|
Penulis berasa takjub dan hairan dengan blog mahasiswa pembangkang yang tidak menyiarkan laporan Malaysiakini tentang penemuan kepala babi di surau.Tindakan mereka ini adalah supaya pembaca mereka yang terdiri dari penyokong-penyokong mereka tidak tahu apa yang berlaku mengikut laporan bebas. Namun,berita tentang bilik yang disewa oleh Persatuan Untuk Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) yang pro-Mahasiswa di Rumah Universiti, digeledah polis oleh Malaysiakini terus disiarkan oleh blog PAS Kampus tersebut. Seperti biasa,kita boleh membaca penghinaan terhadap pihak Polis oleh penyokong-penyokong mereka dalam komentar blog mereka (tidak mustahil akan dipadamkan kelak untuk memadamkan bukti): Kebenaran Sejati Polis zaman sekarang haprak!! ikut arahan org atas jer..pastu makan rasuah langsat huii..dahsyat ye polis zama sekarang ni..boleh plak geledah2 rumah orang walaupun tanpa waran ye???… Apa yang terjadi terhadap "markaz" UMANY,tidak menghairankan penulis kerana didasarkan andaian bahawa tidak mungkin orang Islam yang berani meletakkan kepala khinzir di dalam rumah ibadah sendiri.Maka, atas lojika berkenaan,barangkali polis menyerbu bilik sewa UMANY tersebut untuk maklumat.UMANY bukan di belakang insiden itu, tetapi sebagai penyiasat,kemungkinan ada fragmen-fragmen bukti untuk menyabitkan mana-mana pihak berada di bilik sewa tersebut. Namun,tidakkah Presiden UMANY, Teh Hoong Keat sepatutnya berasa geram dengan kejadian tersebut?Orang lain yang makan nangka,UMANY yang terkena getahnya? Ini dapat dilihat daripada kenyataan Teh yang berbunyi: "satu cubaan sabotaj dan memburuk-burukkan nama baik PMIUM dan Pro-Mahasiswa." Oleh itu,Teh patut bertanya kepada PMIUM dan meminta penjelasan rasmi berkenaan: 1)Kenapakah terdapat ahli atau jentera PMIUM di Surau API dan mereka tidak sedar tentang kejadian tersebut "tidur mati"tidak seperti yang diketahui Teh sepanjang perkenalannya dengan jentera perang PMI setiap kali pilihanraya kampus ? 2)Kenapakah semasa rondaan/hirasah si Azlan Zainal dan rakan gagal mengesan motorsikal atau kereta yang membawa kepala babi dan mereka menjadi orang pertama menjumpai kepala itu? 3)Menuntut pengakuan bersumpah bahawa aparat-aparat PMIUM terutamanya Hilman Nordin (yang pernah dikaitkan dengan kes conteng surau Kolej Kedua) tidak terlibat dengan kejadian berkenaan. Teh harus sedar bahawa UMANY sedang berkerjasama dengan golongan yang jikalau gagal menjawab tiga perkara ini cukup berbahaya untuk dibawa kerjasama dan mentadbir MPP secara bersama.Jika ini pilihan Teh,maka UMANY berada dalam keadaan bahaya dan ahli UMANY wajar mempersoalkan kebijaksanaan Teh sebagai pemimpin mereka. UMANY sekarang dalam keadaan tertekan akibat kes kepala babi ini.Mungkinkah kepala babi ini akan terus membawa sial jikalau UMANY masih kekal dalam Pro-Mahasiswa? Sama-sama kita lihat adakah Teh ini cerdik ataupun boleh terus diperbodohkan oleh PMI? |
| web design June 25, 2009 01:18 PM PDT blog macam marah je | ||
| web design June 25, 2009 12:36 PM PDT ya teh harus sedar | ||
| malaysia web design June 22, 2009 05:23 PM PDT takjub macam mana | ||
| web design June 22, 2009 10:55 AM PDT PENULIS PUN TAKJUB | ||
| sprinkler system June 2, 2009 04:49 PM PDT apa sebab nya kawan | ||
| co2 system May 20, 2009 05:49 PM PDT SAYA TAHU SEBABNYA | ||
| malaysia my second home March 31, 2009 06:05 PM PDT sebab apa | ||
| exhibit manufacturer March 31, 2009 05:50 PM PDT saya sebab nya | ||
| web design March 27, 2009 06:15 PM PDT tentu ada sebabnya | ||
| Leave a Comment: |