 |
maharaja_zhouAugust 8th Male Malaysia
Assalamualaikum wbt
Blog ini merupakan koleksi kepada tulisan-tulisan Maharaja Zhou yang pernah disiarkan di dalam Laman Idealis Mahasiswa.
Maharaja Zhou telah berkecimpung dengan laman Idealis-Mahasiswa sejak dari tahun 2002. Namun begitu, beliau mula mendominasi laman tersebut bersama penulis-penulis yang lain seperti Awang Sulung, Harimau Hitam, Samlin, Syed Reedza sebagai penulis tegar sejak pertengahan tahun 2004 sehinggalah kini di laman tersebut.
Nama Maharaja Zhou sebenarnya merupakan nama antagonis di dalam siri Alam Perwira yang pertama. Namun, beliau sememangnya wujud sebagai manusia bukannya semata-mata watak rekaan Tony Wong. Menjadi pemerintah terakhir dinasti Shang, beliau diingati oleh sejarawan China sebagai seorang maharaja yang zalim.
Tetapi, harus diingat bahawa sejarah ditulis oleh mereka yang menang. Maka, tidak mustahil sebenarnya nama Maharaja Zhou dicemari oleh dinasti yang berikutnya untuk menggambarkan kekejian baginda dan jasa baik baginda telah dikaburkan dan dipadam dari kitab-kitab sejarah.
Berdasarkan hakikat tersebut, perkara yang sama telah berlaku kepada penyokong-penyokong kerajaan apabila mereka tewas di tangan mahasiswa PAS sejak tahun 1996. Mereka telah diberikan reputasi yang buruk oleh penyokong-penyokong pembangkang khususnya oleh penyokong PAS yang berselindung di sebalik Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di kampus-kampus.
Oleh itu,kehadiran Maharaja Zhou diharapkan dapat memberikan impak baru kepada politik kampus dan seterusnya membersihkan nama penyokong-penyokong kerajaan di IPTA. Kiranya ini tidak dilakukan, nama penyokong kerajaan di dalam lipatan sejarah akan tercemar, samalah seperti mana tercemarnya nama Maharaja Zhou, Maharaja Dinasti Shang yang terakhir!
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |
 |
Wednesday, June 18, 2008
Teguran Kepada Pengirim Artikel "BBMN Lebih Machiavelis di Bawah Hilman Nordin" ke Laman Kampusnegara
Terdapat perubahan yang dilakukan oleh individu yang menghantar artikel di atas kepada Kampusnegara pada perenggan ke-4 baris ke-3:
"Mungkin keyakinannya untuk memegang biawak hidup jamaah didasarkan bahawa bekas Amir Hizbi UK yang berjawatan Profesor Madya di situ disangka akan kerap memberi nasihat dan sokongan."
ditulis di dalam versi kampusnegara sebagai:
"Mungkin keyakinannya untuk puppet leader hidup jamaah didasarkan bahawa bekas Amir Hizbi UK yang berjawatan Profesor Madya di situ disangka akan kerap memberi nasihat dan sokongan."
Manakala pada perenggan ke-3 baris keempat, sepatutnya berbunyi:
"Zulkifli Yusof(bukan Zulkifli Yaakob seperti dinyatakan oleh sesetengah pimpinan PMI yang keliru) yang sekarang menjadi Profesor di Jabatan Al Quran dan Al Hadith, API telah bertanggungjawab menubuhkannya. "
Dalam kampusnegara, dipadamkan kenyataan di dalam kurungan sebagai:
"Zulkifli Yusof yang sekarang menjadi Profesor di Jabatan Al Quran dan Al Hadith, API telah bertanggungjawab menubuhkannya. "
Dan terakhir, dalam versi sebenar, perenggan ke-4, baris ke-5 mengandungi:
"Mungkin ke tahap penyelia thesis barangkali."
Tetapi, perkara ini tidak dinyatakan dalam versi kampusnegara.
Pihak admin berharap agar pihak Kampusnegara supaya lebih berhati-hati menerima petikan daripada mana-mana pihak. Pihak yang memetik pula lebih profesional dalam mengambil mana-mana artikel dan tidak menyunting mana-mana bahagian tanpa meminta izin dari penulis walaupun mana-mana tulisan ataupun artikel boleh diambil dan disiarkan tanpa mendapat keizinan penulis.
Oleh itu, diharapkan pihak Kampusnegara dapat menyunting semula versi yang diperolehi tersebut seperti yang terdapat di dalam laman penulis untuk menjaga kethiqahan laman tersebut kepada pembaca-pembaca.Teguran ini bukan sahaja dalam pengambilan artikel tetapi juga dalam tugasan akademik yang lain supaya ia menjadi amalan dalam kehidupan seharian.
Walaupun berlainan fahaman ataupun ideologi tetapi etika yang baik seharusnya diteruskan dan diamalkan. Semoga pihak Kampusnegara dapat mengambil tindakan sebagai jasa baik kalian dalam menghormati hak intelek orang lan.
Sekian, Terima kasih.
Barakallahu fiih
Posted at 06:52 pm by maharaja_zhou
Permalink
Tuesday, June 17, 2008
BBMN Lebih Machiavelis di Bawah Hilman Nordin?
Muhyiddin Abdul Aziz, Presiden PMIUM tahun 1993/94 dan 1994/95 pernah risau akan siapa penggantinya. Mana tidaknya, di bawah kepimpinannya, MPMUM di bawah penguasaan BMB yang pro kerajaan. Menjadi umat PMIUM seperti menjadi umat yang hampir-hampir pupus pada zaman itu. Ketika itu, Dato' Seri Anwar yang menjadi pujaan ramai ahli jamaah masa kini adalah faktor kepupusan spesis jamaah. Namun akhirnya, ada juga orang yang dirasa sesuai untuk menggantikannya yakni Abu Zaki Ismail.
Agak sukar sebenarnya untuk membayangkan bahawa seorang bukan Akademi Pengajian Islam untuk menjawat salah satu jawatan tertinggi dalam wajah-wajah ciptaan PMI/JIK. Biasanya, jawatan Bendahari secara tradisinya diberikan kepada watak-watak bukan AI dalam PMI. Mungkin juga faktor kenapa Hilman Bin Nordin terpilih menjadi Pengerusi Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN)adalah sama dengan faktor kenapa Ustaz Muhyiddin Abdul Aziz menjadi gundah gulana di saat hampir dia melepaskan jawatannya sebagai pimpinan.
BBMN sering dipuja-puja kerana ia adalah salah satu wajah jamaah yang bersifat seperti United Nation mahasiswa pembangkang. Sebenarnya, dari segi nama pun telah menunjukkan bahawa pengasasnya sendiri barangkali kagum dengan Barisan Nasional. Zulkifli Yusof(bukan Zulkifli Yaakob seperti dinyatakan oleh sesetengah pimpinan PMI yang keliru) yang sekarang menjadi Profesor di Jabatan Al Quran dan Al Hadith, API telah bertanggungjawab menubuhkannya. Walaupun tampak senyap melainkan dalam majlis-majlis dalaman, bekas pimpinan ini telah berjaya merekrut 2 bekas presiden PMI untuk berada di dalam jabatan tersebut yakni Profesor Madya Dr Ishak Sulaiman (Presiden PMIUM 1990/91) dan Encik Anwar Ridwan Zakaria (Presiden PMIUM 1996/97) sebagai tutor.
