BLOG POLITIK MAHASISWA ANTI-PAS!

Selamat Datang Untuk Mendalami Pemikiran Maharaja Zhou!

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KAMPUS UM 2009

"Kemenangan PAS dalam pilihanraya ke 12 yang lalu bukanlah berpunca dari kejayaan PAS menyeru Rakyat Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, tetapi hanyalah kerana kenaikan harga barang dan harga minyak. Maka, nilai kemenangan PAS di sisi Harakah Islamiyyah tidaklah lebih dari apa yang masuk ke dalam perut dan keluar daripada perut."-Maharaja Zhou-







maharaja_zhou
August 8th
Male
Malaysia
Assalamualaikum wbt


Blog ini merupakan koleksi kepada tulisan-tulisan Maharaja Zhou yang pernah disiarkan di dalam Laman Idealis Mahasiswa.

Maharaja Zhou telah berkecimpung dengan laman Idealis-Mahasiswa sejak dari tahun 2002. Namun begitu, beliau mula mendominasi laman tersebut bersama penulis-penulis yang lain seperti Awang Sulung, Harimau Hitam, Samlin, Syed Reedza sebagai penulis tegar sejak pertengahan tahun 2004 sehinggalah kini di laman tersebut.

Nama Maharaja Zhou sebenarnya merupakan nama antagonis di dalam siri Alam Perwira yang pertama. Namun, beliau sememangnya wujud sebagai manusia bukannya semata-mata watak rekaan Tony Wong. Menjadi pemerintah terakhir dinasti Shang, beliau diingati oleh sejarawan China sebagai seorang maharaja yang zalim.

Tetapi, harus diingat bahawa sejarah ditulis oleh mereka yang menang. Maka, tidak mustahil sebenarnya nama Maharaja Zhou dicemari oleh dinasti yang berikutnya untuk menggambarkan kekejian baginda dan jasa baik baginda telah dikaburkan dan dipadam dari kitab-kitab sejarah.


Berdasarkan hakikat tersebut, perkara yang sama telah berlaku kepada penyokong-penyokong kerajaan apabila mereka tewas di tangan mahasiswa PAS sejak tahun 1996. Mereka telah diberikan reputasi yang buruk oleh penyokong-penyokong pembangkang khususnya oleh penyokong PAS yang berselindung di sebalik Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di kampus-kampus.

Oleh itu,kehadiran Maharaja Zhou diharapkan dapat memberikan impak baru kepada politik kampus dan seterusnya membersihkan nama penyokong-penyokong kerajaan di IPTA. Kiranya ini tidak dilakukan, nama penyokong kerajaan di dalam lipatan sejarah akan tercemar, samalah seperti mana tercemarnya nama Maharaja Zhou, Maharaja Dinasti Shang yang terakhir!



Hijri Date for Your Blog

<< November 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30


PEMIKIRAN MAHARAJA ZHOU


Blog ini didedikasikan kepada semua pengunjung-pengunjung Idealis-Mahasiswa terutamanya peminat-peminat tulisan-tulisan Maharaja Zhou. Artikel-artikel yang dimuatkan merupakan koleksi tulisan Maharaja Zhou sejak awal kemunculannya di IM.

Amaran! Pemikiran Maharaja Zhou Tidak Sesuai Untuk Dibaca Oleh:

(1) Ahli Jamaah Yang Mengandung

(2) Ahli Jamaah Yang Mengalami Masalah Jantung

(3) Ahli Jamaah Yang Sakit Mental Setelah Pulang dari Tamrin Panjang ataupun Tamrin Jelas Fikrah

(4) Ahli Jamaah Yang Mengalami Sakit Kelamin Setelah Proses Baitul Muslim

(5) Mahasiswa ataupun Individu Yang Khayal dengan Candu ataupun Dadah berjenama PAS

Link Blog Sahabat

Bahaya Syirik!

Angin Perubahan

BLOGGER PEMBELA NEGARA ( BPN )

Panglima Perang Cyber

Odieneology

Belantan

Keris Pusaka Melayu

Idealis Mahasiswa

Cerita Kampus

Pemikir Mahasiswa Online

Dr Novandri

Anwar Ibrahim Dot Com

Gerakan Anti PKR

Pilihan Anda

Perak Bangkit

Peace Of Mind

Gegernya

Aspirasi USM

Shamsuddin Moner

Tok Limbong

Selamat Membaca dan Menghayati Pemikiran Maharaja Zhou!

unique visitors counter

Add to Technorati Favorites


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, November 19, 2008
DAP Punca Dato' Rafiah Tidak Disambung Kontrak?

Kebelakangan ini kita dapat perhatikan isu perlantikan ataupun lebih tepat penamatan kontrak bonda Dato' Rafiah Salim sedang di api-apikan oleh sesetengah pihak. Mereka ini cuba menghasut dan mengadu-dombakan Dato' Rafiah agar bertindak mengeluarkan kenyataan yang berbau anti KPT.

Oleh itu, penulis menasihatkan agar mahasiswa Universiti Malaya tidak turut sama menari di atas lantai yang kurang rata itu.Kita harus melihat sesuatu perkara tersebut dari sudut yang lebih besar dari ruang lingkup dunia mahasiswa semata-mata. Ada yang mengatakan bahawa AUKU adalah punca jatuhnya penarafan Universiti Malaya.Tetapi, harus diingat jikalau 'undang-undang cekik darah' AUKU itu puncanya, kenapakah 3 buah universiti (Peking University, Tsing Hua University, dan Chinese University Hong Kong) di China berada dalam 50 buah universiti terbaik dalam penarafan THES.

Semua maklum bahawa pemerintah Beijing bukanlah sebaik kerajaan Malaysia. Peristiwa Medan Tiananmen 1989 merupakan saksi kepada sikap pemerintah China terhadap mahasiswa yang melawan rejim komunis tersebut.Berapa ramai mahasiswa yang mati digilis kereta kebal tentera komunis China.Oleh itu, berdasarkan faktor tersebut, jika ada yang cuba mengaitkan AUKU dengan kelembapan Universiti terutamanya dari segi penarafan, kenyataan tersebut tidak berasas langsung.

Hakikatnya, kejatuhan Universiti Malaya disumbangkan oleh faktor-faktor seperti berubahnya tiang gol oleh pihak penilai THES,kurangnya pakar-pakar dari UM yang dikenali di peringkat antarabangsa di kalangan "peer","citation" kerja-kerja yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik UM, jumlah pensyarah yang mempunyai phD dan juga jumlah pelajar antarabangsa di UM.Kesemua ini tidak berkait dengan politik mahasiswa.Tiada indeks mahasiswa boleh berpolitik dalam penarafan THES.Oleh itu, sangkaan-sangkaan dan tuduhan dangkal pemimpin mahasiswa pembangkang seharusnya ditolak jikalau punca kejatuhan UM dikaitkan dengan kebebasan bersuara mahasiswa pembangkang.

Oleh kerana penarafanTHES,UM selalu menjadi sasaran di Parlimen,khususnya dari parti pembangkang. Kita seharusnya melihat faktor-faktor yang menyumbang rentetan peristiwa penamatan kontrak bonda Rafiah.Selepas kegagalan UM mendapat tempat sebagai "top 200" dunia perkara ini telah menjemput ulasan ahli Parlimen DAP:

"Universiti Malaya merupakan satu-satunya universiti yang mempunyai Naib Canselor yang tidak bergelar Profesor iaitu tiada PhD,"

"Mungkin ini yang menyebabkan kedudukan ranking UM jatuh sejak akhir-akhir ini,"

Lim Lip Eng (DAP-Segambut)

Ucapan ini dikeluarkan oleh Lim kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohd Khaled Nordin ketika beliau menyampaikan ucapan penggulunggan Bajet 2009 di Dewan Rakyat 3 November lalu. Perkara ini dilaporkan oleh Intan Abdullah dalam artikel bertajuk:UM merudum kerana Naib Canselor tiada PhD?(Nota:Oleh itu, Intan Abdullah juga ber"dosa" kerana mewarwarkan perkara ini sehingga sampai ke laman web mahasiswa pembangkang dan tatapan umum pembaca Harakah).

