi, salah seorang Imam besar dari Mazhab Hanafi juga menukilkan dalam Kitabnya Aqidah Tahawiyyah:

"Kita tidak boleh keluar dari para penguasa yang bertanggung jawab atas urusan kita, sekali pun mereka telah berbuat zhalim. Tidak boleh mendo'akan kejelekan bagi mereka dan tidak boleh melepas tangan dari ketaatan kepada mereka. Kita menganggap bahwa taat kepada penguasa muslim berarti taat kepada Allah yang wajib atas kita, kecuali mereka memerintahkan kemaksiatan kepada Allah. Kita juga mendo'akan mereka kebaikan dan kesejahteraan."

Oleh itu, sebenarnya adalah mungkar untuk memasukkan tanggapan kita di dalam hadith Rasulullah seperti contoh pemimpin yang adil tersebut di dalam dalil-dalil yang selalu diambil PMI. Maka, Rasulullah SAW berpesan bahawa ketaatan kepada pemimpin adalah wajib walaupun:

1) Tidak mengambil petunjuk sunnah dan mengikut sunnah

2) Berhati syaitan

3) Zalim yakni memukul dan merampas harta

Maka, jikalau kerajaan tersebut masih diperintah oleh seorang yang Islam tetapi tidak mengambil sunnah dan melakukan kezaliman, maka kewajipan untuk taat kepada mereka masih bersifat wajib melainkan terdapat kekufuran yang nyata yakni keluar mereka daripada Islam. Ini bersesuaian dengan hadith dari Riwayat Bukhari:

"Nabi SAW mengundang kami, lalu kami mengucapkan baiat kepada beliau dalam segala sesuatu yang diwajibkan kepada kami bahwa kami berbaiat kepada beliau untu selalu mendengarkan dan taat (kepada Allah dan Rasul-Nya), baik dalam kesenangan dan kebencian kami, kesulitan dan kemudahan kami dan beliau juga menandaskan kepada kami untuk tidak mencabut suatu urusan dari ahlinya kecuali jika kalian (kita) melihat kekufuran secara nyata (dan) memiliki
bukti yang kuat dari Allah." [HR. Bukhari].

 

Adakah bai'ah kepada JIK/PMI/PAS itu syari'e jikalau Rasulullah menyatakan bahawa jamaah itu adalah satu kepimpinan Islam setempat walaupun pemimpinnya itu zalim dan berhati syaitan selagi mana pemimpin itu adalah Muslim? Oleh itu, secara syaraknya, kepimpinan negara ini adalah wajib dipatuhi walaupun tidak melaksanakan hukum Islam sepenuhnya dan mereka masih lagi bersolat. Maka, jika ada usaha-usaha untuk menjalankan gerakan sirr/bawah tanah laksana gerakan Syiah terhadap Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyyah terhadap kerajaan Malaysia yang sekarang masih diketuai oleh seorang Muslim maka hukumnya adalah haram.

 

Oleh itu, adaklah bai'ah AU tadi sah?

 

"Tidak boleh menepati nadzar dalam maksiat kepada Allah." (HR. Ahmad dari sahabat Jabir radhiyallahu 'anhu, lihat Shahihul Jami' no. 7574)

 

Setiap janji yang dilakukan untuk melakukan perkara yang Haram adalah tidak sah. Ini kerana menentang Imam atau kepimpinan umat sesuai dengan hadith-hadith tadi menyebabkan terungkainya ikatan bai'ah pada tengkuknya. Jikalau nadzar yang terus dengan ALlah tetapi bersandarkan kepada sesuatu maksiat dihukumkan sebagai tidak sah dan haram, maka apakah pula jikalau kita berbai'ah dengan perkumpulan yang mengajak kita untuk melawan satu hukum ALlah iaitu ketaatan kepada pimpinan umat Islam yang disetujui selama 51 tahun kemerdekaan negara kita? Ini tidak lebih dari janji setia seorang perompak dengan sekumpulan penyamun.

 

Maka, bai'ah yang dibuat oleh AU-AU semasa TAMPAN sebenarnya tidak sah dan haram hukumnya untuk ditaati dan diikuti oleh ahli jamaah. Jikalau bai'ah dilakukan adalah untuk menjalankan dakwah mengIslamkan orang yang bukan Islam, tidak khianat dalam menjalankan projek kemasyarakatan dan universiti serta jujur dalam meningkatkan ekonomi persatuan maka sebenarnya hukumnya adalah harus.

 

Oleh itu, penulis menyeru kepada AU-AU yang sudah mengetahui agar memuhasabah diri akan pegangan kalian semua buat selama ini. Apabila sudah mengetahui akan kebenaran, maka tinggallah dengan segera perkara yang batil iaitu TAMPAN dan bai'ah batilnya kerana ini melibatkan soal aqidah yang nyata.