Terdapat beberapa faktor yang mengasbabkan Hilman bakal pelajar Tahun Empat Kejuruteraan Pembuatan ini terpilih sebagai Pengerusi BBMN yang baru. Mungkin keyakinannya untuk memegang biawak hidup jamaah didasarkan bahawa bekas Amir Hizbi UK yang berjawatan Profesor Madya di situ disangka akan kerap memberi nasihat dan sokongan. Mungkin ke tahap penyelia thesis barangkali. Tetapi sukar batang yang reput menanggung langit. Mungkin itulah yang akan terjadi kepada prestasi akademik Hilman, lambat laun kerana taksub dan fanatiknya kepada jamaah.
Sebab pertamanya dia diangkat sebagai Pengerusi BBMN adalah kerana kedudukannya sebagai Ahli MPMUM. Walaupun sebenarnya, jawatan ini biasanya diberikan kepada Presiden MPMUM dari kalangan ahlul jamaah, tetapi kali ini, Presiden MPMUM masih lagi dipegang oleh non jamaah. Ditambah pula kali ini, kampus lain mungkin nampak kurang bersedia ataupun lebih gemar tertumpu ke arah menguatkan jamaah secara lokal daripada keluar seperti apa yang berlaku di Universiti Malaya.
Tetapi, pandangan penulis mungkin lebih menjurus kepada tenggelamnya BBMN sebagai wadah jamaah yang berkesan. Ini disebabkan oleh keserlahan GAMIS dan juga wajah PMI yang baru yakni PMN. Maka, BBMN hampir dilupakan. Oleh kerana banyak tenaga penggerak telah dikerah di front baru jamaah, maka tinggallah saki baki pimpinan jamaah. Oleh itu, pimpinan kelas kedua tetapi ada nama (kerana menimbulkan kontroversi) dipilih. Jikalau tidak, BBMN sebagai front yang pernah dipuja dan disanjung jamaah akan luput ditelan zaman.
Oleh itu, Hilman Nordin adalah calon yang sesuai. tetapi apakah corak gerakannya nanti? Untuk cepat glamour mestilah vokal dan pandai mencari publisiti walaupun seperti masuk bakul angkat sendiri. Penulis masih lagi teringat-ingat kes conteng surau Kolej Kediaman Kedua pada 29 Januari 2007. Hilman merupakan Pengerusi Balai islam sebelum September 2007 dan merupakan Mas'ul Kolej Kediaman Kedua. Tuduhan pihak PMI tentulah kepada golongan Hindu di Kolej Tuanku Bahiyyah itu. Perkara ini digembar-gemburkan PMI untuk mengurangkan kredit Pengetuanya, Prof. Rajendran kerana rumah ibadat orang Islam diconteng di kolej yang pengetuanya bukan Islam. Misteri masih wujud kerana Hilman orang pertama menemui surau tersebut dalam keadaan begitu.
Jika credential Hilman yang senang sekali melanggar peraturan kolej iaitu tinggal sebagai squatters, penglibatannya dalam pengeluaran risalah haram pada 5 September 2007 dan secara misterinya dikaitkan dengan contengan surau, maka sekarang kita dapat melihat bahawa barangkali seorang Machiavelis telah dilantik untuk mengetuai BBMN.
Adakah Persatuan Mahasiswa lain seperti SRC UIA akan berdiam diri? Ataupun wala' lebih afdhal dalam hal ini? Jika benar begitu, maka kita akan melihat bahawa pilihanraya kali ini akan menjadi pilihanraya paling kotor yang pernah dimainkan di seluruh kampus.
Posted at 11:11 pm by maharaja_zhou
Permalink
Monday, June 16, 2008
Hasbi Muda Perlu Letak Jawatan Bendahari PMI Kerana Mengatakan UMNO Syirik!
Menyatakan sesuatu perkumpulan ataupun individu sebagai murtad ataupun syirik merupakan kenyataan yang perlu diambil tanggungjawab sepenuhnya. Selain dari itu, sebarang kenyataan tersebut perlu mendapat fatwa ataupun pengesahan dari pihak Majlis Fatwa Kebangsaan. Jika tidak mendapat pengesahan tersebut, maka perkara tersebut perlu diambil tanggungjawab oleh individu terbabit ataupun organisasi yang dikatakan diwakili oleh individu yang mengeluarkan kenyataan terbabit.
Hasbi Muda iaitu Bendahari PMIUM yang berasal dari Terengganu telah mengeluarkan satu kenyataannya di laman ahli pembangkang Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya iaitu laman Mahasiswakini di "Peti Aduan"nya pada pukul 14:39 bertarikh 12 Jun 2008. Pada kenyataa tersebut, saudara Hasbi Muda telah mengatakan bahawa dia tidak bersetuju dengan dasar UMNO yang syirik dan sesat. Oleh itu, apakah maksud syirik tersebut?


Bukti bahawa Saudara Hasbi telah mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO mempunyai dasar yang sesat dan syirik. Hasbi perlu meminta maaf kepada UMNO dan PMIUM mesti bertegas dengan Hasbi kerana mengeluarkan kenyaatn tersebut dalam suara rasmi "pro mahasiswa" iaitu Mahasiswakini.com
Kenyataannya adalah kenyataan yang berautoriti kerana dikeluarkan oleh seorang yang berjawatan tinggi dalam MPMUM dan PMIUM.Kenyataan beliau bahawa UMNO sesat dan syirik ini membawa maksud bahawa UMNO adalah parti yang menduakan Allah.Ini bermakna UMNO adalah parti yang kafir serta pemimpin dan ahli UMNO adalah sesat dan kafir. Oleh itu, adakah saudara Hasbi Muda telah menghukumkan bahawa pengikut UMNO adalah kafir dan perkahwinan kaum muslimin dengan ahli UMNO adalah tidak sah, sembelihan orang UMNO adalah tidak sah, dan orang UMNO tidak berhak menjadi waris atau mewariskan harta mereka kepada mana-mana individu Muslim?
Sebarang kenyataan yang bersifat hukum yang merujuk kepada mana-mana situasi dan individu ataupun mana-mana perkumpulan perlulah diambil serius oleh PMIUM.Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya perlu bertegas dalam soal ini kerana PMIUM seringkali mendakwa ia persatuan yang membawa imej Islam dan menjadi sumber rujukan mahasiswa Islam di Universiti Malaya. Dan ini bermakna, kenyataan daripada seorang ahli Majlis Tertinggi PMIUM adalah merupakan kenyataan yang mencerminkan pendirian PMIUM.
Sebagai ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa ditambah pula jawatannya sebagai Bendahari PMIUM, maka kenyataan Hasbi Muda tersebut adalah merupakan pandangan rasmi PMIUM selagi mana tidak dinafikan oleh mana-mana pihak yang lebih berautoriti dari saudara Hasi Muda.
Oleh itu, saudara Hasbi Muda perlu bertanggungjawab di atas kenyataan tersebut. PMIUM perlu meminta maaf secara rasmi kepada UMNO dan dengan ini sekeras-kerasnya menuntut saudara Hasbi Muda supaya melepaskan jawatannya sebagai Bendahari PMIUM serta ahli MPMUM dan juga tidak lagi mengendalikan laman Mahasiswakini.com serta merta di atas kenyataannya yang cuai dan tidak bertanggungjawab.