Penulis merasa sedih kerana pemimpin mahasiswa pembangkang yang lantang bersuara tidak mengkritik ucapan oleh Lim dan tidak pula beria-ia mempertahankan Bonda Rafiah yang dihina oleh ahli Parlimen Segambut semasa kenyataan ini masih lagi segar.Tetapi, apabila KPT bertindak berdasarkan tekanan pihak pembangkang terutamanya DAP, barulah keluar 'air mata buaya' pemimpin mahasiswa pembangkang menyokong Bonda Rafiah.

Tidakkah ini satu hipokrasi pemimpin mahasiswa pembangkang namakan sahaja PMIUM dan pembangkang MPPUM bertopengkan Pro-M?

Jikalau Bonda Rafiah disambung kontrak nescaya pihak mahasiswa pembangkang ini akan mengkritik KPT kerana masih mengekalkan Bonda Rafiah yang tidak berjaya walaupun berusaha keras dan gigih untuk menaikkan kedudukan UM kembali ke tangga 200 Universiti terbaik dunia.

Mereka akan menyebarkan fitnah bahawa cengkaman isteri seorang ahli kabinet masih berpengaruh dalam menentukan siapa NC universiti-universiti Malaysia sebagaimana tuduhan palsu lagi tidak bertanggungjawab Norazali Zainuddin, Exco PMIUM merangkap Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional terhadap Profesor Dato' Ghauth Jasmon, NC baru UM, sebagai kroni Dato' Khaled dan Dato' Idris kerana berasal dari satu negeri.

Oleh itu, penulis menyeru kepada mahasiswa dan juga Bonda Rafiah supaya tidak terpedaya dengan dakyah palsu mahasiswa pembangkang yang terkenal dengan taktik kotor dan adu-domba mereka semata-mata untuk memburukkan kerajaan.


Posted at 01:21 pm by maharaja_zhou
Make a comment  

Saturday, November 15, 2008
Antara Andalusia,Mudajjal dan PKR

1492 merupakan tahun di mana kerajaan Islam terakhir di Semenanjung Iberia ditumbangkan. Kerajaan Nasiriyyah Granada yang berajakan Abu 'abd-Allah Muhammad telah dikepung oleh Kerajaan Aragon dan Castille.400,000 nyawa umat Islam berada dalam ancaman. Setelah perundingan dijalankan dan Perjanjian Granada dimeterai pada November 1491, 2 bulan kemudian, Abu 'abd-Allah Muhammad telah menyerahkan kunci Kota Granada kepada Isabella dan Ferdinand.

Perjanjian Granada bunyinya sungguh indah.Orang Islam dibenarkan melaungkan azan seperti biasa. Orang Kristian tidak dibenarkan mengintai-intai rumah orang Islam lebih-lebih lagi Masjid.Malahan, jikalau ada orang Kristian Sepanyol yang mengejek-ejek orang Islam,mereka akan dihukum mengikut Perjanjian Granada.

Cantiknya Perjanjian Granada. Tidak hairan,Abu 'abd-Allah boleh mengalah. Penambah perisanya, dalam sejarah Granada,kota tersebut dipendekkan umurnya oleh sekumpulan orang Islam yang di dalam tarikhnya disebut sebagai Mudejar.Mudejar adalah orang Islam yang tinggal di bawah pemerintahan Kristian Sepanyol.Mereka juga bersama-sama dengan Kerajaan Kristian Sepanyol meruntuhkan kerajaan Islam terakhir di bumi Iberia itu.

Mudejar dikatakan berasal dari perkataan mudajjan,yakni orang yang dijinakkan (untuk berada di bawah naungan kerajaan Kristian Sepanyol)tetapi ada yang mengatakan bahawa ia dari perkataan mudajjal.Maknanya, faham-faham sendirilah.Tidak kurang juga di antara mereka putera-putera raja Muslim Sepanyol yang mengira-ngira untuk mendapat laba dari tuan Kristian Sepanyol mereka samada menjadi menteri ataupun upah khianat mereka.Mereka ini juga menjadi dajjal di sebalik runtuhnya Kota Granada.

Tetapi, janji hanya tinggal janji.Tahun 1499, perjanjian itu diingkari,Cardinal Francisco Jiménez de Cisneros telah memulakan pengKristianan paksa orang Islam di Granada. Dikatakan,rumah-rumah keturunan Muslim dipaksa menggantung babi,tanda mereka bukan lagi Islam.Inkuisi Sepanyol dimulakan,sesiapa sahaja yang tidak Kristian Katolik disalib dan mata mereka dicungkil. Ribuan muslimin dipaksa murtad. Walaupun pemerintahan Abu Abdullah tidak sempurna (dan dikatakan beliau telah merebut kuasa dari bapanya sendiri), tetapi dia masih Islam dan iman umat Islam masih terjaga di bawah pemerintahannya yang dikritik sebagai lemah dan lembab.

Maka,jika dilihat kepada senario hari ini, kita melihat hikmah mempunyai dan dinaungi oleh sebuah kerajaan Islam diambil mudah.Orang menganggap ia mudah datang dan mustahil untuk pergi. Alasan untuk menumbangkan kuasa sesuatu kerajaan Islam cukup mudah,atas nama memerangi korupsi,kezaliman dan kronisme adalah panji-panji murah yang dikibarkan oleh sesetengah pihak.

Adakah tidak terguris hati sebahagian umat apabila baru sahaja didedahkan 301,000 isi rumah orang Melayu Islam masih di bawah RM1000, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang,P Ramasamy ingin membuka jawatan-jawatan kerajaan negeri kepada semua orang. Dan mendukacitakan lagi,dia tidak segan silu memfitnah orang Melayu/Islam yang berjawatan di peringkat kerajaan negeri mengoyak borang permohonan orang bukan Melayu yang memohon.

Tiada pula tindakbalas daripada orang Melayu Parti Keadilan Rakyat di dalam kerajaan negeri. Seolah-olah mereka sudah dijinakkan seperti mudejar Kerajaan Kristian Sepanyol. Apakah mereka tidak berfikir antara jawatan dalam kerajaan negeri tersebut termasuklah jawatan di pejabat ugama?Adakah nanti atas nama samarata, Pulau Pinang akan mempunyai Kadi beragama Hindu,Kristian ataupun Buddha?Nampaknya lucu, tetapi usikan ke arah itu sudah mula berlaku.

Menghairankan lagi mudejar-mudejar ini terus melakukan apa sahaja untuk menyedapkan hati sekutu mereka.Mereka memuji Adun Canning sebagai pandai membaca Al Quran tetapi musuh mereka yang Islam pula sebagai orang yang dibenci Tuhan. Mereka berbangga apabila Lim Guan Eng hendak menjadi Umar Abd Aziz tanpa menyedari bahawa Allah tidak akan memandang kepada bagaimana berazamnya seseorang yang kafir itu mencontohi kebaikan seorang mukmin melainkan ia dimulakan dengan si empunya badan itu melafazkan dua kalimah syahadah.

Apakah tidak sedih Umar Abd Aziz, apabila seseorang yang tidak berkhitan itu yang dipuja dan dipuji dan disamakan dengan beliau oleh orang yang mengaku muslim dan mukmin? Jadi,tidakkah sama nilai mereka ini dengan mudajjal?

Oleh itu,janganlah kerana digula-gulakan dengan orang lain pandai menyebut nama seorang dua khalifah Islam dan tahu barang satu dua ayat al Quran dan Hadith, kita hendak menggadaikan kuasa yang ada pada kita.

Ingatlah, orang Islam Granada dijanjikan perkara yang jauh lebih baik dari itu untuk memujuk mereka agar menyerahkan kuasa politik mereka. Tetapi, harga yang perlu mereka bayar akhirnya adalah untuk berada di tiang-tiang salib dengan mata yang dikorek dan kaki tangan mereka dikudungkan.


Posted at 08:25 pm by maharaja_zhou
Comments (19)  

Thursday, November 13, 2008
Benarlah Bahawa Geng Sekam Cinta Pukul Pegawai HEP !!

