|
Daripada sembilan kerusi umum yang ditawarkan, kumpulan Pro-Mahasiswa menang lapan kerusi. Di peringkat fakulti mereka menang 13 kerusi, iaitu Akademi Pengajian Islam (2 kerusi), Akademi Pengajian Melayu (2), Undang-Undang (2), dan masing-masing satu di fakulti-fakulti Perubatan, Pendidikan, Sains, Linguistik, Perniagaan dan Pergigian Pertandingan sengit itu menyaksikan pelbagai insiden menarik sepanjang kempen termasuk beberapa isu kontroversi yang menggemparkan. Laporan lanjut menyusul. http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18945&Itemid=1 Perhatikan jumlah kerusi-kerusi di Fakulti yang didakwa dimenangi oleh Pro-M tajaan PAS: Akademi Pengajian Islam (2 kerusi) Akademi Pengajian Melayu (2) Undang-Undang (2) Perubatan (1) Pendidikan (1) Sains(1) Linguistik (1) Perniagaan (1) Pergigian (1) Total Fakulti=12 Jumlah keseluruhan Umum+Fakulti dimenangi Pro-M=20 Oleh itu, Pro-Mahasiswa mengikut Harakah hanya menang 20 buah kerusi bukannya 21 buah.Harakah sendiri tidak pasti jumlah sebenar,maka bagaimana hendak mendakwa Pro-M menang tipis? Maka,majoriti yang sahih dan pasti masih dipegang Penggerak Mahasiswa. Yang lebih menjengkelkan terdapat percanggahan dalam laman yang sama,satu lagi artikel mendakwa "Pro Mahasiswa menang besar".
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Hrkh) - Pro-Mahasiswa menang besar dalam pilihan raya kampus Universiti Malaya(UM) selepas berjaya memenangi 21 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan. Pro-Mahasiswa yang menguasai lapan kerusi umum dari sembilan kerusi yang dipertandingkan sekaligus melayakkan mereka menguasai kepimpinan majlis tertinggi MPMUM bagi sesi kali ini.
Suasana Dewan Tengku Canselor bergema dengan laungan "Student Power" dan "Takbir" oleh penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa sebaik keputusan penuh selesai diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaya Prof Madya Dato' Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi tadi.
Pengerusi kumpulan Pro Mahasiswa, Norazali Zainudin berkata kemenangan tersebut adalah di luar jangkaan kerana pada kali terakhir kumpulan pro Mahasiswa menang adalah pada tahun 2004.
Manakala di Universiti Putra Malaysia pula, Pro-Mahasiswa berjaya membaiki prestasi mereka apabila memenangi 13 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan.
Ia adalah rekod baru mengatasi keputusan lalu iaitu tujuh dengan bilangan calon yang dihantar seramai 18 orang pada kali ini.
Pilihan raya kampus kedua-dua kampus tersebut dijalankan serentak semalam dengan menyaksikan peningkatan sokongan di kalangan mahasiswa kepada kumpulan yang dilihat membawa imej perjuangan kebajikan dan akademik kepada warga kampus.
Kini hanya tinggal sebuah lagi kampus iaitu Universiti Islam Antarabangsa yang akan menghadapi proses pembuangan undi pada 22 Januari selepas melalui proses penamaan calon semalam./wann _ http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18951&Itemid=1 Bagaimana dalam satu akhbar mempunyai dua laporan yang bercanggah?satu mendakwa menang besar,satu lagi menang tipis.Takrifan menang besar tentulah seperti kemenangan Aspirasi di UPM iaitu 39 berbalas 9 ataupun UPNM 13 berbalas 0. Jika benar laporan Harakah tersebut,(itu pun belum pasti) adakah kelebihan 2 kerusi (jika pun benar) itu boleh dianggap sebagai kemenangan besar? Oleh itu, bersesuaianlah ayat 6 dalam Surah Al Hujurat dengan perkhabaran dari Harakah yang bercanggah ini yang berbunyi : Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. Maka, seharusnya mahasiswa berhati-hati dengan berita yang disampaikan oleh Harakah yang ternyata mempunyai percanggahan di antara satu dengan yang lain. |
|||||||||||
| ex-um February 15, 2009 12:07 PM PST Alhamdulillah..Hidup Pro-mahasiswa..walaupun sukar,kemenangan kini kembali. | ||
| lagi bijak January 21, 2009 09:18 AM PST Hoi tak maluka...budak2 bebas tu kata diorang bukan pro-M la... Moyang aku lagi pandai kira..tak malu... | ||
| si bijak January 21, 2009 01:37 AM PST pembetulan! Pro- M menang 13 kerusi fakulti. Ko tak kire fakulti Budaya sbb tu la jd 12 je. 13 kerusi fakulti + 8 kerusi umum jd la 21.. nenek aku pun padai mengire.. Klaka..kire ko ni pun bknlah dpt maklumat y update. Ko ni pun gayenye ciplak sumber lain.. Ingat ko ni update sgt..mcm tau sume bende tp y fact salah..hahaha.. | ||
| BAPAK MAHARAJA ZHOU January 21, 2009 12:15 AM PST CAM XPUAS HATI J KALAH... HAHAHAHAHA.... KEBENARAN TETAP KEBENARAN.... | ||
| lebb January 20, 2009 01:36 PM PST kalam babi..kalam babi..kalam babi..kalam babi..kalam babi... | ||
| Ana January 20, 2009 12:37 PM PST Woi!!!! Buat pening jer ambik peduli pasai kampus... baik follow kes kantoi Akil Hai Hai Bye Bye... http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=3256&c=1&s=1 | ||
| deedat January 20, 2009 12:04 PM PST harakah ni mcm bible..byk percanggahan.. | ||
| Leave a Comment: |