Posted at 12:21 am by maharaja_zhou
Permalink
Saturday, June 14, 2008
Idea Presiden PMIUM Terpinggir di Laman Mahasiswa Pembangkang UM!
Di kalangan ahli jamaah, pembongkaran dan juga pendedahan kebejatan JIK sebagai alat PAS amatlah menakutkan mereka. Sesungguhnya barangkali kewujudan penulis di alam cyber ini mengambil iktibar daripada kewujudan Hajjaj Ibn Yusuf At Thaqafi kepada umat di zaman kemunculannya. Diriwayatkan oleh Hassan Al Basri (rahmatullahi alaih) bahawa Hajjaj tersebut adalah hukuman dari Allah. Maka, kewujudan penulis adalah sebagai hukuman dan juga ancaman kepada kezaliman dan penindasan yang pernah, sedang dan akan dilakukan oleh PMI di kampus.
Idealis Mahasiswa telah hilang fungsinya. Maka, berseronok dan berpestalah hamba-hamba sahaya PAS di kampus-kampus. IM sebagai khalifah yang menjaga kedaulatan mahasiswa aspirasi telah tumbang. Namun, kegembiraan aparat PAS tidak lama. Muncul kerajaan-kerajaan baru seperti blog penulis yang akan mempertahankan aspirasi daripada serangan mahasiswa saluran belakang PAS yang sombong. Keangkuhan mereka terserlah setelah mereka mendesak Presiden MPMUM meletakkan jawatan kononnya dengan undi tidak percaya. Kesombongan ini tidak pernah wujud dalam sejarah politik kampus.
Oleh itu, tidak usah diperangi penulis mahupun idea penulis. Maka, sebelum mereka melancarkan perang terhadap blog penulis, penulis sudah lama menghunuskan pena sewaktu mereka masih lagi merangkak-rangkak membezakan bingkai cermin mata yang pelbagai.Tulisan penulis adalah seumpama bedilan-bedilan meriam yang menghumban kubu-kubu reput alat Pemuda PAS di kampus-kampus.
Sebenarnya, menjadi pemimpin mahasiswa merupakan tanggungjawab yang besar. Wacananya perlulah tinggi tarafnya. Ideanya patut menjadi rujukan ataupun sekurang-kurangnya boleh menarik perhatian ramai. Tulisannya sekurang-kurangnya boleh menimbulkan rasa kesedaran walaupun sekelumit di hati.
Namun, kualiti pimpinan mahasiswa hari ini boleh dipertikaikan. Walaupun barangkali mahir dengan teknologi pemblogan tetapi ideanya rapuh dan dangkal. Bingkai cermin mata, saiz perut dan kadar kelegaman kulit seseorang menjadi hujah dan asbab untuk ujub serta bangga diri. Malang sekali, yang dikatakan sanggahan kepada seseorang menjadi rencana utama bagi sebuah laman yang sepatutnya menjadi rujukan gerakan mahasiswa.
Malahan, jikalau dibaca ia cumalah rengekan dan rasa geram tidak bernilai yang sepatutnya hanya menjadi bualan dan bicara di rumah jamaah. Bayangkan apakah kualiti lidah sesuatu organisasi yang tradisinya mulia dan terpuji dicemari dengan suatu tulisan yang rendah kualiti dan picisan sifatnya. Tetapi, itulah yang menjadi rencana utama bagi golongan yang kononnya pro mahasiswa dan sarat dengan idea.
Seharusnya, rencana yang ditulis merupakan analisa yang bernas. Mahasiswa ingin melihat bagaimana seseorang yang kononnya pimpinan itu dapat mencernakan ilmu dan kemahiran yang dimiliknya. Asas atau fundamental acuannya digunakan untuk mencanai maklumat siyasi yang ada. Bukan sekadar memuntahkan apa yang hanya dibaca di Harakah ataupun dalam teks-teks usrah semata-mata.
Contohnya, seorang mahasiswa ekonomi sepatutnya wajar mengaitkan waqi' ekonomi sekarang melalui kaedah agihan kekayaan yang dipelajari dan membandingkannya dengan fikrah yang ada untuk menyelesaikan masalah umat. Analisa graf dan survey yang simplistik dan tidak menunjukkan kaedah dalam mendapatkan data sepatutnya serta tafsiran yang dangkal membuatkan orang tertanya, sekadar inikah pimpinan harapan jamaah? Jika ini tidak terjadi, (yakni dalam mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang sepatutnya ada pada graduan kursus tertentu) kesesatan dibawanya samalah seperti berubat atau membawa orang berubat dengan seorang wartawan bukannya dengan seorang doktor perubatan.
Itu dari segi bagaimana untuk membina diri sebagai seorang mahasiswa yang seharusnya cekap dengan acuan yang membentuknya. Malang sekali lagi, jikalau dinilai dari fikrahnya. Walaupun muda, tetapi ingatlah bahawa dalam berjemaah, pimpinan wajar diletakkan di hadapan dan sebagai ahli jamaah, kepimpinan janganlah dilangkaui. Tetapi, nyatalah, bahawa idea pimpinan seolah-olah diboikot dan dipandang sebagai kelas kedua.
Ini boleh membawa makna bahawa adakah wujud lagi jurang antara golongan siasah dan golongan tarbiah di dalam PMI? Ataupun kata-kata amir yang layak, terbatas kepada perutusan semata-mata? Mungkinkah idea Amir ataupun Presiden tidak laku dan tidak layak dipamerkan untuk bacaan umum?
Padahal sang Presiden telah menunjukkan rasa tanggungjawabnya berkenaan contohnya dalam hal babi yang sepatutnya dikupas juga oleh yang lain. Adakah fikrah amir itu sendiri tidak selari dengan jamaah? Ataupun sebenarnya sang muda ada agenda lain dengan golongan yang sealirannya yang sekarang mendominasi media jamaah?
Persoalan itu wajar ditanya segenap ahli jamaah apabila menjelang kuliah ilmu. Akhirnya, Presiden PMI tidak dikenali ramai! Kelak, janganlah kerana ada pimpinan yang gila glamour, maka disebut pula Presiden PMIUM telah menjadi Presiden GERAK oleh mahasiswa biasa di Universiti Malaya!
Posted at 05:12 am by maharaja_zhou
Permalink
Thursday, June 12, 2008
Strategi PMI Menawan Kembali UM
Dipetik dari http://idealis-mahasiswa.net/editor/suratpelayar676.html.
Walaupun kisah yang dimuatkan merupakan kisah lama, tetapi perihal yang dibincangkan oleh penulis masih relevan sehingga ke hari ini.
Diterima pada: 6 Julai 2005
Keadaan PMIUM buat masakini tidak ubah seperti PMI 10 tahun yang lalu. PMIUM ketika itu dipimpin oleh Sdr. Muhyiddin Abdul Aziz. Dua tahun kiranya beliau memegang jawatan Presiden PMI ketika itu sebelum digantikan oleh Abu Zaki Ismail.
Sekarang, PMI sedang menyusun strategi untuk menawan semula kampus. Pelbagai taktik sedang dilaksanakan untuk mencapai agenda mereka. Adakala, strategi mereka dianggap yang paling canggih dan terhebat dan sesuai diaplikasikan sebagai yang terhebat di pasaran.