*Nota:Artikel ini ditulis oleh penulis pada 28 Januari 2008,hampir menjelangnya Tahun Baru Cina. Sekam Cinta merujuk kepada sebuah siri drama di TV3 yang mengisahkan seorang professional yang akhirnya terlibat dengan kegiatan kumpulan pengganas. Walaupun 2 tahun berlalu, artikel ini amat relevan dengan perjuangan mahasiswa samada perjuangan tersebut akan menjadi Jihad yang pejuangnya mendapat keredhaan Allah ataupun perbuatan tersebut hanyalah suatu kejahatan yang membawa fitnah kepada Deenul Islam.


Tahun Baru Cina bakal menjelang, Awal Muharam tidak lama menyusul dari belakang. Namun, malang sekali, kita melihat gerakan mahasiswa PAS lebih bajingan, barangkali sempena menghampiri tahun anjing. Kita tidak tahu kalau menjelang tahun babi, mahasiswa PAS lebih membabi buta pula sifatnya sempena mengikut horoskop Cina tersebut.

Peristiwa terpukulnya saudara Kalam Azad merupakan detik sedih kepada mahasiswa. Kebiadapan ahli dan bekas ahli PMIUM yang bertindak memukul dan menerajang Kalam Azad menunjukkan bahawa sifat militan dan penakut memang tidak dapat dipisahkan daripada PMIUM. Mereka ini yang sudah berbai'ah dan beraku janji dengan cita-cita perjuangan yang ganas ala Sekam Cinta ini tidak segan silu untuk menggunakan kekerasan. Kebijaksanaan yang Allah Taala berikan kepada mereka digunakan pada jalan yang bathil. Kecintaan mereka kepada umat telah dikorupkan oleh geng Sekam Cinta sehingga menyebabkan mereka tidak dapat membezakan di antara Islam yang sebenar dengan perjuangan yang bathil.

Maka, terungkaplah apa yang diindoktrinkan dalam usrah-usrah dan tamrin-tamrin PMI dalam bentuk perbuatan. Selama ini, mereka hanya menerbitkan sifat jahat mereka dalam bentuk pemaksaan siswi-siswi berempit, berdemonstrasi tidak kira tempat dan juga memorandum biadap. Tetapi, hari ini kita dapat melihat bahawa mereka tidak segan silu untuk menggunakan terorisme untuk mencapai matlamat mereka.

Mangsa kali ini adalah sdr. Kalam Azad, seorang pegawai HEP Universiti Malaya yang tidak jemu-jemu menjaga kebajikan dan keselamatan mahasiswa Universiti Malaya. Oleh kerana takut akan kebejatan mereka terbongkar, maka ahli Sekam Cinta bernama ZainulFaqar alias Syamsul Azura, Ghadafi dan juga Khairul Anwar Mat Zuki alias Mat Sabu pantas memukul sdr Kalam untuk memastikan tiada lagi gambar diambil untuk diambil sebagai bukti penglibatan mereka dengan PAS. Perkara ini penting kerana ada di antara mereka ini yang berkhidmat dengan kerajaan di Putrajaya, maka adalah penting pekung ini ditutup.

Tidak dapat diselindungkan pula bahawa penyokong mereka berasa bangga pula dengan tindakan teroris tersebut melalui ruangan Ucapan Siswa Idealis Mahasiswa:

BARU
diterima pada: 21 Januari 2006
daripada: anbu_squad
kepada: kalam/kelam
ucapan:
kalam kenapa hatimu kelam
seperti berada dalam kegelapan
bagaikan haruan makan ikan
mengapa engkau menjadi org suruhan

kalam ditampar oleh seorang pejuang islam semasa demontrasi utk membertahankan artikel 121(a)
20 januari 2005...masjid negara..kerana sikap kurang ajarnya

Wa makaru, wa makarollah, wallahu khoirul makiriin, mereka merancang, Allah merancang, tetapi Allah jua sebaik-baik perancang. Jika mereka lepaskan Kalam Azad bebas dan merdeka, maka tiadalah mudarat bagi mereka. Tetapi, kerana naluri pengganas yang meresap di hati, maka akhirnya mereka bakal terjebak. Diberitakan bahawa sdr. Kalam sudah melaporkan kepada Balai Polis Brickfield akan kejadian tersebut dan suatu medical check up telah diadakan di Hospital Kuala Lumpur.Begitulah hebatnya perancangan Allah untuk membongkar sifat ganas PMIUM.

Dilaporkan juga tisu rahang sdr Kalam terkoyak akibat pukulan penganas-pengganas geng Sekam Cinta cawangan Universiti Malaya tersebut mengakibatkan beliau sukar berkomunikasi dan makan. Kita hairan mengapakah saudara Kalam yang terkenal berhemah ini menjadi mangsa, apakah mereka akan mengambil tindakan yang sama jika Mahaganapathy yang berada di situ? Nyatalah pengkhianat-pengkhianat bangsa ini hanya berani memukul bangsa sendiri. Seperti yang dicabar Syamsul Azura yang semakin takut menanti Zainul Faqar dipenjarakan, pihak berwajib telah menyiasat dan akan mula mengambil keterangan dari beliau tidak lama lagi. Maka, kita akan melihat bahawa kebenaran akan pasti muncul dan kebathilan akan hancur dengan sendirinya walau mereka yang derhaka kepada Allah, dan Rasul serta mereka yang berkuasa di kalangan mereka, amat membencinya. Saat kehancuran buat mereka pasti akan tiba.

Tindakan sdr Kalam mengambil gambar tatkala demonstrasi berlaku adalah hak beliau. Ini perkara asas dalam hak asasi manusia. Jika SMM menuntut agar hak mereka berdemonstrasi dibenarkan, salahkah pula orang yang hendak mengambil gambar? Adakah kerana beliau pegawai HEP maka dinasabkan haram hukumnya pula untuk pegawai HEP memetik kamera? Apakah kerana beliau pegawai HEP maka boleh geng Sekam Cinta cawangan Universiti Malaya memukul sehingga mencederakan sdr Kalam? Inilah bukti bahawa kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh PMIUM, GAMIS dan SMM omongan kosong semata-mata. Jika memetik gambar pun dibelasah, maka apa yang akan terjadi jika kita serahkan kampus, dan lebih besar lagi negara kita kepada golongan seperti ini. Negara kita akan menjadi huru hara dan hukum rimba bakal menjadi undang-undang Malaysia.

Akhir kalam, saya ingin menasihatkan kepada pihak laman web mahasiswa pembangkang, jika anda ingin hilang kredibiliti anda, teruskanlah menyiarkan kenyataan Syamsul Azura berkenaan hal ini. Jangan biarkan kebodohan seseorang menjejaskan perjuangan anda di jangka masa yang panjang. Jika tidak pandai menyembunyikan jejak, maka janganlah disabitkan orang lain akan kesalahan kita.Salah langkah laman web tersebut pula dikatakan menghasut untuk bersama dalam demonstrasi haram yang mengakibatkan saudara Kalam dipukul. Biarlah dia dengan blognya sahaja yang tenggelam mempertahankan egonya yang karam itu.

Buat pengakhiran, Selamat Awal Muharam dan Selamat Tahun Baru China!


Posted at 01:48 pm by maharaja_zhou
Make a comment  

Monday, November 10, 2008
PMIUM Isytihar Perang Ke Atas NC Baru UM?

Penulis baru-baru ini melihat video DEMO sekumpulan gadis-gadis bukan Islam yang nampaknya berperawakan tomboy membantah fatwa pengharaman Tomboy oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Terdetik rasa hati penulis, jikalau DEMA turut mengeluarkan kenyataan yang menyokong tomboy-tomboy tersebut, adakah penjaga agama akan bersama agama ataupun bersama DEMA?

Setakat ini, tiada sokongan atau kenyataan yang dikeluarkan oleh penjaga agama dan kumpulannya secara rasmi.Mungkin mereka menunggu Salahuddin Ayub ataupun Idris Ahmad bersuara, barulah mereka ini bergegas menjaga ugama. Begitulah nasib agama kita, semuanya perlu menunggu keputusan jamaah yang politikal. Jika ia tiada untung dalam mengenakan kerajaan, biarkan ia sahaja.Biarkanlah orang kata sebarangan terhadap agama jikalau ia dilakukan oleh sekutu harbi jamaah politik tersebut.

