|
Berikut adalah keputusan rasmi Pilihanraya Kampus Universiti Malaya (UM): Penggerak Mahasiswa menang majoriti mudah iaitu 20 buah kerusi daripada 41 buah kerusi yang dipertandingkan: Aspirasi-20 buah kerusi Terdiri daripada 19 buah kerusi Fakulti dan 1 buah kerusi Umum Aparat PAS Kampus dan sekutunya-19 buah kerusi Terdiri daripada 11 buah kerusi Fakulti dan 8 buah kerusi Umum Berikut undi yang mereka perolehi:
Calon Bebas-2 buah kerusi yang kedua-duanya merupakan kerusi di Fakulti Oleh itu, Penggerak Mahasiswa telah menang mudah dengan kelebihan kerusi di Fakulti berbanding dengan Pro-Mahasiswa(yang merupakan gabungan aparat PAS di kampus dan sekutunya).Sebanyak 41 buah kerusi dipertandingkan dalam pilihanraya kampus kali ini. Siapakah Bakal YDP MPP? Penyokong-penyokong Pro-M (yang merupakan gabungan aparat PAS di kampus dan sekutunya) terus mengisytiharkan kemenangan mereka di dalam shoutbox di merata-rata blog samada milik mereka mahupun lawan kerana menganggap kemenangan 8 buah Kerusi Umum daripada 9 kerusi tersebut merupakan faktor mutlak penguasaan mereka terhadap kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar. Pada hakikatnya, tanggapan itu salah.Perlantikan kerusi-kerusi tertinggi Majlis perwakilan Peljaraadalah berdasarkan parti gabungan yang menang (ataupun di kalangan mereka yang dipilih) bukannya berdasarkan kepada kerusi Umum.Oleh kerana, Penggerak Mahasiswa yang memperolehi mudah, maka mereka boleh melantik mana-mana pemenang kerusi samada kerusi fakulti ataupun pemenang tunggal kerusi Umum sebagai ahli-ahli Majlis Tertinggi. Kes ini boleh dirujuk kepada perlantikan Wan Jemizan Wan Deraman sebagai Presiden MPMUM sesi 1997/98 di mana Wan jemizan adalah calon tajaan PAS Kampus (dengan nama NADI waktu itu) di Akademi Pengajian Islam yang telah menang tanpa bertanding.Oleh itu, tidak timbul soal calon dari fakulti memegang tampuk kerusi kepresidenan MPP.Tidak wujud bantahan daripada pemenang kerusi yang lain walaupun bukan semuanya dari gologan PMIUM. Oleh itu, perkara ini pernah dipraktikkan oleh pihak PAS Kampus dan tidak ada alasan mereka membantah perlantikan Presiden dan Majlis Tertingginya dari calon-calon gabungan parti yang menang walaupun dari kerusi Fakulti. Contoh mutakhir adalah seperti di UPSI.Namun, sebarang komen dari PAS Kampus boleh dibalas dengan rujukan dan fakta dari sejarah serta perkara ini (yakni Wan Jemizan sebagai presiden MPP sesi 1997/98) diterima pakai dengan baik oleh pihak Hal Ehwal pelajar. Oleh kerana itu, PAS Kampus melalui lidah mereka di Mahasiswakini tidak menyiarkan kemenangan mereka sebaliknya menyedari bahawa menang 8 dari 9 buah kerusi umum itu tidak membawa sebarang makna kepada mereka.Mereka tidak menyiarkan jumlah kerusi sebenar yang dimenangi oleh pihak mereka sehingga menimbulkan tandatanya kepada aparat PAS di Kampus lain walhal ia sepatutnya menjadi keputusan yang qat'ie pada pertengahan pagi tadi. Malang sekali, hanya penyokong-penyokong mereka yang tidak tahu akan undang-undang dan hakikat sebenar yang terus lalai dan leka dengan apa yang disifatkan mereka sebagai "kemenangan". Manakala, di kampus yang lain, Aspirasi sekali lagi menang besar di UPM dengan 39 buah kerusi berbanding 9.Di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),kesemua 13 buah kerusi dimenangi oleh Aspirasi. |
| dany February 11, 2009 07:14 PM PST u r so stupid | ||
| Leave a Comment: |