 


Posted at 12:08 pm by maharaja_zhou
Comments (4)  

Monday, October 13, 2008
Tamrin Panjang:Satu Dokumentasi di Luar Jamaah 11

Tamrin Panjang(TAMPAN) merupakan rahsia besar dan sulit yang paling besar bagi Jamaah Islam Kampus(JIK) dengan nama rasminya Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di seluruh kampus di Malaysia. TAMPAN mempunyai nama lain mengikut kampus masing-masing. Di UTM seperti pendedahan Wan Norhayati Alias, TAMPAN dikenali sebagai Tamrin Jelas Fikrah(TJF).

Pendedahan Wan Norhayati Alias merupakan satu lagi bentuk dokumentasi TAMPAN. Namun, penulis berpendapat TJF mengikut cerita lisan Wan Norhayati bercampur-baur dengan tamrin setaraf QTC(Qiyadi Training Camp, khusus untuk pimpinan JIK di Universiti Malaya) yang mungkin turut beliau sertai di UTM sebagai pimpinan.

Namun, bagi mereka yang hendak mengetahui TAMPAN dan bai'ah selain dari penulisan penulis, pengkaji ataupun sesiapa yang berminat bolehlah merujuk kepada mukasurat depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh, 2 September 2001 yang bertajuk, "Gerakan Bawah Tanah  di IPTA-Bekas Pelajar UTM  Dedah Aktiviti Berselindung Di Sebalik Usrah dan Tamrin".

Hakikatnya, kebocoran TAMPAN, Bai'ah, dan Tanzim (Organisasi) JIK sudah lama berlaku di universiti terutamanya di Universiti Malaya. Ia berlaku di kalangan bukan ahli Jamaah (selepas ini dirujuk sebagai Ahli Unit atau singkatannya AU) tetapi rapat dengan ahli jamaah ataupun surau. Mereka selalunya terdiri daripada ahli surau Kolej yang terlepas daripada mengikuti program TAMPAN tetapi berjaya untuk tinggal di Kolej tanpa menggunakan tiket Balai Islam ataupun satu ketika dulu JKP Kerohanian selepas Tahun Pertama.

Kebocoran juga berlaku jika terdapat bukan AU yang sering bersama dengan kelompok AU. Namun, kebocoran ini "tidak serius" dan tidak membawa masalah kepada Jamaah, tetapi, amaran dan peringatan sering diberikan dalam perjumpaan 2 kali sebulan kesemua AU iaitu Kuliah Ilmu (KI) supaya menjaga kerahsiaan ini dan hadzar(berhati-hati) dalam membicarakan perkara dalaman Jamaah terutamanya jika suasana melibatkan bukan AU.

Selain dari itu, kebocoran maklumat tentang Jamaah (seperti mana yang dipercayai oleh AU) mungkin melalui suluh ataupun risikan Polis. Boleh dikatakan selain dari pendedahan Wan Norhayati Wan Alias, tiada pendedahan serius yang pernah berlaku terutamanya kepada masyarakat di luar yakni ibu bapa, ahli politik bukan PAS dan pegawai-pegawai Universiti samada ahli akademik mahupun bukan akademik.

Perkara ini melegakan JIK/PMI kerana pendedahan ini dianggap sebagai pembohongan apatah lagi jikalau berita tersebut adalah mengenai parti pembangkang di media arus utama. Sepatutnya Persatuan Akademik dan Bukan Akademik perlu menyiasat perkara ini kerana ia melibatkan mahasiswa serta mereka adalah badan yang berkecuali dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak. Namun, disebabkan kehangatan suasana politik yang tidak menyebelahi mana-mana unsur pro-establishment mahupun benar, perkara ini dibiarkan tanpa kajian dan usul periksa daripada mana-mana pihak melainkan politikus mahasiswa.

Pada tahun 2004, tiga tahun selepas pendedahan Wan Norhayati Wan Alias dipandang sepi, isu Bai'ah, Tamrin dan gerakan sirr(underground) PAS di kampus dibangkitkan semula untuk menawan kampus Perdana (UM) selepas beberapa kampus ditawan oleh pihak Anti JIK/PMI. JIK telah lama memegang kuasa dan generasi  AU yang terbina sebelum ini tidaklah sekuat di zaman Zanul Azizi Zakaria. Kehebatan Ramadhan Fitri Ilyas sebagai Presiden MPPUM dan PMIUM (Amir Jamaah Islam Kampus) tidak dapat menongkah arus yang dimulakan oleh Wan Norhayati Alias ini.

Kemunculan Laman mahasiswa Anti JIK/PMI seperti Idealis Mahasiswa memangkinkan berita tentang kes Wan Norhayati. Isu ini dijadikan modal untuk pilihanraya kampus (PRK) tahun 2004 yang menjadi salah satu faktor jentera PRK JIK Universiti Malaya mengundurkan diri. Dengan ini, isu TAMPAN merupakan isu penting yang menjadi titik nadi kepada JIK.