Maka, diberitakan penjaga solidariti dan kompeni telah melawat bekas Naib Canselor Universiti Malaya. Penulis memuji tindakan demikian. Begitulah caranya mahasiswa menghormati yang lebih tua.Namun, alangkah baiknya jikalau sikap sebegini ditunjukkan oleh gerombolan ini terhadap pimpinan lain universiti dan juga pimpinan negara. Cuma, janganlah pula tindakan baik ini disusuli pula dengan perbuatan bersifat baling batu sembunyi tangan dan telunjuk lurus kelingking berkait.

Inilah yang dikesali penulis apabila Dato'  Rafiah Salim ingin diadu-dombakan oleh Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Norazali Zainuddin dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Tidak perlulah kes 48 jam itu diperbesar-besarkan. Kerana biarlah Dato' Rafiah dipandang sebagai wira yang menaikkan kedudukan UM, 8 anak tangga lebih tinggi dalam THES dan dinobatkan sebagai universiti terbaik Malaysia. Dan adalah lebih afdhal juga dibesar-besarkan jasa Dato' Rafiah yang mementingkan Key Performance Index (KPI) dalam pentadbirannya.

Biarkanlah si Bonda pergi dengan rasa dihargai dan besar hati bukannya dicucuh lagi kebencian dan adu domba. Ini bukan kerja seorang ahli Majlis Mesyuarat Kampus yang pernah berbai'ah kepada Allah Taala.Bukan sahaja tiada pahala tetapi juga tiada nilai akademik dan inteletual sehingga boleh dibidas oleh seorang non Muslim yang bernama Lau Kok Hwa.

Namun, persoalan kini adakah Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional sedar apa yang ditulisnya?Penulis melihat sebarang tindakan KPT khususnya dan kerajaan umumnya adalah buruk pada pandangan aparat-aparat PAS yang bertopengkan mahasiswa ini. Malahan, perlantikan Naib Canselor baru Universiti Malaya,Professor Dato' Dr. Ghauth Jasmon ini dipandang sinis oleh Norazali yakni ibarat kata Lau Kok Hwa sebagai "mengikut perasaan".

Mungkin si Norazali cuba menjadi lain dari orang lain serta berpandangan lateral tetapi pandangannya bertepatan sekali dengan lirik  sebuah lagu nasyid yang popular:

Pandangan mata selalu menipu,

Pandangan akal selalu tersalah,

Pandangan nafsu selalu melulu,

Pandangan hati itulah yang hakiki,

Kalau hati itu bersih.

Lantas dituduh perlantikan Professor Dato' Ghauth sebagai perlantikan kroni.Tuduhan tiada asas ini tentulah memalukan Universiti Malaya dan penulis merasakan Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional ini sebagai mahasiswa UM dan exco PMIUM perlu meminta maaf kepada NC UM di atas kebiadapan dan keceluparannya dalam artikelnya. Walaupun hanya sebagai nukilan di dalam blog, ia telah diambil oleh mahasiswa pembangkang sebagai satu artikel yang menarik perhatian lebih 500 orang pembaca di laman mereka. Tentulah ini mencemarkan nama baik Universiti Malaya di hadapan ramai pembaca dan pengikut laman web tersebut.

Rasa sangsi dan tiada hormat terhadap perlantikan Prof.Dato' Ghauth Jasmon dinukilkan sebagai "seperti menukar pakaian" oleh Norazali. Kita menunggu tindakan daripada pihak Universiti dan meminta agar sebelum apa-apa tindakan ini dimulakan, Norazali sepatutnya memberi surat tunjuk sebab kepada ayahanda Prof. Dato' Ghauth di atas tuduhan palsu tersebut.

Jikalau PMIUM bermaruah, sepatutnya tindakan bijak PMIUM adalah memecat Norazali dari jawatan exco PMIUM yang disandangnya.Jika tidak, ini bermakna PMIUM telah mengisytiharkan perang terhadap Prof. Dato' Ghauth Jasmon, NC baru Universiti Malaya kerana pandangan Norazali itu adalah pandangan yang berautoriti dari seorang "menteri kabinet" PMI.

Sebenarnya, penulis yakin Prof. Dato' Ghauth sudah masak dengan perangai aparat-aparat PAS di kampus. NC baru UM tersebut mempunyai pengalaman sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan yang banyak melihat perpecahan ummat hanya disebabkan oleh perbezaan jamaah dan ideologi politik terutamanya di kalangan pensyarah-pensyarah. Oleh itu, selain daripada menaikkan kedudukan UM sebagai menara gading tertua di dunia dalam persada akademik dan penyelidikan, NC baru ini juga akan bertindak atas pengetahuannya tentang perangai dan sikap ahli-ahli jamaah PAS yang hanya melemahkan UM sebagai pusat ilmu akibat aktiviti subversif mereka.

Mereka ini melemahkan pelajar dengan takwim perkaderan. Untuk pensyarah pula, mereka ini hanya mengambil kroni-kroni mereka sahaja di jabatan yang mereka kuasai. Kita boleh lihat penerbitan mereka pun tidaklah setara mana berbanding professor-professor terutamanya dari jamaah Tabligh dan JIM kerana puak-puak PAS ini banyak tertumpu kepada kerja politik semata-mata.

Dengan itu, penulis tidak lupa untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada Prof. Dato' Dr. Ghauth Jasmon dan selamat datang ke Universiti Malaya.Semoga pentadbiran Dato' akan membawa Universiti Malaya ke arah kecemerlangan, kegemilangan dan terbilang di Malaysia dan Antarabangsa.


Posted at 11:15 am by maharaja_zhou
Comments (3)  

Saturday, November 08, 2008
Apabila Penjaga Agama Menjadi Penjaga Solidariti

Muktamar JIK(Jamaah Islam Kampus) biasanya diadakan lebih awal dari muktamar PMI. Selalunya dalam sebulan ataupun dua bulan.Muktamar PMI hanyalah kulit ataupun wayang sahaja. Mana tidaknya, ia perlu diadakan supaya ia kekal sah dan juga sebagai indikator bahawa seperti persatuan yang lain,mereka juga beraktiviti. Namun, aktiviti yang ditunjukkan hanyalah yang legal semata-mata. Yang haram semuanya dibentangkan semasa muktamar JIK.

Tidak penulis ketahui seratus-peratus samada pucuk pimpinan JIK sudah berubah. Biasanya amir kampus memegang juga jawatan Presiden PMI. Penulis cuba menjadi nujum pak belalang,meneka sama ada sudah berubah ataupun tidak struktur tanzim jamaah tersebut tatkala Presidennya sekarang sudah menjadi Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Sekiranya belum lagi,maka Amir Kampus memegang satu lagi jawatan jamaah yang sangat membebankan apatah lagi jikalau berlatarbelakangkan "tarbiyyah".

Biasanya, aparat PMI yang memegang jawatan Pengerusi SMM terpaksa banyak beralah terutama sekali dari aspek ke"thiqahan"nya. Orang yang menjadi Pengerusi SMM banyak berhubung dengan DEMA (sayap politik DAP di kampus-kampus),mengeluarkan kenyataan akhbar yang merugikan umat Melayu dan umat Islam serta terlibat dalam demonstrasi atau perarakan yang tiada faedah dari segi ugama yakni meniru perbuatan kafirin seperti membakar lilin,membawa keranda dan sebagainya.

Mungkin juga dihantar Haafizuddin kerana nampaknya si empunya badan dirasakan kuat dan mampu berhadapan dengan cabaran seperti ini. Mungkin juga dihantar oleh si penjaga ugama ini kerana beranggapan orang lain sebelum ini hanyut dengan kelaghaan non muslimah di dalam mesyuarat-mesyuarat bersama DEMA.

Selama ini, sang Pengerusi-pengerusi SMM hanyalah sesuai berhadapan dengan muslimah/siswi yang cukup sifat auratnya,tetapi pabila memakai baju SMM,terlupalah bahawa mereka ini pernah berbai'ah bukan sahaja setakat pimpinan Jamaah kampus dan PAS Pusat tetapi juga kepada Allah Taala.