Bagaimanapun wajar kita lihat samada perancangan mereka akan membuahkan hasil:
Bimbingan Senior Yang Baru Tamat
Kebanyakan senior PMI terutamanya dari Akademi Pengajian Islam, belum lagi beroleh pekerjaan. Masing-masing berharap bantuan kerajaan Barisan Nasional dalam bentuk KPLI ataupun mengharapkan tiba-tiba wujud "bank islam" baru untuk menampung mereka yang masih tidak lagi bekerja.
Oleh itu, aktiviti "past time" mereka bolehlah dihabiskan untuk melatih saki baki anak usrah mereka di kampus dengan program bawah tanah mereka. Mereka ini terlibat merangka kertas kerja dan menyusun strategi buat anak-anak usrah mereka yang makin hilang tulang belakang tersebut.
Dengan bantuan senior mereka ini, mereka berharap, seni tempur piliharaya kampus dapat mereka kuasai dengan memperlekehkan kemampuan aspirasi yang baru setahun jagung memegang kuasa.
Bantuan dari Dewan Pemuda PAS
Keyakinan mereka bertambah dengan bercambah lagi senior-senior mereka memegang jawatan di dalam Dewan Pemuda. Perlantikan Nazri Chik sebagai AJK Dewan Pemuda serta kerapatan Ridwan Mohd Noor yakni Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dengan bekas-bekas pemimpin PMIUM memberikan satu impak baru kepada gerakan bawah tanah pembangkang tersebut di kampus.
Begitu juga dengan perlantikan Hafeez Abdul Samad bekas Presiden PMU dokongan PMI sebagai pegawai khas PAS di Taman Melewar, bakal mewarnai senario politik kampus UM.
Anak-anak usrah PMI tentu sekali mengharapkan campurtangan dari senior-senior atau lebih tepat lagi bekas naqib mereka terutamanya dari segi bimbingan, motivasi dan tentu sekali kewangan. "Derma Jihad" sudah pasti akan dikumpul dari senior-senior mereka, dan ia sudah pasti mencecah ribuan terutamanya bantuan dari YB-YB PAS Kelantan.
YB Husam tentu sekali akan membantu PMI dalam mendominasi kampus-kampus tersebut setelah hampir 8 tahun memerintah. Wang mencurah-curah sudah pasti tiba gerangan mahu menunjukkan bahawa anak muda mula terpengaruh dengan "kehebatan" barisan kepimpinan PAS yang baru. Apatah lagi, kampus UM, bumi keramat gerakan mahasiswa mesti dijadikan sebagai perintis kepada kejayaan kepimpinan baru PAS.
Perangkaan Aktiviti Bawah Tanah Yang Tersusun
Program bawah tanah akan terus disusun. Strategi mengelabui pihak berkuasa aktif dilakukan. Bersembunyi di sebalik purdah Islam Hadhari akan menjadi agenda utama. Namun, pihak Islam Hadhari kampus sudah pasti akan berjaga-jaga.
Markas-markas PAS luar bandar di sekitar Selangor, bakal menyaksikan tentang berbondong-bondong saki baki pengikut PAS kampus merangka agenda. Malang sekali, pihak keselamatan dan HEP masih buta dan bodoh akan hal ini. Padahal, perkara ini berlaku lebih dari 23 tahun.
Menggunakan Balai Islam sebagai Umpan
Balai Islam akan digunakan sebagai markas. Walaupun surau-surau "dikawal rapi", tetapi hakikatnya ia hanyalah umpama menara tidak berkawal.
Penyelia yang bertugas menjaga Balai Islam terus tidur,tidak mempedulikan aktiviti di surau. Akhirnya, golongan bawah tanah ini akan mengadakan program menarik perintis baru selepas minggu suai kenal melalui ceramah-ceramah oleh "senior-senior" surau dari golongan PMI.
Acara "keluar" ala tabligh yang mobil akan diaplikasikan untuk menarik sasaran setelah usrah diharamkan di kolej-kolej. Tetapi, disebabkan "pertahanan" kolej yang sangat utuh, PMI boleh menarik mahasiswa baru dari kunjungan-kunjungan ini.
Di fakulti terutamanya API, PMAPIUM, akan mula menyucuk jarum. HEP juga perlu memantau persatuan-persatuan di fakulti lain seperti ASMUM (Sains), AKIUM (Kejuruteraan), PSIPUM(Perubatan) dan lain-lain agar tidak bersetongkol dengan elemen PAS di kampus. Mereka akan masuk bukan sahaja melalui pelajar tetapi juga melalui pensyarah bekas PMI.
Pelbagai strategi dan tipu helah PMI telah dirangka. Cumanya, samada pihak aspirasi boleh menghidu atau tidak dan mampu bertindak.
Malang sekali, jika perancangan PAS secara langsung dibiarkan HEP. Jika HEP menganggap sekadar ceramah pro-kerajaan (BTN dan sebagainya) sehari dua mampu menyelesaikan masalah brainwash pelajar oleh PAS, maka ini kerja mereka yang pemalas dan sia-sia. Tugas utama keselamatan dan HEP adalah untuk menghapuskan anasir subversif dalam bentuk aktiviti bawah tanah.
Selagi mana HEP terus dengan syok sendiri dengan ceramah-ceramah tersebut, ia bakal memakan diri sendiri.
Posted at 07:06 pm by maharaja_zhou
Permalink
Wednesday, June 11, 2008
Cerpen Santai hari Ini: Riwayat Hidup Bekas Pemimpin Jamaah!
Dipetik dari Akhbar Mahasiswa
Nukilan-Subky Rais
Ceritanya bermula sewaktu sang Amir masih berada di kampus. Sangat gemilang, cemerlang, terbilang namanya. Sohor sungguh dirinya. Zakaria namanya. Perlantikannya kontroversi sekali. Sehingga ramai yang boikot akan dirinya di kalangan orang yang sebaya dengannya. Tetapi, itulah nasibnya. Kontroversi, sensasi dan jomheboh sifatnya.
Lalu, naiklah si Zakaria. Memerintah jamaah Islah dan Usrah di kampus. Nasib baik di bawahnya budak-budak junior yang masih tongong dan bangang, tidak seperti yang satu lapis dengannya. Peluang untuk lebih glamor bagai ulam dicita,maka jadilah revolusi. Zakaria tak berani guna nama sebenar di pentas Parti Cap Bintang Malam. Di pentas Parti Sabit Bengkok Dua pun dia tak berani. Dia guna nama Zaharul. Konon pejuang Islam, tapi takut SB lebih dari takut Mungkar Nakir.
Cita-citanya hendak ditahan ISABELA sama macam Azhar Ismail pasal Azhar Ismail di zaman mahasiswa samseng, dialah kepala taik paling besar. Mana tahu, nanti ada buku mahasiswa yang tulis namanya, Zakaria Pemimpin Mahasiswa Menjelang Abad Baru. Hasratnya, lepas keluar ISABELA pasal sokong revolusi, boleh masuk politik.Revolusi, air liur basi, nasi basi...meleleh keluar dari mulut Zakaria.
Malangnya, hasrat Zakaria tak kesampaian untuk jadi gelamor lebih dari Azhar Ismail. Untuk sambung agendanya supaya gelamor dalam politik, terpaksalah ceramah di sana dan sini. Akhirnya, dapatlah jadi machai politik bekas tukang jual air liur yang kaya raya. Bolehlah beli kereta baru buat usung bini yang cun, tak macam kawan-kawan yang masih bermotosikal cabuk.