Sebenarnya, peri pentingnya TAMPAN, Bai'ah dan Tanzim JIK ini tidak difahami oleh mereka yang berminat dengan politik mahasiswa yang bukan berlatarbelakangkan JIK atau secara luasnya  termasuk ahli Jamaah Tanzim JIM/IRC, ABIM Perlis (pimpinan Ustaz Dahlan) dan serpihan-serpihan Ikhwanul Muslimin. Perkara ini juga gagal difahami oleh pegawai Hal Ehwal Pelajar Universiti, Penyelia-penyelia Kolej, Pengetua-Pengetua Kolej, Timbalan-Timbalan Naib Canselor (HEPA), Naib-naib Canselor dan pemegang taruh Universiti di Kementerian Pengajian Tinggi.

Kebanyakan dari mereka menganggap kemenangan pihak Anti JIK/PMI dalam PRK, pembuangan aparat-aparat JIK dari kolej-kolej kediaman dan kesusahan dalam urusan melaksanakan aktiviti PMI(dan aparatnya di Kolej-kolej Kediaman) sudah memadai untuk menghancurkan PMI. Tetapi, hakikatnya, PMI hanya boleh dihancurkan dengan satu mekanisme iaitu menghalang perlaksanaan TAMPAN dan bai'ah dari berlaku samada melalui serbuan oleh pihak Keselamatan ataupun Polis semasa TAMPAN dilaksanakan ataupun halangan sewaktu peserta TAMPAN akan dihantar ke lokasi TAMPAN. Namun, perkara ini tidak pernah diambil tindakan oleh pihak HEP dan pihak Keselamatan Universiti. Pihak Polis hanya boleh bertindak jika ada laporan rasmi ataupun aduan yang meminta agar TAMPAN oleh pihak Universiti ataupun Presiden MPP/MPM dan wakil-wakilnya. Jika pihak Polis Bukit Aman mempunyai maklumat TAMPAN setinggi Bukit Aman pun, tanpa laporan dan aduan, tindakan tidak boleh diambil.

TAMPAN adalah kebanggan dan wajah hitam bagi PMI. Kebanggaan kerana ia menghasilkan tenaga kerja yang patuh, taat dan efisien kepada Jamaah. Keefisienan ahli Jamaah membolehkan orang Melayu-Islam duduk setaraf dengan persatuan-persatuan yang didominasi oleh orang Bukan Melayu di Universiti. PMI adalah antara yang boleh duduk dan berdiri dengan megah sama dengan persatuan-perstauan kaya tersebut (Persatuan Sains Universiti Malaya, Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya dan banyak lagi) tanpa bantuan HEP dan Universiti untuk menjalankan aktiviti. Ini berpunca daripada bai'ah yang mengingatkan AU terhadap perlunya taat dan patuh kepada suruhan Jamaah walaupun terpaksa mengorbankan diri.

Ia juga merupakan wajah hitam kerana ia adalah wajah paksaan dan juga pemisahan kepada ahli-ahlinya setelah mengikatkan diri dengan bai'ah kepada JIK. Ia merupakan paksaan kerana tiada titik untuk pulang sebaik sahaja bai'ah dilafazkan. Apatah lagi ia berlaku kepada individu-individu yang tiada asas agama dari fakulti bukan agama yang tentu sekali tiada fakta ataupun hujah untuk melepaskan diri daripada bai'ah.

Malah, ada dari mereka yang cuba menjadi lebih dari Akademi Islam untuk mencapai taraf thiqah (dipercayai) di dalam jamaah. Oleh itu, biasanya mereka yang bukan API lebih keras percayanya kepada jamaah dan lebih kuat bekerja sebagai jentera dan aparat jamaah samada di kampus ataupun di luar.

Pasca bai'ah mewujudkan pemisahan antara mereka yang berbai'ah dengan tidak berbai'ah. Maka, wujud bukan sahaja isu ras/etnik/suku kaum, agama ataupun warganegara tetapi juga AU dan Bukan AU. Orang yang tidak berbai'ah kepada JIK/PMI/PAS dianggap sebagai mereka yang mendokong panji-panji jahiliyyah. Maka, orang yang mati di luar jamaah dianggap mati di dalam jahiliyyah walaupun ibu bapa mereka sendiri (hatta ibu bapa mereka yang berfikrah PAS tetapi tidak mengikuti tanzim dan tarbiyyah PAS seperti mereka).