Majlis Syura Kampus mungkin telah memberi kata jawabnya melihat keghaflahan pengerusi-pengerusi SMM sebelum ini.Maka,inilah masanya Haafizuddin merubah kealpaan orang-orang yang terdahulu yang pernah tercabut thiqahnya di pandangan masyarakat samalah tercabutnya ketayap mereka dalam mesyuarat SMM.Adakah "solid" ugama si penjaga agama?Itu persoalan yang akan diperhatikan ramai.

Jikalau tidak,maka malanglah sekali sang penjaga agama.Bukan sahaja rugi di pandangan mahasiswa tetapi rugi juga di pandangan agama.Penulis mengucapkan takziah atas taklifan baru ini yang seolah-olah seperti yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran(harapnya yang tercicir itu bukanlah agama).



Posted at 08:28 pm by maharaja_zhou
Make a comment  

Tuesday, November 04, 2008
Betulkah JIK/PMI Hendak Boikot Pilihan Raya Kampus Akan Datang ?

Menelusuri pemikiran dan strategi aparat-aparat PAS di kampus-kampus sebenarnya bukan suatu perkara yang sukar. Jikalau seseorang itu telah bergelumang dengan politik kampus untuk 3 tahun berturut-turut, pola dan rentak tari pemain-pemain JIK/PMI boleh diduga dengan pantas sekali.

Setiap gerakan mahasiswa ataupun jamaah sebenarnya seperti seni mempertahankan diri. Dalam cerita silat ataupun kungfu,jikalau lawan memahami dan dapat menduga gerakan lawan,maka ia adalah penghujung nyawa bagi yang dilawan.Maka, bagi sesiapa yang ingin menguasai rentak tari politik kampus apatah lagi yang didasari atas dasar ideologi dan/ataupun jamaah,pembacaan bunga dan seni tari lawan amatlah penting dalam memenangi pertarungan di alam tersebut.

JIK/PMI mempunyai rentak dan bunganya yang tersendiri. Jurusnya paling tinggi adalah hikmat pengikis sarafnya dalam politik kampus. Tetapi, roh yang digunakan untuk menguatkan segala pukulan dan mengasbabkan kekebalannya adalah pemujaannya terhadap PAS dan pimpinannya. Dan untuk mendapatkan bantuan berterusan ini,mahasiswa dikorbankan melalui upacara bai'ah. Syahdan mahasiswa terus dijadikan tenaga kerahan semasa pilihanraya kecil mahupun umum untuk santapan roh agung tersebut.

Maka,diserulah segala hamba jamaah PMI/JIK seantero kampus untuk memboikot pilihanraya kampus. Tentulah ironi sekali. Adakah ini lawak sitcom terbaru waris-waris Raja Lawak Parti Mahasiswa Negara (PMN) [yang mana hilang langsung selepas pilihanraya umum yang lepas?]. Sanggupkah mahasiswa yang berbai'ah dengan PAS ini memboikot pilihanraya kampus?

Penulis tidak yakin mereka berani memboikot pilihanraya kampus dan penulis mencabar mereka untuk melakukannya.Oleh itu, penulis mengingatkan kepada mereka agar jangan berkata sesuatu perkara yang mereka tidak (akan?) lakukan.Dan  ini termasuklah memboikot pilihanraya kampus.

Aparat-aparat PAS ini membuat seribu satu alasan untuk memboikot pilihanraya kampus tetapi itu hanyalah sekadar omongan sahaja. Ini adalah untuk memastikan bahawa pihak lawan tidak bersedia, padahal mereka sejak dari Minggu Haluansiswa lagi sudah mula berkempen dan menyiapkan Operasi Gerak Gempur mereka untuk propaganda mereka.

Matlamat mereka dalam menggembar-gemburkan pemboikotan itu(yang tidak akan mereka lakukan) untuk menarik perhatian mahasiswa supaya bersimpati dengan mereka. Mereka cuba menanamkan perasaan benci kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan juga pihak Universiti supaya sokongan mahasiswa beralih kepada mereka.

JIK/PMI mahu agar mahasiswa yang terpengaruh,akan turun mengundi dengan marah serta akan mengundi calon-calon mereka yang termakan dengan taktik dan tipu-muslihat mereka. Mereka menjangka mahasiswa akan marah dengan hasutan bahawa mahasiswa sedang ditindas dan penindasan itu adalah dirancang secara teliti oleh pihak KPT.

Hairan sekali,KPT yang mempunyai banyak perkara untuk difikirkan seperti perancangan belanjawan Universiti-universiti, perlantikan pensyarah-pensyarah berwibawa, peruntukan geran-geran penyelidikan bertaraf dunia,peningkatan penarafan IPT tempatan serta pengkomersialan produk-produk boleh mempunyai masa untuk merancang menindas mahasiswa.Mahasiswa pembangkang tentu suka berkhayal ataupun takut dengan bayang-bayang yang tidak wujud. Tidak hairanlah jika Mastika terus diminati ramai termasuklah mahasiswa pembangkang.

Mahasiswa PAS menjangka keputusan pilihanraya umum bakal mempengaruhi pilihanraya kampus.Mereka hendak membuat  taktik"reverse psychology"kepada mahasiswa. Ini samalah taktik yang digunakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang, Lim Guan Eng (yang sering dikaitkan oleh mahasiswa PAS dengan Umar Abd Aziz,jikalau beliau mengetahui perkara ini,tentulah beliau sendiri akan menangis).

Lim pernah mengingatkan pengundi PRU yang lepas supaya kalau hendak mengundi BN pun,janganlah bagi BN menyapu semua kerusi. Natijahnya, Pulau Pinang berketua menterikan DAP dan PAS dengan tidak malunya meminta sedekah (yang ditolak buta-buta) sebagai Menteri Nikah Kahwin negeri.

Semua taktik ini adalah biasa bagi JIK/PMI. Meraih simpati adalah norma bagi PMI/JIK. Maka, penulis mencabar PMI/JIK agar benar-benar memboikot pilihanraya kampus akan datang di kampus-kampus yang belum diadakan lagi.Kita akan melihat samada mereka akan tergolong menjadi puak-puak yang bercakap apa yang mereka buat ataupun sebaliknya.

Rujukan:Boikot pilihan raya kampus akan datang, Ahmad Albab At Tabani,Harakahdaily, 4 November 2008


Posted at 08:36 pm by maharaja_zhou
Make a comment  

Thursday, October 30, 2008
Pasca TAMPAN:Pembahagian Islah dan Bina',Diskriminasi Siswi AI Ke Atas Bukan AI?

Dan berkatalah (sebahagian) golongan sufaha' tersebut, biarkan sahaja perkaderan JIK/PMI diteruskan kerana ia laksana telur ayam oleh sang ibu ayam. Jangan kerana sebiji telur yang busuk,maka dihukumkan semua ayam dan seluruh telur-telurnya berbahaya untuk dimakan. Maka disambung oleh (sebahagian) golongan sufaha', kenapa harus dikisahkan TAMPAN itu, kenapa tiada susah penulis menukilkan hukum-hakam ke atas gegar U, sureheboh dan seumpama dengannya. Lantas, dikatakan oleh sang manusia yang safih itu eloklah dibiarkan sahaja mahasiswa-mahasiswi PMI/JIK berpalitan najis dan mencapai klimaks secara luar tabi'i itu di alam mahasiswa dengan bantuan TAMPAN tersebut.

Tiadalah yang paling dirisaukan oleh para ulama' salafussoleh kepada umat melainkan apabila perkara bid'ah dan dosa dianggap sebagai sunnah dan ajaran ugama. Hukum konsert serta percampuran lelaki wanita ajnabi (lebih syadid lagi kalau dikupas di Kedai Sajian Bonda PMIUM) adalah jelas haram, dan mereka yang terlibat tahu ianya haram dan tidak disukai oleh agama. Tetapi, jikalau perkara yang haram tetapi disalut dengan nama ugama dan perhiasan-perhiasan untuk menampakkan bahawa ianya sunnah, maka sekali  terpalit, susahlah orang yang melakukannya untuk mengatakan ianya dosa. Contohnya, sukar sungguh untuk bekas lulusan Timur Tengah 70-an membanteras mandi safar yang bid'ah kerana dianggap amalan itu sebagai suruhan agama.