Tapi, tukang jual air liur pun lama-lama papa kedana. Dulu ya, sebab Tukang jual air liur kroni pencetus revolusi. Sekarang cuma tinggal air liur basi. Shit. Aku kena cari peluang lain. Jadi, mulalah Zakaria mengorak langkah. Ya, nak jadi orang hebat macam Tukang air liur mestilah sekurang-kurangnya jadi Tuan Sarjana. Sambunglah si Zakaria mengaji di Universiti Timur Tengah.
Cop Universiti di Timur Tengah mesti kena ambil. Apa kelas jadi Ustad lulusan Universiti Tanah Melayu. Shahadah mau kena gelek juga dengan cop tangan Tok Arab. Nanti, masuk politik, pemimpin Parti Cap Bintang Malam mesti tabik punya, kalau takat ustad lokal, buang masa sahaja.
Ya la, lulusan Universiti Tanah Melayu dan suku sakatnya baca Arab pun merangkak, cakap bahasa Nabi macam bangla baru masuk kerja restoran mamak cakap Melayu sahaja. Presiden Parti yang bertahun-tahun belajar di Mesir dan Madinah pun bila kena interview stesen Tok Arab pun nyaris terkencing dalam jubah. Ini yang Zakaria tak mahu. Zakaria bukannya bodoh.
Zakaria nak maintain gelamornya. Biar jasad di Tanah Arab, tapi mindanya masih bergema di tanah air. Ilmu kelentongnya digunakan sehabis mungkin, rajinlah dia menghantar fatwa dan pendapat. Sukalah orang Parti Cap Bintang Malam bila baca fatwa Zakaria di internet. Gelamor nak mampus. Kembang hidungnya, rasa macam Yusuf Qardawi pun ada. Kadangkala, macam Yusuf Kera Dawi dan Yusuf Labi labi pun ada. Kembang kempis hidungnya.
Datanglah Presiden Parti Cap Bintang Malam ke Kawasan Timur Tengah. Zakaria jadi kepala budak-budak parti tu pun bertambah kembang. Hidung dan mulut bertambah kembang sehingga meleleh air liur dan air hidung. Ada can jadi exco balik nanti, kata hati nurani Zakaria. Budak penjaga ketuanan Melayu yang jadi musuh azali Cap Bintang Malam ini sedikit sahaja di negara Timur Tengah. Apa macam kita lanyak budak-budak penjaga ketuanan Melayu ini macam Israel bantai Palestin untuk tunjuk machonya kita?
Untuk tunjuk jagoannya, lebam-lebam mata budak-budak Ketuanan Melayu kena belasah. Masuk akhbar, masuk internet. Polis Timur Tengah dan Tanah Melayu mula mencari dan menyiasat, tapi Ariel Sharonnya masih terlepas. Lega hati Zakaria. Tapi, namanya naik sebagai penghasut, selamat sahaja si Zakaria kerana tiada bukti bertulis. Kalau tidak, naya!
Pulanglah Zakaria ke tanah air selepas bergelar Tuan Sarjana. Kerja sana, kerja sini. Tapi, kena low profail. Pasal orang masih ingat kes bantai itu tadi. Jadi penceramah di masjid sana, jadi penceramah di masjid sini. Kena kurang sikit garangnya, tak macam zaman revolusi, air liur basi, nasi basi. Sekarang orang sokong parti Ketuanan Melayu, bukan macam zaman Azhar Ismail kena pecat. Orang dah tak sokong lagi revolusi, nasi basi, roti basi.
Buatlah Al Fadhil Ustad Zakaria program sana dan sini cari makan. Alhamdulillah, dapatlah Ustad Zakaria sikit fulus. Lagi nasib baik, kabel ustad kat TiVi17 panggil. Bodoh juga orang kat Tivi 17, boleh ambil kroni usrah Cap Bintang Malam kerja. Ini peluang Ustad Zakaria. Kembang lagi hidungnya, mana ada amir usrah masuk Tivi 17, masuk warta perdana pulak tu. Gelamor habis.
Zakaria tak puas hati. Duit adalah, tapi tak banyak. Orang politik mesti ada banyak wang. Orang kata masuk parti Ketuanan Melayu boleh jadi kaya. Tapi, Ustad Zakaria tak mau kena kutuk dengan budak-budak usrah.Maklumlah orang masih sebut nama Ustad Zakaria, pemimpin usrah Universiti Tanah Melayu yang paling gelamor. Meleleh juga air liur terkenangkan senior-senior yang dah masuk Parti Ketuanan Melayu. Ada yang sudah jadi Datu Patinggi. Meleleh air liur sampai mengigau malam-malam.
Tiba-tiba, Karlsburger cap arak terkenal dunia mahu lancarkan minuman halal baru. Tak mabuk, minuman berasaskan malta. Karlsbuger ada kilang buat arak kat Tanah Melayu. Orang Timur Tengah kata khamar. Karlsburger tahu orang Melayu takkan beli minuman tu, pasal Karlsburger dah lama jual arak. Tauke Karlsburger fikir kita mesti tubuh panel syariah. Kalau ada ustad dan panel syariah dalam kompeni, mesti orang Islam kat Tanah Melayu beli punya. Baru laku.
Ada salah seorang pengarah urusan dalam Karlsburger rajin dengar Ustad Zakaria kat masjid. Ditulisnya surat jemput Ustad Zakaria jadi panel syariah Karlsburger. Lagi pun katanya Musa Deng, ustad terkenal yang boleh halau hantu dan polong Tanah Melayu pun kata minum malta halal.Apa salah kerja dengan Karlsburger kat seksyen halal?
Dengan kembang sebab tengok gaji yang diberi Karlsburger, Ustad Zakaria jadi Panel Syariah Karlsburger seksyen Malta, minuman Islam. Semuanya halal. Sengih Ustad Zakaria. Lalu berkempenlah Ustad Zakaria di internet,suratkhabar dan lain-lain,macam-macam ada, untuk menghalalkan produk minuman Islamnya.Sampai keluar forum, Minuman Malta: Halal Dan Haram.
Keluar pula di radio. Kroni Ustad Zakaria ramai di radio Islam, jadi kabelnya pun diguna untuk gelamorkan minuman halal buatan Karlsburger. Berangan Ustad, naiklah gaji aku nanti bila orang pakat-pakat ambil Malta dengan pakej-pakejnya sekali. Dalam sesi tu, sempat kempen lagi, sambil komen orang yang tak mahu minum Malta Karlsburger," Ana pun minum jugaakkk!!!".Sambil meneguknya di depan deejay radio Islam. Glurrpp, glurrpp, glurrpp! Bangga sambil sendawa tinggi. Burrp!
Sekarang, tibalah masanya untuk sesi soal jawab melalui telefon.
"Ustaz, saya nak tanya. Apa hukumnya bekerja di satu institusi perbankan yang ada riba tetapi saya bekerja di kaunter yang tiada riba? Halalkah rezeki saya?"
Ustad Zakaria menjawab lagi cepat dari Power Rangers tukar baju," Hukumnya HARAM, mana boleh kita jamin rezeki yang kita dapat itu seratus peratus berasal dari kaunter syariah! Hukumnya HARAM, enta mesti berhenti kerja, nanti enta punya daging di akhirat kena sambar sama api neraka pasal makan hasil yang haram!"