Oleh itu, selain dari dua kalimah shahadah, bai'ah dan tarbiyyah JIK juga penentu kepada sejauhmanakah keIslaman mereka. Tidak hairan, kerahsiaan jamaah juga meliputi ibu bapa mereka walaupun ibu bapa mereka itu ahli PAS yang berjawatan di cawangan ataupun bahagian. Pemisahan ini juga jika difahami dengan tajam, meliputi isu mencari pasangan. Maka, ahli yang memahami konsep mati jahiliyyah tadi sudah tentu hanya mencari pasangan yang "halal" dari kalangan jamaah mereka sahaja dan ingin memastikan zuriatnya juga kekal dalam kalangan orang yang tidak mati jahiliyyah.

Oleh itu, segregasi ini mewujudkan juga orang Islam bukan AU (BAU) yang neutral yakni simpati kepada jamaah tetapi bukan ahli jamaah, dan juga BAU yang harbi yakni mengikuti jamaah-jamaah pesaing seperti Jamaat Tabligh, JIM/IRC, Hizbut Tahrir, Ittiba'Us Sunnah dan lain-lain. Jamaah-jamaah lain dianggap sebagai pemanggil-pemanggil kepada seruan jahiliyyah. Ini kerana mereka tidak akan berbai'ah kepada JIK/PMI/PAS dan pimpinannya dan tumpah setia mereka kepada jamaah lain.

Sewaktu perang Jamaah iaitu selepas kemasukan Anwar ke dalam UMNO sehinggalah Tahaluf Siyasi (kerjasama politik) pada tahun 1998, musuh utama jamaah adalah yang bertanzim Ikhwan seperti PKPIM/ABIM dan seterusnya JIM/IRC. Tabligh tidak digemari tetapi kurang diperangi secara serius kerana mereka banyak mencuri anak usrah JIK dari bertamrin untuk mengikuti aktiviti keluar di hujung minggu dan  tidak mahu berpolitik.

Mereka yang mengikuti TAMPAN sepatutnya jelas fikrahnya dan mengenali jamaah-jamaah yang berlainan ini dan tidak terjebak dengannya. TAMPAN juga bertanggungjawab menceritakan pengkhianatan Anwar Ibrahim terhadap Jamaah Islam Kampus dan PAS serta salah lakunya terhadap PAS dan kebobrokan pentadbirannya di dalam kerajaan termasuklah tangan-tangannya di HEP setiap Universiti.

Namun, selepas Tahaluf, peperangan terhadap Anwar dikendurkan. pengaruh tabligh berjaya dikurangkan di surau-surau Kolej. Sasarannya difokuskan kepada pimpinan negara yang dianggap sekular berbanding dahulu kepada Anwar dan rakan-rakannya yang berfikrah "Islamik".

TAMPAN melahirkan ahli yang uniform dan monotonous sebagaimana suatu perekrutan untuk menghasilkan tentera. Kerencaman yang keterlaluan, tidak diraikan. Siswa yang berperawakan sekular yakni tidak berbaju melayu, berjanggut ataupun berkopiah dan seumpamanya dianggap kurang tarbiyyah walaupun dari kalangan orang lama. Namun, setelah berlaku kekalahan dan juga pendedahan program perkaderan PAS di kampus, pimpinan JIK mengurangkan penampilan tradisi mereka untuk membolehkan survival mereka samada untuk merekrut ataupun meneruskan agenda politik mereka di kampus.

JIK yang lama amat meraikan imej-imej PMI lama seperti wujud dalam diri Faisal Mustaffa. Namun, setelah berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi semasa, Ahli Unit yang terhasil dari TAMPAN agak rencam penampilannya dan tidak tertakluk dengan satu imej dan identiti semasa. Wujud watak-watak seperti Zainulfaqar yang lantang dan pelbagai personaliti (penulis percaya dia juga lantang mengkritik jamaah dan polisinya tetapi atas dasar kefahaman, ia tidak diutarakan secara terbuka), Hasbi Muda yang biasa sahaja penampilannya dan tidak menampakkan dirinya seperti pimpinan tradisional JIK/PMI dari segi luarannya. Ataupun seperti Hilman Nordin yang cuba mendekati dunia luar lebih dalam bahasa Inggeris sesuai dengan dirinya sebagai bakal professional.

TAMPAN dan hasilannya mungkin secara tidak sengaja pernah menjadi isi kepada thesis Gerakan Islam di peringkat Sarjana Muda tetapi ia lebih kepada harapan dan fakta tanpa melihat secara langsung kepada hidup mahasiswa yang sudah diTAMPANkan dan interaksi mereka dengan persekitaran mereka. Namun, secara akademik jika tidak kerana faktor hadzar dan sirr, ia boleh menjadi topik menarik untuk kajian sosiologi dan psikologi terutamanya untuk memahami warna-warni yang dibina oleh upacara TAMPAN terhadap hidup mahasiswa yang sepatutnya tidak hanya sekadar berlegar di sebalik AUKU, Demonstrasi dan PRK semata-mata.




Posted at 02:56 pm by maharaja_zhou
Comments (8)  

Next Page