Ada yang mengatakan biarkan sahaja perkaderan PAS ini, kerana hasilannya yang "mantap". Maka, jikalau diistinbatkan analogi itu,biarkan sahaja orang-orang pedalaman itu masuk Kristian, kerana kalau masuk Kristian, maka bertamadunlah orang-orang pedalaman itu. Adalah mereka memakai baju, pandai menulis dan tiadalah mereka di hutan belantara lagi. Ia adalah telur yang baik, hemat golongan sufaha' ini. Ataupun, biarkan sahaja ada umat Melayu yang berasulkan Kahar kerana apa salahnya, jikalau pengikut Rasul Melayu itu lagi kuat sembahyang malamnya, berpuasa Nabi Daud, tiada tinggal subuh berjemaah, apatah lagi tiadalah ia berkata perkataan-perkataan yang lagha.

Maka, tidak apa, asalkan telurnya itu molek, sedap putih dan kuningnya. Itulah kepercayaan golongan sufaha' dalam hal memahami hukum-hakam gerakan Islam dalam konteks kepimpinan dalam Khilafah Islamiyyah yang didasari oleh Hadith-hadith Sahih dalam bab Pentadbiran dan Kerajaan.Bagi mereka, perbincangan hukum-hakam bid'ah atau sunnah perkaderan PMI ini hanyalah makam tinggi untuk golongan atas kayangan semata-mata, maka biarlah mahasiswa yang bodoh lagi jahil ini bermain-main dan berklimaks-klimaks dalam gerakan yang menidakkan nilai agama dan kemanusiaan.

Untuk memahami dan menelusuri pemikiran  golongan sufaha' ini tidak susah.Mereka meletakkan jikalau golongan AU (ahli jamaah PMI dipanggil ahli unit) masih beriltizam dengan PAS, maka dia adalah "telur yang bagus".Jikalau, mereka tidak beriltizam dengan PAS maka mereka adalah telur yang busuk. Iltizam dengan jamaah adalah sama dengan ketaatan mereka kepada Allah mengikut formula mudah golongan yang safih ini. Jikalau mereka tidak ke masjid tetapi rajin berusrah (sudah tentunya PAS bukan ABIM-Perlis ataupun Jamaah Islah Malaysia), mereka ini hanya jatuh telur gred B sahaja, tapi jikalau mereka ini keluar dari jamaah tetapi hatinya teguh dengan rumah Allah (walaupun Nabi menjamin keimanannya pun),maka ia adalah telur tembelang yang busuk lagi menjijikkan.

Begitulah mudah mereka ini menjatuhkan hukum bukan berdasarkan neraca Al Quran dan sunnah tetapi berdasarkan "apa orang kata" dan rasa hati semata-mata. Apakah boleh dikatakan seseorang itu pejuang mahasiswa ataupun pejuang "di alam realiti" kalau sekali disergah di alam maya, terus bergegar iman dan jiwa raga? Jikalau hendak menjadi popular dan disanjung, maka teruskanlah mengintimakkan diri dengan golongan Yahudi kampus tersebut.

Allah Taala di dalam Al Quran ada menyebutkan bahawa orang yang takut kepada mereka itu adalah ulama'. Namun, pra syarat untuk menjadi ulama' ini bukan berdasarkan shahadah ataupun kelulusan mereka tetapi adalah taqwa. Tetapi, golongan PMI/JIK ini seperti rabbi Yahudi menganggap mereka ada kuasa untuk menjadi lebih tinggi dari orang lain. Siswi Akademi Islam ini tidak mahu bersama siswi bukan Akademi Islam selepas berbai'ah lalu mewujudkan Unit Bina'. Yang bukan AI, dicampakkan di Unit  Islah. Seolah-olah, mulianya mereka dibandingkan dengan bukan AI.

Jikalau begitulah penggredan telur-telur sesama PMI ini, maka apakah pula gred "telur bukan PMI"? Kewujudan kasta yang dibuat PMI ini menjadikan orang bukan dari Akademi Pengajian Islam ini sebagai pariah. Adakah ini yang diajar oleh Rasulullah? Maka, berlumba-lumbalah siswa dari kalangan AU ini mengejar siswi Bina' ini , kononnya merekalah wanita solehah yang ditunjukkan oleh agama. Padahal, ia bukanlah kriteria yang dikehendaki  agama, belajar agama tidak sama dengan mempunyai agama. Ayah  Pin juga mempunyai isteri  lulusan agama tetapi ia sudah hilang agamanya.

Syahdan, pendedahan ini tidak disukai oleh golongan PMI/JIK ini walaupun ia adalah kebenaran. Malahan, mereka amat membenci golongan yang menentang mereka ini seperti mana Yahudi yang hanya inginkan Nabi tersebut dari golongan mereka sahaja. Golongan sufaha' ini tidak pula mempertikaikan mereka yang menjual kisah mahasiswa untuk kepentingan dan habuan mata dunia yang sedikit seperti Ali Bukhari Amir dan Zainulfaqar Yaacob walaupun mereka ini bukan lagi berbaju mahasiswa lagi. Sufaha' tersebut juga tidak pernah peduli campurtangan Nasir Zakaria, Anwar Ridwan Zakaria, PM Dr Ishak Sulaiman, Prof. Dr. Zulkifli Yusof malahan Muhammad Hussein sendiri dalam dunia mahasiswa yang kononnya sepatutnya dibiarkan kepada mahasiswa untuk mahasiswa seperti yang digembar-gemburkan.

Namun, mereka bertepuk tangan gembira apabila syaitan-syaitan jantan dan betina ini menghasut dan menghembuskan dakyah kesesatan dan mungkar hatta ke salur darah pembuluh mahasiswa. Tetapi, mereka cukup marah apabila orang lain bersama dengan Aspirasi walaupun sekadar tidak ubah seperti para malaikat mendoakan para mujahidin. Maka, adakah patut kita membiarkan sahaja terus perkaderan PMI/JIK ini berlaku? Masakan gagak boleh menghasilkan telur ayam, walaupun rupanya enak dan lazat? Begitulah keadaan perkaderan PMI/JIK ini. Bagaimana elok pun orang berkata sistem perkaderan itu, tetapi jikalau ia dihasilkan dari permulaan yang busuk yakni  menipu di atas nama Nabi dan machivallisme,maka sampai bila-bila pun tidak akan dapat menghasilkan output yang baik.

Namun, jikalau mereka sudah menyumbat hati dan pendengaran mereka maka seribu kali diberitahu pun mereka tidak akan peduli. Golongan sufaha' ini tidak ubah seperti pekak, bisu dan buta serta  telinga mereka ditutup dari seruan penulis dengan jari-jari mereka kerana takutkan kebenaran yang terbentang di hadapan mata mereka.



Posted at 01:37 pm by maharaja_zhou
Comments (14)  

Wednesday, October 29, 2008
DEB dan Mahasiswa Islam

Politik sekular tidak dapat lari daripada material ataupun lebih diwarwarkan oleh PAS sebagai fikrah madiyyah(faham kebendaan). Namun, perkara inilah yang ditumpukan oleh Barat kerana mereka berpendapat bahawa kebahagian di dunia ini boleh ditentukan dengan pembahagian kekayaan yang memuas hatikan semua orang. Tanpa material yang mencukupi, rakyat akan marah dan negara tidak menjadi aman. Terbentuknya rakyat yang aman dan bersatu padu akibat dari cukupnya material boleh memastikan negara bangsa mereka menjadi kuat.

Perkara tersebut bermula dalam abad ke-18 dan diimplementasikan sepanjang abad ke-19 sehinggalah proses kematangannya pada abad yang lepas yang seterusnya menyaksikan kehancuran blok komunis. Namun, di dunia Islam ketika itu,politiknya masih berkisar kepada keturunan siapa  ataupun puak mana yang sepatutnya menjadi khalifah. Walaupun Islam itu lengkap, tetapi umatnya alpa dalam menyelesaikan masalah-masalah dalam fiqhul waqi', menjadikan perkara-perkara ta'zir diambil mudah. Sedangkan Barat semakin maju dalam sains, pembahagian kekayaan, penyusunan undang-undang ta'zir dan persenjataan meninggalkan negara-negara Islam.