Sambil tergelak-gelak, penelefon berkata," Yang Ustad kerja di syarikat jual arak tu apa macam? Tak haram ke kerje kat situ?" Terdengarlah bunyi tuutt..tuutt...tuutt..tanda telefon kena letak..
"Nate mu! ", batin Zakaria menjerit tetapi tiada suara.
Terduduklah Ustad Zakaria...bengong lima enam saat...termanggu-manggu...
Si juruhebah tersenyum sinis melihat muka Zakaria yang pucat lesi.Kena jual Ustad Zakaria hari ini, bisik hatinya.
Posted at 12:01 pm by maharaja_zhou
Permalink
Tuesday, June 10, 2008
Antara Kad Diskaun dan Hasutan Protes 13 Julai? Manakah Pilihan Kita?
Baru-baru ini Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan untuk melancarkan Kad diskaun untuk mahasiswa. Begitulah kiranya faedah yang sepatutnya telah lama dimiliki oleh mahasiswa. Segala puji bagi Allah SWT, lebih baik lewat dari tiada. Maka, sepatutnya mahasiswa menggunakan peluang ini untuk berjimat dan membeli-belah apa yang patut.
Konsep ini telah lama dipraktikkan di luar negara. Malahan, ia dibuat di bawah gabungan persatuan-persatuan mahasiswa dan diiktiraf oleh jaringan pekedai-pekedai seantero negara. Idea seperti ini barangkali boleh diaplikasi oleh mana-mana persatuan mahasiswa yang benar-benar mahu memperjuangkan hak mahasiswa.
Tetapi, seperti biasa, kebanyakan golongan yang kononnya peduli kepada mahasiswa tidak peduli kepada keperluan mahasiswa. Yang mereka peduli adalah untuk mengurut janggut-janggut dan menjadi intan payung tuan mereka sahaja. Itulah yang menyebabkan gerakan mahasiswa lesu dan beku.
Hairan, kenapa tidak digunakan sahaja jaringan ini untuk kepentingan mahasiswa? Mereka menggunakan jaringan ini untuk demonstrasi dan kerja-kerja merosakkan nama baik universiti dan mahasiswa. Bayangkanlah jikalau gerakan mahasiswa ini menggunakan kelebihan jaringan mereka untuk faedah mahasiswa, alangkah indahnya.
Imaginasikanlah jikalau mereka dapat membuat kad mereka dan kad mereka laku untuk diskaun baju, buku, kopi jantan, kopi larat dan ubat herba. Walaupun sedikit, tetapi dapat menjimatkan wang mereka terutamanya untuk pengangkutan. Begitu juga, penulis dapati bukan murah makan di Amjal. Manatahu kalau wujud kad diskaun sebegini oleh gerakan mahasiswa saluran belakang PAS ini, warung yang mahal ini boleh memberi sedikit diskaun terutamanya selepas solat Jumaat.
Tetapi, nyatalah, kerja merosak dan kerja membahayakan mahasiswa ini sahaja yang mampu menjadi gagasan mereka. Penulis juga difahamkan bahawa ex- ahli JIK ini akan menjadi ahli Usrah Kebajikan Professional (UKP). Takjub juga penulis, yang UKP ini sejak zaman Muhammad Hussein, hanya tahu kutip duit sahaja. Bila nak keluarkan duit pun penulis tak pasti. Ini lagi-lagi diperlukan terutamanya dalam meringankan bebanan yang memerlukan lebih-lebih lagi yang hendak bernikah (inilah asnad yang paling ramai di kalangan graduan ahli jemaah, kerja susah dapat, kahwinnya mahu sahaja).
Penulis apabila bersolat di Masjid India kagum dengan masyarakat India Muslim yang masjid mereka hidup dan dapat berdiri dengan kewangan mereka sendiri tanpa terlalu berharap dengan bantuan orang lain. Namun, penulis melihat orang terpelajar dari kalangan mahasiswa PAS saluran belakang ini, walaupun ada lulusan ekonomi ataupun tercungap-cungap hendak menghabiskan ijazah ekonomi ini tetapi ideanya masih lagi bergantung dengan derma dan belas ihsan orang lain.
Pimpinan hanya tahu, apa yang ahli dan mad'u (anak-anak usrah) boleh berikan pada jamaah, tetapi jamaah tidak pula tahu apa yang hendak diberikan kepada ahli (barangkali zaujah, itupun selektif sahaja) dan juga masyarakat kampus. Hanya tahu mengganggu mahasiswa untuk pergi berdemonstrasi. Itu sahaja. Namun, tepatlah kata-kata penulis, bahawa mahasiswa PAS saluran belakang ini hanya akan bertindak apabila disuruh sahaja. Apa kejadahnya apabila terhegeh-hegeh tatkala diarahkan untuk menyertai demonstrasi Protes 13 Julai ini. Tiada kreativiti langsung seperti otaknya berada di hujung saluran najis sahaja.
Cuma apa yang penulis ingin simpulkan adalah bahawa kerajaan cuba melakukan yang terbaik untuk mahasiswa dan pengenalan kad diskaun merupakan salah satu daripadanya. Kerajaan tidak pernah mengharapkan mahasiswa membahayakan diri dan menyusahkan batang tubuh kita.
Kerajaan yang ada ini tidak pernah meminta banyak dari kita semua. Jadi renung-renungkanlah, tanyalah apa yang telah kerajaan buat untuk anda, dan pernahkah mereka (yakni kerajaan) bertanya apa yang perlu anda buat untuk kerajaan.
Apa yang kerajaan pinta dan rayu adalah belajar rajin-rajin dan binalah diri kita sebagai modal insan bakal pewaris negara. Susah sangatkah permintaan ini?
Posted at 01:45 pm by maharaja_zhou
Permalink
Sunday, June 08, 2008
Hari Hak Mahasiswa:Otai PMN Membiarkan PAS Meliwat Gerakan Mahasiswa?
Ada yang mengatakan bahawa penulis suka menyemburkan peluru kapur. Peluru kapur itu boleh membawa pelbagai maksud tersurat dan tersirat. Mungkin peluru kapur tdak mampu membunuh di alam realiti. Tetapi, di dalam dunia cyber ini, barangkali cukuplah sekadar peluru kapur. Namun, peluru kapur ini sengaja ditembak tepat di kulit tepat pada jantung. Itulah cara dan gaya penulis menggunakan peluru kapur.
Gerakan mahasiswa sering diangkat oleh pemujanya setaraf dengan gerakan sekerja. Mimpi dan harapan silam sering dinyanyi dan didendangkan. Malahan, atas nama itu, ramai mahasiswa turut bertanding dan membiarkan diri tercalon yang kononnya "pro mahasiswa". Tetapi akhirnya mereka kecewa dan hampa.
JIK sering memprojeksikan dirinya semangat jamaah yang syumul. Kononnya ia adalah untuk semua. Dikatakan orang lain berkasta dan hanyalah untuk professional semata-mata. Ada pula dituduh sebagai alat kepada matlamat menghalalkan cara pula. Tetapi, hakikatnya, golongan bukan ahli jamaah yang thiqah kepada pimpinan jamaah pada akhirnya sedar bahawa diri diperalatkan. Laungan pro mahasiswa hanyalah umpan.