Sehubungan dengan itu, DEB sebenarnya adalah salah satu cara untuk menangani masalah pembahagian harta kekayaan tersebut. Sebelum ini, kekayaan negara termasuklah peluang kerja samada di sektor awam apatah lagi sektor swasta dipegang oleh orang yang bukan bumiputera. Natijahnya, keadaan yang menelurkan DEB adalah sama dengan revolusi-revolusi materialisme yang lain, mereka yang berasa tertindas merusuh dan terjadinya pertelingkahan antara kelas ataupun kasta yang rendah dengan yang lebih tinggi. Oleh itu, DEB digubal untuk memastikan semua pihak memperolehi harta secara adil, walaupun nampaknya tidak saksama.

Sasaran kerajaan semasa itu sehinggalah sekarang untuk melihat ekuiti kekayaan tersebut sebanyak 30% menjadi milik bumiputera. Ia sebenarnya tidak saksama kerana bumiputera keseluruhannya meliputi 60%, manakala 50.4% adalahdari kalangan umat Melayu sendiri. Tetapi, adalah mustahil untuk mencapai matlamat 60% tersebut kerana kebanyakan kekayaan ini adalah milik bukan bumiputera dan milikan asing. Maka, kekayaan asing ini diambil tetapi milikan bukan bumiputera dikekalkan supaya sasaran 30% ini dicapai.

Untuk membolehkan mobilisasi sosial berlaku di kalangan kaum bumiputera, sektor awam memulakan langkah merekrut tenaga kerja dari kalangan bumiputera. Dahulu, kaum bumiputera mungkin tertumpu kepada pekerjaan seperti polis dan tentera tetapi perekrutan ini melibatkan juga post berjawatan tinggi (termasuklah guru) di pejabat-pejabat yang dahulunya juga dikuasai oleh bukan Melayu.

Pendidikan diberi keutamaan, lebih banyak sekolah terutamanya sekolah berasrama penuh dibuka untuk memastikan jawatan-jawatan yang memerlukan pendidikan tertiari ini dipenuhi bumiputera. Biasiswa diberikan kepada anak-anak bumiputra untuk melanjutkan ke luar  negara  kerana  hanya satu sahaja  Universiti yang ada iaitu Universiti  Malaya di samping diskriminasi  yang dihadapi  oleh siswa-siswi  Melayu ketika itu di Universiti Perdana tersebut.

Maka, dalam masa yang singkat, mobilisasi  sosial telah berlaku dan telah wujud golongan kelas pertengahan yang lebih ramai di kalangan bumiputera. Dengan itu, pembahagian harta kekayaan di kalangan rakyat Malaysia telah berlaku dengan cara yang adil. Walaupun ada suara yang menggunakan slogan meritokrasi diketengahkan tetapi falsafah pembahagian kekayaan yang menjadi agenda kestabilan politik dan dunia Barat terus diutamakan dan suara-suara negatif itu dinafikan.

Tanpa DEB, falsafah pembahagian kekayaan tersebut akan pincang. Walaupun sekarang, ada diperkatakan yang kaya semakin kaya,dan yang miskin semakin miskin, tetapi pembahagian kekayaan tersebut masih lagi berjalan di mana peluang untuk memobilisasikan diri masih terbuka luas dalam bidang perniagaan dan pendidikan. Pelupusan DEB secara total, memungkinkan akan wujud ketidakseimbangan sosial yang lebih meluas dan ketara.

Meritokrasi menuntut bahawa sesiapa yang lemah akan ketinggalan. Di Universiti misalnya, kursus yang menerima banyak permohonan akan dikekalkan manakala yang gagal mendapat pelajar akan dimansuhkan. Buat masa sekarang, kita tidak dapat nafikan bahawa kursus-kursus agama dan kemanusiaan masih lagi popular kerana jurusan tersebut mendapat permohonan yang tinggi. Ditambah pula majoriti pemohonnya adalah bumiputera dan jumlah yang besar pula dari kalangan luar bandar.

Namun, jikalau meritokrasi menjadi asas, ini akan menyaksikan kemerosotan yang signifikan dalam permohonan kursus-kursus ini. Kehidupan berkadar langsung dengan pekerjaan dan ini merupakan salah satu dari kiraan cara hidup dan falsafah materialisme. Untuk mewujudkan guna tenaga yang efisien, sektor awam dan sektor swasta perlu mengurangkan kos dan meningkatkan guna tenaga yang ada. Meritokrasi mungkin memaksa jabatan ugama untuk tidak lagi mengambil pegawai dari kalangan lulusan agama, tetapi lulusan pentadbiran dan akaun untuk memastikan perkara ini berjalan.

Lulusan agama sudah cukup barangkali seorang di Pusat samada di ibu negeri ataupun di ibu negara untuk menjaga hukum-hakam manakala yang lainnya dipegang oleh graduan lulusan yang lain. Malahan, untuk memastikan keefisienan ini, orang bukan Islam akan turut diberi jawatan kerana lebih layak daripada yang berugama Islam berdasarkan CGPA ataupun kriteria-keriteria lain sesuai dengan tuntutan meritokrasi. Ini adalah natijah daripada pembahagian kek kekayaan berdasarkan meritokrasi dan bukannya falsafah pembahagian kekayaan secara adil.

Dengan itu, semakin kurang peluang pekerjaan kepada lulusan agama dan ini menyumbang kepada penutupan kursus-kursus berdasarkan agama di Universiti-universiti tempatan. Mereka yang masih dengan cara lama (tidak mengikut putaran meritokrasi) yakni melanjutkan pelajaran agama ke Mesir dan negara Timur Tengah yang lain akan ketinggalan. Mereka terpaksa bersaing di pasaran kerja sebagai buruh tidak mahir ataupun peniaga kecil-kecilan yang tidak bergantung kepada kelulusan kerana tiada bantuan dari pihak kerajaan lagi selepas terhapusnya falsafah pembahagian kekayaan yang adil ini.

Manakala, peluang pekerjaan yang ada di sekolah pondok dan sebagainya mungkin masih lagi boleh menampung sebahagian dari mereka ini tetapi ia tentulah berdasarkan juga kepada yuran dan gajinya tentulah lebih kecil daripada sekolah bantuan kerajaan ataupun sekolah antarabangsa kendalian swasta. Ini secara langsung menyebabkan perasaan tidak puas hati lebih menebal di kalangan bumi putera.

Jika putaran ini diteruskan, maka kita boleh melihat kejatuhan yang besar dalam bilangan mahasiswa Islam terutamanya di Universiti yang sudah ternama seperti Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Malahan, jabatan-jabatan ugama di universiti tersebut mungkin dikecilkan dan lambat-laun diserapkan di bawah fakulti sastera. Tiada lagi ambilan untuk jawatan pensyarah untuk bidang agama melainkan barangkali untuk tujuan "memahami terrorisme " ataupun perkaitan Islam dengan penganut agama lain melalui geran tajaan Amerika dan kuncu-kuncunya.

Dengan itu, mahasiswa Islam perlu memahami falsafah DEB dan kesan-kesan DEB jika ia dimansuhkan. Laungan politik semata-mata tanpa memahami kesannya akan menyebabkan kita seumpama si penternak yang membunuh angsa emasnya kerana menyangka di dalam angsa tersebut tentunya banyak emas yang menanti.

Kedudukan sesetengah mahasiswa pada tempat mereka pada hari ini bukanlah kerana mereka benar-benar layak untuk berada di situ. Namun, sebenarnya kerana berdasarkan "layaknya" mereka untuk menerima pembahagian kekayaan secara adil tetapi tidak saksama ini.


Posted at 12:11 pm by maharaja_zhou
Comments (2)  

Sunday, October 26, 2008
Apabila Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional Tidak Tahu Membezakan UNIMAS Dgn UMS

Diberitakan bahawa terdapat satu laman mahasiswa pembangkang yang mengaku kononnya mereka bebas. Lalu diajaklah sekelian mahasiswa untuk menghantar tulisan mereka kepada laman tersebut. Tetapi, pada hemat mereka,mahasiswa semuanya bodoh.Mahasiswa semuanya sedar bahawa pendedahan tentang cara aparatus PAS mengkaderkan mahasiswa untuk menyokong mereka dengan penyiaran tulisan penulis di dalam laman mereka merupakan faktor utama berlakunya penyingkiran besar-besaran artikel lama di laman tersebut.

Tiba-tiba sahaja mahasiswa pembangkang melakukan rombakan besar-besaran terhadap portal itu sehinggakan ada di kalangan mereka yang tidak senang dengan antaramuka barunya. Sebelum-sebelum ini, hanya "shoutbox" yang asyik bertukar-tukar tetapi kali ini, lebih banyak yang ditukar dan dibuang.

Mereka di laman itu menjerit-jerit kononnya mahukan demokrasi. Tetapi, sebenarnya mereka hanya mahukan demokrasi terpimpin sahaja. Tiada unsur hasutan,fitnah ataupun mala fide di dalam artikel ataupun "shoutbox" yang boleh menyebabkan pengendalinya ditahan Akta Hasutan, ISA malahan AUKU.

Namun, disebabkan ia memberi gambaran sebenar terhadap wajah sebenar JIK/PMI, ia dibuang dan dibersihkan. Mereka tidak berani menyiarkan penamat kepada kisah TAMPAN (Tamrin Panjang: Wujudkah PMI Tanpa TAMPAN?) kerana ia adalah jurus terakhir yang bakal menggoncangkan kepercayaan dan kethiqahan mereka yang telah berbai'ah bathil kepada JIK/PMI. Ini adalah kerana kepala-kepala najis mula memetik punat memarahi aparat-aparat PAS di alam maya. Ini bagaikan nasib si batu dalam kisah Ahmad Albab,akhirnya dibuang ke dalam penjara oleh tuan Sarjana.Begitulah nasib pengendali laman tersebut kerana menyiarkan pendedahan berkenaan Tamrin Panjang.

Dengan itu,keluarlah artikel-artikel yang kadang-kala tidak berkualiti. Adakalanya semata-mata melepaskan batuk di tangga. Sehinggakan ada artikel yang ditulis menunjukkan kedangkalan orang yang menulisnya. Tetapi, inilah nasib bagi orang-orang yang asabiyyah yakni menyokong antara satu sama lain atas dasar kezaliman dan kepuakan yang sempit.

Artikel tersebut disiarkan semalam,kononnya seorang pelajar Universiti yang diangkat oleh aparat-aparat PAS sebagai kepala lutut yang mendakwa kemenangan PAS Kampus di dua buah Universiti, adalah amaran kepada Aspirasi. Namun,yang menyerlahkan "kebijaksanaan" kepala tersebut adalah kemampuannya membezakan antara Unimas dan UMS. Harus diingat oleh sang kepala dan kawar-kawarnya bahawa Unimas adalah Universiti Malaysia Sarawak manakala UMS adalah Universiti Malaysia Sabah.

Dikatakan di UMS, pihak anti Kerajaan telah menafikan 3 buah kerusi di sana,walhal kejadian itu hakikatnya berlaku di Unimas. Kepala mahasiswa pembangkang itu seolah-olah tidak yakin apabila hanya merujuk Universiti tersebut sebagai berada di Borneo sahaja, menunjukkan ketidakcaknaannya dalam menghadam maklumat. Jikalau beginilah kualiti kepalanya,apa lagi yang boleh diharapkan dari juak-juaknya.

Aparat-aparat PAS sering memandang rendah terhadap musuh-musuh mereka.Mereka menganggap hanya mereka sahaja ahli dalam politik kampus umumnya dan politik gerakan mahasiswa Islam khususnya. Tetapi, sebenarnya mereka tidak lebih dari berbangga diri dengan angan-angan kosong mereka.

Oleh itu,sempena 25 tahun PAS masuk ke dalam kampus,sudah tiba masanya untuk mahasiswa muziumkan sahaja PAS dan penyokong-penyokongnya buat selama-lamanya.


Posted at 08:15 pm by maharaja_zhou
Comments (6)  

Friday, October 24, 2008
Aparat PAS Kalah Di UPSI Kerana Overkill Harakah?

Diberitakan PAS Kampus amat kuat menggempur Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Pilihanraya kali ini memperlihatkan UPSI diberikan tumpuan yang sangat dalam oleh Harakah. Tidak pernah dalam sejarah PAS dalam dan luar giat sebegini rupa ke atas Universiti Perguruan ini.

Puncanya,amat mudah sekali.Aparat PAS di UPSI yakin bahawa gelombang yang menumbangkan kerajaan Melayu-UMNO di Perak akan berulang juga di universiti tersebut. Malang sekali,mereka gagal membaca percaturan di bumi Maharaja Lela itu. Yang banyak tumbang sebenarnya adalah apabila orang bukan Melayu memberikan undi kepada Pakatan Rakyat terutamanya DAP di kerusi bukan Melayu.

Kerusi Melayu masih banyak dipegang oleh UMNO. Itulah sebabnya Mufti Perak,Dato' Harussani lebih suka PAS bergabung dengan UMNO untuk mendaulatkan Islam. Tetapi,PAS lebih mendahulukan kepala lutut daripada iman. Oleh itu, terjadilah MB kepala lututnya PAS tetapi badannya DAP.

Hendaklah diingatkan bahawa UPSI majoritinya umat Islam yang bangsanya Melayu. PAS Kampus UPSI tidak membaca ini sejak dari mula. Tidak hairanlah bahawa PAS Kampus gagal menawan kampus UPSI. Kerana bakal guru-guru ini melihat dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana maruah agama dan agama terhakis akibat hasad dengki yang kononnya didasarkan oleh perjuangan Islam.

PAS Kampus sejak dari awal lagi menggunakan petanda bahawa mereka tidak lebih dari alat PAS. Mereka menggunakan nama Kebajikan, kononnya parti mereka sahaja yang mengutamakan kebajikan dan orang lain tidak. Tetapi,sebenarnya kebajikan yang mereka jaga adalah kebajikan kroni mereka sahaja.

Tetapi,itulah yang tidak difahami oleh mereka yang tertipu dengan dakyah parti pembangkang. Nama Kebajikan diambil sempena Refah Partisi ataupun Parti Refah pimpinan Nechmettin Erbakan. PAS selalu berasa Refah itu adalah PAS di Turki sewaktu parti tersebut berjaya untuk berkuasapada tahun 1996.

Maka,Kebajikan memenangi 8 kerusi berbanding 17 oleh parti Kualiti. PAS Kampus kecewa kerana mereka mahu menang semua. Mereka mahu menanam hidup-hidup Aspirasi di bumi UPSI tetapi mereka gagal. Malah,mereka kecewa kononnya ada calon popular mereka tewas.Apakah mereka cuba mengatakan pentadbir UPSI bermain undi?

Apabila mereka menang banyak kerusi,mereka berkata pilihanraya itu adil,apabila mereka gagal,mereka cuba memberi gambaran ada sesuatu tidak kena dengan pilihanraya. Inilah cara PAS menaikkan darah rakyat walhal tiada kebenaran dan hanya syak wasangka semata-mata daripada hati yang kotor.

PAS Kampus di mana-mana jua sebenarnya seperti samseng yang berbadan besar seperti Samseng Kampung Dusun. Dia menganggap,hanya dia sahaja yang samseng. Tetapi,apabila terkena tumbukan,maka dia hanyalah boleh memaki hamun,mencarut dan bercakap besar bahawa hanya dia samseng yang handal. Padahal pukulan tersebut,tidak dibalas dengan tumbukan seperti anak jantan.Jikalau diri tidak handal bertumbuk,jangan dibilang lantai tidak rata.

Maka,tidak hairanlah apabila rahsia dan strategi PAS Kampus terdedah (dengan pertolongan Harakah sendiri),mereka tidak mampu melawan semula. Itulah kesudahan bagi mereka yang tidak menggunakan akal.


Posted at 09:15 pm by maharaja_zhou
Comments (2)  

Next Page