Keputusan kabinet ataupun gabungan hanya boleh dibuat dengan persetujuan murabbi ataupun wakil Pemuda PAS semata-mata. Begitulah hakikatnya Gagasan pro-Mahasiswa dilacurkan sebegitu rupa. Pandangan perwakilan mahasiswa bukan jamaah walaupun jujur dan ikhlas dalam perjuangan tidak diambilkira.Dan akhirnya pro mahasiswa sebenar mengundur diri dari dunia poltik kampus yang fana.
Penulis memuji mereka ini kerana kebenaran hati mereka. Mereka memuja semangat lama sebelum Tragedi 1982 dan terpedaya dengan bujukan rayu aparat JIK ini untuk mencapai impian mahasiswa. Namun,itulah nasib mereka. Tetapi, akhirnya yang diingati hanyalah sang kepala Gagasan.Pro mahasiswa sebenar tinggallah sebagai sejarah. Cuma ketidakpuasan disuarakan dan dibangkitkan di kedai kopi dan kalangan sahabat rumah sewa sebagai ubat sakit jiwa.
Namun, harus diingat, semua perkumpulan yang ingin menguasai kampus memasukinya dengan saluran depan. Namakan sahaja, ABIM melalui PKPIM ataupun JIM dengan KARISMA semuanya masuk melalui lubang depan. Walaupun bercempera dengan gagasan taadud jamaah, tetapi gerakan mahasiswa dilacurkan melalui "pintu depan" bukannya melalui "lubang najis" belakang.
Tetapi, PAS menunggang gerakan mahasiswa melalui lubang najis. Gerakan mahasiswa diliwati buat sekian lama oleh PAS. Tiada front yang dibuat secara sah oleh PAS, semuanya melalui saluran belakang sahaja. Maka, akhirnya anu PAS terpalit dengan najis-najis. Mungkin inilah sahaja analogi yang boleh difahami oleh ahli jamaah JIK mengikut petua Prof. Emeritus Shahnon Ahmad.
Difahamkan penulis bahawa otai PMN juga seolah-olah sama sahaja analogi ini. Sewaktu dengan PMN, nampak kejantanannya. Hitam, legam dan buncit serta perkasa nampaknya. Tetapi, apabila bersama lidah PAS, si hitam legam bertukar menjadi si intan payung. Laksana si jantan sudah diandam. Di atas pusatnya seperti wanita, di bawah pusatnya seperti jantan.Hanya tinggal garuknya sahaja di media PAS itu seperti sang otai. Jikalau tidak, tiadalah manusia yang tahu apa yang didepannya tetapi saluran belakangnya sudah bersedia untuk diliwat oleh ideologi PAS seadanya. Lagaknya seolah-olah pelacur dari kalangan maknyah di Jalan Sultan Ismail pula.
Oleh itu, hari ini tidak perlulah bersuka dan berpesta meraikan Hari Kesedaran Hak Mahasiswa. Kerana gerakan mahasiswa sudah lama diperkosa oleh orang yang seideolog dengan mereka. Mahasiswa tidak boleh menjadi seperti watak Bruce Wiliis di dalam Sixth Sense, hanya mahu melihat apa yang mahu dipercaya. Selagi mana minda pengikut gerakan mahasiswa sebegitu, maka berakhirlah mereka seperti si intan payung JIK dan Parti Islam Se-Malaysia.
Posted at 11:02 pm by maharaja_zhou
Permalink
Friday, June 06, 2008
Berdemonstrasikah Mahasiswa PAS Apabila Tiada Disuruh?
Ketawa berdekah-dekah penulis melihat aksi-aksi PAS menentang kenaikan harga minyak. Tiada cadangan dan penyelesaian yang konkrit. Asyik-asyik protes dan demo. Seolah-olah paksi pemikiran mereka sejak dari zaman mahasiswa sehingga jadi Tuan Guru pun masih lagi berputar di khatulistiwa bernama demonstrasi dan memorandum. 5 minggu diberikan masa oleh Protes supaya kerajaan mengurangkan harga minyak. Itu sahaja yang termampu.
Penulis suka membayangkan bagaimana keadaan PAS memerintah nanti. PAS berangan-angan kononnya hendak menjadi pemerintah. Ada "ustaz" (ada yang taksub sehingga meletakkan manusia ini sebagai ulamak tersohor dunia!)yang mencadangkan cara menghapuskan riba kepada mahasiswa adalah dengan cara organisasi berkenaan "menyewa" tempat pelajar tersebut di universiti ataupun kolej.
Kemudiannya, organisasi pinjaman tersebut bolehlah mengIslamkan riba tersebut dengan memajakkan tempat tersebut kepada mahasiswa dengan kadar yang "fleksibel" dengan aqad ijarah yang kononnya akan dibayar selepas tamat pengajian . Dalam bahasa marhaennya, jika yuran pengajian dan sara hidup itu berjumlah RM 36,000, maka organisasi itu akan "menyewakan" penempatan tersebut RM 60,000 kepada mahasiswa itu.Mahasiswa tersebut selepas bergraduasi akan membayar RM 60,000 kepada organisasi itu sebagai bayaran hutang.
Bijak benar ustaz tersebut, dan eloklah dilantik beliau menjadi Pengerusi PTPTN untuk menyelamatkan dosa riba mahasiswa. Dalam soal ini, kita akan tengok bagaimana mahasiswa pembangkang mahu menjawab persoalan ini. Bagus benar dikatakan Ustaz itu telah bertindak di dalam Harian Metro. "Dicabar" kononnya mahasiswa, bila lagi? Oleh itu, mahukah mahasiswa ingin juga membayar lebih sebegini melalui sistem yang kononnya selamat dari riba ini? Mungkin Ustaz tersebut dengan pemujanya tidak pernah membeli belah di Mydin nampaknya.
Begitulah jua dengan kes harga minyak naik. Apakah suatu organisasi yang kaderisasinya memaksa peserta tamrin mereka makan nasi talam dengan ikan kering ini mampu meningkatkan taraf hidup rakyat? Kononnya, ini akan membuatkan kader mereka kuat dan berdaya tahan. Maka, janganlah hairan, jika Parti ini naik memerintah, akan disuruhnya rakyat makan nasi talam kosong berlaukkan ikan kering dan budu jika harga minyak naik. Beginilah cara hidup yang akan mereka cadangkan kerana mereka tidak mampu berfikir lebih melainkan protes dan ikat perut sewaktu tamrin. Itu sahaja, tiada lebih.
Dan malang sekali, mahasiswa JIK yang dilatih makan nasi talam dengan ikan kering ini. Sehingga artikel ini ditulis. PMIUM, PMN, GAMIS dan segala macam bayang-bayang yang direka JIK ini belum lagi mengadakan demonstrasi. Hairan dan takjub. Pertubuhan yang matang dalam demonstrasi ini belum lagi mengangkat jarinya pun. Apakah yang sebenarnya terjadi, tidakkah sepatutnya mahasiswa agen perubahan mengikut tafsiran golongan ini?
Tidak lain dan tidak bukan, bahawa mereka ini hanyalah alat PAS. Punat-punat handset Pemuda PAS belum lagi memetik nombor telefon amir Jamaah Islam Kampus. Oleh itu, tiadalah ahli mesyuarat kampus yang terdiri daripada exco jamaah yang dipanggil ke rumah jamaah lagi untuk mendengar arahan dari Pemuda PAS. Siapa yang bakal menjadi tukang karut demosntrasi kali ini belum lagi diatur.
Arahan-arahan dari rumah jamaah pusat belum lagi disampaikan kepada mas'ul-mas'ul di kolej-kolej dan rumah-rumah sewa untuk berkumpul. Samada di Masjid Ar Rahman, Masjid Negara ataupun Masjid Jamek yang akan menjadi mangsa. Siswi-siswi yang terpedaya dengan jejaka yang hangat di PASaran ini pula bagaimana hendak disusun dan "diselamat"kan selepas FRU menyuruh bersurai?
Perkara-perkara ini belum berlaku. Belum berlaku kerana PMN dan PMI masih terigau dengan tuntutan bai'ah serta wahdatul amal dan wahdatul fikr mereka dengan Pemuda PAS. Oleh itu, mereka tidak termampu berfikir dan berdiri dengan sendirinya walaupun itulah yang mereka tuntut-tuntut dan mereka bisingkan selama ini. Oleh itu, jika manusia-manusia ini berdemonstrasi pada minggu hadapan seperti cadangan Pemuda PAS di dalam Harakahdaily hari ini, maka tepatlah apa yang dinyatakan oleh penulis. Dan, harapnya janganlah mahasiswa terpedaya dan terjebak dengan hasutan manusia-manusia ini.
Maka, tidak perlulah mahasiswa dan rakyat serahkan negara ini kepada mereka yang dikaderkan dengan nasi talam kosong berlaukkan ikan kering ini, kerana jika harga minyak naik nanti di zaman pemerintahan mereka (harap-harap jauh panggang dari api), kita akan disuruh makan makanan sebegitu pula.
Posted at 05:19 pm by maharaja_zhou
Permalink
Wednesday, June 04, 2008
Riba PTPTN: Adakah PAS Akan Hapuskannya Bila Memerintah?
PTPTN merupakan isu mutakhir yang cuba diungkai dan dirungkai oleh mahasiswa pembangkang. Dahulu mahasiswa semuanya dapat biasiswa, tetapi sekarang ini biasiswa ini hampir tiada lagi dan dinamakan pula sebagai pinjaman. Biasiswa tidak perlu dibayar tetapi pinjaman perlu dibayar.
Dahulu, universiti boleh dikira dengan jari yang sepuluh. Tetapi, sekarang mungkin perlu ditambah jari kaki sekali. UiTM sendiri pun ada 130,000 penuntut. Tidak dicampur lagi pelajar kolej komuniti dan pelajar-pelajar kolej swasta. Oleh itu, jumlah yang menerima biasiswa jika dihitung mungkin sama macam zaman sebelum ada pinjaman, samada tiada beriba seperti JPA ataupun sudah beriba seperti PTPTN.
Penulis lebih suka jikalau kerajaan mengelakkan riba dikenakan samada atas nama caj ataupun apa sahaja namanya. Cumanya, itu bukan persoalan penulis sekarang. Penulis hendak mempertikaikan matlamat sebenar mahasiswa PAS ataupun Jemaah Islam Kampus ini dalam hal PTPTN. Mereka sebenarnya tidak tahu apa yang mereka cuba katakan, melainkan hanyalah anggukan dan ulangan seperti seekor burung kakaktua.
Mungkin ada mekanisme yang boleh diperkenalkan dalam hal PTPTN ini, sama halnya seperti DEB. Barangkali pelajar institusi tertentu seperti penuntut UiTM yang akan diberi keistimewaan ini selari dengan hak keistimewaan umat Melayu. Namun, penulis yakin, jikalau hal ini dibangkitkan ataupun cuba diimplementasi, maka adalah di kalangan ahli jemaah yang mengaku terlalu faham akan wahdatul amal dan wahdatul fikr ini yang akan membangkang, seolah-olah dirinya sendiri tidak berkhitan ataupun tidak tahu mengucap.
Itulah situasi yang akan berlaku. Namun, kalau PAS yang akan memerintah, barangkali nasibnya akan berubah. Itulah harapan hati mereka. Tidak juga kalau tiba-tiba jika "pakar ekonomi" jamaah seperti Zaharuddin Abdul Rahman yang naik menjadi Pengerusi PTPTN jikalau di zaman PAS memerintah. Mungkin dia akan mengIslamkan PTPTN.
Cuma harus mahasiswa berwaspada. PTPTN barangkali namanya diIslamkan, tetapi hanya sekadar nama sahaja. Murabahah, mudarabah dan pelbagai sahaja nama hiasan boleh diberi. Tetapi, bagi mahasiswa suasananya adalah lebih teruk lagi. Jikalau sekarang, "ribanya" adalah 3% tetapi selepas diIslamkan mungkin naik setinggi 6 hingga 7%.
Jadi bolehkah pihak mahasiswa pembangkang mengatakan bahawa hanya riba sahaja faktor kenapa PTPTN mesti dikaji semula? Penulis yakin bahawa dilantik manusia seperti Zaharuddin sebagai pengerusi PTPTN, maka itulah penyelesaiannya. Mungkin Fauzul Naim, orang kuat PTS akan memahami apa yang dimaksudkan oleh penulis, bukan pemuja-pemuja UZAR.
Syahdan, jikalau riba sahaja menjadi persoalan asas penentangan, maka kenapa ramai ustaz-ustaz yang dilatih JIK dan juga PTD-PTD mereka yang bertaburan sehingga ke pejabat Perdana Menteri tidak segan silu mengambil pinjaman kerajaan yang ribanya juga bernilai 4%? Maka, terkinja-kinjalah ustaz-ustaz dan pegawai kerajaan yang dilatih JIK ini bergelut untuk disahkan jawatannya dalam perkhidmatan untuk mengambil pinjaman kerajaan ini. Semasa mengambil PTPTN garang benar amarah mereka terhadap 3-4% riba yang mereka makan, tetapi seronok pula melantak pinjaman kerajaan yang ribanya juga sama peratus dengan riba PTPTN ini.
Maka, adakah wujud hipokrasi di sini? Kenapa gagasan dan fikrah menentang riba ini hanya sewaktu mereka menjadi mahasiswa? Kenapa orang yang sama ini juga melantak riba dengan lahapnya dan kecewa besar apabila lambat disahkan jawatan? Maka, inilah hipokrasi mahasiswa pembangkang. 10 tahun hampir berlalu, dan pemakan riba yang menentang PTPTN ini, tidak mengembek sedikitpun terhadap riba pinjaman kerajaan yang mereka ambil setelah bergelar ustaz.
Oleh itu, nyatalah, idealisme yang mahasiswa pembangkang ambil bukanlah datang daripada otak dan fikrah mereka sendiri. Apabila sudah bekerja, ikatan dan ukhuwwah semakin terlerai.Persoalan madiyyah lebih diutamakan oleh ahli-ahli jamaah ini. Lebih enak sebenarnya mereka berkongratulasi akan siapa yang dapat anak ramai, kereta besar dan rumah besar.
Kesimpulannya, bercakap soal riba PTPTN tidak semudah seperti bercakap tentang bingkai cermin mata. Hanya si dungu sahaja yang menganggap persoalan PTPTN ini boleh diselesaikan secara simplistik tidak kiralah samada latarbelakangnya ekonomi ataupun akademi pengajian Islam.
Posted at 11:59 pm by maharaja_zhou
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|